Idea untuk menulis artikel tentang Panduan Asas SEO untuk blog ini sebenarnya datang dari salah seorang pelanggan yang pernah beli beberapa produk ebook yang saya hasilkan.
Kebetulan pada waktu tu dia sedang mencari panduan SEO untuk halaman blog. Sebenarnya dia berminat nak tahu teknik dan strategi, macam mana nak hasilkan artikel ataupun blogpost yang mampu untuk mendapat kedudukan yang bagus di search engine popular seperti google, Yahoo ataupun bing.
Bila saya kata nak dapatkan kedudukan yang baik di search engine, maknanya kita nak pastikan artikel yang dihasilkan tu dapat masuk ke page pertama google. Tempat terbaik adalah dikedudukan pertama muka surat pertama Google. Akan tetapi, jika tak berjaya dapat kedudukan pertama, dapat masuk ke page pertama juga masih lagi dikira lebih baik berbanding masuk ke page 3, 5, 9, 15 atau langsung tak masuk ke halaman google.
Apa tujuan anda menulis blog?
Ini yang kita perlu tahu dengan jelas terlebih dahulu. Kalau tujuan anda menulis blog adalah untuk tujuan personal, mungkin anda tak perlu tahu tentang info ini. Walaubagaimanapun, jika anda menulis sebab
1. Anda menerima job berbayar untuk mempromosikan produk atau perniagaan klien anda
2. Anda mempromosikan produk affiliate
3. Anda menjual produk sendiri
4. Anda nak buat duit dengan program pengiklanan
Maka, anda kena ambik tahu tentang topik ini.
Sasaran? Page pertama google!
Biar kita jelas. Tujuan kita tulis artikel adalah supaya artikel tersebut dibaca.
Jadi, untuk meningkatkan kebarangkalian sesuatu artikel yang kita tulis itu dibaca oleh pelawat dan pengguna internet, maka kita perlu pastikan artikel yang kita tulis akan keluar di muka surat pertama enjin carian google.
Kalau masuk ke page kedua? Masih OK tapi tak cukup bagus.
Kalau masuk ke page ketiga? Masih ada peluang untuk dijumpai oleh pelawat tetapi peluang untuk dibaca agak tipis.
Bagaimana pula kalau masuk ke page keempat dan seterusnya? Ha ha ucapkanlah selamat tinggal. Kalau nasib baik, mungkin akan ada yang jumpa artikel anda. Kalau tidak… bye bye la.
Apabila anda memilih blog sebagai medium pemasaran dan juga sebagai platform untuk buat duit online, maka anda WAJIB tahu perkara dan setting ASAS mengenai SEO yang bakal saya bincangkan dalam entri ini. Jika sebelum ini anda tak pernah tahu pun tentang SEO, saya harapkan semoga Panduan ASAS SEO untuk blog ini dapat membantu anda.
Tips SEO Pertama: Dapatkan nama domain & hosting
Lupakan platform percuma seperti blogger.com dan juga wordpress.com
Platform percuma seperti blogger.com ada kelebihan dan peranannya yang tersendiri. Namun, sebagai medium pemasaran UTAMA, jangan bergantung pada platform percuma.
Enjin carian google gemarkan laman web yang kerap dikemaskini dan yang pemiliknya benar-benar serius dalam menghasilkan konten dan menulis blog. Salah satu indikator yang dilihat adalah sama ada pemilik laman blog itu menggunakan nama domain sendiri atau sekadar menumpang nama domain percuma blogspot.
Tak percaya?
Anda boleh uji sendiri dengan menaip sebarang kata kunci yang mempunyai persaingan yang tinggi di laman carian google. Anda akan dapati, hasil carian di page pertama keutamaan diberikan kepada laman web yang menggunakan nama domain sendiri.
Begitu juga hosting. Dapatkan hosting sendiri, dan jika anda tak tau nak dapatkan hosting dari syarikat mana, saya sarankan anda dapatkan servis hosting dari syarikat NetKL.
Kebanyakkan blog-blog saya juga di host kan di NetKL.
Sebelum anda beli domain dan hosting…
Siapakah dan di manakan lokasi pembaca anda? Adakah di Malaysia atau di luar negara?
Jika anda sasarkan pembaca dari Malaysia, maka anda dapatkan servis domain dan hosting dari Malaysia atau Singapore. Tetapi, kalau anda sasarkan pembaca dari luar negara seperti US, atau UK, anda dapatkan servis hosting juga dari negara berhampiran.
Ini bagi memastikan laman blog anda boleh dilayari dengan pantas.
Anda boleh dapatkan pakej domain dan hosting dengan bayaran serendah RM60 setahun dari laman web NetKL Network.
Tips SEO kedua: Guna sistem blog wordpress Self Hosted
Untuk blog utama, anda gunalah blog dari platform wordpress.org. Tak tau macam mana nak pasang? Senang je, anda baca artikel saya sebelum ni bertajuk Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted
Sebenarnya cara nak pasang blog menggunakan platform wordpress self hosted sangatlah mudah. Anda boleh pasang (install) secara automatik menggunakan perisian yang dinamakan Softaculous. Hanya dengan beberapa klik sahaja, ia akan siap dipasang.
Tips SEO ketiga: Ubah setting permalinks blog anda
Pilih struktur permalinks yang lebih mesra SEO. Dalam banyak-banyak struktur permalinks, saya lebih sukakan format Post name atau /%postname%/
Bila guna format ini juga, anda tak perlu takut untuk ubah kategori artikel, jika perlu, di masa akan datang. Lagi satu, kita nak supaya keyword yang kita sasarkan tu muncul di permalinks artikel yang kita siarkan.
Blog ini juga menggunakan setting permalink /%postname%/
Tips SEO Keempat: Gunakan theme yang SEO Optimized
Kalau theme percuma, saya tak pasti theme apa yang SEO optimized. Itu anda kena tanya sendiri dengan mereka yang hasilkan theme blog tersebut. Lazimnya, dalam mana-mana laman web yang memberi akses kepada theme percuma, anda boleh hubungi pihak yang menghasilkan theme tersebut dan tanyakan sendiri pada mereka sama ada theme tersebut SEO Optimized ataupun tidak.
Lazimnya theme yang SEO Optimized ini adalah theme berbayar.
Beberapa perkara penting yang anda perlu lihat ialah
1. Theme tersebut laju bila loading
2. Bersih dari segi coding. Tak faham? Saya pun tak faham ha ha tapi orang putih kata, cleanly coded
Tips SEO Kelima: Gunakan plugin SEO Khas
Setakat waktu ini, ada dua plugin yang mendapat recommendation yang sangat baik.
1. WordPress SEO by Yoast
2. All in one SEO Pack
Anda tak perlu install kedua-dua plugin ini. Guna salah satu sahaja dah memadai. Plugin pilihan saya ialah WordPress SEO by Yoast. Dengan menggunakan plugin ini, anda boleh tahu apa yang perlu dilakukan, perkataan apa yang perlu ditambah dalam artikel yang dihasilkan agar ianya lebih mesra SEO.
Tips SEO Keenam: Install Google Sitemap
Untuk tujuan SEO juga.
Cari plugin nama Google XML Sitemap.
Dah jumpa?
Install laju-laju.
Tips SEO Ketujuh: Gunakan ejaan penuh
Jangan salah eja.
Jangan tersalah eja.
Jangan sengaja salah eja.
Gunakan ejaan penuh, sebabnya pelawat yang menggunakan servis dari laman web google amat jarang sekali menggunakan short form.
Tips SEO Kelapan: Tulis artikel yang menyelesaikan MASALAH orang
Fikir dulu sebelum tulis…
Artikel aku ni sebenarnya selesaikan masalah apa?
Orang guna search engine sebab dia perlukan maklumat. Maklumat yang dicari tujuannya adalah bagi menyelesaikan masalah. Kalau tak ada masalah, orang tak akan saja-saja nak cari info.
Tips SEO Kesembilan: Kandungan artikel ORIGINAL
Elakkan copy paste… Kalau tanya saya, saya akan kata “HARAMKAN” artikel copy paste dalam blog anda.
Kalau nak tiru artikel orang lain sekalipun, pastikan anda tulis semula dan menggunakan bahasa anda sendiri supaya artikel baru yang dihasilkan 70% berbeza berbanding artikel asal yang anda tiru.
Saya sendiri banyak meniru masa nak buat artikel. Tetapi, saya akan edit dan adjust sana sikit sini sikit supaya hasilnya, artikel yang ditulis adalah berbeza sama sekali dengan artikel asal yang ditiru.
Siapa yang copy paste bulat-bulat tu memang cari nahas dengan google.
Tips SEO Kesepuluh: Fokus pada keyword
Fokus pada keyword semasa anda menulis artikel.
Kalau boleh, pastikan di setiap perenggan ada keyword yang anda sasarkan, tanpa merosakkan struktur ayat yang dibina.
Bagaimana pengguna internet menggunakan laman web carian seperti google?
Keyword.
Jika seseorang itu ada masalah atau memerlukan info tertentu, mereka akan buka laman web google dan akan mula menaip kata kunci tertentu yang relevan dengan masalah yang beliau hadapi. Sebagai contoh,
Ahmad mempunyai masalah hutang kad kredit. Setiap bulan, dia sentiasa tak cukup duit untuk bayar hutang kad kredit. Untuk menyelesaikan masalah hutangnya, agak-agak apa kata kunci atau keyword yang dia akan taip di laman web carian google?
My guess…
“Cara selesaikan hutang kad kredit”
Jadi, untuk memastikan Ahmad akan masuk ke blog anda, dan baca apa yang anda tulis atau baca tawaran anda, maka, anda perlu hasilkan sebuah artikel berjudul “Cara selesaikan hutang kad kredit” dan di dalam artikel tersebut anda perlu ulang-ulang penggunaan kata kunci “hutang kad kredit”, “cara selesaikan hutang kad kredit” dan lain-lain kata kunci yang berkaitan, sama erti serta relevan dengan konteks artikel.
Dengan cara ini, anda akan mengundang lebih ramai individu seperti Ahmad untuk masuk ke laman web anda dan baca tawaran anda. Ini salah satu cara bagaimana saya dapat buat jualan kepada individu seperti Ahmad.
Tips SEO Kesebelas: Bina backlink
Pastikan anda tinggalkan link ke blog anda di laman web orang lain.
Contoh, dari website FB menuju ke laman blog anda.
Dari forum ke laman blog anda.
Dari lain-lain media sosial ke laman blog anda.
Tips RINGKAS bina backlink
Jangan hanya tinggalkan link artikel semata-mata.
Anda perlu hasilkan sekurang-kurangnya sebuah cerita sebagai introduction bagi menarik perhatian orang lain untuk klik link artikel anda dan baca artikel keseluruhan blog anda.
Tips SEO keduabelas: Blog commenting
Cara paling SENANG nak bina backlink. Pergi masuk blog orang lain lepas tu komen pada artikel.
Kalau blog wordpress selalunya ruang untuk komen tu memang ada. Tetapi, kalau blog blogspot, kena pastikan dulu ada ruang untuk tinggalkan komen.
Alang-alang anda dah baca artikel ini, tunggu apa lagi? Cepatlah tinggalkan komen anda kat bahagian bawah artikel ni.
Tips SEO ketigabelas: Ping artikel anda
Gunakan servis ping aggregator. Fungsi servis ini adalah untuk memberitahu laman web enjin carian bahawa anda telah menghasilkan konten baru untuk laman web anda.
Adakah anda tak tahu, kat mana nak ping artikel anda?
Sebenarnya ada banyak tempat.
Antara yang biasa saya gunakan ialah
1. busuk.org sekarang dah tukar nama jadi babab.net
2. Kakiping.com
3. Blogged.my
Sebenarnya ada banyak lagi. Cari sendiri di google!
Tips SEO keempatbelas: Cipta profile di media sosial
Wujudkan fanpage atau pun twitter untuk blog anda. Orang mungkin tak kenal siapa anda, tetapi kalau anda selalu promosikan laman blog anda di media sosial, lama kelamaan orang akan sedar kehadiran dan kewujudan anda.
Kalau boleh, wujudkan profile yang menggunakan identiti yang sama dengan nama laman blog anda.
Tips SEO kelimabelas: Dapatkan Panduan SEO untuk blog
Ya. Walaupun ada banyak tips yang saya dah kongsikan, anda pasti rasa ianya masih tak cukup.
Sebabnya… tips-tips ini hanyalah tips ASAS. Jika anda inginkan tips SEO yang mampu memberi anda pulangan dalam bentuk wang ringgit, anda mungkin perlukan panduan berbayar seperti Kitab Teknik SEO Merah Jambu.
Kemudian, untuk memantapkan lagi skill buat duit dengan affiliate, anda juga perlu baca ebook berkaitan dengan pemasaran SEO.
Boleh muat turun ebook berkenaan dengan affiliate marketing secara percuma sahaja disini.
Berita baik untuk anda! Walaupun apa yang saya ceritakan dalam ini adalah lebih kepada Teknik ASAS tentang SEO, namun anda jangan anggap ianya tidak berguna dan tak akan membantu anda mendapat jualan secara online. Ianya masih lagi sangat membantu. Bermula dengan teknik-teknik asas ini lah, saya percaya satu hari nanti anda akan temui sendiri rentak dan resipi kejayaan anda sendiri.
Resepi kejayaan inilah yang sesetengah orang namakan sebagai Teknik Advance SEO. Dari pengalaman, saya boleh katakan, hampir setiap penulis blog ada resepi tersendiri berhubung dengan teknik pemasaran SEO ini. Lain orang lain cara dan lain skil. Saya percaya, jika anda sanggup untuk luangkan masa untuk gunakan teknik ini, satu hari nanti anda juga akan temui teknik advance anda sendiri.
Baiklah, terima kasih kerana membaca dan semoga bermanfaat.
Hairul Azni says
Banyak juga tips seo ni ye?..itu baru asas..kalau lebih mendalam, tak tahu la berapa banyak agaknya..
Masih banyak yang perlu saya pelajari ni..
sabree hussin says
Kalau yang mendalam kena cerita kat ebook hhe banyak sangat sebenarnya teknik SEO ni
Shamshul Kamar says
Menulis untuk manusia bukan untuk robot. Bayangkan apa maklumat yang anda cari jika anda menghadapi satu masalah besar. Jangan padatkan post anda dngan keyword sasaran. Itulah cara saya. Terima kasih atas maklumat ini. Santai je.
aishah ahmad says
AA suka sangat tips2 SEO mcm ni.walaupun dh banyak kali baca artikel tentang SEO, mesti nk baca lagi kalu terjumpa yg baru. TQ SH
blogger lelaki says
tips yang berguna bro untuk newbies macam aku ni yang sentiasa mecari ilmu baru
sabree hussin says
Ish tak kan la bro ni newbies hhe kan power dah blog tu
jaymiee says
banyak lagi ilmu yang masih perlu dipelajari dalam dunia blog ni…..
titan says
belajar asas dulu.
yang advance tu akan datang sendiri lepas tu.
sabree hussin says
Betul tu, yang asas pun banyak yang tak terbuat
Abdfatah says
Ooo gitu caranya gaya perjalanan seo. Byk lagi nak kena selongkar pasal seo neh..
sabree hussin says
Banyak lagi, ni pun masih ada banyak lagi tak tulis. Kalau yang ASAS ini je dah cukup
myrujukan says
sebuah perkongsian yang baik bro, memang detail artikel ni, kalau nak buat memang ok
linie says
wah..banyak tips2 berguna ni..perkongsian yang sangat membantu..lagi2 bagi saya yang masih baru berblog ni..hehe
Hasrul Hassan says
Banyak lagi benda yang saya tak reti pasal SEO ini… bagus tips yang dikongsikan.
broFami says
dalam banyak2 ni tips ke enam tu tak pernah buat lagi.. dan yang ping tu pun tak rajin sangat nak buat.. yang lain sume ok.. hehe 😀
Hafiszan Kamarudin says
Panduan yang sempurna untuk rujukan, belajar dan terus belajar
Azzahairi says
Dulu pun merangkak juga. Bermula dari bawah dan sekarang dah nampak permainan dia.
Artikel yang padat dan jelas. Terima kasih 🙂
sabree hussin says
Sekarang dah nampak, mesti dah tak ada masalah dalam bab-bab seo ni kan
zik says
mantap2.. short form memang ada rugilah traffic.. kebarangkalian untuk orang tulis shortform ada.. tapi sangat tipis…
sabree hussin says
Ho ho jangan guna shortform. Rugi nanti hhe
Wazir Malik says
Terbaik tuan Sabree. Mmg sentiasa tak lokek dgn ilmu. Terima kasih..
Myblogger says
terima kasih infonya tuan… menarik.. tertarik..
jom..kita komen ramai2…
sabree hussin says
komen-komen… hehe ada impak jugak kat SEO nanti
Faiz Saaid says
banyak kena belajar lagi ni ,
sabree hussin says
Sama-samala kita belajar
buat duit says
Seo memang terbaik untuk jangka masa panjang, nak main seo jangan gopoh2, slow-slow . Bagi masa 3 bulan keatas. terima kasih sabree untuk perkongsian kali ini
sabree hussin says
Ye betul tu, kalau nak slow jangan slow sangat pulak. Yang penting konsisten, pasti ada hasilnya… dan kena beri masa
deeno says
Saya bari nak belajar tuan. Thanks ini banyak membantu
sabree hussin says
Sama-sama tuan Deeno
sensasi2020 says
Salam tuan Sabree Hussin. Moga sihat saja. Terbaiklah artikel ini berkaitan asas SEO. Bolehlah buat panduan lepas ini… lengkap dan sempurna. Inilah artikel yang saya cari selama ini.
sabree hussin says
Wasalam tuan kamil, semoga bermanfaat perkongsian ni
Sue says
Terima kasih tuan.
Perkongsian yang sangat baik.
Hampir 80% tips yang diberikan telah saya laksanakan.
Benda yang paling mencabar adalah untuk konsisten update blog. Huhuuu..
Along misuari says
banyak yang saya kena belajar lagi mengenai SEO..
panduan yang amat bagus sekali untuk blogger yang baru nak berjinak.
sabree hussin says
Terima kasih sudi baca. Sebenarnya ada banyak lagi aspek teknikal tentang SEO ni 😀
Mohd Afif Mohd Sukri says
Wow, panduan yang amat bagus.
Ni saya nak share sikit artikel pasal SEO yang wajib hadam.
https://wpmalaya.com/apakah-maksud-page-authority-pa-dalam-seo/
Jangan lupa komen ye:D
aida says
terima kasih..banyak ilmu dapat harini
sabree hussin says
Sama-sama. Semoga ilmu tersebut dapat beri manfaat kepada aida
Mell says
Terima kasih tuan atas ilmu ni. Sangat berguna untuk newbie macam saya ni. ~Sedang dalam usaha untuk lebih memahami SEO. Sekarang ni pun masih guna blogspot.com, harap-harap dapat ikuti jejak tuan.