Adakah anda merupakan seorang pengusaha bisnes homestay?
Jika jawapan anda adalah ya, artikel ini saya tulis untuk anda.
Tapi sebelum anda teruskan pembacaan, boleh tak saya nak tanya anda satu soalan.
Pernah tak sebelum ini, ada sesiapa pernah hasilkan konten dalam bentuk artikel review mahupun advertorial yang sama seperti yang saya hasilkan untuk mempromosikan bisnes homestay yang anda sedang jalankan?
Kalau anda kata ya dah pernah ada, Alhamdulillah. Good for you!
Mudah-mudahan anda pernah dapat sales yang disumbangkan daripada artikel tersebut.
Lazimnya kalau artikel tersebut menepati kriteria berikut, ianya pasti dapat menyumbangkan jualan kepada anda.
i. Penulisan artikel tersebut ditujukan kepada target pembaca yang spesifik
Artikel yang dihasilkan bukannya berbentuk umum, sebaliknya ia mempunyai target audience yang spesifik. Memang betul sesiapa sahaja boleh menginap di homestay anda, namun jika penulisan artikel tersebut ditujukan kepada golongan pelanggan yang spesifik, ia lebih berkesan untuk mendapatkan tempahan.
ii. Artikel ditulis dengan baik dan meyakinkan pembaca
Ini berkaitan dengan cara penulisan dan teknik copywriting yang digunakan. Basically, kalau artikel ditulis dengan gaya bercerita dan bukannya berbentuk iklan, ia pasti akan menarik perhatian pelayar internet untuk membuat pembacaan.
iii. Penulis benar-benar faham apa yang sebenarnya dimahukan oleh pembaca
Apabila pembaca membaca kandungan artikel tersebut, dia merasakan seperti penulis ini memang sedang bercerita dengan dia. Penulis betul-betul faham dengan apa yang diperlukan dan dicari oleh bakal pelanggan.
iv. Artikel tersenarai dikedudukan yang baik di laman carian search engine untuk keyword yang berkaitan dengan bisnes
Point ini ada kaitan dengan konsep search engine optimization (SEO)
Alang-alang menulis artikel, biarlah sampai tersenarai dimuka surat pertama Google, untuk kata kunci yang relevan dan related dengan bisnes yang dijalankan oleh pelanggan.
Sebagai contoh, saya menulis artikel tentang Homestay D’Ledang yang terletak di Tangkak. Sudah tentu saya akan mensasarkan kata kunci “homestay di Tangkak” atau “homestay tangkak” sebab saya tahu itu adalah kata kunci yang akan ditaip oleh pelayar internet apabila mereka mencari maklumat tersebut di laman web Google.
v. Artikel tersebut sentiasa dikemaskinikan supaya konten sentiasa relevan
Untuk berjaya masuk ke halaman pertama Google bagi keyword yang banyak persaingan bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, ia bukannya mustahil.
Walaubagaimanapun, untuk mengekalkan kedudukan di halaman pertama juga tak kurang susahnya. Pada bila-bila masa artikel yang kita hasilkan boleh ditendang ke halaman kedua, ketiga dan jatuh ke page belakang.
Apa rahsia untuk kekalkan artikel berada di page pertama? Sebenarnya tiada rahsia besar. Sebagai pemilik blog, dia perlu pastikan konten yang pernah dihasilkan sentiasa up to date dan relevan.
vi. Artikel tersebut selalu dipromosikan semula
Tak ada istilah, tulis dan lupakan (set & forget).
Jika artikel yang dihasilkan dah berjaya menduduki halaman pertama google, mungkin tak ada masalah untuk guna pendekatan set and forget ini. Dari pengalaman saya, artikel lama perlu sentiasa dipromosikan semula. Jika tidak, pesaing anda pasti akan cuba memintas kedudukan anda di laman carian google.
Jika artikel tersebut menepati kriteria seperti yang saya nyatakan, biasanya anda pasti akan dapat pelanggan yang mengetahui tentang bisnes yang anda jalankan melalui pencarian maklumat di Google.
By the way, kalau jawapan anda ialah tak pernah ada, boleh saya tahu apa sebabnya ya?
Sekiranya anda masih belum jelas dengan kepentingan review, boleh baca perkongsian saya sebelum ini.
Baca: Perkhidmatan penulisan review bagi meningkatkan jualan produk dan servis
Adakah saya ada menawarkan khidmat menulis artikel review untuk bisnes homestay?
Jawapannya ya, memang ada.
Sepanjang beberapa tahun saya menulis di blog secara serius, saya pernah menulis dan mempromosikan beberapa bisnes homestay milik pelanggan saya, sama ada di blog ini atau di blog saya yang lain.
Setakat ini, saya tak pernah lagi contact mana-mana pemilik bisnes homestay untuk saya tawarkan khidmat ini. Lazimnya, mereka yang akan hubungi saya dan bertanya terus kepada saya, sama ada saya ada tawarkan servis ini ataupun tidak.
Boleh jadi mereka ini pernah baca penulisan saya yang terdahulu dan lepas tu dia rasa berminat nak cuba kaedah pengiklanan jenis review (atau advertorial) seperti yang saya biasa ceritakan dalam blog ini.
Walaubagaimanapun, saya cerita perkara ini bukanlah sebab nak yakinkan anda untuk ambil servis ini dari saya. Bukan sebab itu. Saya lebih berminat untuk berikan anda sedikit idea dan kefahaman, bagaimana sebenarnya pemasaran menerusi kaedah review dan advertorial ini berfungsi, khususnya untuk bisnes jenis tempat penginapan.
Anda tak perlu terburu-buru nak dapatkan perkhidmatan iklan seumpama ini. Pastikan dulu yang anda betul-betul faham bagaimana kaedah pemasaran ini berfungsi. Nanti bila anda dah betul-betul faham, boleh jadi anda akan nampak, anda sebenarnya tak perlukan pun khidmat pengiklanan seperti ini.
Antara sebab kenapa anda mungkin tak perlu dapatkan khidmat seumpama ini adalah, anda boleh buat sendiri.
Baca: Tips untuk hasilkan artikel advertorial untuk bisnes anda
Kalau anda boleh hasilkan konten untuk bisnes anda sendiri, itu lebih baik untuk anda. Apabila anda selalu menulis tentang bisnes yang anda jalankan, secara tak langsung ini dapat membuatkan anda jadi lebih faham mengenai perjalanan bisnes anda.
Tapi kalau anda memang sangat sibuk. Misalnya anda memang ada pekerjaan hakiki, kemudian anda menjadi pengusaha bisnes homestay dan selain dari itu, anda juga ada buat bisnes lain secara sambilan, maka dalam keadaan ini, saya amat faham keadaan anda. Anda sangat sibuk dan jadual harian anda sangat padat.
Pasti anda sangat penat dan apabila perlu melakukan kerja-kerja yang memerlukan kreativiti, ia akan jadi sangat memenatkan buat anda.
Dalam situasi ini, saya syorkan anda lakukan outsourcing.
Baca juga:
i. 7 Tugasan yang anda boleh outsource untuk mengembangkan bisnes anda
ii. 10 Sebab kenapa anda perlu outsource sebahagian dari proses bisnes anda
Ya, anda outsource sahaja kerja-kerja seumpama ini kepada pihak lain yang anda percaya mampu memberikan hasil kerja yang sama seperti yang anda mahukan.
Content marketing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya seperti artikel, video, audio dan juga penggunaan imej grafik.
Kalau anda perlukan konten dalam bentuk artikel, dapatkan khidmat dari blogger.
Kalau anda mahukan konten dalam bentuk video, carilah Youtuber, ataupun mungkin tiktoker.
Kalau anda inginkan konten dalam bentuk audio, carilah mereka yang mempunyai channel podcast mereka sendiri.
Kalau anda mahukan konten dalam bentuk gambar-gambar, carilah social media influencer atau instafamous.
Mana satu yang anda patut pilih, semuanya terpulang kepada bajet dan juga strategi pemasaran anda. Saya tak akan bincangkan secara details sebab ini bukan tujuan saya menulis artikel ini.
Kemahiran yang saya ada adalah menulis artikel review dan disiarkan dalam blog. Dibawah ini pula adalah sebahagian daripada penulisan yang pernah saya hasilkan dan terbitkan sebelum ini. Artikel promosi ini masih lagi ada dalam blog saya, walaupun usianya ada yang sudah melebihi lima tahun.
(1) Homestay D’Ledang
Homestay ini terletak di Tangkak, Johor.
Saya pernah menulis review saya menginap di homestay ini melalui posting saya yang bertajuk homestay Tangkak pilihan saya dengan kadar sewa yang berpatutan.
Saya promosikan homestay ini di dua blog milik saya.
Selain itu, saya juga ada menulis beberapa artikel lain yang saya gunakan untuk buat cross promotion kepada artikel utama. Artikel tersebut ialah
i. Homestay D’Ledang – Nama baru bagi homestay di Tangkak tempat saya pernah menginap
ii. Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan
iii. Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor
iv. Apa yang menarik ada di sekitar Bandar Tangkak
Saya bukan sekadar menulis mengenai homestay sahaja. Pada masa yang sama, saya juga turut menulis tentang beberapa tempat menarik yang terdapat berdekatan dengan sesuatu tempat penginapan.
Rasionalnya?
Sesetengah pelayar internet, ada yang belum buat keputusan untuk pergi bercuti atau melawat sebuah tempat selagi mana mereka belum tahu, apa yang menarik ada ditempat tersebut.
Ada sesetengah orang yang akan cari dulu apa yang menarik disesuatu tempat kemudian barulah cari tempat untuk menginap.
Artikel asal saya terbitkan pada tahun 2017, dan walaupun lima tahun dah berlalu, sampai ke hari ini saya masih lagi promosikan artikel tersebut. Setiap kali saya tulis artikel baru yang saya rasa related dengan artikel tersebut, saya akan buat cross promote. Contohnya samalah seperti artikel yang sedang anda baca sekarang ini.
(2) Ocean View Resort Port Dickson
Pada waktu saya menginap di guesthouse ini, saya memerlukan sebuah rumah yang boleh memuatkan lebih kurang 10 orang dan ada 3 buah bilik. Setelah saya buat carian di laman web Airbnb, akhirnya saya terjumpa sebuah rumah jenis apartment yang memenuhi keperluan saya.
Boleh baca review saya melalui posting saya yang bertajuk: Pengalaman menginap di Ocean View Resort, Port Dickson.
Pantai yang terdekat dengan Ocean View Resort ini ialah Pantai Purnama. Pengunjung boleh jalan kaki sahaja dari sini untuk ke pantai.
Untuk mempromosikan guesthouse ini, saya ada menghasilkan beberapa artikel tambahan yang lain. Ini antaranya
i. Pantai Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga
ii. Fun Fair Teluk Kemang – Hiburan seisi keluarga di waktu malam
iii. Windmill PD Farm – Tempat menyeronokkan untuk kanak-kanak apabila bercuti di Port Dickson
Artikel diterbitkan pada tahun 2018, dan setakat hari ini 4 tahun dah berlalu.
(3) Glory Beach Resort Port Dickson
Pantai terdekat dengan Glory Beach Resort ialah Pantai Tanjong Gemok.
Untuk makluman anda, unit guesthouse yang saya sewa ini adalah unit persendirian, dan owner menggunakan laman web Airbnb untuk dapatkan tetamu.
Saya ada cerita pengalaman saya menginap di Glory Beach Resort disini.
Selain mandi pantai, mandi di swimming pool Glory Beach Resort yang besar tu, pengunjung juga boleh melihat penyu secara dekat disini.
Artikel ini saya terbitkan pada tahun 2019, dan setakat ini 3 tahun telah berlalu.
(4) Teluk Bayu Floating Chalet
Lokasi chalet ini adalah di Kota Kuala Muda, Kedah.
Trip ini sebenarnya lebih kepada trip memancing. Saya ni bukanlah seorang kaki pancing, tapi saya teringin juga nak lalui pengalaman menginap di tempat seperti ini.
Saya ada ceritakan pengalaman perjalanan saya ke tempat ini.
Baca: Kisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda
Ini pula pengalaman saya menginap ditempat ini.
Baca: Pengalaman menginap di Teluk Bayu Water Chalet
Sebelum saya dan keluarga check in ke sini, saya ada singgah beberapa tempat iaitu
i. Pantai Merdeka untuk makan tengahari
Baca: Makan tengahari di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda
ii. Pasar Nelayan Kubang Rotan untuk beli bekalan makanan laut untuk dinner nanti
Baca: Beli seafood di Pasar Nelayan Kubang Rotan
Saya terbitkan artikel ini di blog saya pada tahun 2018.
(5) D’kebun Najibah Chalet & Homestay
Saya terjumpa chalet ini secara tak sengaja waktu saya makan angin di Pengkalan Balak, Melaka.
Masa ini saya masih belum pandai buat tempahan menggunakan laman web seperti Agoda, Booking.com, trivago dan seumpamanya.
Lagi satu, kalau tak silap saya, pemilik chalet ini memang tak menggunakan khidmat laman web online travel agent untuk sebarang tempahan dan promosi.
Kalau ada tetamu yang minat nak buat booking, mereka ini akan hubungi terus pemilik chalet melalui laman facebook mereka ataupun terus walk in.
Baca: Pengalaman menginap di D’kebun Najibah Chalet & Homestay
Artikel ini saya terbitkan pada tahun 2017 dan seingat saya, saya pergi ke tempat ini sama ada pada tahun 2015 atau 2016.
(6) H Benjamin Residence
H Benjamin Residence ini terletak di Kundasang, Sabah. Saya menginap disini sewaktu percutian kali kedua saya ke Sabah.
Bila menginap di H Benjamin Residence ini, yang menarik sekali ialah kita boleh nikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang bagi saya… sangat MAJESTIC!
Baca: Pengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, Sabah
Saya terbitkan artikel ini diblog saya pada tahun 2018.
(7) Aloha Suite Kota Kinabalu
Ini pula merupakan sebuah apartment yang terletak di Kota Kinabalu. Ia berada berdekatan dengan Imago Shopping Mall.
Baca: Aloha Suite – Guesthouse pilihan semasa bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah
Artikel tentang pengalaman saya menginap di Aloha Suite ini saya terbitkan pada tahun 2018.
(8) Anjung Pool Villa Sekinchan
Pada satu hari saya teringin nak merasai pengalaman bermalam dikawasan kampung yang ada sawah padi. Tempat kelahiran saya iaitu di Klang, tak ada sawah padi, jadi seumur hidup saya memang saya tak pernah rasa pengalaman dan suasana bermalam di bendang.
Kemudian secara tak sengaja, saya terjumpa pula tempat penginapan bernama Anjung Pool Villa ini.
Tempatnya adalah di Sekinchan, Selangor.
Dalam rumah ini ada disediakan swimming pool.
Boleh berendam sepuas-puasnya memandangkan swimming pool ini berada dalam rumah dan terlindung dari penglihatan orang luar.
Saya ada tulis mengenai pengalaman saya menginap di sini dalam artikel saya berjudul Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa, Sekinchan.
Balik dari Anjung Pool Villa ini, saya sempat berkunjung pula ke Pantai Redang Sekinchan.
Artikel mengenai Anjung Pool Villa saya terbitkan pada tahun 2019.
Kebanyakkan homestay, guesthouse ataupun hotel yang saya pernah review, saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri menginap ditempat tersebut. Artikel review yang saya hasilkan memang genuine daripada pengalaman sebenar yang saya lalui, dan bukannya dari fantasi, cerita rekaan mahupun ditulis berdasarkan review tetamu lain yang pernah menginap disitu.
Basically, kalau pengalamannya baik, maka baiklah artikel review yang akan saya hasilkan. Jika sebaliknya, atau saya rasakan pengalaman tersebut biasa-biasa, (atau agak teruk) saya tak akan tulis review mengenai tempat tersebut.
Namun ada juga beberapa artikel promosi homestay yang saya pernah tulis tapi saya tak menginap disana. Antaranya adalah seperti
(9) Homestay Kota Kinabalu ED Holidays
Homestay ini lokasinya adalah di Kota Kinabalu, Sabah.
Homestay ini merupakan sebuah unit apartment yang berada dalam kawasan Cyber City Apartment. Unit apartment adalah terletak di aras Ground Floor.
Boleh baca: Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
Bagi tujuan mendapatkan lebih banyak exposure untuk artikel utama yang merupakan artikel promosi untuk homestay ini, saya turut menulis beberapa artikel lain.
Ini antaranya
i. Perkhidmatan kereta sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu, Sabah
ii. Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang
iii. Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu – Cara berjimat apabila bercuti di Kota Kinabalu
iv. Tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet yang minima
Kalau anda perasan, untuk mempromosikan satu homestay ini sahaja, saya menulis lima artikel yang berbeza!
Terus terang saya katakan, bukan mudah untuk cari idea dan konten untuk menghasilkan lima artikel promosi yang berbeza. Namun memandangkan saya sendiri pernah datang bercuti ke Sabah, saya boleh dapatkan idea tersebut daripada pengalaman saya yang lepas.
Artikel promosi ini saya terbitkan pada tahun 2018.
(10) Sophiarose Muslim House
Homestay ini lokasinya adalah di Tanah Rata, Cameron Highland.
Oleh kerana saya tak menginap di homestay ini, jadi saya tak boleh hasilkan artikel berbentuk review atau perkongsian pengalaman. Tapi saya boleh hasilkan artikel advertorial dengan berpandukan kepada gambar-gambar dan juga maklumat yang dibekalkan oleh pemilik homestay ini.
Baca: SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM mesra keluarga Tanah Rata Cameron Highland
Ini pula merupakan artikel lain yang saya hasilkan bagi tujuan mendapatkan lebih banyak exposure untuk homestay tersebut.
i. Homestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron Highland
ii. Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas, Cameron Highland
iii. Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
iv. Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik di sini?
v. Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat & Grill pilihan di Cameron Highland
(Kalau tak salah saya, sekarang tempat ini dikenali dengan nama Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill)
Seperti yang saya pernah sebutkan sebelum-sebelum ini, dalam kaedah pengiklanan jenis advertorial, peluang untuk artikel tersebut dijumpai oleh pelayar internet akan jadi lebih baik jika artikel yang pernah dihasilkan adalah lebih banyak.
Saya tak ada masalah untuk hasilkan lebih dari satu artikel, jika ianya dapat memberikan lebih banyak exposure kepada bisnes yang dijalankan oleh pelanggan saya. Tapi, apa syaratnya?
Syaratnya ialah, anda perlu ada bajet yang mencukupi khusus untuk tujuan pengiklanan ini.
Ada tak sebarang bayaran untuk dapatkan khidmat promosi dari saya?
Satu hari saya menerima pertanyaan menerusi email seperti ini.
Si penghantar email ini bertanya, adakah terdapat sebarang bayaran untuk saya promosikan homestay di blog ini? Saya agak mungkin si penanya ini ada menjalankan bisnes homestay.
Mula-mula saya rasa pertanyaan ini agak pelik. Tapi saya tak terus jawab. Saya ambil sedikit masa untuk bertenang dan cuba fahamkan, apa sebenarnya yang dia tanya.
Kemudian, bila saya fikir semula, sebenarnya memang ada homestay atau tempat penginapan yang saya promosikan sama ada diblog ini atau mana-mana blog yang saya kendalikan, yang saya tak ambil sebarang bayaran. Maksudnya, saya menulis secara PERCUMA sahaja! Ya… FREE.
Ada homestay yang saya promosikan secara percuma sebab pada waktu tu saya merasakan tempat tersebut sangat menarik dan saya nak kongsikan kepada pembaca blog ini pengalaman menarik yang telah saya lalui.
Ada yang saya tulis sebab saya nak melatih diri saya untuk hasilkan konten sedemikian. Macam yang saya pernah sebut dalam artikel yang terdahulu, tak ada orang yang tiba-tiba jadi pandai menulis. Ia perlu melalui latihan dan pengalaman.
Ada artikel promosi bisnes homestay yang saya tulis, saya tulis bagi tujuan untuk buat duit melalui program affiliate Agoda.
Dalam program affiliate Agoda ini, saya akan dibayar apabila jumlah komisen terkumpul saya mencecah USD200 (atau lebih kurang RM800++)
Bila saya join program affiliate Agoda ini, at least saya tahu, penulisan yang saya hasilkan memang mampu untuk hasilkan jualan.
So, bagi menjawab soalan asal yang ditanyakan, ya saya ada menulis dan mempromosikan homestay tanpa bayaran. Tapi ia bergantung kepada keadaan dan mood saya.
Saya juga ada menulis dan menawarkan khidmat ini secara profesional, jika ada yang memerlukan khidmat penulisan ini dari saya.
Apakah kos yang terlibat?
Baiklah, sekarang kita akan beralih kepada persoalan tentang kos yang terlibat, bagi menghasilkan sebuah artikel review.
(1) Kos penginapan
Memandangkan projek ini adalah projek untuk mempromosikan homestay anda, maka saya akan menginap dihomestay milik anda. Jadi kos penginapan akan ditanggung oleh pihak anda.
Setakat hari ini tak ada lagi pemilik bisnes homestay, yang nak minta saya promosikan homestay miliknya, tapi meminta saya buat bayaran untuk menginap di homestay miliknya pula.
(2) Kos pengangkutan & perjalanan
Saya tinggal di Cheras, Selangor. Jadi untuk ke tempat anda, sudah pasti akan ada kos-kos tertentu yang perlu saya keluarkan.
Sebagai contoh
i. Petrol
ii. Tol
iii. Parking
iv. Lain-lain kos berkaitan
Kalau jarak terlalu jauh, saya terpaksa caj anda untuk kos perjalanan. Tapi kalau homestay anda dekat dengan saya, saya boleh abaikan sahaja kos ini.
Apa pun, ianya bergantung kepada keadaan.
Waktu awal-awal dulu saya buka servis ini, saya pernah lakukan kesilapan dengan tak mengambil kira jarak perjalanan dan kos pengangkutan. Natijahnya? Kos perjalanan yang saya perlu keluarkan adalah berkali ganda lebih mahal berbanding upah penulisan yang saya terima.
Dari sudut pandang bisnes, saya alami kerugian!
(3) Sesi perbincangan
Ini lebih kepada sesi sembang-sembang. Saya share semua yang saya tahu yang berkaitan dengan bidang kerja saya. Saya bukan pakar, bukan sifu. Tapi saya ada pengalaman dan sedikit pengetahuan yang mungkin kita boleh sama-sama kongsikan.
Untuk sesi perbincangan ini, saya tak ada kenakan sebarang caj walaupun ia mungkin mengambil masa yang agak lama.
(4) Kos tenaga kerja
Ini merangkumi kos-kos untuk mengambil gambar, lawatan ke kawasan berhampiran bagi tujuan menghasilkan konten.
Saya banyak menggunakan gambar-gambar dalam menghasilkan artikel. Kebanyakkan gambar yang saya gunakan adalah hasil tangkapan saya sendiri.
Percayalah, kalau saya minta anda (pemilik bisnes homestay) yang sediakan gambar-gambar, pasti anda akan rasa proses ini sangat leceh dan akan ada banyak gambar yang tak menepati kriteria yang saya mahukan. Saya akan minta anda berikan gambar lain, hinggalah saya betul-betul puas hati dengan gambar yang anda bekalkan.
(5) Upah penulisan
Saya akan kenakan bayaran sebanyak RM200 untuk satu artikel. Jika anda memerlukan lebih dari satu artikel, saya akan quote satu harga baru. Berapa? Hubungi saya dulu untuk saya berikan sebut harga.
Baca juga: Berapa perlu bayar untuk dapatkan khidmat review dan advertorial
Upah menulis ini mungkin akan saya ubah dimasa akan datang. Sama ada saya akan naikkan, turunkan, atau akan berhenti tawarkan khidmat seumpama ini.
Berbaloi ke dapatkan perkhidmatan iklan ini?
Actually, soalan ini hanya anda sahaja yang ada jawapannya.
Sepatutnya, sebagai pemilik bisnes, anda lebih tahu apa yang diperlukan oleh perniagaan anda.
Saya tak bolehlah kata, anda memang perlukan servis ini, servis ini bagus untuk bisnes anda dan sebagainya… sebabnya bila saya kata macam tu, nampak sangat yang saya ini ada niat lain iaitu nak menjual kepada anda.
Jadi semua ini terpulang kepada anda. Fikirlah dulu.
Sebagai pemilik perniagaan, sudah tentu anda mahu memaksimakan keuntungan dan menjimatkan perbelanjaan.
Tapi kalau anda perasan, mendapatkan khidmat seperti ini boleh jadi satu penjimatan yang sangat besar untuk anda. Of course kalau anda mampu buat konten sendiri, itu lebih jimat buat anda. Tapi bagaimana kalau anda tak ada kemampuan untuk berbuat demikian.
Adakah anda lebih rela mengambil pekerja sepenuh masa (atau pekerja part time) untuk buat kerja-kerja menghasilkan konten ini untuk anda?
Atau adakah anda lebih sanggup habiskan masa untuk belajar cara dan teknik untuk hasilkan konten, semata-mata nak berjimat?
Bila bercerita tentang kos, memang ia nampak seperti mahal dan agak berat. Tapi sebenarnya kos tersebut hanya perlu dikeluarkan sekali sahaja.
Lihat beberapa contoh yang saya berikan diatas. Ada artikel advertorial yang saya terbitkan 5 tahun lepas tapi saya masih promosikan sampai ke hari ini.
Seboleh-bolehnya, saya nak pastikan mereka yang pernah dapatkan khidmat ini dari saya betul-betul dapat manfaat dan puas hati dengan perkhidmatan yang saya berikan. Matlamat saya bukan sekadar nak hasilkan artikel review dan advertorial untuk anda, sebaliknya saya nak bantu anda dapatkan jualan berulang-ulang kali melalui penulisan yang saya telah hasilkan.
Selagi mana saya masih menulis blog, dan jika ada artikel terbaru yang saya tulis yang saya kira relevan dengan bisnes yang dijalankan oleh pelanggan saya, saya akan cross promote dengan artikel tersebut. Secara tak langsung, ini akan dapat memberi exposure dan juga trafik baru kepada artikel promosi yang asal, walaupun artikel tersebut saya telah terbitkan lima tahun yang lepas.
Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku dimasa hadapan. Waktu saya mula menulis tentang homestay di Tangkak pada tahun 2017 dulu, saya pun tak pernah menyangka yang saya masih lagi mempromosikan artikel tersebut dan menulis artikel baru untuk mempromosikan artikel tersebut sampai ke hari ini.
Bukan semua penulis blog akan buat sama seperti yang saya buat.
Ada penulis blog yang hanya aktif menulis blog selama tiga atau empat tahun sahaja. Selepas itu, dia mula rasa bosan dan mula meninggalkan bidang penulisan blog. Mungkin waktu itu dia mula sibukkan diri dengan laman social media, laman streaming video dan sebagainya.
Bagaimana dengan pelanggan terdahulu yang pernah dapatkan servis review dari dia?
Well… itu bukan masalah dia.
Bayaran sudah dibuat, dan kerja sudah dilakukan. Apa berlaku seterusnya, bukan masalah dia lagi.
Saya pula?
Kalau boleh selagi mana artikel promosi masih ada dalam blog saya dan pelanggan saya itu pula masih lagi buat bisnes tersebut, saya akan terus menulis dan buatkan promosi.
Walaupun pada waktu tu, saya dah tak dapat apa-apa bayaran lagi.
Siapa sebenarnya yang sesuai dapatkan khidmat review ini dari saya?
Saya percaya, servis ini bukan untuk semua orang.
Pada masa yang sama, saya juga tak pernah bermimpi untuk tawarkan servis ini kepada semua orang yang baca perkongsian saya. Jika anda rasakan servis ini bukan untuk anda, tak ada masalah.
Apabila saya menawarkan servis seumpama ini, saya sebenarnya berminat nak bekerjasama dengan mereka yang mempunyai latar belakang berikut.
i. Anda sudah bertahun-tahun buat bisnes homestay, tapi tak ada siapa pernah tulis review untuk anda.
ii. Anda sudah mempunyai banyak pelanggan, tapi tak pernah ada seorang pelanggan pun yang pernah tulis review untuk anda.
iii. Anda merupakan pemain baru dalam bisnes homestay dan tak ada siapa pernah review bisnes anda.
iv. Anda seorang yang sangat sibuk dan tak ada masa untuk hasilkan konten untuk bisnes anda.
v. Anda sudah faham kelebihan dan kepentingan review dalam bisnes homestay yang anda jalankan.
Baiklah, saya kira saya telahpun sampaikan apa yang saya nak sampaikan dalam artikel ini. Jika anda ingin dapatkan khidmat ini dari saya, bolehlah hubungi saya melalui halaman ini.
Atau boleh juga whatsapp saya menerusi link ini.
https://contactsabree.wasap.my/
Anda nak tambahkan review dari blog saya dalam portfolio perniagaan anda? Cepat hubungi saya.
[…] ada dalam kalangan pembaca yang tahu, saya memang ada menyediakan perkhidmatan menulis review untuk bisnes homestay. Target pelanggan saya sudah tentu adalah dalam kalangan mereka yang baru nak menjalankan bisnes […]