Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian rakan blogger, pembaca, dan pelawat blog ini yang sudi untuk ambil bahagian dalam cabaran memberi ulasan TERBAIK yang saya anjurkan baru-baru ini.
Ini adalah cabaran ataupun kontes TERTUTUP yang saya jalankan khas untuk para subscriber saya sahaja.
Pemenang telah pun dikenalpasti!
Untuk siri pertama ini, cabarannya mudah sahaja. Anda hanya perlu memberi komen, feedback, ulasan ataupun pendapat anda pada entri berikut iaitu Review ebook Blueprint TS – Teknik hasilkan sales ribuan ringgit dalam masa 24 jam.
Alhamdulilah, seramai 21 orang peserta telah ambil bahagian! Terima kasih saya ucapkan.
Seperti yang saya janjikan, insentif tunai diberikan dalam masa 24jam selepas pemenang diumumkan.
Tahniah saya ucapkan buat saudari Nurul Auni Binti Yahaya kerana berjaya memenangi cabaran yang pertama ini.
Anda menang kerana komen yang anda berikan telah berjaya memikat hati para juri dan pengadil pertandingan.
Bukan mudah nak pilih pemenang tau. Boleh dikatakan banyak yang memberi komen yang bagus-bagus belaka.