Bulan May ni saya agak sibuk. Berkemungkinan besar, saya tak dapat nak berikan total fokus untuk mempromosikan produk-produk affiliate seperti mana bulan-bulan sebelum ni. Jadi, sekiranya komisyen affiliate yang bakal dibayar ke akaun saya menurun juga ianya tidak mengejutkan saya.
1hb May 2015 yang lalu, secara rasminya Syarikat BestMobile Malaysia Berhad telah pun melancarkan Program Keahlian BestMobile mereka. Saya juga secara rasminya telah pun menjadi salah seorang pengguna sim Best Mobile dan secara automatik juga menjadi salah seorang Brand Partner untuk syarikat tersebut.
Berkenaan dengan program keahlian Best Mobile, ini saya akan ceritakan dilain kesempatan, sebabnya kali ni saya akan fokus pada komisyen jobdirumah yang dibayar kepada saya baru-baru ni.
Kadar bayaran komisyen adalah sebanyak RM25 apabila terdapat pelanggan mendaftar untuk menyertai Program Latihan Jobdirumah menerusi link affiliate anda.