Artikel review tentang Sistem Jualan PRO oleh Rahman Basri ini saya tulis semula setelah 4 bulan menjadi pengguna bagi produk ini.
Dalam masa 4 bulan ini, boleh kata ada banyak perubahan yang telah berlaku dan In Shaa Allah akan saya kongsikan satu per satu menerusi blog post ini.
Semoga melalui perkongsian ini, anda dapat membuat penilaian dan pertimbangan yang tepat sama ada produk ini sesuai untuk melonjakkan lagi pendapatan online anda ataupun sebaliknya.
Saya join SJP sebagai premium member pada 08 November 2013. Anda boleh lihat salinan resit pembelian yang saya sertakan diatas ni.