Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Bagaimana Cara Jana Pendapatan Tanpa Modal Pada Tahun 2014

January 18, 2014 by sabree hussin 21 Comments

Tahun 2014 ini adalah tahun terbaik untuk kita push diri kita untuk jana lebih banyak pendapatan. Salah satu kebaikkan yang kita peroleh daripada kesan kenaikkan harga barang ialah ia memaksa kita untuk jadi lebih kreatif dalam mencari pendapatan sampingan.

 

Sama ada kita nak berniaga, nak buat kerja part time, atau nak sertai program buat duit. Ha… pandai-pandailah nak pilih mana satu yang sesuai dengan citarasa dan personaliti.

 

Kalau anda nak berniaga, kena ada modal. Kalau tak ada modal? Tak perlu bimbang sebabnya walaupun anda tak ada modal, anda masih lagi boleh berniaga. Gunakan konsep berniaga tanpa modal. Salah satu contoh perniagaan tanpa modal yang memang cukup popular sekarang ni ialah bisnes dropship. Dengan kaedah dropshipping ini, anda boleh mula berniaga hari ini juga tanpa perlu keluar sebarang modal dalam bentuk wang ringgit.

Tahun lepas (2013) saya dah test beberapa program yang menjanjikan peluang penjanaan pendapatan. Kebanyakkannya menjadi dan Alhamdulilah, memang ada pulangan. Jadi pada tahun 2014 ini, In Shaa Allah saya akan teruskan kesinambungan projek-projek tahun lepas.

 

Apa kata anda teruskan pembacaan, sebab mana tahu daripada salah satu list yang saya bincangkan ni, ada yang anda boleh buat juga.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit tanpa modal, edyclick

Cara Integrasi Blog WordPress Dengan Autoresponder Aweber

January 18, 2014 by sabree hussin 4 Comments

Satu kelebihan buat pengguna blog wordpress self hosted ialah kita boleh integrasikan blog kita dengan sistem autoresponder Aweber.

Dari sudut pembaca dan pelawat, fungsi ini mampu untuk memudahkan mereka untuk melanggan setiap entri baru yang kita hasilkan. Itu pun kalau mereka suka dengan apa yang dikongsikan dalam sesebuah blog yang dilawati.

Bagi penulis blog pula, dengan adanya fungsi ini, kita akan dapat sentiasa keep in touch dengan pelawat dan pembaca blog kita. Selang beberapa tempoh masa kita boleh hubungi mereka semula menerusi emel dan maklumkan kepada mereka yang blog kita telah dikemaskinikan dan mungkin ada beberapa artikel yang berguna untuk mereka.

Proses integrasi ini memerlukan dua langkah mudah sahaja iaitu

1. Siarkan borang langganan (sign up form) di blog wordpress

2. Set up fungsi blog broadcast

sistem autoresponder aweber

[Read more…]

Filed Under: Blogging, Pemasaran Emel, Pemasaran Internet

Bagaimana Mempromosikan Halaman Squeeze Page Aweber Anda

January 17, 2014 by sabree hussin 1 Comment

Setelah anda mendaftarkan akaun autoresponder Aweber anda, perkara seterusnya yang perlu anda lakukan ialah mula mengumpulkan list senarai emel prospek.

Memandangkan Aweber adalah servis berbayar yang agak tinggi kos penggunaanya, jadi kita seharusnya memanfaatkan setiap masa yang kita ada untuk mengoptimasikan penggunaan Aweber dalam kempen pemasaran kita.

Post kali ini akan membincangkan bagaimana untuk mempromosikan halaman squeeze page yang kita bina. Sekiranya kita ingin mengumpulkan sebanyak mungkin emel prospek, maka kita juga perlu beri fokus kepada aktiviti promosi.

sistem autoresponder aweber

Saya kerap menerima soalan seperti,

… macam mana nak kumpul senarai emel prospek?

… macam mana nak buat supaya prospek kita beri nama dan alamat emel mereka?

… macam mana nak buat promosi?

Jawapan bagi ketiga-tiga soalan ini ialah…

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Emel, Pemasaran Internet

6 Langkah BERKESAN Promosi Produk di FB Group

January 16, 2014 by sabree hussin 5 Comments

Ada tak cara berkesan untuk kita promosikan produk yang kita jual di FB Group?

 

Soalan ini ditanyakan oleh salah seorang pembeli Panduan Dominasi FB Group Version 3.0. Dalam post ini saya akan kongsikan step by step cara yang saya lakukan untuk hasilkan jualan di FB Group. Buat mereka yang masih belum lagi dapatkan panduan ini, ada beberapa perkara yang saya ingin highlight kepada anda.

 

Pertama, group yang saya maksudkan ialah group yang kita tubuhkan sendiri. Bukan group orang lain, kemudian kita tiba-tiba nak buat macam group sendiri nak promosi produk yang bukan-bukan tanpa minta kebenaran dari admin. Sebab tu kadang-kadang saya akan tapis siapa yang patut ada dalam group saya, dan siapa yang saya patut tendang keluar.

jualan pro review group support

[Read more…]

Filed Under: Panduan Dominasi FB Group, Pemasaran FB

10 Sebab Kenapa Saya Suka Guna Autoresponder Emelmatik.com

January 15, 2014 by sabree hussin 13 Comments

Selain Aweber, saya juga gunakan autoresponder emelmatik.com.

 

Tentang Aweber saya dah ceritakan dalam entri yang lepas bertajuk 10 sebab kenapa saya guna Autoresponder Aweber. Jadi kali ini giliran saya cerita tentang sistem autoresponder emelmatik.com pula.

 

Saya banyak belajar tentang pemasaran emel apabila menggunakan sistem autoresponder dari emelmatik. Masa tu boleh dikatakan macam-macam benda yang saya eksperimen. Nak kata pandai sangat tu, tak la… tapi saya cuba je. Tak cuba, tak tau, kan?

 

Masa kali pertama saya guna emelmatik, saya memang dah set dalam perancangan yang satu hari nanti saya akan berpindah ke Aweber. Jadi, untuk biasakan diri guna sistem autoresponder, maka saya pilih emelmatik untuk tujuan latihan dan eksperimen.

 

Ini laman web emelmatik.

emelmatik review

“TIADA LAGI BIL BULANAN – Life Time Account!” Ayat ini yang buatkan saya tertarik dengan emelmatik. Dari pemerhatian saya, tak ada lagi servis autoresponder yang tawarkan life time account sama macam yang dilakukan oleh pihak emelmatik.com ini.

 

Selepas mempertimbangkan kebaikan dan kelemahan, maka saya pun buat keputusan untuk guna autoresponder ini. Jadi dalam post ini, saya nak kongsikan kepada pembaca sekalian, apa dia kelebihan serta sebab kenapa saya suka guna Autoresponder emelmatik.com ini.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Emel, Pemasaran Internet Tagged With: sistem autoresponder, sistem autoresponder emelmatik, sistem autoresponder percuma emelmatik

10 Sebab Kenapa Saya Guna Autoresponder Aweber

January 14, 2014 by sabree hussin 15 Comments

Autoresponder Aweber adalah salah satu sistem autoresponder yang menjadi pilihan saya.

 

Sebelum ini saya pernah guna sistem autoresponder getresponse, pernah juga guna emelmatik.com, parabot, listwire dan banyak lagi. Setiap satu autoresponder yang saya sebutkan masing-masing ada kelebihannya tersendiri.

 

In Shaa Allah saya akan bincangkan tentang autoresponder yang telah saya sebutkan itu tadi. Kali ini, saya akan sentuh tentang autoresponder Aweber sahaja.

 

Apa yang saya perhatikan, masih ramai lagi usahawan internet yang tidak menggunakan sistem autoresponder dalam kempen pemasaran mereka. Terutama sekali usahawan yang menggunakan media sosial untuk membuat kerja-kerja pemasaran.

 

Sama ada mereka tak tau macam mana nak guna, atau mereka tak tau yang autoresponder mampu memudahkan kerja-kerja mereka, ataupun mungkin sebab mereka  just tak tau nak pilih autoresponder yang mana satu. Almaklumlah, kat luar sana terdapat macam-macam pilihan penyedia perkhidmatan sistem autoresponder.

 

Dalam catatan ini saya akan cerita 10 ciri-ciri yang buatkan saya jatuh cinta dengan aweber.

 

Jika setelah anda baca catatan ini, dan anda merasakan Aweber adalah pilihan yang TEPAT untuk kempen pemasaran anda, saya cadangkan anda dapatkan juga akaun autoresponder Aweber anda.

Klik >> Daftar Akaun Aweber

 

1. Caj penggunaan yang rendah bagi bulan pertama

Untuk pendaftaran akaun baru, caj penggunaan bagi bulan pertama ialah sebanyak USD 1 sahaja.

 

Kalau kita convert nilai tersebut kepada matawang RM, ianya adalah sekitar RM3.26 sahaja. Namun demikian, anda disyorkan untuk selalu menyemak kadar tukaran matawang RM berbanding USD.

Kenapa pilih aweber 001

 

Gunakan kelebihan ini buat seberapa banyak jualan dan hasilkan keuntungan sebanyak mungkin. Bulan pertama ini kita boleh pecut. Susun strategi pemasaran baik-baik. Dengan perancangan yang jitu dan rapi, bulan pertama ni je anda dah boleh buat duit at least RM300 – RM400.

 

Nilai tersebut sudah tentu lebih daripada cukup untuk bayar kos penggunaan Autoresponder ni.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Emel Tagged With: autoresponder aweber, cara guna aweber, kenapa guna aweber, sistem autoresponder, sistem autoresponder aweber

Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted

January 14, 2014 by sabree hussin 29 Comments

WordPress menawarkan dua platform blogging untuk para pengguna yang berminat untuk menggunakan servis mereka.

Platform pertama ialah menggunakan perkhidmatan hosting milik mereka. Untuk mendaftarkan akaun bagi menggunakan perkhidmatan mereka, pengguna perlu ke laman web berikut iaitu http://www.wordpress.com

Platform kedua pula ialah kita menggunakan hosting kita sendiri. Ini yang kita namakan sebagai wordpress self hosted.

Untuk tujuan ini, anda perlu sewa domain dan hosting anda sendiri dari syarikat penyedia hosting.

Antara syarikat hosting yang pernah saya gunakan ialah

1. Netkl

2. Usahawan Terbilang

Menerusi post ini saya akan tunjukkan kepada anda langkah demi langkah bagaimana memasang sistem wordpress sebagai medium blogging anda.

Saya andaikan anda dah pun dapatkan servis hosting anda sendiri dan telah mempunyai akses ke cpanel (control panel) akaun hosting anda.

 

1. Log in ke Cpanel

panduan pemasangan wordpress blog

[Read more…]

Filed Under: Blogging, Pemasaran Internet Tagged With: buat duit dengan blog wordpress, cara install blog wordpress, panduan pemasangan blog wordpress, sistem pemasangan blog wordpress

Program Sehari Bersama Warga Rumah Amal Siraman Kasih

January 13, 2014 by sabree hussin 9 Comments

Bermula tahun 2013 yang lepas saya mula aktif mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan Rakan Maya VF. Rakan Maya VF ini bermula sebagai laman forum yang menghimpunkan pengguna internet dari seluruh Malaysia untuk bersosial dan saling berkenalan.

Laman web mereka >> http://virtualfriends.net/

Sebenarnya ada banyak program yang mereka (Rakan Maya VF) dah anjurkan, tapi apa yang saya berpeluang untuk sertai ialah aktiviti mendaki Broga Hills, ekspedisi mendaki Gunung Nuang, Majlis Berbuka Puasa, dan terbaru ialah program kemasyarakatan bersama warga Rumah Amal Siraman Kasih.

Program ini kita beri nama, Jalinan Mesra Rumah Amal Siraman Kasih.

rakan maya VF

[Read more…]

Filed Under: Personal

Dilema Agen Dropship & Masalah Perang Harga

January 10, 2014 by sabree hussin 5 Comments

Saya masih ingat lagi, satu masa dulu, ada dua produk yang pernah popular dan sering menjadi rebutan buat mereka-mereka yang ingin mendapatkan kesan pelangsingan badan dengan cepat. Dua produk tersebut ialah

1. Losyen Felinna Inch Loss, dan

2. Pil kuruskan badan, Figure up

 

Kali terakhir saya dengar, pil figure up ini bermasalah dari segi kandungan dan ada isu dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Masa tu saya aktif menjual dua produk ini sebagai agen dropship, namun setelah keluar berita yang kurang elok tentang produk ini, saya terpaksa hentikan kerja-kerja pemasaran.

konsep perniagaan dropship

Adakah benar pil Figure Up ini tak selamat untuk diambil? Jujurnya saya TIDAK TAHU. Penjelasannya begitu teknikal dan penuh dengan nama-nama yang saya juga kurang familiar. Senang cerita, ia bukannya bidang saya. Kalau bincang tentang istilah dan terma kewangan, atau hal-hal berkaitan dengan pemasaran dan perniagaan internet, bolehlah saya faham tanpa ada sebarang masalah.

 

Apapun, saya anggap ini semua sebagai satu lumrah perniagaan barangan kesihatan dan kecantikkan. Niche ini memang ada potensi untuk hasilkan pulangan yang lumayan, namun risikonya ialah, apabila ia beri kesan negatif pada penggunanya, ia boleh menyebabkan satu Malaysia tolak produk ini.

 

Pada waktu tu, bukan saya seorang yang jual produk ini. Ada ramai lagi. Kalau buka FB, rasanya tak sah kalau tak jumpa iklan dua produk ini.

 

Sekejap-sekejap keluar iklan tentang Figure up, tak lama lepas tu jumpa pulak iklan tentang Felinna.

 

Macam mana pulak dengan harga? Pelbagai. Ya. Ada yang jual murah. Ada yang jual mahal.

 

Ada yang jual murah, tapi harga tak termasuk pos. Bila buat kira-kira semula, harga sama je dengan yang mahal.

Ada yang jual mahal, tapi ada pakej free delivery siap dengan free gift lagi. Kemudian mereka akan claim yang produk mereka jual adalah ORIGINAL! Secara tak langsung ini beri gambaran seolah-olah yang jual murah tu sebab jual barangan tak original!

 

Masing-masing ada keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Sebagai pelanggan, nak pilih yang mana? Yang murah, atau yang servis baik punya?

 

Pesan guru pemasaran saya,

… jangan bersaing dalam bab harga.

 

Peniaga A jual murah. Peniaga B jual murah sikit dari peniaga A. Tiba-tiba kita masuk ke pasaran yang sama, terus open satu harga yang lebih murah dari peniaga A dan peniaga B. Bunuh pasaran ni namanya. Satu kaedah meniaga yang tak sihat. Yang peliknya, ramai pulak tu yang buat macam ni. Lagi produk tu tak laku, lagi murah dia jual.

 

Walaupun kita menang dalam kategori harga terendah, kita tetap kalah dalam persaingan yang kita sendiri reka.

Peniaga A mungkin dah ada pelanggan mereka sendiri.

Peniaga B pun mungkin sama juga. Dia dah ada pelanggan sendiri.

 

Kita andaikan, kedua-dua peniaga A dah letakkan margin keuntungan yang mereka sasarkan iaitu RM20 untuk satu produk. Kita pulak, disebabkan nak menang, dengan harapan akan dapat customer yang ramai, kita sanggup compromise dan hanya ambil untung RM5 sahaja untuk setiap barang yang terjual.

 

Kerja kita sebenarnya sama banyak dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh peniaga A dan B. Bezanya, untuk setiap jualan yang terhasil, mereka dapat untung RM20, kita pulak hanya dapat RM5.

 

Tak berbaloi.

 

Kalau tak bersaing dalam bab harga, macam mana? Macam mana kita nak bersaing dengan orang lama dalam industri yang sama yang kita berada sekarang?

 

Ada banyak lagi ruang untuk kita bersaing. Bersainglah dari segi servis. Sebagai contoh

1. Servis penghantaran percuma

2. Complimentary Free Gift

3. Jaminan kepuasan (satisfaction guarantee)

4. Money back guarantee

5. After sales support

 

Daripada pemerhatian saya, point nombor 1 hingga nombor 3 adalah perkara biasa.

 

Yang luar biasanya ialah apabila ada yang berani offer money back guarantee (jaminan pulangan wang) dan juga after sales support. After sales support ni saya masih jarang jumpa. Akan dibincangkan lebih mendalam dibawah.

 

Orang yang buat dropship, ramai yang tak berani nak bagi money back guarantee.

 

Perbualan kat bawah ni biasa berlaku antara saya dengan kenalan yang buat dropship, yang minta pendapat tentang bisnes yang mereka buat.

==============================

“… sebelum kita sembang panjang, boleh saya tau mana awak dapat supply produk-produk yang awak jual ni? Awak buat dropship ke atau beli sendiri then simpan stok?”

 

“Saya buat dropship je, tak ada modal la nak beli sendiri, nak simpan stok, lagi pun risiko dia besarlah… Kang tak terjual nanti macam mana…”

 

“Kalau buat dropship, kenapa tak offer money back guarantee?”

 

“Mana boleh offer money back guarantee. Produk ni untung dia pun baru berapa. Kang elok-elok saya nak buat duit, tiba-tiba jadi kena keluar lagi banyak duit pulak…”

==============================

Tujuan kita offer money back guarantee bukan sebab nak beri peluang kepada customer untuk mintak balik duit dia suka-suka hati. Bukan macam tu. Peranan money back guarantee adalah sebagai pelincir yang melancarkan proses jualan. Bila ada money back guarantee, pelanggan jadi lebih yakin dan tak teragak-agak untuk bank in duit ke akaun kita.

 

Itu yang kita mahukan.

 

Jangan risau la. Sepanjang saya buat dropship, tak pernah lagi customer mintak balik duit dia. Paling teruk pun, diorang akan mintak tukar barang, sebab barang yang dia dapat kurang sempurna.

 

Kalau mereka mintak balik duit sekalipun tak ada masalah. Kita anggap je la duit yang kita kena keluarkan untuk refund duit customer tu sebagai modal perniagaan kita. Walaupun orang kata dropship ini perniagaan tanpa modal, TAPI, janganlah sampai kita tak siap sedia dengan modal langsung.

 

Kita berani jual barang dekat customer, kita jugak kena berani tanggung kalau ada apa-apa masalah yang akan timbul.

 

Dari perspektif saya sebagai penjual, saya berani rekemen sesuatu produk dan berani buat marketing untuk sesuatu produk sebabnya saya yakin

1. Produk tu berguna

2. Produk tu bagus

3. Supplier saya mampu untuk deliver produk tu dalam keadaan yang baik

 

Manakala dari perspektif pembeli pula, mereka sanggup untuk buat pembelian kerana

1. Mereka nak/mahu/ingin/perlu produk tersebut

2. Mereka yakin kita memang boleh dipercayai

3. Mereka nak mencuba sesuatu yang baru dan ambil risiko (calculated risk)

 

Ini melahirkan satu situasi menang-menang antara kita sebagai penjual, dan juga pelanggan kita. Money is not an issue.

 

Kat Malaysia ni, teruk macam mana pun servis yang diterima oleh pelanggan, majoritinya lebih suka ambik pendekatan …

… ala tak pe la.

… kali ni kita bagi peluang, esok lusa jangan harap aku nak order dengan dia lagi

 

My point is, amat jarang untuk mereka minta refund, lebih-lebih lagi bila kita dah letakkan syarat siap-siap, kalau nak mintak refund

1. Mula-mula kena ambik gambar produk yang diterima kemudian emel pada kita gambar tersebut

2. Balut elok-elok produk tersebut dan hantarkan semula pada kita

3. Kos penghantaran adalah ditanggung oleh pembeli

4. Setelah produk sampai pada kita, barulah kita refund

 

Ingat pembeli nak buat macam tu? Leceh. Jangan harap mereka akan buat. Mungkin daripada 100 orang, akan ada seorang je yang buat macam tu. Oh saya bukan bagi anda idea untuk jual barang reject ye. Jangan salah faham pulak.

 

Bagaimana pula dengan situasi kalau produk tersebut adalah produk yang perlu makan? Bagaimana caranya nak ofer money back guarantee jika produk tersebut tidak sesuai dan tidak berkesan? 

 

Apa yang saya faham, setiap orang akan beri kesan dan reaksi yang berbeza-beza terhadap sesuatu produk. Ada sesetengah orang dia akan terus nampak kesannya, dan ada juga yang langsung atau lambat nampak kesan. Jadi? Untuk produk jenis perlu makan, pelanggan tu tadi perlulah tunjukkan BUKTI bahawa dia memang makan produk tersebut. Makan ikut jadual, dan ikut tips-tips berkaitan, seperti banyak minum air dan sebagainya.

 

Tak adil lah kan, kalau pelanggan sendiri tak makan produk tu, tak ikut peraturan makan, tiba-tiba dia claim yang produk dia beli tu tak berkesan!

 

Sekarang saya nak sentuh mengenai servis after sales support.

 

Daripada 10 pelanggan yang kita dapat, belum tentu kesemua sepuluh orang ini betul-betul faham cara menggunakan produk yang mereka beli. Lepas beli, kalau ada masalah mereka nak tanya pada siapa? Dekat mana mereka nak buat rujukan?

 

Ketakutan pembeli bukanlah hanya ketika hendak membeli sahaja, malahan, setelah pembelian dilakukan, mereka masih lagi menyimpan perasaan takut.

 

Jadi, apa kata kita lenyapkan ketakutan tersebut dengan menawarkan after sales service kepada pembeli-pembeli produk kita. Caranya?

 

Sediakan group khas yang mereka boleh sertai. Kita namakan group tersebut sebagai group support. Gunakan skrip ini jika bersesuaian dengan situasi dan perniagaan anda.

Terima kasih kerana puan sudi berurusniaga dengan saya. Bagi memastikan puan mendapat layanan yang terbaik, saya ingin jemput puan untuk sertai group berikut >> [nama group anda]

Sekiranya puan ada sebarang pertanyaan tentang produk atau apa sahaja, team saya dengan senang hati akan bantu puan.

Saya juga menyediakan voucher diskaun, khas untuk ahli sahaja bernilai RM100 untuk ahli baru yang menyertai group tersebut

 

Lepas pelanggan kita dah join group kita tu nanti, apa akan jadi? Dia akan selalu kacau kita ke? Dia akan tanya macam-macam ke? Dia akan susahkan hidup kita?

 

Jawapannya, tidak. Mereka tak akan susahkan kita, malah akan lebih memudahkan kita.

 

Kita mudah nak keep in touch dengan mereka. Kita juga mudah untuk build relationship dengan mereka. Paling penting, kita mudah untuk promosikan sebarang produk baru kepada mereka. Pernah dengar kan…

“Menjual kepada pelanggan sedia ada adalah lebih mudah berbanding menjual kepada pelanggan yang kita tak pernah berurusan.”

 

Dalam hal ini, anda pasti tak menyangka, customer yang selama ni cuma beli kain dari anda, bila anda dah masukkan mereka dalam satu group khas yang menghimpunkan produk-produk lain yang turut dijual, mereka juga akan shopping untuk beli produk lain.

 

Anda tak tau macam mana nak create group? Mudah sahaja. Kalau saya secara peribadi, saya akan syorkan anda buat group di Facebook. Buat sahaja Facebook Group. Kalau tak tau nak buat macam mana, boleh rujuk panduan yang saya tulis ni.

 

Saya lebih suka FB Group sebab ianya lebih mudah untuk dikawal dan kita boleh kawal posting dari ahli lain. Kita boleh tapis apa jenis post yang akan keluar di wall group kita. Ini bermakna, ahli lain tak boleh dengan sewenang-wenangnya buat spam dalam group kita seperti mana yang kerap berlaku dalam group whatsapp.

 

Kalau group whatsapp, sesetengah orang selama je promosikan produk dia dalam group yang kita bina. Ianya juga agak sukar untuk dikawal.

 

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

 

[hcshort id=”5″]

 

 

Filed Under: Bisnes Dropship Tagged With: agen dropship, bisnes dropship, buat duit dengan dropship

10 Cara Alternatif Menjual Di FB Tanpa Menggunakan FBAds

January 9, 2014 by sabree hussin 9 Comments

Beberapa minit sebelum saya hasilkan catatan ini, saya sempat lakukan pembacaan di laman web wikipedia. Tujuan saya tak lain tak bukan iaitu untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas tentang Facebook dan serba sedikit sejarah penubuhannya.

 

Anda pun boleh baca di laman wikipedia, jika ada masa. Ini dia ringkasan yang anda perlu tahu tentang Facebook. Facebook mula dilancarkan pada 04 Februari 2004, di Harvard. Lebih tepat lagi di bilik asrama. Inilah kediaman Mark Zuckerberg semasa beliau belajar di situ.

 

Kalau kita perhatikan, tujuan Facebook ditubuhkan adalah untuk menghubungkan seseorang dengan kenalan mereka. Untuk bersosial dan sebagainya. Saya percaya, Mark tak pernah bercadang nak jadikan FB sebagai platform jualan. Namun, disebabkan daya kreativiti yang tinggi, oleh pengguna akaun FB yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan profesion, maka  lama-kelamaan, FB mula di manipulasikan untuk tujuan berbisnes.

 

Rupa-rupanya, kerja-kerja pemasaran jadi lebih mudah dengan penggunaan FB. Sebabnya? Nowadays, hampir semua orang boleh dihubungi menerusi FB.

[Read more…]

Filed Under: Panduan Dominasi FB Group, Pemasaran FB

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 109
  • 110
  • 111
  • 112
  • Next Page »

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • Vickki on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • aaron hafix on Cara nak dapatkan kerja apabila menjadi seorang freelancer
  • Shila on Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship
  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in