Nak langsaikan hutang kad kredit dengan cepat? Ini tipsnya

by sabree hussin on January 20, 2016

in kewangan

Saya suka tengok cerita-cerita orang putih. Terutamanya TV Series. Saya suka genre penyiasatan, jenayah, misteri dan yang sama tema. Antara cerita-cerita yang saya rasa menarik dan anda patut tonton jugak antaranya The Mentalist, White Collar, Leverage, NCIS, CSI, Criminal Minds, dan banyak lagi..

 

Dari cerita-cerita tersebut, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Saya dapati, orang putih ni kebanyakkannya akan berbelanja menggunakan kad kredit. Saya pernah baca sebelum ni, yang masyarakat barat sebenarnya menuju kearah kehidupan sebagai masyarakat yang tidak membawa sebarang duit cash ataupun cashless society.

 

Saya rasa kalau tak ada cash langsung, ia agak mustahil. Jadi saya beranggapan, mungkin kalau nak bawa cash pun, mereka akan bawa dalam kuantiti yang sangat minimum.

 

Duit tunai ni walaupun biasa kita dengar, Cash is king, tapi ia sebenarnya sedikit bermasalah. Duit kertas, terdedah dengan sindekit pemalsuan wang kertas, untuk cetak kertas perlu tebang pokok, senang kena curi, hilang dan macam-macam lagi.

 

Tapi situasinya berbeza dengan kad kredit. Hanya dengan satu kad, boleh buat macam-macam. Boleh buat pinjaman segera dengan bank, tak perlu susah payah nak berurusan dengan money changer jika transaksi melibatkan matawang yang berlainan, dan ia mudah dibawa ke mana-mana.

 

Sesetengah orang, mempunyai kredit limit yang sangat banyak. Let say, RM50,000. RM50,000 kalau dalam bentuk wang tunai, ia agak susah untuk dibawa ke mana-mana.

hutang-kad-kredit

 

Satu yang tak best dengan berbelanja dengan kad kredit ni ialah, pihak berkuasa boleh lihat, apa yang kita beli dengan kad kredit yang kita miliki. Dari situ, mereka boleh tahu, bagaimana cara hidup kita, bagaimana cara kita berbelanja dan sebagainya. Silap-silap, ada individu tertentu yang boleh tahu kat mana lokasi kita, dengan melihat kat mana kita berbelanja. Hotel mana kita tinggal, mall mana kita pergi membeli belah.

 

Tapi itu semua tak dapat nak lawan dengan BEBAN yang terpaksa kita tanggung sebab guna kad kredit secara berlebihan. Guna kad kredit ketika berbelanja bukannya satu masalah. Apa yang jadi masalah bila kita overspent dan mula rasa tak cukup duit dan tak boleh hidup tanpa guna kad kredit.

 

selesaikan-hutang-kad-kredit Jika anda juga berada dalam situasi ini, bermakna anda perlukan satu strategi khas untuk langsaikan hutang kad kredit anda dengan segera.

 

Saya ada terjumpa satu panduan langsai hutang kad kredit yang ditulis oleh Shamsuddin Kadir yang berjudul Ebook Langsai Hutang Kad Kredit Langkah Demi Langkah “Teknik Mudah, Cepat & Efektif.”

 

Jika anda rasakan panduan ini sesuai untuk anda, menepati situasi anda, boleh lah dapatkan panduan tersebut. Setengah orang, cukup pandai buat hutang.

 

Tetapi untuk selesaikan hutang, tak ada strategi yang boleh dijadikan rujukan. Maka panduan ini bolehlah dijadikan rujukan.

 

Baiklah, berkenaan dengan hutang kad kredit ni. Pada pendapat saya, anda tak mungkin akan dapat selesaikan hutang kad kredit anda dengan cepat, sekiranya anda masih lagi bergantung harap pada jumlah pendapatan yang sama, yang telah menyebabkan anda berhutang pada awal-awal dulu.

 

Nak cepat habis hutang, kena bayar lebih. Tak boleh bayar minimum, tak boleh bayar kurang. Kalau anda bayar kurang, anda cari penyakit. Ini hanya akan menyebabkan hutang kad kredit anda tu nanti bertambah dengan lebih laju, walaupun anda tidak menggunakan kad kredit tersebut.

 

Macam mana pun, disamping menjimatkan perbelanjaan, anda patut juga terokai jalan-jalan lain, lebih-lebih lagi jalan-jalan untuk tambahkan pendapatan. Gunakan pendapatan tambahan tu sebagai wang tambahan untuk segera selesaikan hutang kad kredit anda tu nanti.

 

Mujurlah sekarang ni ada macam-macam kaedah dan teknik untuk buat duit. Sebenarnya anda juga boleh buat duit secara online sahaja. Gunakan duit-duit yang anda bakal perolehi daripada kerja-kerja secara online untuk langsaikan hutang kad kredit anda dengan pantas.

 

Kalau anda tak tau nak buat duit secara online, anda boleh baca lain-lain perkongsian yang saya dah muatkan dalam blog ni. Alhamdulillah, walaupun bukannya hebat sangat, namun saya berjaya juga buat duit online. Ada beberapa tips yang saya dah kongsikan dalam blog ni.

 

Harap-harap anda dapat baca dan praktikkan. Sesetengahnya langsung tak perlu bayar apa-apa, dan tak perlu keluar modal langsung. Contohnya program affiliate.

laman_buat_duit_lazada

 

Kalau anda nak contoh, salah satu program affiliate yang anda boleh sertai dan mempunyai potensi yang sangat besar untuk buat duit ialah program affiliate Lazada. Anda boleh klik sini untuk ke laman web Lazada. Kat laman web Lazada, selain boleh beli barang, anda juga boleh jadi ejen yang mempromosikan barang-barang lazada.

 

Saya rasa la kan, setakat nak dapatkan dalam RM100 – RM200 extra dari program ini bukannya sesuatu yang mustahil. Lebih-lebih lagi kalau kita benar-benar komited dan selalu buat kerja-kerja pemasaran.

 

Apa pun, ini cuma idea sahaja. Mungkin anda akan dapat lagi banyak idea-idea untuk langsaikan hutang kad kredit anda jika anda baca panduan ini.

 

Saya rasa la kan, dengan tambahan RM100 – RM200 setiap bulan, anda pasti boleh langsaikan hutang kad kredit anda dengan lebih cepat, setuju?

 

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: