Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

MYCYBERSALE 26 – 30 Sept 2016: Peluang untuk Shopping Online dengan harga DISKAUN sehingga 95%

September 28, 2016 by sabree hussin 8 Comments

Kempen MYCYBERSALE datang lagi.

mycybersale-kempen-2016

Sepanjang minggu ini, akan ada banyak tawaran-tawaran menarik dengan harga yang sangat menarik, yang anda tak akan dapat diluar sana. Ya, untuk mendapat tawaran harga diskaun sehingga 95%, anda hanya boleh dapatkan ia jika membuat tempahan secara online sahaja.

 

Rupa-rupanya ada terlalu banyak syarikat yang mengambil bahagian sempena jualan dan kempen #MYCYBERSALE ini dijalankan. Biasanya dalam kempen-kempen macam ni, saya cuma ambik perhatian pada kempen dan promosi yang dijalankan oleh dua buah syarikat sahaja.

 

(1) Lazada Malaysia

mycybersale-lazada-diskaun

Sebenarnya pada hari-hari biasa, Lazada juga ada menawarkan diskaun sehingga 90% untuk beberapa produk terpilih. Anda boleh lihat di bahagian kategori Best Seller untuk melihat senarai produk yang dijual dengan harga diskaun sehingga 90%.

 

Walaubagaimanapun, sempena kempen #MYCYBERSALE 2016 ini, Lazada juga menawarkan produk tertentu dengan harga diskaun yang lebih tinggi, iaitu sehingga 95%. Mungkin ada beberapa produk yang anda memang nak beli sebelum ini, tetapi harganya mahal sangat, atau diluar bajet anda, namun sempena kempen #MYCYBERSALE anda boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah.

 

VR Box II (VER 2.0) 3D Virtual Reality Glasses Headset Gear

Kali pertama saya nampak benda ni, dari blog seorang kenalan blogger. Sebenarnya saya pun tak berapa tahu sangat apa benda ni sebenarnya. Tapi bila baca blogpost yang Along XP ni buat, rasa macam agak cool jugak bila ada VR Box ni.

Baca post beliau: VR Box ni apa benda?

 

Bersempena dengan Lazada #MYCYBERSALE 2016 ni, saya ternampak produk yang sama. Sudah tentu ia dijual dengan harga yang sangat menjimatkan!

vrbox

Saya pun tak berapa pasti, berapa harga sebenar produk ni kalau di pasaran luar. Namun, kalau anda buat semakan di laman web Lazada, anda akan dapati produk ini memang dijual dengan macam-macam harga. Ada yang jual dengan harga yang sangat mahal, dan ada juga yang jual dengan harga yang sangat murah.

 

Saya rasa harga paling murah yang saya jumpa ni ialah yang harga RM14.90 ni la. Saya tak pasti, kalau anda buat semakan disini, adakah harga ini masih ada lagi ataupun dah habis.

 

Anda rasa patut tak beli produk ni? Harganya tak mahal pun, cuma RM14.90 sahaja. Mungkin lepas ni saya dah tak akan jumpa lagi harga macam ni kat mana-mana.

 

(2) Bookcafe

mycybersale-bookcafe-diskaun

Buat para penggemar dan pencinta buku, ada juga berita baik untuk anda. Anda boleh dapatkan pelbagai buku dengan harga diskaun, dan ada juga buku tertentu yang dijual dengan harga RM1 sahaja. Buku yang dijual adalah sangat terhad dan anda kena jadi seorang yang sangat bernasib baik kalau nak dapatkan buku dengan harga RM1 ini.

 

Anda boleh ke laman web Bookcafe untuk melihat promosi apa yang masih dijalankan dengan menekan pautan ini.

.

..

…

Jika anda ke laman web http://www.mycybersale.my/ anda boleh lihat sebenarnya ada banyak lagi syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam kempen #MYCYBERSALE 2016.

 

Kempen #MYCYBERSALE 2016 ini adalah dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan turut disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), CyberSecurity Malaysia and SME Corp. Malaysia, Ministry of Health dan MATRADE.

 

Jadi, kita boleh membeli belah dengan selamat dan at the same time dapat nikmati harga yang begitu menjimatkan. Tujuan kempen ini diadakan juga adalah bagi menggalakkan orang ramai untuk membeli secara online. Bukan itu sahaja, secara tak langsung, kempen ini juga bertujuan untuk menggalakkan para usahawan supaya turut menawarkan proses tempahan dan pembelian secara online.

 

Selamat membeli belah sempena #MYCYBERSALE 2016.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Peluang buat duit online untuk golongan pelajar bersama Bookcafe
  2. Barangan yang sebelum ini mahal dijual dengan harga MURAH sempena unity Sale
  3. 5 Tawaran DISKAUN menarik sempena kempen Mega Merdeka Madness
  4. Cara nak umpan orang supaya shopping di Lazada?

Filed Under: Personal Tagged With: #MYCYBERSALE

Comments

  1. anuar says

    September 28, 2016 at 8:47 pm

    Yurp.. sekarang ni lah masa terbaik kalau nak beli barang murah.. kebanyakan laman web ada buat jualan diskau sempena MYCYBERSALE..

    Reply
  2. Noriza Rahman says

    September 29, 2016 at 8:53 am

    Tengok tawaran bookcafe memang best, sebab buku sangatttt murah

    Reply
  3. Raihanah says

    September 29, 2016 at 9:10 am

    memang rambang mata jadinya

    Reply
  4. onlajer says

    September 29, 2016 at 8:03 pm

    haha time macam ni pulak tak terfikir nak beli apa… hihihi

    Reply
  5. mrhanafi says

    September 30, 2016 at 12:36 am

    saya lebih suka tengok sales pada buku …bro

    dapat buku yang harga murah boleh borong banyak

    Reply
    • sabree hussin says

      September 30, 2016 at 5:14 pm

      Kena bernasib baik dan laju kalau nak dapat buku harga murah ni. Cepat je orang lain dah ambik.

      Reply
  6. Azeni Ahmad says

    October 14, 2016 at 11:53 pm

    La terlepas la..
    Terlambat pula.
    Tapi perasaan banner tepi jalan.

    Reply

Trackbacks

  1. Beli apa sahaja yang anda suka tanpa perlu risau tentang harga sempena Lazada Online Revolution 2016 - Blog Sabree Hussin says:
    November 8, 2016 at 6:16 pm

    […] kempen MyCyberSale yang diadakan pada 26 – 30 Sept sebelum ini, salah satu barang yang saya sempat beli sempena kempen flash sale ialah VR […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Program Affiliate FWD Takaful – Buat duit dalam industri Takaful
  • 18 Kelebihan Bisnes Online
  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in