Minta tips berniaga kedai runcit dari seorang kuli?! Biar betul ko ni…

by sabree hussin on July 10, 2015

in kedai runcit

Pada tahun 2012, saya masih lagi bekerja sepenuh masa disebuah syarikat swasta di KL. Pada waktu tu, saya memang dah lama bergiat dengan kerja-kerja online marketing, dan sesekali saya akan terima beberapa job untuk penulisan artikel advertorial dari klien yang berminat. Setiap masa, saya terfikir… “sampai bila aku nak jadi kuli macam ni?”

 

Memandangkan pada awal bulan Mac 2012, perniagaan kedai runcit saya dah pun mula berjalan, saya jadi makin tak keruan. Pada waktu tu, kedai ni diuruskan oleh kakak saya yang berada di kampung halaman, iaitu di Klang. Saya nampak, kedai ini adalah salah satu “pintu” untuk saya keluar dari dunia korporat yang kadang-kadang sangat mengecewakan saya. Mungkin, jiwa saya bukannya dalam bidang tu.

bisnes_kedai_runcit

 

Kadang-kadang tu, terlepas jugak dari mulut saya tentang hasrat saya nak berhenti kerja dan nak fokus pada bidang perniagaan. Bila terlalu stress dengan kerja di ofis, it is like I had enough of this shit! 

 

Nasihat dari seorang kawan… adakalanya, dia nasihatkan kita begitu dan begini bukannya sebab dia tak percayakan kemampuan kita, tetapi sebab dia sayangkan kita. Dia tahu, cabarannya sangat BESAR dalam bidang perniagaan ni, sebab tak ada jaminan akan untung setiap masa. Kalau bulan ini boleh untung, RM5,000 adakah bulan depan boleh dapat jumlah yang sama? Kalau kerja makan gaji, kan pendapatan lebih terjamin. Bulan ni dapat RM2,500 dah tentu-tentu setiap bulan akan dapat amount yang sama.

 

Jangan berhenti kerja sebab nak berniaga, RISIKO terlalu besar

“Habis tu, kalau tak berhenti kerja, macam mana nak berniaga bro?”

“Ok, sekarang ni siapa yang run business kedai runcit you tu?”

My sister.

“Ini pendapat aku je bro… I think it is better that way. Now, dah ada someone yang akan look after your so called kedai runcit business, and right now you already have a full time job. The BEST move is, just let your sister manage the business while you monitor the progress here so that you still earn your salary and at the same time you ada income dari bisnes you bro. Trust me bro, it is better this way.”

 

Sama ada dia memang betul-betul tak faham, atau dia yang sengaja buat-buat tak faham. Seorang usahawan, bila dia dah nekad nak buat bisnes, hati dia dah bulat dan sebarang nasihat yang tak membantu dirinya kearah untuk merealisasikan impiannya adalah satu GANGGUAN dan HALANGAN. Bila kita dah labelkan ia sebagai satu halangan, dah tentu kita kena cari cara untuk hapuskan halangan dan gangguan tu, ye tak?

 

Saya tidaklah mengatakan yang nasihat tersebut SALAH. Ada benarnya, dan memang YA, perniagaan ini adalah suatu aktiviti yang berisiko. Sebenarnya, kerja dengan orang pun ada risikonya jugak, dan salah satunya ialah risiko jadi BODOH. Lagi-lagi bila dapat bos yang asyik nak marah-marah dan kuat menyumpah seranah.

 

Sediakan cash reserve at least for 6 month

Jangan nak menggatal nak berhenti kerja, kalau tak ada back up cash at least bersamaan dengan 6 bulan gaji. Kalau ditakdirkan, jadi apa-apa yang buruk sepanjang tempoh tak bekerja dan tak ada pendapatan tetap tu, setidak-tidaknya ada back up.

 

Maksudnya, kalau gaji RM2,500 kita kena darabkan dengan 6, iaitu bersamaan dengan RM15,000

 

Nasihat ni buat saya tersenyum lantas saya terfikir… kalau duk kat KL ni, RM2,500 pun tak cukup, inikan pulak nak ada simpanan sebanyak tu. Sebulan nak kena simpan berapa ringgit dari duit gaji yang cukup-cukup makan dan pakai tu? Kemudian, berapa lama pulak nak kena tunggu baru boleh berhenti kerja?

 

Tidakkah dia tahu, business yang baru tu umpama baby. Ia begitu sensitive dan memerlukan penjagaan yang begitu rapi agar ia tak mati awal. Saya kira, pada waktu tu la kan, satu-satunya perkara yang paling saya akan kesalkan ialah jika saya resign nanti, bisnes kedai runcit saya tu dah tak wujud lagi!

 

Tapi, sebagai seorang yang begitu dedicated terhadap kerja-kerja ofis, mungkin dia tak dapat selami apa yang saya rasakan pada ketika itu.

 

Hmm… itulah… kalau nak mintak nasihat sekalipun, biarlah dapatkan dari orang yang sepatutnya dan yang selayaknya. Walaupun most likely, saya akan dapat nasihat yang sama, at least cara penyampaian dia berbeza ha ha

 

Sekarang ni, benda yang paling saya syukur ialah satu masa dulu saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan berniaga. Cuma kadang-kadang, saya rasa juga stress, tetapi bila melihat kembali pencapaian dan pengalaman yang saya lalui sebagai seorang yang tak bekerja, Alhamdulillah… Allah izinkan saya lalui suatu pengalaman yang orang lain tak lalui.

 

 

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: