Setengah orang kata, main game Mobile Legend ini cuma membuang masa.
Mungkin ada betulnya.
Lebih-lebih lagi, bila kita dah habiskan lebih 20 minit dalam satu perlawanan, dan berkesudahan dengan pasukan kita menerima kekalahan.
Kalah menang, itu adat dalam pertandingan.
Pasukan yang kuat, biasanya pasti akan mengalahkan yang lemah. Pada saya, kalau kekalahan itu berlaku sebab pasukan lawan bermain dengan lebih bagus, mereka memang mempunyai teknik dan strategi yang lebih baik, saya tak ada masalah untuk terima kekalahan tersebut.
In fact, saya mungkin akan rasa puas hati walaupun kalah. At least melalui pengalaman tersebut, saya dapat belajar perkara baru.
Tapi ada juga keadaan yang mana saya ada masalah untuk terima hakikat yang team saya kalah. Kita kalah bukan sebab team lawan kuat sangat, tapi disebabkan dalam team sendiri ada pemain yang berkelakuan pelik! Mereka ini menjadi beban kepada pasukan, dan akhirnya… kita kalah.
Kebiasaannya kalau ada perangai pelik ini dalam pasukan, perlawanan tersebut akan berakhir dengan kekalahan. Melainkan kalau tiba-tiba berlaku satu keajaiban.
Mana lah tahu, tiba-tiba timbul kesedaran lalu masing-masing mula insaf dan nak berubah jadi lebih baik. Dalam posting ini saya nak highlight perangai pelik yang ada dalam game mobile legends ini.
Kalau ada perangai macam ni, siap sedia untuk hadapi kekalahan je la ya.
1. Team member yang perangai toxic
Perangai toxic ini memang akan spoil mood perlawanan. Orang yang toxic ini kadang-kadang awal lagi, iaitu semasa fasa pemilihan hero atau draft pick lagi, dah tunjuk perangai buruk dia.
Orang toxic ini
a. Akan hina negara
b. Ada yang hina bangsa
c. Ada juga yang hina agama
Sepanjang match berlangsung, kerja dia asyik maki hamun orang lain, sampai kita sendiri susah nak fokus.
Bila ada yang layan, dia makin menjadi-jadi. Makin bersemangat pula nak memaki hamun.
Kalau player toxic ini berada dipasukan lawan, biasanya kita akan makin bersemangat nak kalahkan team pihak lawan. Tapi kalau player toxic ini berada dalam team sendiri, kita akan rasa malas nak lawan betul-betul.
Biar kalah sama-sama.
Nanti selepas habis perlawanan, boleh report dan block sahaja player tersebut, supaya tak jumpa lagi di masa akan datang.
2. Player tank hanya untuk marksman (mm)
Sebenarnya apa fungsi player tank?
Hero dalam kelas tank ini selalunya mempunyai nyawa (hp) yang tinggi, defend yang agak besar dan biasanya ada skill crowd control (CC).
Kelebihan yang ada ini membolehkan hero tank untuk menahan damage dari player lawan, sambil player lain yang merupakan damage dealer ada ruang dan peluang untuk bunuh pihak musuh.
Kiranya tank adalah hero yang sanggup korbankan dirinya, untuk melindungi team member.
Tapi kadang-kadang ada tank yang perangai dia pelik sikit. Dari mula sampai ke pertengahan match, asyik follow dan back up marksman je.
Habis tu, player lain macam mana? Tak perlu ada tank ke, especially hero assassin dengan mage. Mereka ini juga mempunyai damage yang tinggi dan mampu untuk bunuh musuh. Tapi kalau tak ada bantuan dari tank, agak susah mereka nak perform.
3. Marksman yang manja
Saya tak dinafikan, hero marksman ada peranan yang cukup besar dalam perlawanan. Kalau player tu ada skill permainan yang tinggi, dia boleh jadi carry yang membawa team untuk menang.
Tapi ada juga marksman yang acah-acah hebat, tapi selalu buat silap.
Biasanya marksman seperti ini, akan selalu mati sebab kena lock dengan player lawan.
Main marksman ni, kena pandai cari posisi selamat dan jaga jarak. Kalau tak pandai jaga, memang senang-senang kena bunuh.
Masa tu mulalah bagi alasan bodoh, sebab tak ada siapa yang jaga dia kononnya.
4. Jenis player yang tak ada map awareness
Penat bila dapat team yang tak pandai tengok dan baca mini map. Padahal dekat mini map ada banyak maklumat penting yang dapat bantu kita memenangi sesuatu perlawanan.
Dari map tu kita boleh buat prediction (jangkaan) dimana sebenarnya kedudukan musuh. Kadang-kadang kita tak nampak musuh sebab masing-masing sedang sembunyi dalam semak.
Biasanya kalau nak berlaku war, kawasan panas dia adalah dekat sekitar gold lane, turtle dan juga lord. Kalau tiba-tiba semua musuh hilang dari mini map, kita boleh jangkakan yang musuh sebenarnya ada berdekatan dengan kita.
Kalau team mate kita berada dalam lingkungan jarak yang agak jauh, kita tak perlu nak terlalu kehadapan. Bimbang nanti ada surprise attack pula.
Mobile Legends adalah merupakan perlawanan antara dua pasukan yang mengandungi lima orang dalam satu pasukan.
Andai kata berlaku situasi satu lawan satu, dan belum sempat diketahui siapa yang lebih kuat tiba-tiba datang ahli pasukan lain beri bantuan, ia tak dikira sebagai 1 vs 3 atau 1 vs 5 sebaliknya game ini tetap dikira 5 vs 5.
Siapa yang bijak baca peta dan cepat beri bantuan, itu adalah team yang bijak.
5. Jenis tak tahu prioriti
Mana satu lebih penting?
Jaga tower atau bunuh creep?
Ambil buff atau beri bantuan kepada team member yang kena ambush?
Push tower atau cari musuh untuk dibunuh?
Contest turtle atau push tower?
Jawapannya?
Of course bergantung kepada situasi.
Antara bunuh creep dengan jaga tower, sudah tentu jaga tower lebih penting. Kalau tower kena serang dan pada waktu tu tak ada siapa yang defend, kenalah tinggalkan apa yang kita buat dan protect tower.
Tentang buff dengan tolong team mate, itu kena tengok pada keadaan. Kalau kita bantu hanya akan menambahkan bilangan kill pihak lawan lebih baik jangan masuk.
Setiap kali ada peluang, lebih baik push untuk robohkan tower pihak musuh.
6. Berebut buff
Ini pun satu kejadian yang menjengkelkan.
Setiap orang berebut buff, seolah-olah bila tak dapat buff, terus tak boleh lawan dengan normal. Masalah ini biasa berlaku, kalau pada peringkat awal lagi komposisi pasukan tak dibina dengan betul.
Kalau dalam pasukan ada dua assassin, kemudian ada marksman juga, ini yang akan jadi masalah. Salah seorang akan jadi lemah sebab tak ada buff yang mencukupi.
Pada pendapat saya, sebenarnya blue buff ataupun red buff ini biarlah bagi pada jungler kita sahaja. Yang lain-lain tak perlu nak usik buff tu, melainkan kalau terpaksa.
Maksud terpaksa inipun bergantung pada keadaan. Misalnya kalau kita biarkan buff tak diambil, ia ada kebarangkalian untuk dicuri oleh pihak musuh.
Jungler kita pula dah mati dan tunggu masa untuk hidup semula.
7. Tak ada siapa yang ambil buff
Satu lagi situasi yang agak pelik.
Rupa-rupanya dalam ramai-ramai, tak ada seorang pun yang ambil buff. Saya biasa guna hero fighter atau tank/fighter jadi memang kadang-kadang tu tak perlu sibuk nak fikirkan pasal buff.
Bila jumpa musuh, terkejut juga sebab mereka level dah tinggi-tinggi belaka. Rupa-rupanya team musuh dah curi buff kita.
8. Pilih hero sebab hero tersebut overpowered
Saya tak ada masalah dengan team yang pilih hero yang overpowered ini. Dari masa ke masa, memang akan ada beberapa hero yang akan di buff oleh Moontoon.
Apa yang buat saya rasa nak marah bila player tu pilih hero tu tapi tak reti guna. Kalau setakat nak test hero, janganlah test dekat rank.
Lebih baik dia pilih hero yang dia biasa guna, daripada ambil yang OP tapi lepas tu asyik mati.
9. Banyak bersembang semasa perlawanan berlangsung
Kalau anda dah pernah main game ni beribu-ribu kali, pasti akan jumpa player jenis ni.
Memang menyampah betul dengan player macam ni. Kalau dalam mini map kita dapat perhatikan yang player ini banyak berhenti tak buat apa-apa.
Dia tak defend tower.
Dia tak cuba bunuh creep untuk naikkan level dia.
Kerjanya asyik menaip je.
Ada je yang dia rasa tak kena.
Bagi dia semua salah, dan semua orang perlu dikritik. Tapi diri dia? Langsung tak beri kerjasama.
Ada juga yang jenis peramah terlebih. Awal-awal permainan, dia bagi salam dekat semua orang.
Kemudian sepanjang perlawanan tu, dia asyik bersembang.
10. Tak faham peranan
Saya kurang pasti sama ada player tersebut betul-betul tak faham peranan, ataupun dia memang sengaja.
Kadang kita tengok, kelas hero yang dia pilih tapi cara main tak menggambarkan yang dia faham peranan hero tu.
Kita ambil contoh kelas marksman.
Sepatutnya dia berada di barisan belakang, dan patut tunggu tank atau fighter untuk buka map. Kalau semua selamat baru dia maju, tapi sebaliknya yang berlaku. Dia pula yang beriya nak ke depan dan buka map. Akhirnya dalam perlawanan, dia yang paling awal meninggal.
Ada juga beberapa keadaan lain, yang agak menyakitkan hati, misalnya
a. Tank gerak solo dan tak bantu team member
b. Mage main macam support dan langsung tak ada damage
c. Fighter berlagak seperti tank
d. Jungler ikut-ikut push turret dan lupakan objektif untuk ambil buff, turtle dan lord
Bila berlaku kejadian seperti ini, selain berharap mereka sedar diri… kita juga berharap pasukan lawan akan buat silap.
11. Tak faham ulti sendiri dan team member
Ini satu masalah yang merugikan pasukan, bila team member sendiri tak faham dengan ulti sendiri, dan juga rakan pasukan. Sedar tak sedar, ada ulti yang saling cancel each other.
Saya bagi contoh, Oddete dengan Chow.
Oddete tengah lancarkan skil Ultimate kepada musuh menggunakan Swan Song. Tiba-tiba datang Chow, dia pergi tendang pula musuh keluar dari kawasan damage.
Ataupun, Valir dengan Fredrin.
Fredrin tengah charging untuk lancarkan ultimate Appraiser’s Wrath, tiba-tiba datang Valir dia cast skill 2, Searing Torrent yang mengeluarkan musuh dari damage area.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, walaupun kita ada skil yang boleh digunakan, tapi kena tengok juga sebelum kita lancarkan skil. Bimbang kalau skil yang kita lancarkan, akan cancel skil team member kita.
12. Cuma tahu main satu kelas hero sahaja
Biasanya pemain newbie ada masalah ini.
Pertama kali main game ni, dia mungkin bermula dengan hero marksman sahaja, which is Layla.
Maklumlah marksman ni kan boleh serang dari jauh.
Lagi satu, idea yang mana kita boleh bunuh musuh dari jarak jauh, sebenarnya agak cool.
Tapi, untuk jangka masa panjang, sebenarnya kita kena belajar cara untuk main role yang berbeza. Bila dalam team dah ada player yang pick marksman, tak kanlah nak pilih role yang sama.
Lepas tu apa jadi?
Berebut nak main dekat Gold Lane jugak.
13. Berebut nak pilih kelas yang sama
Satu team yang compact, perlu ada kelas-kelas hero dari kalangan tank, fighter, mage, marksman dan juga assassin. Masalah akan berlaku bila ada yang nak ambik dua mage, atau dua marksman.
Entahlah.. saya jarang menang kalau dalam team ada dua mm atau dua mage. Tapi kalau ada dua tank, atau dua fighter, peluang menang lebih tinggi.
Sebenarnya, kalau kita tengok gameplay pro player, kadang-kadang komposisi hero yang digunakan tak sama macam kebiasaan player lain. Kalau anda main dalam satu skuad, itu biasanya okay tak ada masalah.
Tapi kalau player solo, yang team pun akan dapat secara random, lebih selamat kalau kita pick hero yang saling melengkapi antara satu sama lain.
14. Jenis pentingkan diri sendiri dan tak ambil tahu hal orang lain
Perangai pentingkan diri sendiri ini, langsung tak cool!
Dalam game ini, ada masa kita kena pentingkan diri sendiri, dan ada masa kita kena utamakan team members. Cuma saya cukup geram kalau berlaku keadaan yang mana, bila kita tengah serang musuh, kita punyalah beriya-iya serang dan duduk di barisan hadapan, tiba-tiba baru kita perasan team kita semua dah lari.
User tank biasanya akan alami situasi ni. Kita dah buka map, dan dah open war, rupa-rupanya team kita semua mundur.
La… kena tinggal rupa-rupanya. Kita lawan sorang-sorang, mati pun sendirian. Lagi menyakitkan hati, bila kita dah mati, tiba-tiba team kita semua ikut mati jugak… kena wipe out! Padahal tadi kalau sama-sama lawan, tak tinggalkan team member, ada peluang untuk menang.
15. Jenis suka mengajar-ajar orang lain
Kadang-kadang memang serabut bila dapat team macam ni. Dia ni jenis suka nak ajar-ajar orang, apa yang patut dilakukan.
Mula-mula dia akan suruh kita pilih hero yang dia cadangkan. Kemudian, dia suruh kita tukar spell yang patut kita gunakan. Kemudian bila match dah mula, dia akan suruh-suruh kita beli equipment seperti mana yang dia suruh.
Bila kita tak ikut, dia mulalah jadi toxic. Dia kata kita anjing la, dan macam-macam lagi makian dihamburkan.
Agaknya dia ni tak sedar, yang orang lain pun ada gameplay dan strategi tersendiri. Tak kan la semua nak kena ikut cakap dia. Lainlah kalau kita memang satu skuad, dan semua orang acknowledge dia sebagai ketua pasukan. Masa tu, nampak ok la kalau nak ikut cakap dia.
Hilang rasa seronok, bila ada orang macam ni dalam pasukan.
16. Suka bagi alasan lag
Saya agak prejudis dengan player yang bagi alasan lag, especially kalau dalam match tersebut ada musuh-musuh seperti Hylos, Eudora, Hanabi, Estes, Popol and Kupa dan beberapa lagi hero yang ada skill untuk slow atau stun pihak lawan.
Bila dia bagi alasan lag, nampak lebih kepada dia yang tak berhati-hati sebab terkena skill pihak lawan. Biasalah, tak kan nak mengaku yang diri tu lemah. Paling mudah, bagi sahaja alasan lag.
Tak ada siapa yang boleh sahkan, sama ada betul-betul lag, atau cuma alasan.
Melainkan kalau dia tunjukkan nilai ping dia.
17. Tak pandai improvise corak permainan
Perkara ini biasa berlaku dalam kalangan pemain yang masih baru. Pemain seperti ini selalunya cuma pegang pada satu corak permainan sahaja.
Dari awal hingga pertengahan, dia akan farming sahaja. Bila dah betul-betul kuat, barulah dia akan buat objective. Benda ini adalah satu strategi yang bagus, tetapi janganlah sampai tak mempedulikan apa yang berlaku pada keadaan sekitar.
Ada juga misalnya player mage yang dari mula match sampai habis, hanya duduk di bahagian mid sahaja. Dia cuma nampak tower dia sahaja, selebihnya seolah-olah bukan masalah dia.
Kalau nampak team member nak main fast game, nak push, nak curi buff pihak lawan, ikut la sama. Bagi bantuan. Bila sama-sama main agresif, peluang nak menang lebih cerah.
18. Pemain yang suka troll
Pemain jenis ni, dia main game bukan sebab nak menang. Bagi dia, kedudukan (ranking) dan juga star bukan perkara penting. Dia sekadar main untuk hilangkan bosan.
Kadang-kadang dia bukan bersungguh nak lawan pun, tapi sekadar nak kacau orang lain.
19. Pemain yang AFK
AFK singkatan bagi Away From Keyboard/Keypad.
Ini sebenarnya satu bentuk violation dalam peraturan permainan Mobile Legend.
20. Pemain yang feeder
Feeder juga tak kurang celakanya dengan kelakuan AFK. Saya rasa, feeder ni lebih teruk, sebab bila dia asyik mati, ia menyumbangkan gold kepada pihak musuh. Musuh jadi semakin kaya, naik level lebih cepat dan akhirnya mereka jadi lebih kuat. Memang susah nak buat come back kalau ada team yang feeder.
Saya faham, kadang-kadang enemy akan pilih hero yang boleh counter hero kita.
Kalau kita lawan jugak, memang kita akan kalah. Dalam keadaan ini, kalau saya berada dalam situasi tersebut, saya akan main secara pasif sahaja.
Fokus untuk clear minion dan jaga tower sahaja. Bila ada peluang, dan nampak ada team berdekatan, barulah sama-sama serang musuh yang lebih kuat dari kita.
Kalau kita lawan solo, confirm kita akan kalah. Jadi, duduk diam-diam bawah tower dan clear minion.
21. Tak alert dengan team
Main game Mobile Legends ni, kena selalu tengok apa yang team kita buat. Terutama sekali kalau ada user tank berdekatan dengan kita.
Kadang-kadang tank, terutamanya Franco dah berjaya tangkap musuh, tapi kalau tak ada follow up dari team lain, musuh yang kena tangkap itu mungkin akan selamat dan boleh terlepas lari.
Jangan terlalu fokus nak clear minion, sampaikan enemy yang patut kita bunuh tu terlepas lari.
22. Tak pandai push tower
Ini tanda-tanda yang kita akan kalah.
Team kita tengah mendahului dari segi kill, tapi tak ada siapa yang push tower. Selepas dah berjaya kill musuh, team kita akan sembunyi dalam semak untuk siap sedia ambush musuh seterusnya.
Game boleh berlanjutan hingga 30 minit kalau berada dalam situasi macam ni. Masalahnya, bila dalam late game, kadang-kadang silap sikit, team kita boleh kena wipe out dan akhirnya enemy dapat come back.
Bila dah terlalu lama, masa ini team kita akan mula buat silap. Kalau ada percubaan untuk push tower musuh pun, dia buat seorang diri. Satu orang cuba push tower, yang lain sibuk kill jungle monster atau clear minion.
Ada yang standby untuk ambush musuh.
Akhirnya, team kita meninggal satu demi satu.
Entahlah, kadang-kadang memang akan ada keadaan, kita dapat team yang tak tahu nak push tower. Orang yang patut push tower pula, main takut-takut dan cuma duduk dalam tower sendiri.
23. Suka clear minion lane orang
Player jungler, tugas anda adalah clearkan jungle monster. Kalau jungle dekat area kita dah habis, cubalah curi jungle pihak musuh.
Tak payah la sibuk nak clearkan minion yang datang. Semua minion tu adalah untuk player yang memang jaga lane tersebut.
Saya perasan, player jungler dengan roam ni kadang-kadang suka clear minion dekat bahagian mid. Sedangkan, minion dekat tengah tu adalah milik mage.
Kalau minion dah clear dekat situ, dan mage tak dapat nak kill minion, tak perlulah salahkan mage kalau tak join team fight. Mage pun tak berani nak join war, kalau level masih ketinggalan dan item masih belum jadi.
24. Tinggalkan lane tanpa ada orang jaga
Masalah ini biasanya ada pada mereka yang pick untuk main exp lane ataupun gold lane.
Selepas tower pertama musuh berjaya dirobohkan, player exp lane mula pergi ke tengah dan join war. Bila dah terlalu seronok join war, dia macam lupa nak tengok lane yang sepatutnya dia jaga.
Memang betul, dalam game ini, setiap orang kena buat rotation.
Tapi persoalannya, siapa yang perlu buat rotation?
Kalau harapkan mage yang pergi jaga lane, biasanya kalau tercetus war, pasti akan kalah sebab mage tak dapat nak join team fight.
Begitu juga kalau mengharapkan player roam atau tank yang pergi jaga lane. Ini bukan tugas dia. Sebaik-baiknya, siapa yang dari awal jaga lane tersebut, maka dialah yang patut jaga lane tu.
Saya pernah beberapa kali kalah game sebab orang yang patut jaga lane, dia sibuk pusing satu map. Sebenarnya kerja pusing satu map ni bukan tugas dia.
Kita ada roamer dan jungler yang boleh buat kerja tersebut.
Ini pandangan saya sahaja.
Player exp lane, kalau nak join war, dia hanya perlu join war yang berlaku dekat mid lane dengan lane dia sahaja.
Player Gold Lane pun sama.
Kalau nak join war, join war yang berlaku dekat lane sendiri dengan yang berlaku dekat mid lane.
Kalau kebetulan war berlaku dekat lane bertentangan dan anda rasa perlu join, kena pertimbangkan juga, nanti sempat tak nak kembali ke lane asal?
Kalau rasa sempat, then silakan.
25. Tak pandai split push
Bila team kita tengah cuba dapatkan lord, salah seorang kenalah push turret dekat lane yang paling jauh.
Tujuannya adalah supaya enemy berbelah bahagi, sama ada nak cuba contest lord atau nak selamatkan tower.
26. Tak beli item roam
Player yang tak ada lane sendiri, biasanya nak tak nak kena main roam.
Bila dah main roam ni, dia akan kongsi lane dengan player lain, tapi dia tak akan kongsi gold dengan player yang ada. Dia boleh dapatkan gold melalui cara lain, misalnya assist dan juga roaming tu sendiri.
Masalah berlaku bila ada yang tak beli item roam. Dia akan beri kesan kepada jungler kita, sebabnya semua lima player akan kongsi gold. Sebaliknya, kalau ada player yang beli item roaming, gold terkumpul akan dikongsikan dengan 4 orang player sahaja.
Dengan ini, jungler kita akan ada peluang untuk jadi lebih cepat kaya dan lebih kuat.
Senang cerita, siapa yang kena main roam tu, first thing first ialah beli item roam.
27. Ambil buff milik jungler
Kalau jungler atau hyper team kita belum cukup kuat, dan bila lawan asyik kalah, boleh tak jangan ambil buff dia?
Kadang-kadang player ni pun, dia bukannya nak sangat main jungler atau hyper ni. Tapi terpaksa sebab tak ada yang nak tawarkan diri.
Bila dia dah main jungler, eh… marksman pergi ambil buff yang patutnya dia punya. Bila jungler kalah level, salahkan jungler lagi.
Patutnya tak boleh la macam tu. Kena tengok juga, apa sebab player tu tak boleh nak berfungsi seperti yang sepatutnya. Sebagai team, kena bantu dia, bukannya jadi lagi toxic.
Fuh… perkongsian ni lebih kepada lepas geram sebenarnya. Kadang tertanya-tanya juga, kenapalah wujud player yang macam ni dalam game. Kemudian diri ini tersedar, bukan dalam game sahaja ada player macam ni… dalam dunia sebenar pun sama je.
Baiklah, ada ke yang saya tertinggal?
rujukan says
aku x faham apa apa pasal cerita ni sebab aku main PUBG ja, hehe
ki says
serius da give up.. mcm kena drag dr legend jatuh ke gm padahal tak pernah bg org lain pegang akaun kita. kena pula slalu bertembung team joki.. mlas nak main da ..