Mencari Maut: Bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penyelewengan, skim cepat kaya dan lain-lain pelaburan durjana

by sabree hussin on December 16, 2015

in Buku & Bahan Bacaan

MENCARI MAUT.

 

review_mencari_maut_aziziSaya kira tajuk buku tulisan Azizi Ali kali ni memang agak KASAR dan KERAS bunyinya. ha ha

 

Apa pun, ini adalah salah satu bahan bacaan yang sangat menarik yang saya percaya, semua orang patut baca sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

 

Buku Mencari Maut secara umumnya mengisahkan tentang skim-skim, program-program dan juga pelan-pelan pelaburan yang ada disekeliling kita, yang sebenarnya akan berkesudahan dengan penipuan dan kerugian.

 

Alhamdulillah, saya dah selesai baca buku ni, dan apa yang boleh saya katakan, topik-topik yang dibincangkan dalam buku ni memang dekat dengan persekitaran kerja saya.

 

Seperti yang mungkin ada antara pembaca dan pelawat blog ni yang sedia maklum, salah satu perkhidmatan yang tawarkan ialah khidmat penulisan artikel advertorial. Sepanjang saya tawarkan perkhidmatan ini, sebenarnya bukan sekali dua saya terpaksa REJECT permintaan beberapa orang yang meminta saya bantu promosikan program dan skim-skim yang meragukan.

 

Sebahagiannya ada yang terang-terang tergolong dalam skim cepat kaya, skim piramid dan kebanyakkannya ialah money game semata-mata.

 

“Bagaimana yang dikatakan sebagai money game?”

Sebenarnya bukan susah sangat nak kenal sama ada sesuatu program buat duit tu ialah money game ataupun betul-betul program yang sah. Antaranya yang anda boleh lihat ialah

 

1. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti perniagaan

Tiada produk. Tiada perkhidmatan yang didagangkan ataupun diniagakan. Nothing.

 

2. Tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pelaburan

Kalau melibatkan pelaburan, kita perlu tahu yang kita sebenarnya sedang melaburkan duit kita ke mana? Adakah kepada emas, perak, unit amanah, saham atau apa dia yang kita laburkan sebenarnya?

 

3. Tiada sebarang kerja yang perlu dilakukan

Ini lagi best. Orang kita ni memang tak suka kalau kena buat kerja. Hanya perlu daftar, buat bayaran kemudian tak perlu buat sebarang kerja.

 

4. Tiada sebarang pertambahan nilai

Sesetengah program atau skim, anda akan diberikan sebuah laman web yang sebenarnya laman web tersebut langsung tak ada kegunaan untuk anda. Malahan anda kena promosikan pulak laman web tu tadi. Kalau anda tak ada laman web pun tak ada masalah. Ia tak mengurangkan malahan tidak juga memberi tambah nilai kepada hidup anda.

 

5. Hanya duit sahaja yang bertukar tangan dari individu A kepada individu B dan seterusnya

Proses ini berjalan terus menerus. Sampailah sistem tersebut runtuh atau sehingga dah tak ada yang berminat nak menjadi peserta dalam sistem tersebut.

Realitinya, dalam program-program sebegini, hanya duit sahaja yang bertukar tangan. Ada yang menggunakan istilah derma ikhlas, sumbangan, kutu, dan macam-macam lagilah…

 

Selepas membaca buku ini, sebenarnya ada tiga persoalan yang saya nak kongsikan dengan para pembaca dan pelawat laman blog ini.

 

Sebenarnya ada banyak lagi input-input yang BEST dalam buku ni, namun rasanya ada baiknya anda baca sendiri buku tersebut. Tiga persoalan tersebut yang saya nak highlight ialah

1. Bagaimanakah caranya untuk kita kenali skim-skim dan pelaburan yang menipu?

2. Bagaimana pula caranya untuk kita kenali ejen-ejen yang mempromosikan skim penipuan ini?

3. Bagaimana untuk elakkan diri daripada menjadi sebahagian daripada mereka, sama ada sebagai mangsa atau sebagai ejen.

 

Baiklah, biar saya kupaskan satu per satu ya.

 

“Bagaimanakah caranya untuk kita kenali skim-skim dan pelaburan yang menipu?”

Sebenarnya tak susah untuk kita kenal skim-skim macam ni. Anehnya, ada banyak sangat skim-skim merapu dan menipu yang muncul kat sekitar kita dan setiap skim tersebut pasti ada peminat setianya. Seolah-olah karier sebagai con artist (penyangak) ini dah dijadikan sebagai satu kerjaya tetap untuk sebahagian orang.

 

Jadi, cuba anda perhatikan, adakah ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut

 

1. Menjanjikan pulangan yang SANGAT LUMAYAN dan SUPER HEBAT

Modal RM50 tapi anda boleh jana sehingga RM100,000 dalam masa 30 hari. Saya percaya, ramai yang akan tertarik dengan janji seperti ini. Walaupun hakikatnya kita tau, ini cuma kebarangkalian sahaja dan agak mustahil untuk jadi kenyataan.

 

2. Anda tak perlu buat apa-apa selepas join atau hanya perlu usaha yang sangat minima

Lebih menarik lagi, kita dijanjikan untuk perolehi pendapatan yang sedemikian dengan usaha yang sangat minima.

 

3. Maklumat tentang operasi syarikat sangat misteri dan disembunyikan

Hanya yang dah jadi ahli sahaja yang tau apa sebenarnya yang dilakukan oleh syarikat. Itupun bukan semua orang benar-benar tau apa sebenarnya maklumat keseluruhan.

program_mybcworld_scam

Atas ni ialah salah satu laman web yang dipromosikan kepada saya. Ejennya beriya-iya nak suruh saya join. Bila saya minta laman web syarikat, yang ada cuma Home > Register > Login.

Itu semata-mata.

 

4. Langsung tak cerita apa yang kita perlu buat

Poin ni kesinambungan bagi poin yang kat atas tu. So program ni nak suruh saya buat apa sebenarnya?

 

5. Mesti kena cari orang walaupun awal-awal tu dikatakan tak perlu cari orang

Ini ayat keramat mana-mana program ataupun skim yang berpotensi untuk jadi skim yang menipu. Tak perlu cari orang… namun sebenarnya pendapatan ahlinya adalah bergantung kepada berapa ramai orang yang dia mampu cari.

Senang cerita, TETAP KENA CARI ORANG.

 

6. Gunakan sentimen yang berlebihan

“Program ini hanya untuk orang Islam sahaja.”

“Program ini khusus untuk bantu orang-orang Melayu bumiputera sahaja… bangsa lain tak boleh join.” 

Mungkin sebab tu la kot… ada banyak kes-kes melibatkan penipuan ini hanya banyak berlaku dalam kalangan melayu dan bumiputera. Mungkin sebab terlalu ramai yang target orang Melayu la agaknya.

 

“Bagaimana cara nak kenali ejen-ejen yang mempromosikan skim dan pelaburan yang menipu ni?”

Skim-skim seperti ini selalunya akan menawarkan komisyen kepada individu yang berjaya menjual atau mendapatkan ahli baru untuk sertai skim dan pelaburan yang pihak syarikat perkenalkan.

 

Jadi tak hairanlah kalau ada ramai yang dengan sukarela dan ada yang bersungguh-sungguh sanggup untuk bantu promosikan program seperti ini. Sebabnya, mereka dapat komisyen.

 

Selalunya ejen-ejen ini hanya berminat dengan duit anda semata-mata. Kalau anda tanya lebih-lebih mengenai program, atau skim yang sedang dia promosikan, most likely, dia tak tau nak jawab pun.

 

Salah satu pelaburan yang saya sendiri terlibat ialah pelaburan emas. Kalaulah satu hari nanti, anda terjumpa seseorang yang mempromosikan pelaburan emas kepada anda, cubalah anda tanyakan kepada dia, adakah pelaburan emas dengan syarikat yang dia promosikan tu menepati Parameter Pelaburan Emas seperti yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan?

 

Boleh jadi, orang tu akan terkebil-kebil dan tak tau nak jawab apa untuk persoalan anda tu.

 

“Bagaimana untuk elakkan diri daripada menjadi sebahagian daripada mereka, sama ada sebagai mangsa atau sebagai ejen?”

Jawapan paling mudah ialah… Bacalah buku Mencari Maut tulisan Azizi Ali ini.

 

Janganlah kerana anda kedekut atau takut kehilangan RM30, kesudahannya anda berisiko untuk hilang sebanyak RM10,000 pulak sebab terjoin atau tak sengaja dah melabur dalam skim-skim atau program-program yang sebenarnya tak sah di sisi undang-undang.

 

Kelak anda juga yang akan binasa. Maka padanlah kenapa buku ini dinamakan sebagai Mencari Maut, sebabnya menurut Azizi Ali, kebanyakkan mangsa yang menyertai skim-skim seperti ini, mereka adalah mangsa sukarela. Tak ada sebarang paksaan, dan anehnya mereka dengan sukarela membiarkan diri mereka dibohongi.

 

Kalau anda baca buku ini, sebenarnya tak ada yang ANEH melainkan satu perancangan bijak si penipu itu sendiri. Mereka bijak memanipulasi sifat tamak dan gelojoh yang ada pada mangsanya.

 

Dah la gelojoh, kemudian tak cukup ilmu pulak tu. Jelaslah kat sini, hanya ilmu yang dapat menyelamatkan kita dari terjebak dengan skim-skim yang menipu yang terlalu banyak dipromosikan sama ada secara online mahupun offline diluar sana.

 

Kalau sebelum ini, saya biasa baca definisi bagi sifat tamak itu ialah disifatkan sebagai “mempunyai keinginan yang terlampau banyak” namun kali ini Azizi Ali berkongsikan kepada pembaca definisi baru bagi sifat tamak kepada para pembacanya iaitu

“Menginginkan terlalu banyak dengan usaha yang sedikit”

 

Nyatalah… sifat tamak sebegini memang benar-benar

MENEMPAH MAUT!

 

 

Anda boleh klik sini untuk menempah buku Mencari Maut tulisan Azizi Ali ini secara online. (Ada diskaun)

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: