Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Masalah Salah Destinasi Untuk Pembelian Tiket Air Asia

February 25, 2014 by sabree hussin 5 Comments

Baru-baru ini salah seorang kenalan saya di Facebook berhadapan dengan masalah tersalah beli tiket Air Asia. Saya pun tak tahu, apa yang berlaku semasa buat booking tu.

 

Adakah sebab kecuaian dan kesilapan sendiri, ataupun sebab berlaku technical error. Wallahua’lam.

 

Apa yang pasti, kejadian ini sepatutnya dapat buatkan kita jadi lebih berhati-hati semasa buat tempahan. Buat semakan berulang-ulangkali sebelum buat pembayaran, bagi elakkan kejadian seumpama ini berlaku.

tiket airasia salah destinasi

Masalah yang dia hadapi ialah destinasi pada tiket yang dah confirm tu terbalik. Ya, masalah salah destinasi.

 

Sepatutnya perjalanan dia macam ni, KL-KB (dari KL nak ke KB)

 

Tapi selepas booking dah confirm dan telah dapat itinerary, bila disemak, rupa-rupanya dia dapat KB-KL (dari KB berlepas ke KL). Terbalik pulak perjalanan tu.

Kalau ikut daripada cerita kawan ni, tempahan dibuat oleh rakan dia.

 

Soalan dia pula ialah boleh ke nak tukar tiket lain atau nak tukar destinasi bagi tiket penerbangan Air Asia?

 

Ini jawapan daripada laman web Air Asia

tukar destinasi tiket air asia

“Changes on destinations / routes are not allowed. You will need to purchase a new booking and the monies paid for the original booking will be forfeited.”

 

Maksudnya?

 

Tak boleh tukar destinasi.

 

Kita lihat pula terma dan syarat Air Asia, dalam artikel 5.3

term and condition Air Asia

Confirm. Memang ada tulis, pertukaran destinasi adalah tidak dibenarkan.

 

Jadi alternatif yang tinggal?

 

Hanya boleh tukar tarikh. Anjakkan tarikh penerbangan ke satu masa baru.

 

Walaubagaimanapun, pertukaran tersebut akan dikenakan

1. Flight change fee (Yuran pertukaran penerbangan)

2. Fare difference (Perbezaan tambang tiket baru dengan semasa)



Biasanya memang akan jadi mahal. Lebih-lebih lagi kalau tiket yang dibeli ini, adalah tiket promosi. Kos untuk tukar tarikh boleh jadi akan jadi lebih tinggi kalau nak bandingkan dengan kos untuk beli tiket penerbangan yang baru.

 

Sebenarnya anda boleh hubungi Air Asia sendiri dan bagitahu apa situasi anda. Macam mana perkara ini boleh jadi menerusi salah satu channel dibawah:

hubungi air asia

Ada twitter, e-form, dan juga live chat.

 

Walaubagaimanapun, anda mungkin akan dapat jawapan yang sama seperti yang saya dah tulis dalam blog ini. Namun tak salah jika anda ingin mencuba.

 

Andai kata, setelah anda cuba kesemua cara yang saya dah bincangkan diatas ini, dan anda masih tak dapat jalan penyelesaian, apa yang anda boleh lakukan adalah tak perlu ambil flight tersebut, dan nanti, anda minta refund untuk airport tax.

 

Bolehlah dapat beberapa sen…

 

Apapun, jangan ambil mudah soal tempahan tiket penerbangan ni. Bila kita cuai, rugi jadinya. Kalau silap booking untuk seorang penumpang sahaja, ok lagi.

 

Cuba bayangkan, kalau dalam tempahan tu ada 9 orang, dan kesemua tiket tu salah booking. Fuh… boleh rugi besar tu.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Panduan Melakukan Pembetulan Ejaan Nama Pada Tiket Air Asia
  2. Bagaimana melakukan pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  3. Kumpul mata ganjaran Air Asia Big Point menerusi Lazada Malaysia
  4. Cara mudah dapatkan tiket masuk ke Universal Studios Singapore (USS) dengan harga lebih MURAH

Filed Under: Personal Tagged With: tersalah beli tiket Air Asia, Tukar destinasi Air Asia

Comments

  1. Aida Zainal says

    May 13, 2015 at 6:35 pm

    saya menghadapi masalah yang sama dengan diatas, tambahan pula, semasa saya booking ticket, internet problem keep loading… sampai nak buat payment.. tup tup… dah selesai semua hasilnya adalah saya ticket terbalik sepatut nya Tawau ke KL tapi sebalik nya,. dah tu saya dah tak ada duit nak beli ticket… mcm mn nak balik…..!!!! harap ticket saya ble terbalik kan destinasi. ada tak mana2 pihak yang boleh tolong… airasia satu pun tak ada no yg ble d call…

    Reply
    • sabree hussin says

      May 27, 2015 at 8:27 am

      Boleh cuba hantar aduan menerusi borang e-form.

      Reply
      • Aida Zainal says

        June 4, 2015 at 3:31 pm

        saya ada buat, tapi menurut reply yang saya terima. all is invalid. means there is nothing i can do… my money just burn like that. saya terpaksa duduk sebulan lagi kat kat nanjung ni tunggu gaji yang seterus nya.

        Reply
  2. huzaimah mon says

    July 12, 2018 at 2:16 pm

    hello saya dah tukar tarikh pun masih xdpt website says The date you have selected is after the departure of your next flight. Please select an earlier departure date.

    Reply
    • sabree hussin says

      July 16, 2018 at 9:09 pm

      Puan hubungi pihak Air Asia menerusi E-Form ya. Mungkin cara ini sudah tak relevan lagi, dan Air Asia sudah ubah sistem.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Promosi bisnes homestay menggunakan platform Media Sosial
  • Panduan dan tips bercuti ke Pulau Langkawi buat pengunjung kali pertama
  • Bisnes Lazada – Panduan Lengkap Jual Barang di Lazada
  • Cara menulis ayat untuk menjual secara online menggunakan Teknik NAIL
  • Senarai penjual Jam Tangan G-Shock Original dan boleh dipercayai

Recent Comments

  • Bisnes runcit tapi pelanggan peringkat Antarabangsa - Sabree Hussin Dot Biz on Bagaimana memulakan perniagaan kedai runcit sendiri?
  • Mohd anis on 7 Idea untuk menjalankan kerja pemasaran bagi perniagaan kedai runcit
  • Cara MUDAH untuk cari homestay yang selesa di mana-mana lokasi di Malaysia - Soal Jawab .MY on Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
  • Bagaimana dengan menulis membantu saya hasilkan ribuan ringgit setiap bulan - Sabree Hussin Dot Biz on Cara Hasilkan Pendapatan Dengan Program Pengiklanan Nuffnang
  • Strategi jual produk harian ke Pasaran Antarabangsa dengan UNTUNG berkali ganda - Sabree Hussin Dot Biz on Bisnes Lazada – Panduan Lengkap Jual Barang di Lazada

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2019 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut