Peluang dan pengalaman yang saya lalui semasa saya menawarkan khidmat penulisan advertorial rupa-rupanya banyak mengajar saya tentang karekter dan sikap manusia. Terutama sekali dalam aspek perniagaan secara online. Kini segalanya jadi lebih jelas.
Ada ketikanya, terkeluar juga dari mulut saya,
“Patutla orang kita ni susah nak berjaya dan tak ramai yang berjaya buat duit online, padahal sentiasa online 24 jam… ini rupanya masalah korang ye…”
Catatan ringkas ini adalah perkongsian pengalaman. Ia bukan FAKTA. Mungkin secara tak sengaja, saya sendiri ada tersalah tafsir. Namun, inilah yang berlaku sebenarnya. Suatu kelompangan kecil yang berpotensi untuk jadi barah yang sukar diubati jika tak ditangani dengan berhemah sedari awal lagi.
Dalam artikel ini, saya memang KONDEM mereka-mereka yang ada sifat dan sikap ini. Tujuannya adalah untuk kita sama-sama lakukan check and balance. Jom kita ubah kepada yang lebih baik, and by the way, salah satu atau mungkin lebih daripada masalah-masalah ini, saya pun pernah ada. Jadi dari sini, sebahagiannya saya memang tau betul, apa kesannya jika dibiarkan untuk jangka masa panjang.
Saya nak mulakan sesi leteran saya ni dengan ayat pembukaan…
“Anda dan bisnes anda menuju kearah kehancuran apabila anda….
(1) Tak FAHAM produk atau perkhidmatan yang dipromosikan
“Produk awak menyelesaikan masalah apa?”
“Kenapa pelanggan membeli produk awak kalau produk awak bukannya menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi oleh pelanggan?”
Pelanggan melanggan dan membeli sesuatu produk sebab produk tersebut menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Kalau pelanggan tu tak ada masalah apa-apa, dan dia masih membeli, boleh jadi ia disebabkan sesuatu produk itu berguna dan beri manfaat kepada dirinya.
Jarang berlaku, pelanggan tu membeli sebab semata-mata nak bantu dan support perniagaan anda. Bukannya tak ada langsung orang jenis macam ni. Ada. Cuma agak jarang dan agak sukar kita nak jumpa orang macam ni.
(2) Ghairah nak buat duit dengan FBAds, Google Adwords dan sebagainya
FBAds, iklan menggunakan medium Google Adwords, Bing! dan sebagainya adalah jalan pintas atau short cut untuk anda dapat beribu-ribu orang prospek dalam masa yang pantas. Dengan kos pengiklanan sekitar RM100 – RM200, tidak mustahil untuk anda menerima 1,000 – 3,000 orang prospek untuk anda promosikan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Anda dapat prospek yang melihat iklan dan tawaran perniagaan anda. Itu sahaja. Tak bermakna mereka akan jadi pembeli. Jika informasi berkaitan produk yang anda berikan berterabur, langsung tak ikut formula copywriting, anda fikir prospek anda yang beribu-ribu orang tu akan luangkan masa nak baca apa yang anda tawarkan ke?
Beriklan menggunakan platform berbayar adalah satu idea pemasaran yang baik. Namun, ia tak seharusnya dibuat dengan semberono dan tergesa-gesa. Apa salahnya anda fahamkan terlebih dahulu, teknik, strategi dan taktik untuk menggunakan iklan berbayar seperti ini. Setidak-tidaknya, anda tidaklah terbakar duit dan bajet untuk iklan anda hangus begitu sahaja.
(3) Masih BLUR dengan manfaat produk dengan ciri-ciri produk
Saya ambil contoh promosi yang dijalankan oleh Tone Excel ini.
Topup RM30 dapat FREE 1GB data. Ini adalah ciri-ciri produk.
Macam mana kita nak tau apa sebenarnya manfaat sesuatu produk tu? Mudah sahaja. Gunakan formula ini.
[ciri-ciri] + [soalan: “So what?”] = MANFAAT
“Jika anda topup RM30, anda akan dapat PERCUMA data 1GB”so what?
Jawapan untuk soalan itu adalah manfaat sebenar yang akan diperolehi oleh bakal pelanggan. Cubalah anda jawab soalan tu.
““Jika anda topup RM30, anda akan dapat PERCUMA data 1GB. Jadi, anda akan dapat lebih _____.
Tempat kosong inilah sebenarnya manfaat sebenar yang akan dinikmati oleh pelanggan.
Usah sekadar mempromosikan ciri-ciri produk, sebaliknya berikan lebih banyak penekanan kepada manfaat produk.
(4) Tak ada strategi dan tak faham flow perniagaan
Apabila berniaga, kita akan berurusan dengan manusia. Saya sendiri ada kalanya tak faham dengan sikap manusia, seperti
+ Dah bagi diskaun, mintak lagi banyak diskaun
+ Dah bagi harga paling murah masih lagi nak beli dekat tempat lain yang lebih mahal
+ Tanya macam-macam, tapi bila kita bagitahu harga, terus senyap hilang
+ Dah follow up 3 kali tetapi masih tak beli-beli jugak
+ Dah janji nak beli, dan kita dah tolong simpankan barang, tapi dia tak bayar-bayar
Sebahagian dari masalah-masalah yang saya sebutkan ni berpunca daripada kesilapan kita menyusun mesej jualan kepada prospek kita. Mesej jualan perlu disusun mengikut susun atur yang tepat bagi membuatkan pelanggan bersedia untuk membuat pembelian.
Jika dengan tiba-tiba, dan dengan tak semena-mena, anda menyuruh bakal pelanggan untuk terus beli apa yang anda jual, most likely, memang anda akan gagal menjual. Jika anda ikut flow yang betul, anda perlu tunjukkan apa produknya, bagaimana ia dapat membantu menyelesaikan masalah ataupun memudahkan pelanggan, dan pada masa yang sama, anda kena berikan sebab yang kuat kenapa bakal pelanggan anda tu nanti mesti dapatkan produk anda.
Seringkali terjadi, kita mengharapkan prospek akan terus berminat dan bayar untuk apa-apa produk yang kita promosikan. Maaf. Ia bukannya begitu.
(5) Fikir tak perlu tahu asas perniagaan
Kenapa agaknya, orang boleh buat bisnes di internet ni tapi pada masa yang sama, seolah-olah langsung tak ada plan. Bisnes dia kucar kacir dan tak nampak langsung flow perniagaan dia tu.
Bila kita semak balik… la… rupa-rupanya banyak perkara asas tentang perniagaan yang dia tak tau. Kenapa ya, orang suka langkau proses untuk buat perkara-perkara asas ni. Tetapi nak terus pergi ke step yang lebih berisiko tinggi. Dia ni nak meniaga ke nak berjudi sebenarnya ni?
(6) Tak sanggup nak terima REJECTION
Situasi dia begini... buat marketing. Keluar belanja untuk buat iklan berbayar di FB. Tak ada jualan. Bajet untuk iklan pulak habis.
Maksudnya? Prospek anda telah REJECT tawaran anda. Sama ada ia sebab tawaran anda tak menarik, produk anda dipromosikan pada target audience yang salah dan sebagainya. Kenapa tak ada sales walaupun dah guna kaedah promosi yang paling hebat? Mudah sahaja. Anda kena reject. Awal-awal lagi prospek dah reject tawaran anda dengan tidak melihat iklan anda, tidak menekan klik pada iklan anda.
Bukan semua orang mampu bertahan bila kena reject macam ni. Ramai sebenarnya, bila dengar cerita boleh buat duit dengan program affiliate, dia pun sibuk nak cuba buat duit dengan affiliate. Bila dia buat tak menjadi, terus give up. Kemudian mula beralih pulak kepada dropship, forex, saham dan sebagainya pulak.
Alahai… buat apa pun, pasti akan ada rejection. Akan ada rintangan.
(7) Nak CEPAT dapat untung
Kalau boleh, hari ni start bisnes, hari ni jugak nak cepat dapat duit. Hari ni join program affiliates, hari ni jugak nak dapat untung banyak. Kalau hari ni buat blog, kalau boleh hari ni juga dia nak dapat beratus-ratus ringgit dari blog dia.
Individu seperti ini, cukup suka cari benda-benda seperti
Cara cepat buat duit dengan tone excel
Cara pantas buat duit online
Cara pantas buat duit dengan blog
Sebenarnya buat apa pun, ia perlukan masa. Jika anda mahukan duit tambahan, anda patutnya buat bisnes sewaktu anda masih lagi belum perlukan duit. Bukannya waktu dah terdesak baru anda sibuk nak buat bisnes. Waktu ini, ketika anda tengah terdesak, anda akan rasakan masa seolah-olah berputar dengan sangat lambat dan perlahan.
(8) Asyik mencari CARA MUDAH dan CARA SENANG
“Boleh tak tunjukkan pada saya cara mudah untuk dapatkan pelanggan yang nak beli produk saya?”
“Boleh tak bagi saya cara senang nak dapatkan prospek dari Facebook?”
Tadi, saya sebut tentang cara pantas. Kali ini, sindrom yang banyak menyerang usahawan yang baru ialah sibuk nak cari cara mudah dan cara senang. Maka habislah dirinya dijadikan target practise untuk jadi pembeli ebook, kursus, seminar, bengkel dan sebagainya.
Saya akui. Tak ada cara mudah dan cara senang nak buat sesuatu. Namun, dengan pengalaman dan praktis, semua yang asalnya susah juga boleh jadi lebih senang.
(9) Kurang rasional dan tidak realistik
“Kalau aku spend RM50 untuk iklan, aku nak dapat balik RM1,000 untung…”
Jika anda seorang yang memang dah EXPERT, ia tak mustahil. Namun ia bukan sesuatu yang mudah. Masalahnya ialah, orang yang newbie. Yang buat iklan pun masih langsung tak ada formula. Dengan headline, konten, call to action semua tu berterabur, tetapi angan-angan nak dapat pulangan yang besar dengan nilai yang dibelanjakan sangat sedikit.
Spend untuk iklan RM50 nak dapat pulangan RM1,000? Bukan MUSTAHIL cuma ia jarang-jarang berlaku.
(10) Kedekut tetapi nak UNTUNG BESAR
Potensi jalankan perniagaan menggunakan medium internet memang sangat BESAR. Anda boleh berhubung dengan berjuta-juta orang potential buyer jika anda tahu bagaimana caranya. Pada hari ini, tak perlu lagi kita ketuk pintu rumah orang, semata-mata nak “tunjukkan” apa produk yang kita ingin mereka beli.
Media sosial adalah kuncinya. Bakal pelanggan anda boleh ditemui di laman web seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.
TETAPI… bukan semua orang yang anda bakal hubungi berminat nak jadi pelanggan anda. Anda juga tak mungkin dapat paksa mereka untuk jadi pembeli produk anda.
Manusia, tak suka diganggu. Lagi-lagi diganggu oleh salesman/ saleswoman. Saya sendiri, kadang-kadang rasa meluat dengan individu yang tak dikenali, tiba-tiba hantar mesej sebab nak jual barang. Macamlah saya tak tau kat mana nak cari atau kat mana nak beli barang yang saya perlukan.
(11) Kurang tindakan atau tiada tindakan langsung
Impian dan angan-angan belum cukup untuk memastikan anda berjaya capai apa yang anda inginkan. Kena ada TINDAKAN. Take action.
Mungkin… apa yang diperlukan ni sebenarnya adalah sedikit dorongan untuk para usahawan ni bergerak dan bertindak. Walaupun hanya melakukan simple task setiap hari. Yang penting kena ada tindakan.
Letihlah dengar orang mengeluh, kata itu susah, ini susah tetapi… tindakan tak ada. Gunakan sumber yang ada. Manfaatkan apa yang ada di internet ni untuk majukan atau sekurang-kurangnya untuk perkenalkan perniagaan anda. Think big, ACT NOW.
Kalau anda tak buat, anda nak siapa yang buatkan untuk anda? Lainlah kalau anda outsource. Jadi, lihatlah ke dalam diri. Anda ada atau tak penyakit-penyakit ni? Anda boleh simpan sampai ia jadi barah dan mencorakkan perjalanan hidup dan perniagaan anda, atau anda boleh pilih untuk rawat ia dari sekarang. Terpulanglah…
perkongsian yang menarik ni Sabree, banyak info berguna dalam tulisan hang ni
Terima kasih bro
rasa macam ada penyakit ni..ada tanda-tanda..huhu
Kena segera ubati ni JJ, bahaya kalau dibiarkan risau nanti akan jadi habit pulak
kene berani dan ambil risiko. itu aje.
Spot on!
Nak jual apa-apa pun kena dapatkan engagement dari audience . Bila dah dapat kepercayaan nak jual apa pun senang.Insyaallah..mula-mula memang kena merangkak dulu.
ya benar sekali, engagement dengan audience itu ada fasa awal yang perlu dilakukan untuk dapatkan jualan
Sangat setuju. Bukan senang nak senang. Semuanya perlukan pengalaman. Yang mampu bertahaan yang akan berjaya.
perkongsian ilmiah dan bermanfaat
well done
saya akui pernah alami perkara2 newbie tersebut…