Masa Untuk Emas

by sabree hussin on January 13, 2016

in Buku & Bahan Bacaan

“Bagaimana untuk melabur dalam emas dengan tepat dan mengelak kesilapan-kesilapan yang besar”

 

Ya… Realitinya, bukan semua orang yang melabur dalam pelaburan emas akan berjaya buat duit. Mereka yang berjaya buat duit pula, bukan semuanya akan berjaya hasilkan keuntungan yang lumayan. Sesiapa yang berjaya dapat untung walaupun sedikit, masih kira beruntung kalau nak dibandingkan dengan sesetengah orang yang mungkin hilang duit apabila melabur dalam pelaburan emas.

 

review_buku_masa_untuk_emas Kenapa ini boleh terjadi?

 

Sebahagian jawapan bagi persoalan tersebut dimuatkan dalam buku berjudul Masa Untuk Emas hasil tulisan Azizi Ali. Bagi mereka yang merancang untuk menceburkan diri dalam pelaburan emas, anda tak seharusnya mengabaikan buku ini.

 

Jujur saya katakan, anda sepatutnya menjadikan buku ini sebahagian daripada rujukan penting yang membincangkan tentang selok belok pelaburan emas. Buku ini dapat menjimatkan masa dan wang anda daripada buat keputusan yang SALAH lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan pelaburan emas.

 

Tahukah anda? Sekurang-kurangnya terdapat dua sebab kenapa anda akan gagal buat sebarang keuntungan daripada pelaburan emas. Sebahagian besar pula akan terus alami kerugian sejak dari hari pertama lagi mereka buat keputusan untuk melabur dalam instrumen pelaburan emas.

 

Menurut Azizi Ali dalam bukunya, Masa Untuk Emas, mereka ni sama ada cetek ilmu tentang emas dan pelaburan emas, ataupun telah beli emas pada masa yang SALAH.

 

Bahaya jika anda kurang ilmu tentang emas. Anda mungkin menyangkakan apa yang anda sedang beli adalah Emas, namun hakikatnya ianya langsung tak sama dengan emas. Saya bukan sekadar maksudkan tentang kewujudan emas palsu ataupun logam lain yang bersadurkan emas semata, tetapi saya maksudkan juga jenis-jenis pelaburan yang ada kaitan dengan pelaburan emas.

 

Dalam buku Masa Untuk Emas ni, anda akan didedahkan dengan 3 bentuk pelaburan emas yang wujud. Dengan menyertai pelaburan-pelaburan ini, anda ada peluang untuk buat duit yang banyak, malahan pada masa yang sama, anda juga berisiko untuk kehilangan duit yang banyak juga.

 

Tiga (3) jenis pelaburan emas yang anda boleh pilih

 

1. Emas Fizikal

Sama ada anda membeli kepingan emas (gold bar), syiling emas, syiling numismatik, syiling peringatan dan barangan kemas.

 

2. Emas kertas

Saham emas, ETF, pasaran hadapan, akaun simpanan emas, sijil

 

3. Emas Perantaraan

Dalam contoh yang diberikan ialah Emas digital. Konsep emas digital ini anda boleh lihat menerusi laman web Gold Money.

emas-digital

Secara ringkasnya, Emas digital adalah wang elektronik yang berasaskan emas.

 

Jika ini merupakan kali pertama anda mendengar tentang jenis-jenis pelaburan emas ini, anda tak keseorangan. Saya juga begitu. Selama ini saya cuma tahu tentang pelaburan emas fizikal, sama ada beli gold bar, syiling emas, dan barang kemas, ataupun melabur menerusi akaun emas sahaja.

 

Tetapi, selepas baca buku Masa Untuk Emas ni barulah saya tahu, ada banyak lagi pilihan untuk kita melabur dalam emas. Ia tak terhad pada apa yang kita tahu semata-mata.

 

Setiap instrumen pelaburan ini berpotensi untuk memberikan kita pulangan yang lumayan, dengan syarat kita tau apa yang kita buat, dan kita beli pada masa yang betul. (right timing)

 

Persoalan yang mungkin akan timbul seterusnya ialah, bilakah masa yang paling sesuai untuk beli emas atau menceburkan diri dalam pelaburan emas?

 

Jika anda LANGSUNG TAK PERNAH atau langsung tak memiliki sebarang emas sama ada dalam bentuk kepingan, syiling mahupun barang kemas, jawapannya adalah sekarang adalah masanya untuk anda mula menyimpan emas. Anda tak ada modal untuk beli emas? Tak ada masalah. Mula dari sekarang, kumpul duit untuk memiliki simpanan emas anda sendiri.

 

Memandangkan saya adalah ahli PowerGold, jadi saya akan ambil senarai harga emas di PowerGold untuk hari ini, iaitu 13 Januari 2016

harga_emas_powergold_13jan2016

Anda boleh lihat dan pilih sendiri mana-mana satu jenis emas fizikal yang sesuai dan menepati bajet serta kemampuan anda. Simpan emas sedikit itu masih lebih baik berbanding langsung tak mempunyai simpanan emas. Untuk dapatkan lebih penjimatan, saya sarankan anda mendaftar untuk jadi ahli powergold juga. Boleh hubungi saya jika anda minat nak mendaftar sebagai ahli.

 

Selain cerita mengenai pelaburan emas, anda juga akan pelajari tentang sejarah emas bermula dari dunia kuno, zaman empayar Rom, zaman diperkenalkan dinar, gerakkan penaklukan Amerika Selatan, zaman kebangkitan empayar Inggeris, tahun 1800 – 1900an, tahun 1900 – 1934, tahun 1935 – 1944, tahun 1944 – 1971, tahun 1971 – 1980, tahun 1981 – 1989, tahun 1990 – 1999 dan tahun 2000 hingga 2010.

 

Setiap tahun dan zaman yang disebutkan terdapat peristiwa penting yang berlaku didalamnya yang melibatkan emas. Tahukah anda, emas adalah logam yang diiktiraf sebagai logam bernilai di seluruh dunia? Jadi, memang tak mustahil jika negara-negara barat sanggup untuk menakluk negara lain yang lebih lemah semata-mata untuk mendapatkan emas.

 

Pada tarikh 15 Ogos 1971, Presiden Amerika pada ketika itu, Presiden Richard M. Nixon mengambil tindakan untuk memutuskan pertalian antara dollar dengan emas. Sebelum ni, nilai dollar disandarkan pada nilai emas. Namun selepas tarikh ini, dollar menjadi mata wang yang berdiri sendiri, iaitu tidak disokong oleh emas atau apa-apa lagi.

 

Tindakan ini juga bererti kerajaan Amerika Syarikat boleh; (a) mencetak wang kertas sebanyak yang mereka inginkan; dan (b) menjelaskan hutang mereka dengan mencetak lebih dollar kertas. Dan seperti mana yang anda akan ketahui selepas ini, mereka melakukan (a) dengan penuh semangat. Manakala bahagian (b) tidak pula terlaksana kerana hutang mereka terus bertambah. Petikan dari buku Masa Untuk Emas, Azizi Ali.

 

Buku ini adalah salah satu buku tentang emas dalam Bahasa Melayu yang terbaik yang pernah saya baca. Saya juga syorkan anda baca buku ini. In Shaa Allah, di lain kesempatan, saya akan kongsikan lebih lagi beberapa ilmu-ilmu emas yang saya perolehi daripada pembacaan buku Masa Untuk Emas ini.

 

Buku ini boleh didapatkan secara Online sahaja dengan melayari laman web Bookcafe Online ini. Jika anda bernasib baik, anda mungkin boleh dapatkan potongan harga jika membeli di laman web tersebut.

 

Ok jom kita sama-sama kumpul emas!

 

 

Be Sociable, Share!

{ 12 comments… read them below or add one }

Raihanah Ahmad January 14, 2016 at 11:40 am

melabur dengan emas takkan rugi insyaAllah

Reply

raihanahahmad January 14, 2016 at 11:40 am

secara tak sedar dah lama rupanya saya melabur dgn emas sebab kerap juga beli barang kemas

Reply

zik January 15, 2016 at 12:27 pm

beli emas dapat emas, bukan beli emas dapat resit je… kalau pelaburan tuh agak tidak jelas dia punya transparent … lebih kurang duit kertas…

Reply

gionogames November 26, 2016 at 6:24 am

Baru tau kalo inves Emas kertas,Emas Perantaraan ..

Reply

suginoe February 1, 2017 at 12:05 am

share info terbaru 2017 ?

Reply

sabree hussin February 1, 2017 at 2:26 pm

Nak info apa? Dah baca ke belum buku ni?

Reply

Noriza Rahman January 16, 2016 at 9:54 am

Memang timing yang bagus sekarang ni kalau nak simpan emas ye, dari simpan kat bank dalam bentuk kertas yang merugikan

Reply

Raihanah Ahmad January 18, 2016 at 10:32 am

ramai yang telah celik emas sekarang

Reply

raihanahahmad January 18, 2016 at 10:31 am

boleh pelbagaikan simpanan, sebahagian dalam emas, sebahagian lagi boleh masuk unit trusst atau saham

Reply

blogger lelaki January 18, 2016 at 2:54 pm

melabur emas ini untuk jangka masa panjang…tapi memang berbaloi

Reply

download lagu Gratis November 23, 2016 at 5:19 am

Emas jadi pembahasan yang sangat menarik sekali disini

Reply

sabree hussin November 23, 2016 at 11:30 am

Ya, sebabnya emas memang sangat berharga

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: