Blog Sabree Hussin

Mahal Betul Sim Kad Tone Excel

Macam mana ya… nak jalan terus ke tak? Masalah ni… orang sekeliling dah mula kata macam-macam pasal bisnes Tone Excel ni.

Itu tak kena, ni tak kena, macam-macam hal pulak. Goyang ni kalau tekad tak kuat 🙂

Starter Pack Tone Excel Mahal Sangat

Satu sim kad harganya RM90.

Kemudian, kalau anda nak dapatkan buku panduan sekali, kena tambah lagi RM10.

Jumlahnya dah RM100. Itu masih belum campur kos penghantaran.

Untuk kos penghantaran, kena tambah lagi RM10, maka jumlah besarnya RM110. Mahal betul!

SIM KAD RM90

Sebelum ni harga sim kad cuma RM80.

Kenaikkan sebanyak RM10 ini mungkin sebab syarikat ada perkenalkan sim kad versi baru. Jenis yang boleh terus masuk ke dalam Smartphone, tanpa perlu potong sendiri.

Kalau anda perhatikan pada gambar, ia ada frame yang anda boleh tanggalkan.

Apa anda dapat daripada RM90 tu?

1. Anda akan dapat kredit bernilai RM30.

Dalam sim kad ini dah siap tersedia kredit bernilai RM30.

Ada yang suka bandingkan, buat apa nak kena keluar duit mahal-mahal, sedangkan kalau nak pakai line Tune Talk boleh je beli kat kedai biasa harga tak sampai RM10 pun.

Betul.

Tetapi, tahu tak, bila anda beli kat kedai biasa tu, berapa kredit yang ada kat dalam sim kad tu? Sama ke dengan kredit free yang anda dapat sewaktu beli simkad Tone Excel ni? Mestilah tak sama.

Nak buat perbandingan pun biarlah adil.

2. Keistimewaan/benefit pengguna Sim Kad Tone Excel

Bukan setakat anda akan dapat kredit yang banyak, malahan anda juga layak untuk menerima benefit seperti dibawah

Seperti yang anda boleh lihat pada gambar diatas.

Pengguna sim kad Tone Excel tetap boleh menikmati servis panggilan, sms, berinternet, bersosial dan sebagainya.

Cuma, ia ada extra!

Tadi RM90 anda kena bayar kan untuk dapatkan sim kad ni. Dalam tu dah siap sedia RM30. Jadi, RM90 – RM30 masih ada lagi baki RM60.

RM60 itu adalah untuk anda dapatkan benefit tambahan iaitu

1. Tiket penerbangan dengan Air Asia percuma

2. Cabutan bertuah

3. Dapat corporate rate di Tune Hotel

4. Peluang menangi gadget dan sebagainya (ikut promosi syarikat)

5. Boleh buat bisnes telekomunikasi anda sendiri

6. Free PA Insurance (insurans kemalangan) jika topup lebih RM50 pada bulan tersebut

Sim kad “biasa” ada bagi semua kelebihan ni?

Ramai yang kurang bersetuju part dapat insurans free tu.

Ye la… kita orang Islam, apa bagi insurans pulak. Bagi la skim takaful. Insurans kan haram.

Soalannya ialah, apa yang menjadikan sesuatu skim perlindungan insurans itu haram? Ini akan saya kupas di lain waktu. In Shaa Allah, saya akan buat rujukan terlebih dahulu sebelum saya buat sebarang posting dalam blog ni.

Pada saya, dalam banyak-banyak kelebihan yang tersenarai, apa yang paling menarik perhatian saya ialah, sebagai pengguna Sim Kad Tone Excel, pada masa yang sama, syarikat juga memberi peluang kepada pengguna untuk membina perniagaan sendiri.

Perniagaan yang saya maksudkan adalah menerusi konsep network marketing.

Dalam konsep perniagaan network marketing, pengguna sendiri yang memainkan peranan yang aktif dalam mempromosikan produk syarikat. Seperti mana yang sedang saya lakukan sekarang ni.

Untungnya memanglah sen sen sahaja, tetapi, dari untung yang sen-sen inilah akhirnya menghasilkan pendapatan yang lebih besar.

Perlu ke dapatkan buku panduan tu?

Buku panduan tu memang perlu, jika anda berminat nak buat bisnes ni. Tak ada paksaan.

Kalau anda cuma nak guna sim kad ni untuk kegunaan peribadi, dan famili tanpa ada niat nak kembangkan ia menjadi suatu perniagaan, maka mungkin anda tak perlu buku panduan.

Namun, jika anda bercita-cita besar, untuk jadikan ia sebagai lubuk buat duit, maka anda memerlukan buku panduan tersebut. Gunakan ia untuk tujuan self learning.

Mungkin, untuk upline anda ajar step by step, masa dan peluangnya agak terhad. Dengan adanya buku panduan, ia akan lebih memudahkan proses pembelajaran.

Namun ia optional.

Jika anda mahu, anda boleh juga buat kajian sendiri dengan membuat pembacaan di internet. Kalau nak yang lebih mudah, dah tentulah dapatkan sendiri buku panduan.

Sekarang ni, makin lama makin ramai pulak yang buat bisnes ni.

Kalau bisnes ni tak bagus, tak mungkin sampai penerimaan terhadap bisnes ni begitu baik.

Kalau anda tak nak teruskan buat, akan ada orang lain yang ganti tempat anda. Memang lumrah orang akan kata macam-macam pasal bisnes yang anda buat, tapi, perlu anda ingat, bisnes ni bisnes anda, bukan bisnes orang yang duk mengata tu.

 

 

 

Exit mobile version