Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Konsep 3R Dalam Pemasaran Online

April 1, 2014 by sabree hussin Leave a Comment

Apa faktor yang mempengaruhi sama ada aktiviti pemasaran yang kita jalankan berupaya untuk menghasilkan pulangan yang lumayan mahupun tidak?

Soalan diatas dah tentu menarik perhatian saya sebagai seorang marketer. Of course saya tak mahu segala usaha, penat lelah dan juga strategi-strategi yang saya susun gagal membuahkan hasil semata-mata sebab saya tak ada jawapan kepada persoalan apa faktor yang memberi kesan kepada aktiviti pemasaran kita.

Hasil kajian dan pembacaan yang saya buat tempoh hari akhirnya menemukan saya dengan konsep yang dinamakan sebagai konsep 3R.

3R ini sebenarnya mewakili tiga perkara iaitu

1. Relevancy

2. Rare

3. Repetition

Mari kita lihat satu per satu apa yang dimaksudkan dengan setiap elemen yang terkandung dalam konsep 3R

interruption-v-permission

Relevancy

Prospek anda tak minat dengan anda. Mereka tak minat dengan apa yang anda miliki, sebabnya mereka hanya berminat dengan diri mereka sahaja.

Melainkan, apa yang anda tawarkan betul-betul berguna pada diri prospek, barulah mereka akan mula beri perhatian pada apa yang anda tawarkan.

Orang putih kata – Whats In It For Me (WIIFM)

Perkara ini pernah saya bincangkan dalam produk Panduan Dominasi FB Group Version 3.0 [klik sini]. Orang tak minat nak join sebarangan group, atau apa-apa group yang anda bina.

Apa yang penting bagi prospek anda ialah, apa yang mereka akan dapat dengan sertai group anda?

Atau apa yang mereka akan dapat dengan mendengar tawaran mahupun membeli produk yang anda jual?

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh setiap insan?

Ada macam-macam sebenarnya. Anda boleh lihat senarai berikut sebagai contoh

1. Mereka nak buat duit

2. Mereka nak jimatkan duit

3. Mereka nak jimatkan masa

4. Mereka nak hidup dengan selesa

5. Mereka nak elak daripada perlu berusaha dan bersusah payah

… dan banyak lagi yang mereka (prospek) anda mahukan.

Satu perkara yang tak kurang pentingnya ialah, pada masa yang sama, anda juga perlu tahu, kenapa mereka perlukan atau mahukannya?

Apabila anda tahu dengan jelas apa sebenarnya yang mereka mahukan, maka dari situ anda pasti berupaya untuk hasilkan kempen pemasaran yang relevan dengan kehendak dan kemahuan mereka.

Sebagai contoh, prospek anda perlukan lebih banyak duit bukan semata-mata sebab mereka sukakan duit. Boleh jadi mereka memang perlukan duit atas sebab untuk melangsaikan hutang ataupun sebab nak beli sesuatu.

Apabila mesej yang anda sampaikan kepada prospek anda benar-benar relevan dengan apa yang mereka mahukan, mereka pasti akan membeli.

Bagaimana kita nak tahu sama ada mesej pemasaran kita relevan atau tidak dengan target prospek kita.

Jawapannya ialah apabila ia berjaya buatkan prospek anda berkata “… inilah yang aku cari-cari selama ni”

Rare

R yang kedua ialah Rare.

Ia bermaksud unik, ganjil, dan lain daripada yang lain.

Anda perlu jadi berbeza berbanding pesaing anda dalam industri yang sama.

Bayangkan industri lakonan. Jika semua pelakon hanya melakonkan watak-watak yang sama, dan penampilan juga sama, maka dah tentu agak sukar untuk kita kenali mereka.

Sebaliknya, artis yang paling berkelakuan ganjil adalah mereka yang mudah kita ingati.

Point penting disini ialah anda perlu jadi berbeza berbanding orang lain.

Repetition

Maksudnya ialah pengulangan.

Apa yang perlu kita buat secara berulang-ulang kali?

Jawapannya ialah mesej jualan atau mesej pemasaran bagi produk atau perniagaan yang kita promosikan.

Ya

Kita perlu cakap berulang-ulang kali.

Kita perlu sampaikan mesej jualan kita dengan cara dan pendekatan yang berbeza.

Kita perlu ulang-ulang persembahan jualan kita sampai ia melekat diminda prospek kita.

Sehinggalah akhirnya mesej jualan kita dapat sampai kepada jumlah audience yang besar! Kita nak mereka sedar akan kewujudan kita, hingga menggerakkan mereka untuk mula berinteraksi dan melakukan transaksi bersama kita.

Konsep 3R. Bukannya susah ataupun mustahil untuk dilakukan.

Konsep ini tidak hanya boleh diguna pakai dalam konteks pemasaran online semata-mata. Malahan ia juga sebenarnya boleh diaplikasikan dalam perniagaan konvensional yang lain.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Konsep ABC Dalam Pemasaran dan Perniagaan Online
  2. Kesilapan pertama dalam berniaga produk fizikal online: Tidak menggunakan konsep bisnes dropship
  3. Ayat-ayat power dalam pemasaran online dan bagaimana cara hasilkannya?
  4. Konsep pay per click, pay per view dan pay per sales dalam program buat duit

Filed Under: Pemasaran Internet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in