Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisyen Affiliate Ashadee Jun 2015

June 11, 2015 by sabree hussin 1 Comment

Sepanjang bulan May yang lepas, saya agak bizi dengan kerja-kerja support dan marketing untuk program buat duit terbaru yang dikenali sebagai Program Keahlian Best Mobile. Masa untuk saya online pun agak kurang pada waktu tu. Hanya mengharapkan artikel-artikel promosi yang lama untuk menghadiahkan saya sedikit komisyen dari program affiliate Ashadee.

 

Bukan semua artikel adalah artikel promosi dan bukan semua artikel promosi berupaya untuk convert kepada sales.

 

Saya nak kongsikan salah satu tips pemasaran yang pernah disampaikan kepada saya oleh Brian Rooney, founder bagi sistem autoresponder TrafficWave. Menurut beliau, “its all about the flow.”

 

Tak kiralah sama ada anda seorang blogger, affiliate marketer, sales person dan sebagainya, anda perlu faham tentang konsep flow. Apa yang cuba disampaikan oleh beliau ialah, sebagai seorang jurujual ataupun promoter, anda perlu melihat dari sudut bagaimana seseorang pelanggan itu membuat keputusan untuk membeli. Apakah logik yang digunakan, bermula daripada peringkat pertama, kedua, ketiga hinggalah ke peringkat untuk buat keputusan bagi membuat pembelian.

komisyen_affiliate_ashadee

 

Let say anda menggunakan medium blog seperti yang saya sendiri gunakan untuk mendapatkan sales bagi produk affiliate yang anda promosikan. Lazimnya pelanggan tidak akan terus membuat pembelian pada kali pertama mereka membaca sesuatu artikel mengenai produk tertentu yang dipercayai boleh menyelesaikan masalah mereka.

 

Mereka akan ambik keputusan untuk mempertimbangkan beberapa perkara terlebih dahulu. Ada banyak perkara yang bermain difikiran pelanggan anda.

“Kalau aku beli produk ni, petang ni aku dah tak ada duit nak beli produk lain.”

“Aku belum bayar lagi hutang makcik bedah tukang jahit, kalau aku beli nanti nak bayar pakai duit apa pulak…”

“Macam tipu je produk ni, kalau aku kena tipu macam mana?”

 

Ada banyak sebenarnya. Jadi, untuk memecahkan andaian-andaian dan sangkaan-sangkaan yang tidak membantu mereka untuk membuat keputusan untuk membeli, anda perlu yakinkan mereka bahawa produk yang anda sedang promosikan adalah produk yang terbaik.

 

Flow pemasaran artikel menggunakan medium blog

1. Anda beli produk yang anda promosikan. Buktikan pada pelanggan anda, bahawa anda juga sebenarnya adalah pembeli dan bukannya promoter semata-mata.

 

2. Buat demonstrasi produk

 

3. Tunjukkan kesannya kepada bakal pelanggan anda jika menggunakan produk yang sama

 

4. Tulis review berdasarkan pengalaman anda menggunakan produk tersebut

 

5. Tawarkan add on atau free gift atau bonus kepada pelanggan jika membeli melalui anda

 

Begitu jugak halnya jika anda menggunakan kaedah pemasaran emel, pemasaran Fb dan sebagainya. Rata-rata di masa kini, anda akan berurusan dengan pelanggan yang tak bersedia untuk menjadi pembeli kepada produk yang anda jual atau promosikan. Untuk mempersiapkan mereka untuk menjadi pembeli anda perlu siapkan kempen pemasaran anda dalam bentuk flow.

 

Tak kiralah sama ada flow anda hanya mengandungi 3 step, 4 step atau lebih dari itu.

 

Untuk bulan ni Jun ni, saya pelik sikit sebabnya komisyen masih belum cukup RM50 tetapi Ashadee dah pun bayar ke akaun saya. Tak apalah, apa pun nilainya saya terima dengan rela hati. Alhamdulillah, semoga Allah tambahkan lagi komisyen dimasa-masa akan datang.

komisyen_ashadee_Jun2015

 

Jika anda masih kurang jelas mengenai konsep flow marketing ni, anda juga boleh baca panduan yang saya hasilkan sebelum ni ialah Jurnal Pemasaran Affiliate. Sebenarnya ianya bukan sesusah mana, lebih-lebih lagi jika anda telah pun mula bertindak untuk raih komisyen pertama anda menerusi program affiliate.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komisyen Affiliate Ashadee April 2015 kali ketiga
  2. Komisyen Affiliate Ashadee April 2015 kali kedua
  3. Komisyen Affiliate Ashadee Oktober 2015
  4. Komisyen Affiliate Ashadee November 2015

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: Belajar buat duit dengan affiliate, buat duit dengan ashadee, komisyen ashadee

Trackbacks

  1. Komisyen Affiliate Ashadee December 2015 says:
    January 2, 2016 at 3:03 am

    […] Baca: Komisyen Affiliate Ashadee Jun 2015 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • Vickki on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • aaron hafix on Cara nak dapatkan kerja apabila menjadi seorang freelancer
  • Shila on Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship
  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in