UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisyen Affiliate Ashadee December 2015

December 24, 2015 by sabree hussin 6 Comments

Komisyen affiliate Ashadee yang saya terima untuk bulan December 2015 ni saya perhatikan jumlahnya tak banyak beza seperti yang pernah saya perolehi pada bulan Jun 2015 yang lalu.

Baca: Komisyen Affiliate Ashadee Jun 2015

 

Dibawah ni pula adalah komisyen yang dibayar kepada saya untuk bulan December 2015.

komisyen_ashadee

 

Jana komisyen affiliate Ashadee cara penulis blog

Buat masa ni, agak jarang saya lihat penulis blog yang langsung tak berjaya buat duit dengan program affiliate, termasuklah program affiliate yang dianjurkan oleh Ashadee.

 

Rata-rata penulis blog yang saya kenal dan yang bergiat aktif mempromosikan produk-produk yang dijual menerusi platform ashadee pasti pernah rasa komisyen dari Ashadee sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

 

Secara tak langsung ini membuktikan yang kaedah pemasaran style blogger juga berupaya untuk menjana komisyen.

 

Jadi, kalau anda nak buat duit dengan program affiliate, tetapi dah tak tau sangat macam mana nak buat pemasaran, anda tiru sahaja kaedah yang digunakan oleh mana-mana penulis blog.

 

Kami ni, walaupun kadang-kadang tu nampak je macam merapu tulis benda yang bukan-bukan, tapi disebalik semua tu, ada “hidden agenda” yang hanya geng-geng kami sahaja yang faham. Setengah artikel yang kita kongsikan memang adakalanya nampak macam bodoh, menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

 

Namun semua tu kita buat sebab ada tujuan dia sendiri.

 

Contohnya macam perkongsian ni. Cerita pasal komisyen. Nampak macam benda remeh, dan sibuk nak show off hal-hal duit yang tak ada la besar mana pun.

 

Namun hakikatnya, lagi kerap saya cerita bab duit, lagi banyak saya buat perkongsian tentang duit, Alhamdulillah makin bertambah rezeki. Bila rezeki makin bertambah, In Shaa Allah, lagi cepat saya boleh langsaikan hutang-hutang yang saya ada.

 

Penulis blog yang dah mencapai tahap Otai ni… tulis apa pun, In Shaa Allah boleh jadi duit!

 

Saya belum lagi capai tahap tu. Namun doa-doakan la ya saya dapat capai tahap macam tu jugak satu hari nanti. Even kalau saya tengah cerita pasal kucing pun topik tu boleh jadi duit. ha ha

 

Kelembapan dalam menghasilkan komisyen

Nak masuk tahun baru, saya perhatikan seolah-olah orang dah mula kurang berbelanja. Mungkin, rata-rata sedang siap sedia untuk hadapi cabaran tahun baru 2016 kot. Masing-masing duk menyimpan duit untuk kegunaan benda lain.

 

… atau mungkin sebab masing-masing duk save duit sebab nak bukak sekolah ni ada banyak duit nak guna. Jadi, bajet yang ada disimpan dulu untuk kegunaan perkara lain yang lebih mendesak. Mungkinlah…

 

Sekarang ni, duit susah untuk dicari. Duit yang ada pulak, nilainya tak seberapa. Guna buat bayar sewa rumah, isi petrol, topup touch and go, makan untuk sebulan, bila kira-kira balik, bakinya yang tinggal pun dah tak seberapa.

 

Nak shopping online walaupun ada banyak diskaun pun tak mampu nak beli. Kadang-kadang tu bukannya tak mampu, namun khuatir kalau jadi apa-apa yang tak diingini di masa akan datang, tiba-tiba kita tak ada duit pulak masa tu.

 

Apa pun, saya harap keadaan ekonomi kita akan pulih. Bila orang ramai tak berbelanja dan mengutamakan untuk simpan duit, individu yang buat duit dengan bersandarkan aktiviti jual beli ni akan mula terasa sakitnya.

 

Lainlah kalau anda ceburi perniagaan barangan keperluan. Mungkin tak terasa sangat. Contohnya bisnes topup. Macam mana susah sekalipun orang akan tetap topup, sebab itu barangan keperluan.

 

Apa pun, mujurlah ada program affiliate. Setidak-tidaknya ia dapat membantu individu seperti saya untuk tambahkan pendapatan sampingan. Saya dapat bayangkan, mungkin masuk tahun 2016 nanti, akan makin ramai yang ceburi bidang ni.

 

Betul ke tidak? Wallahua’lam

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komisyen Affiliate Ashadee May 2015
  2. Komisyen Affiliate Ashadee April 2015 kali kedua
  3. Komisyen Affiliate Ashadee April 2015 kali ketiga
  4. Komisyen Affiliate Ashadee Oktober 2015

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: cara dapat komisyen ashadee, komisyen ashadee

Comments

  1. hasrozi says

    January 2, 2016 at 1:00 pm

    tahniah bro..

    tapi ashadee nka ttp dh..btul ke..

    Reply
    • sabree hussin says

      January 2, 2016 at 1:12 pm

      Ashadee sendiri yang cakap macam tu. so betul la tu

      Reply
  2. rujukan says

    January 3, 2016 at 11:30 am

    affiliate ashadee bulan dec 2015 lepas ni aku dapat RM193. Bulan nov 2015 aku dapat RM148. Jujur cakap tahun 2016 ni aku nak usaha jadi top 3 dengan ashadee. Tetapi berita x best pula adalah ashadee nak tutup, adoiiiii. Aku rank ke 9 buat duit tahunan dengan ashadee. Jadi target aku x leh nak capai la dengan ashadee utk tahun 2016 sbb ditutup. Ermmm

    Sabree, hang rasa semua produk ashadee boleh masuk klikjer x? sbb aku tgk klikjer mcm hanya terima produk tertentu jer utk masuk sistem mereka. Kalau x masuk susah jugak sbb ramai xda sistem affiliate sendiri. nak daftar satu satu pun payah

    Reply
    • reezluv says

      January 4, 2016 at 4:50 pm

      buat produk, install je la kat hosting sendiri..eheh..outsource je

      Reply
      • rujukan says

        January 6, 2016 at 6:22 pm

        tu pun boleh, tp nak kena ada masa la nak buat produk sendiri, hehehe

        Reply

Trackbacks

  1. Laman web Ashadee bakal melabuhkan tirainya menjelang 2016 - Blog Sabree Hussin says:
    January 4, 2016 at 3:00 pm

    […] Baca: Komisyen Affiliate Ashadee December 2015 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in