UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisen ToneXpress November 2016

November 25, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Pada mulanya saya ingat nak kumpulkan dulu komisen ToneXpress ni dalam akaun ewallet saya. Tapi tiba-tiba ada keperluan yang mendesak pulak yang memaksa saya untuk cepat-cepat keluarkan komisen ini.

 

Akhirnya pada 24 November lepas, saya terima bayaran komisen dari Program ToneXpress ni.

buat-duit-dengan-tonexpress

Satu benda yang saya suka dengan program ToneXpress ni ialah, saya boleh request untuk cash out komisen dari akaun ewallet pada bila-bila masa. Asalkan baki dalam akaun ewallet ada lebih dari RM10, maka saya dah layak untuk melakukan pengeluaran komisen.

 

Untuk dapatkan RM10 dari program ini pun sebenarnya tidaklah sesukar mana. Hanya perlukan kerajinan untuk lakukan kerja-kerja pemasaran secara aggresif. Tapi kalau marketing pun lembab, malas, memang terpaksa tunggu lamalah baru nampak hasilnya.

 

Setakat hari ini, jumlah komisen yang saya dah pernah dapat dari ToneXpress semua sekali adalah sebanyak RM780. RM100 yang pertama adalah dalam bentuk simkad Tone Excel yang masih belum diaktifkan. Memandangkan waktu saya join dulu, saya memang dah jadi pengguna simkad Tone Excel, jadi saya dapat simkad yang masih belum diaktifkan.

 

Tetapi, kalau waktu join ToneXpress masa tu belum jadi pengguna Tone Exel, admin akan aktifkan simkad tersebut atas nama kita.

 

Join Tone Excel dengan modal serendah RM10

Inilah yang orang kata join Tone Excel dengan modal RM10 sahaja. Caranya adalah dengan join program ToneXpress ni dulu. Bantu admin website ini untuk memperkenalkan Tone Excel kepada kenalan anda.

review_laman_tonexpress

Jika ada yang berminat untuk join Tone Excel, ataupun berminat untuk sertai program ToneXpress, maka anda akan dibayar komisen.

 

Komisen RM100 yang pertama akan dikumpulkan dan diberi dalam bentuk simkad. Komisen yang seterusnya akan diberi dalam bentuk cash yang di bank in terus ke akaun ahli.

 

Untuk setiap pendaftaran baru yang anda terima, upahnya adalah sebanyak RM10. Untuk bulan November ni, komisen yang saya terima adalah sebanyak RM38. Ini bermakna saya telah daftarkan 4 orang ahli ke dalam sistem ToneXpress.

 

Memandangkan saya pun tak kenal siapa 4 orang ni, yang mana saya percaya mereka mendaftar kerana pernah baca apa yang saya tulis mengenai ToneXpress di internet, saya cuma boleh doakan semoga anda semua berjaya dan istiqomah dalam membuat kerja-kerja pemasaran.

 

Tak rajin tak apa. Asalkan buat. Saya pun bukannya rajin sangat nak buat marketing. Kadang-kadang saya rasa malas juga. Tetapi, disebabkan saya menggunakan teknik pemasaran menerusi blog dan juga search engine marketing, maka saya masih lagi ada peluang untuk dapat prospek dan pelanggan secara automatik.

 

Cara ni memang sesuai la untuk orang yang “sentiasa sibuk” macam saya ni…

 

Kelebihan menggunakan sistem dan laman web ToneXpress dalam mempromosikan simkad Tone Excel

Ya memang ada kelebihannya. Bukannya saja-saja nak join atau saja-saja nak buat money game ke apa. Tapi kalau anda anggap benda ni hanya sebagai money game, saya tak boleh nak cakap apa la…

 

Memandangkan saya juga adalah salah seorang pengguna sistem ini, maka saya boleh katakan sekurang-kurangnya terdapat 5 kelebihan yang dapat dinikmati oleh ahli Tone Excel atau yang belum menjadi ahli apabila menggunakan laman web ini.

 

(1) Kemudahan promosi Tone Excel menerusi Laman web replika

Sebenarnya ada beberapa orang yang saya temui, atau yang hubungi saya menerusi emel mengaku yang mereka tidak mempunyai laman web replika bagi membantu mereka untuk mempromosikan bisnes Tone Excel ini.

 

Pelik juga kan. Tahun 2016 ni, masih ada lagi yang join TE tanpa dibekalkan dengan laman web replika.

 

Ini biasanya berlaku kepada para veteran dan senior citizen yang join secara offline. Biasalah… orang-orang lama mana nak pandang sangat benda-benda melibatkan internet dan IT ni. Bila sampai satu tahap, bisnes mereka tak dapat nak dikembangkan lagi, masa tu barulah mereka nampak pentingnya mempunyai laman web replika.

 

Nak mintak kat upline, upline pun buta IT juga. Kalau nak buat laman web sendiri, kemahiran tu tak ada la pulak. Kalau nak upah orang… fuh… mahal jugak caj yang perlu dibayar.

 

Jadi, tak payah nak susah-susah fikir. Guna je laman web ToneXpress ni untuk bantu anda buat promosi secara online.

 

Bukan mahal pun. RM10 je…

 

(2) Ahli TE tak perlu simpan stok simkad

Duit yang anda nak gunakan bagi simpan stok simkad tu boleh guna untuk buat beli benda lain. Nak shopping kat Lazada pun ok jugak.

 

Kalau sebelum-sebelum ini, anda terpaksa keluar modal untuk beli stok simkad, hari ni tak payah dah… Anda fokus je dekat kerja-kerja promosi. Kalau ada orang yang nak beli simkad, dia boleh beli terus dari admin ToneXpress ni je.

 

(3) Bisnes Tone Excel dapat dilakukan dimana-mana sahaja

Dengan bantuan laman web seperti ini, anda boleh buat bisnes ni hampir di mana-mana sahaja. Kalau nak buat dekat rumah je pun tak ada masalah.

 

Apa yang penting sekali ialah, anda perlu tunjukkan kepada bakal prospek anda bahawa bisnes ni memang mudah. Dari segi pemasaran ia juga mudah. Barulah orang akan join, sebab mereka nampak betapa mudahnya nak buat bisnes ni.

 

Walaubagaimanapun, saya sedia maklum bahawa kadar kegagalan dalam bisnes ni agak tinggi juga. Saya pun tak pasti kenapa, mungkin sebab mereka ni kurang sabar dengan income sen-sen dari bisnes ni agaknya. Atau mungkin ada sebab lain ke? 

 

(4) Tak perlu tukar IDP dan penaja

Ini bermakna, sesiapa sahaja boleh join ToneXpress. Kalau hari ini, pengguna Tone Excel semua sekali ada sejuta orang, maka kesemua sejuta orang ni boleh join ToneXpress tanpa perlu tukar IDP.

 

(5) ToneXpress menawarkan referral program untuk bantu jana pendapatan tambahan

Last but not least yang anda perlu tahu, ToneXpress ada referral program.

 

Komisen yang saya terima ni datangnya dari referral program ToneXpress ni la. Bolehlah buka saluran pendapatan yang baru. Walaupun tak banyak, namun duit tetap duit kan.

 

Ok la…

 

Jika anda masih belum join ToneXpress, bolehlah daftar secara percuma di sini. Lepas dah daftar, bacalah semua yang anda boleh baca di member area.

 

Kalau tak faham boleh tanya.

 

Kalau dah faham, dan anda berminat dengan apa yang ditawarkan, bolehlah upgrade selaju yang boleh!

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komisen ToneXpress September 2016
  2. Jana pendapatan sebanyak RM700 dengan program ToneXpress secara part time
  3. Komisyen ToneXpress Januari 2016
  4. Komisyen ToneXPress September 2015

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: apa itu tonexpress, buat duit dengan tonexpress, bukti komisen tonexpress, komisen tonexpress, tonexpress

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
  • Senarai Complaint dari tetamu kepada pemilik bisnes homestay

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in