Komisen Mobicow Januari 2017

by sabree hussin on January 16, 2017

in Komisyen Affiliate

Komisen Mobicow yang saya terima bagi bulan Januari 2017 ni merupakan bayaran komisen PERTAMA sepanjang saya menyertai program pengiklanan ini. Alhamdulillah. Boleh guna komisen ni untuk renew domain saya yang hampir expired tak lama lagi.

teknik-buat-duit-dengan-mobicow

Pada mulanya saya rancang nak guna duit komisen dari Mobicow ni untuk beli domain baru dari NameCheap. Tetapi memandangkan ada keperluan lain yang lebih mendesak, which is to renew my domain name, maka saya terpaksa jadikan ia sebagai prioriti.

 

Jana pendapatan sampingan dengan program pengiklanan Mobicow adalah salah satu kerja paling SENANG yang anda juga patut cuba! SERIUS. Saya tak tipu. Memang senang rupanya nak buat duit dengan Mobicow ni.

 

Pada asasnya, anda hanya perlu lakukan langkah-langkah mudah berikut, iaitu

1. Daftar akaun Publisher dengan pihak Mobicow. Boleh klik sini untuk daftar.

2. Tunggu akaun anda diaktifkan. Selepas akaun diaktifkan, anda submit laman blog anda kepada pihak Mobicow.

3. Masukkan kod iklan pada laman blog anda. Buat pengguna wordpress, anda boleh gunakan sahaja plugin yang disediakan.

 

Betul ke buat duit dengan Mobicow ni SENANG sangat? Ya, memang sangat senang. Anda hanya perlu daftar, masukkan kod iklan dalam blog dan seterusnya biarkan. Pendapatan anda dengan Mobicow akan berjalan dengan sendirinya.

 

TETAPI… jeng… jeng… jeng… saya nak ceritakan bahagian yang susah. (dan ia tak ada kena mengena sangat dengan Mobicow pun sebenarnya!)

 

Bahagian yang susah ialah nak sentiasa update blog dengan artikel-artikel baru. Perlu tarik trafik dari kalangan pengguna mobile dalam jumlah yang ramai, dan paling penting kena konsisten dengan usaha yang dilakukan. Tak bolehlah hari ini semangat nak buat artikel baru, sampai 3-4 artikel disiarkan. Tapi lepas beberapa hari terus lemah. Lalu blog pun dibiarkan tanpa ada sebarang update berbulan-bulan lamanya.

 

Ha.. kalau ada sikap macam ni, memang agak sukar nak generate income dari program ini. Eh! Saya bukan cakap pasal anda okay. Saya cakap pasal saya sendiri, sebabnya saya ada satu lagi blog yang menyiarkan iklan dari mobicow. Tapi disebabkan saya agak jarang update blog tu, maka income dia tak berapa nak jalan. Ha ha

 

Inilah dia bayaran yang saya terima.

bayaran-komisen-mobicow

Jumlah bayaran yang saya terima adalah sebanyak USD13.12 atau jika dalam RM ianya bersamaan dengan lebih kurang RM58.59, dengan mengambil kira kadar tukaran matawang RM4.47 untuk USD1.

 

Sekali dapat komisen dari Mobicow, In Shaa Allah akan dapat lagi berulang-ulang kali

Syarat untuk dapat bayaran dari Mobicow ialah kita kena ada jumlah terkumpul dalam akaun sebanyak USD5 sahaja. Jumlah ini tidaklah begitu tinggi jika nak bandingkan dengan syarat untuk dapat bayaran dari Program Affiliate Lazada Malaysia.

 

Kalau dari program affiliate Lazada, syarat untuk dapat bayaran ialah kena ada lebih kurang USD25, dan… anda wajib untuk buat jualan! Ada jualan, maka ada komisen. Jika tak ada jualan, tak adalah sebarang komisen.

 

Sebaliknya, dengan program pengiklanan seperti Mobicow ini, kita tak perlu susah-payah nak fikir untuk buat jualan. Hanya masukkan kod iklan dan tinggal. PASANG DAN TINGGAL.

 

Apabila iklan ini dah ada dalam blog kita, kita boleh fokus pada kerja-kerja biasa yang kita buat atau kalau nak buat sesuatu yang extraordinary juga boleh.

 

Contohnya, anda nak banyakkan artikel-artikel yang ada kuasa viral dalam blog anda. Itu juga satu idea yang baik. Walaubagaimanapun, secara personal saya tak berapa minat nak update blog dengan cerita-cerita yang viral. Mungkin dari segi trafik, ia akan menunjukkan pertambahan, namun disebalik itu semua saya perlu fikir juga faktor seperti bandwidth yang akan dibazirkan tanpa ada sebarang manfaat kepada saya.

 

Saya lebih suka update blog dengan topik-topik yang saya percaya ada kuasa jual yang tersendiri. Dengan ini, saya boleh buat duit dengan dua cara. Satu menerusi program pengiklanan, dan satu lagi adalah menerusi hasil jualan produk-produk yang saya cerita dalam blogpost yang saya hasilkan.

 

Sebenarnya terpulang pada individu tu juga. Setiap orang ada style penulisan masing-masing. Saya lebih selesa dengan cara ini, dan mungkin anda pula lebih selesa dengan cara anda. Asalkan cara tersebut dapat beri manfaat, dapat menambahkan pendapatan, dan berjaya naikkan sales, maka tak salah untuk stay pada cara tersebut.

 

Ini BUKTI bahawa dengan blog anda juga boleh buat duit!

Mungkin anda tak akan jadi kaya dengan cara ini. Tetapi, saya dah buktikan berulang-ulang kali, bahawa dengan blog kita boleh jana pendapatan sampingan. Jadi, jangan takut untuk invest masa dan tenaga anda untuk bangunkan sebuah blog, kerana pada akhirnya blog tersebut akan kembali memberi hasil pada anda.

 

Peringkat permulaan, memanglah agak susah nak buat duit dengan blog. Ibarat macam kita tanam pokok epal. tahun pertama dan tahun kedua, mungkin masih tak ada hasil langsung. Tetapi, dengan usaha dan penjagaan yang rapi dan berterusan, In Shaa Allah, pada tahun yang 3 dan seterusnya, anda akan dapat hasil yang banyak.

 

Saya suka guna analogi seorang petani, sebab pada pemerhatian saya, buat duit dengan blog ini juga ada kaitan dengan cara kerja seorang petani. Pada mulanya, kita memberikan sepenuh tenaga dan usaha untuk menghasilkan tanaman yang terbaik. Kita bagi baja, kita jaga daripada makhluk perosak dan sebagainya.

 

Akhirnya, satu masa nanti ia akan kembali berbudi kepada kita.

 

Cuba anda bayangkan, setakat hari ni, dah berapa lama agaknya masa yang anda luangkan untuk layan social media, sama ada Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya? Apa hasilnya? Pernah dapat duit daripada semua social media ni? Atau anda yang lebih banyak berhabis duit sebab asyik beli itu beli ini?

 

Baiklah, jika anda kata, selama ini memang ada hasil, maka teruskanlah. Namun, jika anda kata, selama ini masa yang anda luangkan untuk bersosial tu tak beri anda sebarang hasil, maka kali ini masa untuk lakukan perubahan!

 

Apapun, terima kasih kerana sudi untuk singgah ke blog ini dan baca perkongsian saya ini. Doakan saya dapat lagi komisen dari Mobicow ini bulan depan ya. Banyak benda nak kena bayar ni ๐Ÿ™‚

 

Kalau anda belum pernah join Mobicow lagi dan minat nak cuba buat duit dalam USD, boleh daftar PERCUMA je kat sini.

 

Be Sociable, Share!

{ 8 comments… read them below or add one }

Madam Affiliate January 17, 2017 at 10:10 am

…thanks bro sabree. i dah join.

Reply

sabree hussin January 17, 2017 at 11:15 pm

Semoga berjaya dapat komisen bulan depan!

Reply

azam January 20, 2017 at 10:15 pm

betul tu tak perlu menjual. tampal koding dalam header lepas tu tinggal.

Reply

sabree hussin January 23, 2017 at 1:42 pm

Ya, program pengiklanan memang macam ni la.

Reply

si bongkok January 22, 2017 at 9:55 am

Salam bos, bos buat duit dengan mobicow nie dalam blog nie ker atau blog yang dirahsiakan..sebab saya buat mcm takde tuah laa bos….kalo dapat kongsi teknik2 ajaib tue cantik gak bos… ๐Ÿ™‚

Reply

sabree hussin January 23, 2017 at 1:43 pm

Guna blog ni je ๐Ÿ˜€

Reply

reezluv January 26, 2017 at 10:21 am

blog yg ada trafik tinggi biasanya komisen tinggi.tambah plak yang viral..

Reply

sabree hussin January 26, 2017 at 4:35 pm

Itulah, cemburu juga tengok blog yang berjaya dapat ratus-ratus USD dengan Mobicow ni!

Reply

Cancel reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: