UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisen Mobicow April 2017

April 20, 2017 by sabree hussin 8 Comments

Komisen dari Mobicow bagi bulan April 2017 telah pun dibayar dan saya juga telah menerima bayaran tersebut menerusi akaun Paypal saya.

 

Part dapat bayaran tu, memang saya GEMBIRA.

 

Namun, disebalik kegembiraan ini, ada beberapa perkara tentang Mobicow yang saya agak kecewa.

 

Pertama, saya agak kecewa dengan program referral Mobicow yang nampaknya macam tak berfungsi. Saya pernah tanyakan berkenaan status program referral ni kepada pihak pengurusan Mobicow dan menurut mereka, pihak tech support sedang usahakan untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

 

Secepat mungkin? Hmm… saya rasa dari tahun lepas lagi program referral ni ada masalah.

buat-duit-dengan-program-referral-mobicow

Apabila saya mempromosikan referral link saya untuk dapatkan seberapa ramai publisher Mobicow yang baru, halaman yang akan terpapar adalah seperti diatas.

There’s something wrong.

 

Rasa sakit hati jugak bila masalah ini terus berlarutan sampai sekarang.

 

Kita dah susah payah buat kerja-kerja penulisan, sampai ada antara artikel yang saya tulis mengenai mobicow dah berjaya masuk ke page pertama hasil carian Google, alih-alih artikel tersebut tak dapat digunakan untuk dapatkan lebih banyak referral pulak.

 

Perkara kedua, yang buat saya agak kecewa dengan program Mobicow ni ialah, komisen yang diterima makin menurun ha3.

 

Saya semak balik pendapatan yang pernah saya terima dari Mobicow sebelum ini.

Komisen Mobicow Januari 2017 – USD13.12

Komisen Mobicow Februari 2017 – USD20.45

Komisen Mobicow Mac 2017 – USD10.03

 

Saya ingatkan, untuk bulan April ni akan ada peningkatan, rupa-rupanya saya silap. Komisen yang diperolehi makin turun rupanya.

 

Ini dia screenshot emel yang saya terima dari Paypal.

bukti-pendapatan-mobicow

Ya, bayaran yang saya terima adalah berjumlah USD9.58

 

Harap-harap bulan depan ada kenaikkan. Amin In Shaa Allah.

 

Betul ke Mobicow akan bayar komisen apabila jumlah komisen mencapai angka USD5?

Soalan ini ditanyakan kepada saya oleh The Haikal menerusi posting saya sebelum ini yang berjudul Jana pendapatan sampingan dan pasif dengan Mobicow.

 

Saya harap, bukti pendapatan paling LATEST yang saya terima dari Mobicow ini dapat dijadikan hujah dan bukti.

 

Sebenarnya, kat website Mobicow sendiri, kat bahagian FAQ pun ada dinyatakan bahawa pihak Mobicow akan buat bayaran kepada para publisher apabila komisen kita dah cukup USD5.

 

Saya berpendapat, nilai USD5 ini tidaklah begitu susah nak dicapai, especially kalau blog anda memang mempunyai trafik yang banyak.

 

Sedangkan blog saya ini yang biasa-biasa pun boleh dapat income, inikan pula blog milik anda yang dah bertahap selebriti.

 

Walaupun saya tahu, link referral saya ini masih lagi tak berfungsi dengan baik, namun saya tetap akan promosikan ia. Dengan harapan, satu hari nanti, pihak Mobicow akan do something untuk perbetulkan masalah yang berlaku dipihak mereka.

 

Jika anda masih belum join program pengiklanan ini, dan berminat untuk mencuba, bolehlah klik sini untuk sertai program ini sekarang.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komisen Mobicow Mac 2017
  2. Komisen Mobicow Februari 2017
  3. Komisen Mobicow Januari 2017
  4. Bayaran komisen Pay Per Click Bidvertiser April 2016

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: apa itu mobicow, buat duit dengan Mobicow, jana pendapatan dengan mobicow, komisen mobicow

Comments

  1. titan says

    April 21, 2017 at 11:19 am

    tahniah.

    masih bisa dapat uang dari mobicow.

    hoho

    Reply
  2. ElihJapahar says

    April 21, 2017 at 11:55 am

    Mobicow ni ok jugak..cuma sbg pembaca, sy rasa kecewa bila klik artikel dlm blog keluar benda lain yang tak boleh ditutup..

    Seakan-akan hp diserang virus dan terpaksa restart..hmm..

    Reply
    • sabree hussin says

      April 21, 2017 at 11:22 pm

      Benda yang keluar macam virus tu berpunca dari iklan Mobicow ke?

      Reply
  3. anuar says

    April 21, 2017 at 7:30 pm

    Tahniah..
    Memang masyuklah… boleh darab dgn 4..

    Reply
    • sabree hussin says

      April 21, 2017 at 11:21 pm

      Selagi masih boleh memang masyuk la hehe

      Reply
  4. Nurul says

    October 3, 2017 at 7:29 pm

    Macam best nak join mobicow ni tapi risau la pulak sebab trafik saya tak lebat mana, 1000 sehari je yang mampu. Jeles/salute dengan blogger yang dapat trafik masuk puluh ribu sehari.

    Reply
    • sabree hussin says

      October 4, 2017 at 2:21 pm

      Kalau traffic tu datangnya dari mobile, masih lagi boleh jana pendapatan yang lumayan dengan Mobicow ni. Trafik yang tinggi tu memang penting, at the same time, apa jenis trafik tu juga perlu diambil kira ya.

      Reply

Trackbacks

  1. Komisen dari Mobicow – 15 April 2017 – Buat Duit Blogging says:
    April 20, 2017 at 10:14 pm

    […] Baca juga: Komisen Mobicow April 2017 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in