Komisen Affiliate Lazada December 2016

by sabree hussin on December 24, 2016

in Komisyen Affiliate

Anda dah join Program Affiliate Lazada ke belum? Kalau dah pernah join, boleh saya tanya, macam mana dengan pencapaian anda setakat ni? Dah berjaya dapat komisen ke belum?

 

Kalau pernah dapat komisen, TAHNIAH saya ucapkan. Anda memang HEBAT. Orang-orang yang hebat ni biasanya memang tak ada masalah nak dapat komisen. Duit seolah-olah datang mengejar dirinya, dan bukan pula sebaliknya.

buat-duit-dengan-lazada

Buat mereka yang masih belum berjaya dapat komisen tu, saya nasihatkan kepada anda, janganlah cepat sangat mengalah. Teruskan usaha. Jangan jadi macam saya. Awal-awal dulu saya pernah give up beberapa kali untuk promosikan produk-produk yang dijual di laman web ini.

 

Puncanya ialah? Saya rasa macam terlalu susah nak buat duit dengan Lazada. Betul ke? Hmm kena cek balik. Kalau susah nak buat duit dengan Lazada, maknanya orang lain pun susah jugak nak buat duit.

 

Kemudian kita perlu perhatikan pula, kesusahan tu datangnya dari mana? Adakah tak ada orang yang beli barang di Lazada? Jawapannya TIDAK. Hakikatnya ada terlalu ramai yang shopping barang di Lazada. Setiap hari entah ada berapa ribu orang yang beli barang di Lazada. Bezanya ialah sama ada mereka ni beli menerusi link affiliate kita atau tidak. Itu sahaja.

 

Kalau tak buat pemasaran, macam mana prospek nak klik link affiliate kita?

laman-web-lazada-malaysia

Inilah masalahnya. Kita mengharapkan ada prospek yang akan klik pada link affiliate kita sebelum mereka buat pembelian di laman web lazada, tapi… “sudahkah kita buat kerja-kerja pemasaran sehingga memudahkan prospek jumpa dan klik link affiliate kita?

 

Bulan December 2016 ini adalah kali yang kelapan saya menerima komisen dari Lazada Malaysia. Bukanlah bermakna saya pandai sangat. Tetapi saya beranggapan ini semua terjadi sebab setakat sekarang ini, saya dah pun sebarkan link affiliate saya merata-rata di alam maya ni.

 

Link affiliate saya boleh ditemui sama ada di

(1) Laman-laman blog yang saya miliki. Ya saya ada lebih dari satu blog.

(2) Di Facebook Fan Page.

(3) Twitter.

(4) Emel yang saya hantar kepada subscriber.

 

Antara nombor (1) hingga (4) ni, saya dapati link affiliate yang saya siarkan di laman blog saya adalah yang paling banyak menyumbang kepada terhasilnya jualan dari program ini.

 

Justeru, jika anda masih belum berjaya dapat sales dari program affiliate ini, boleh saya tahu, adakah anda sudah mempunyai blog anda sendiri, yang anda gunakan untuk tujuan membuat promosi produk-produk yang dijual di Lazada Malaysia?

 

Dah ada? Bagus.

 

Kalau masih belum ada, pergi buat sekarang. Apa yang saya boleh katakan, kebanyakkan jualan yang saya dapat adalah menerusi kerja-kerja pemasaran yang saya lakukan menggunakan medium blog. Saya buat saya dapat. Kini saya dah pun kongsikan rahsia dan caranya. Terpulang pada anda, sama ada nak ikut nasihat atau tidak.

Klik untuk baca: Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted

 

Ini dia bayaran komisen Lazada yang saya terima bagi bulan December 2016 ini.

buat-duit-dengan-lazada

Invois ini dijana pada 11 December 2016, namun bayaran komisen hanya mula dibuat pada 23 December 2016, iaitu beberapa hari sebelum perayaan Hari Natal. Jumlah yang saya terima pula adalah sebanyak RM199.49 sahaja.

 

Konsep pemasaran yang saya gunakan adalah content marketing. Oleh sebab itu, kerja saya setiap hari ialah menghasilkan konten dalam bentuk artikel dalam blog-blog yang saya miliki. Ya, setiap hari kena menulis dan perlu cari idea untuk tulis sesuatu.

 

Bagaimana kalau tak ada idea? Hmm sebenarnya agak susah untuk berada dalam situasi tak ada idea ni. Selalunya, dari pengalaman saya la kan, idea ada terlalu banyak, tetapi rasa nak menulis tu yang tak ada. Tak ada semangat dan rasa lemah je. Kalau jadi keadaan macam ni, nak tak nak kena lawan jugak.

 

Sebab itu kalau anda dapat perhatikan, bila saya agak malas nak update blog ini, saya akan tulis something yang berulang dan pernah berlaku sebelum ini. Contohnya macam post ini. Saya hanya update tentang bayaran komisen yang saya terima dari Lazada. Disamping itu saya masukkan juga link affiliate Lazada saya di mana-mana bahagian artikel yang saya rasakan sesuai.

 

Tak susah, kan?

 

baiklah, terima kasih kerana sudi baca. Ok jom shopping kat Lazada. Boleh klik sini untuk mula shopping.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

lynn September 23, 2017 at 10:58 pm

Salam..saya pernah register affiliate kat lazada tapi tersangkut kat tgh2 jalan..x reti nak buat promosi .nak create link pun x reti. Tak sangka ada jugak komisen ye. Tahniah.

Reply

sabree hussin September 25, 2017 at 9:21 am

Wasalam. Sebenarnya nak buat kerja-kerja promosi tak susah mana. Boleh cuba ikut cara yang saya buat. Saya guna blog sahaja. Saya pernah tulis cara nak buat link affiliate di sini >> https://soaljawab.my/macam-mana-cara-nak-buat-duit-dengan-lazada/

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: