Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisen Affiliate Kertas Kerja & Rancangan Perniagaan Jun 2016

June 27, 2016 by sabree hussin 2 Comments

Apa sebenarnya kegunaan dan kepentingan memiliki kertas kerja dan rancangan perniagaan (business plan) kepada usahawan?

Sepatutnya, sebelum sesuatu perniagaan itu dimulakan, perkara pertama yang perlu disediakan terlebih dahulu ialah kertas kerja rancangan perniagaan (business plan). Jika sesuatu perniagaan itu bagus dan nampak berpotensi di atas kertas, besar kemungkinan perniagaan yang bakal dibina itu juga boleh memberi pulangan yang baik.

 

Walaupun begitu, ada juga usahawan yang masih belum mempunyai rancangan perniagaan walaupun mereka telah memulakan perniagaan mereka bertahun-tahun lamanya. Mereka mungkin tak nampak, dimana dan apa sebenarnya kepentingan rancangan perniagaan ini.

 

Jadi kat sini saya nak kongsikan kepada para pembaca sekalian, apa dia sebenarnya kegunaan kertas kerja perniagaan ni.

apple-iphone-refurbished

 

(1) Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal

Sebelum orang lain membuat sebarang penilaian terhadap perniagaan kita, sebenarnya kita sendiri boleh nilai perniagaan kita. Caranya adalah dengan merujuk kepada kertas kerja perniagaan kita.

 

(2) Mengkaji dan menilai sama ada perniagaan yang akan dijalankan berdaya maju atau sebaliknya

Segala maklumat tentang perniagaan kita akan dimuatkan dalam kertas kerja perniagaan yang kita sediakan. Dari situ, kita akan rangka apa dia strategi pemasaran, strategi untuk dapatkan pelanggan baru, strategi untuk tingkatkan jualan dan sebagainya.

 

(3) Meyakinkan pihak tertentu bagi mendapatkan sumber pembiayaan kewangan

Kertas kerja perniagaan akan menjadi pengganti diri kita (usahawan) bagi memberikan penerangan yang jelas tentang perniagaan yang kita jalankan. Biasanya, dalam proses untuk mendapatkan dana atau pinjaman perniagaan, pihak yang bakal menawarkan kemudahan kewangan akan meminta salinan kertas kerja perniagaan. Dari situ, mereka akan menilai sama ada perniagaan yang anda sedang jalankan berpotensi untuk maju atau sebaliknya.

 

Lazimnya pinjaman perniagaan hanya akan diberi kepada perniagaan yang ada potensi untuk jadi lebih maju, bukannya diberi kepada semua perniagaan secara rambang. Jika pihak penilai melihat perniagaan tersebut kurang berdaya saing, dan pemilik perniagaan kelihatan tak mempunyai strategi untuk memajukan perniagaan tersebut, biasanya pinjaman perniagaan tidak akan diberikan.

 

(4) Menjadi garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian

Berapa banyak staff perlu diambil. Berapa banyak perlu dibelanjakan untuk tujuan pengiklanan. Adakah perlu jalankan pemasaran menggunakan medium internet ataupun perniagaan lebih sesuai dijalankan dan dipasarkan secara online sahaja.

 

Setelah membaca apa yang saya kongsikan ini, mungkin ada antara pembaca sekalian yang terfikir…

“Aku perlu hasilkan kertas kerja untuk perniagaan aku… tapi masalahnya aku tak tau macam mana nak sediakan kertas kerja perniagaan!“

 

Kalau tak tau macam mana nak sediakan kertas kerja perniagaan, anda boleh upah orang untuk buatkan untuk anda. Ya, anda akan dapat kertas kerja perniagaan yang profesional dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Namun, ada kos yang perlu dibelanjakan.

rancangan-perniagaan

 

Berita baiknya ialah, anda sebenarnya boleh buat sendiri. Anda boleh tulis sendiri kertas kerja perniagaan anda. Ada satu laman web yang anda boleh rujuk, yang menyediakan set kertas kerja perniagaan yang anda boleh edit dan masukkan maklumat perniagaan anda mengikut format sebenar.

 

Anda boleh klik sini untuk muat turun contoh kertas kerja perniagaan.

 

Buat pemilik perniagaan yang masih belum mempunyai pelan dan rancangan perniagaan anda sendiri, ini masanya untuk anda ambil tindakan. Anda mungkin tak sedar yang selama ini, anda hanya mengikut gerak hati semata dalam menjalankan perniagaan anda.

 

Namun semua itu boleh diubah. Anda boleh jalankan perniagaan anda dengan lebih bersistematik dengan adanya kertas kerja perniagaan anda sendiri.

 

Program affiliate Kertas Kerja Perniagaan dan Rancangan Perniagaan

rancangan-perniagaan

Saya tertarik untuk sertai program affiliate kertas kerja perniagaan ini, kerana saya lihat produknya yang unik. Setahu saya, setakat ini tak ada lagi laman web lain yang menawarkan produk yang seumpama dengannya.

 

Lagi satu, saya lihat kertas kerja untuk perniagaan ni sebenarnya adalah satu keperluan yang sering dipandang ringan oleh pemilik perniagaan. Ramai juga sebenarnya pemilik perniagaan yang masih belum ada kertas kerja perniagaan masing-masing.

 

Nanti bila sampai masa nak buat pinjaman bank untuk besarkan lagi operasi perniagaan, baru sibuk nak cari template kertas kerja yang boleh di edit. Jadi, apa kata sementara masih ada kesempatan ni, anda hasilkan kertas kerja anda dari sekarang.

 

Anda akan ada masa yang panjang untuk selalu edit dan kemaskini kertas kerja tersebut hinggalah jadi lebih sempurna.

 

Ini merupakan komisen affiliate yang pertama yang saya terima dari program ini. Masih terlalu awal untuk saya komen panjang-panjang mengenai program affiliate ini. Tunggulah nanti, bila dah banyak sales yang masuk. Mungkin waktu tu saya boleh kongsikan apa dia teknik dan strategi promosi yang mungkin anda juga boleh tiru untuk buat duit dengan program ini.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Contoh kertas kerja perniagaan Dobi untuk rujukan bisnes anda sendiri
  2. Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  3. Komisen Affiliate Lazada April 2016
  4. Komisen Affiliate Jobdirumah May 2016

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: contoh kerja dari rumah, kertas kerja perniagaan, rancangan perniagaan

Comments

  1. Abdul Nashar Bin Aminuddin says

    July 12, 2016 at 11:54 am

    Melalui blog tuan saya dapat komisyen affiliate walaupun kadang-kadang miss 1-2 bulan.Yang penting dapat komisyen tanpa ganggu waktu kerja dan tidak perlu pos barang.Lagi satu tak perlu nak close sale.just macam tuan cakap rajinkan diri buat artikel yang membantu orang lain

    Reply
    • sabree hussin says

      July 19, 2016 at 3:31 pm

      Harap-harap pelaburan yang dibuat sebelum ini berbaloi 😀

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Senarai 50 kerja yang boleh dilakukan ketika Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)
  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • Kenapa nak join Bisnes Netwok Marketing?
  • Panduan “Survival Guide” dalam Bisnes Multi Level Marketing @ Network Marketing

Recent Comments

  • 5 Jenis Aksesori Yang Sesuai Dibeli Untuk Kucing Kesayangan Anda on 10 Barang anda patut beli untuk kucing kesayangan anda!
  • sabree hussin on Cara bina Ayat Iklan untuk promosi produk Perfume
  • sabree hussin on Bagaimana cara mudah buat duit dengan menulis di blog?
  • sabree hussin on Kerja dari rumah untuk student lepasan SPM? Ada ke?
  • Mohamad Rahmad bin Saad on Kerja dari rumah untuk student lepasan SPM? Ada ke?

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut