Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisen Affiliate Jobdirumah Julai 2016

July 6, 2016 by sabree hussin 4 Comments

Kadang-kadang (atau mungkin kerap kali berlaku) yang menjadi punca kenapa kita tak pernah mengambil sebarang tindakan untuk mencipta sebarang kejayaan yang membanggakan diri kita sendiri adalah disebabkan apa yang bermain dalam pemikiran kita.

 

Pemikiran kita boleh jadi sebab kenapa kita akan hadapi kegagalan. Perasan ke tak perasan? Kerap kali berlaku, kita gagal sebelum kegagalan tu benar-benar dah menimpa diri kita sendiri. Contoh paling dekat ialah dalam perkara-perkara yang kita sebenarnya boleh buat duit.

bekerja_dari_rumah

 

Sepanjang saya mempromosikan Panduan Jobdirumah ni pun sama. Ramai kot yang kata benda ni menipu, jobdirumah ni scam dan macam-macam lagi. Saya pun pelik jugak. Sejak bila jual panduan jadi scam? Jual panduan, sama macam jual buku-buku rujukan yang ada banyak kat luar sana.

 

Ada buku panduan yang mengajar cara-cara memasak. Ada buku panduan yang ajar cara nak memikat pasangan. Ada buku panduan yang mengajar pembacanya untuk mengaji Al-Quran. Dalam kes panduan Jobdirumah ni pulak, ia mengajar cara-cara untuk menjadi seorang pekerja dari rumah, atau freelancer.

 

Konsep dia mudah sahaja. Kalau nak belajar cara-cara bekerja dari rumah, anda boleh belajar sendiri. Bacalah segala laman web, forum, atau apa-apa sahaja bahan bacaan yang anda boleh temui apabila anda menggunakan khidmat enjin carian google. Ya, anda akan temui macam-macam laman web, dan setiap laman web akan cerita sedikit sahaja. Selebihnya anda kena pandai-pandailah untuk faham sendiri. Kalau rasa masih tak cukup, boleh google kata kunci lain pula.

 

Atau cara yang lebih mudah, anda terus belajar dari Panduan Jobdirumah.

panduan-jobdirumah

Menerusi panduan ni, apa yang anda perlu tahu, semuanya anda boleh belajar dari satu tempat. Tak perlu dah susah payah nak google bagai. Ikut panduan ni dan terus praktikkan. Kalau anda rasa macam susah sangat nak dapatkan kerja, (mungkin sebab anda tak ada skil tersebut) anda buat sahaja kerja di laman web microworkers.com.

 

Kat situ pun anda sebenarnya boleh apply banyak job online yang mudah-mudah sahaja.  [Contoh-contoh pekerjaan online MUDAH yang boleh dilakukan dari rumah secara part time]

 

Saya faham. Anda bukannya sengaja dan suka-suka untuk pilih untuk tak join benda-benda macam ni. Anda hanya mengambil sikap berhati-hati, itu sahaja. Dekat internet ni memang saya tak nafikan, ada terlalu banyak program yang memang scam. Silap langkah, memang nahas. Orang yang baru memang selalu dijadikan sasaran program scam.

 

In fact, Azizi Ali juga ada tulis buku tentang penipuan-penipuan dan scam yang terdapat di sekeliling kita, sama ada secara online mahupun offline. Akhirnya terserah pada kebijaksanaan kita, sama ada kita dapat selamatkan diri daripada program yang scam, ataupun tidak. [Mencari Maut: Bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penyelewengan, skim cepat kaya dan lain-lain pelaburan durjana]

review_mencari_maut_azizi

Buku ini ada mengisahkan bagaimana anda boleh kenalpasti bentuk-bentuk penipuan yang terdapat disekeliling kita. Ianya satu panduan yang bagus, dan pada pendapat saya, semua orang patut baca buku tersebut sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tak kiralah sama ada anda nak beli buku tersebut, pinjam atau minta orang lain belikan untuk anda.

 

Anda perlu tahu, bagaimana untuk kenalpasti program yang memang scam dengan program yang tidak scam. Kalau semua benda anda terus labelkan sebagai scam, tanpa anda mengambil masa yang sewajarnya untuk kaji sesuatu perkara, anda mungkin akan terlepas banyak peluang untuk buat duit di internet.

 

Salah satunya ialah peluang untuk buat duit dengan jobdirumah ni la.

 

Ini bayaran komisen jobdirumah yang saya terima dari Kliks Solution untuk bulan Julai 2016.

komisen jobdirumah

Jumlahnya adalah sebanyak RM375. Kalau nak bandingkan dengan bulan lepas, ada peningkatan sebanyak RM25.

Klik untuk baca: Komisen Affiliate Jobdirumah June 2016

 

Bagi saya, jumlah ini banyak! Dan ia sangat bermakna untuk saya. Kebetulan komisen ini masuk pada hari raya. Ah siapa nak bagi, kan?

 

Jadi, fikir-fikirkan. Mungkin pemikiran kita ni telah banyak menipu diri kita. Apabila kita banyak sangat fikir yang negatif-negatif, yang susah-susah, maka itulah yang akan berlaku kesudahannya.

 

Anda belum cuba, tapi dah kata yang anda tak akan berjaya, maka tak hairanlah kalau anda memang betul-betul tak akan berjaya nanti. Anda bermula dengan meletakkan kesudahan yang anda tak akan berjaya… Ini bukan satu tindakan yang tepat untuk mencipta kejayaan.

 

Kena ada keyakinan untuk buat apa pun. Di samping tu, strategi mesti kena ada. Of course, kemungkinan untuk gagal itu pasti ada. Tapi kegagalan tu bukannya untuk selama-lamanya. Macam kita main bowling, awal-awal mencuba semuanya masuk dalam longkang, bila dah dapat rentak, tak mustahil kalau nak strike. Ataupun spare.

 

Konsep yang lebih kurang sama dengan bekerja dari rumah ni. Awal-awal, kita masih belum dikenali, orang agak sukar nak percaya pada kemampuan kita. Tak apa itu lumrah. Kita terus mohon pekerjaan, dan mula dengan kerja-kerja yang mudah-mudah sahaja pun tak apa.

 

Lama-kelamaan, apabila skil kita mula di percayai, In Shaa Allah, akan makin bertambah orang nak ambil kita bekerja.

 

Ok la, anda dah sedia nak ubah kehidupan? Jom daftar sebagai ahli Jobdirumah di sini.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komisen Affiliate Jobdirumah June 2016
  2. Komisyen Affiliate Jobdirumah April 2016
  3. Komisen Affiliate Jobdirumah May 2016
  4. Komisyen Affiliate Jobdirumah Julai 2015

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: bayaran dari program jobdirumah, bayaran komisyen jobdirumah, bekerja hanya dari rumah, buat duit dengan jobdirumah, bukti bayaran jobdirumah, jobdirumah payment, komisyen jobdirumah

Comments

  1. Elih Bin Japahar says

    August 29, 2016 at 9:10 am

    Hebatlah tuan, tiap2 bulan dapat komisen….

    Reply
  2. arnie says

    September 14, 2016 at 12:35 pm

    Terima kasih kongsi info tentang job nie, gigih saya baca tuan punya entry setiap bulan.. Convincing sangat dah.. Tahniah juga, komisyen memang meletops!

    Reply
    • sabree hussin says

      September 21, 2016 at 12:30 pm

      Hai arnie, terima kasih sudi baca apa yang saya kongsikan dalam blog ni 😀

      Reply

Trackbacks

  1. Pengalaman bekerja dari rumah dengan Jobdirumah - Sabree Hussin Dot Biz says:
    June 29, 2018 at 1:13 pm

    […] Dulu saya rajin update berapa komisen yang saya terima daripada buat kerja-kerja pemasaran macam ni disini, tapi sekarang dah malas. Boring juga kan, asyik update berapa upah yang berjaya […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Cara mudah untuk jadi lebih kaya
  • Cara membina Unique Selling Proposition untuk Bisnes Homestay
  • Cara mencipta keunikan bagi bisnes homestay anda berbanding pesaing di pasaran
  • Apa sebab orang pergi travel?
  • Senarai 19 Jenis Pelaburan di Malaysia

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Go to mobile version