Antara menginap di Hotel dengan menginap di homestay, mana satu yang menjadi pilihan hati? Kebelakangan ini, saya dapati saya makin kerap menginap di homestay kalau nak dibandingkan dengan menginap di hotel.
Kedua-duanya ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Adakalanya, saya lebih suka menginap di homestay sebab saya boleh ajak lebih ramai ahli keluarga untuk ikut bersama saya pergi bercuti. Walaupun percutian tersebut mungkin sekadar di sekitar Pantai Morib.
Kebanyakkan homestay yang saya pernah check in sebelum ini, semuanya ada 3 buah bilik. Kalau saya ambik master bedroom, ada dua lagi bilik yang kosong. Ruang tamu pun boleh guna kalau nak jadikan tempat tidur.
Kalau ada yang sudi nak follow, memang saya boleh bawa sekurang-kurangnya lagi 6 orang untuk ikut bersama. Itulah dia kelebihan kalau menginap di homestay. Kalau hotel, for sure tak boleh buat macam ni. Memang tak berapa selesa.
Tahukah anda, bahawa anda boleh kumpul travel credit dan menginap secara PERCUMA di mana-mana homestay serata dunia?
Tahu tak pasal benda ni? Pernah dengar ke tentang laman web AirBNB? Bermula tahun ni, saya baru nak serius kumpul travel credit untuk ditukarkan dengan penginapan percuma apabila menempah homestay atau guest house menerusi laman web AirBNB.
Ini yang saya biasa dapat.
Kalau anda mahu, anda juga boleh kumpul travel credit seperti ini. Boleh klik sini untuk dapatkan travel credit anda.
Sekiranya saya ingin jalankan bisnes homestay saya sendiri, apakah kaedah marketing yang bakal saya jalankan?
Satu hari nanti, saya tidak menolak kebarangkalian, yang saya mungkin akan jalankan bisnes homestay saya sendiri. Setelah melihat dan berkenalan dengan ramai pemilik bisnes homestay, ada juga terlintas di fikiran nak buat bisnes yang sama.
Cuma ia mungkin tidak akan saya lakukan dalam masa terdekat. In Shaa Allah, ada rezeki lebih, saya nak miliki rumah sendiri untuk kegunaan sendiri terlebih dahulu. Hasrat untuk sewakan bagi tujuan bisnes homestay, itu mungkin saya akan lakukan setelah keperluan asas saya dipenuhi terlebih dulu.
Posting kali ini, sebenarnya saya nak sentuh sedikit mengenai opsyen dan platform pemasaran yang wujud disekeliling kita yang anda juga boleh gunakan untuk mempromosikan dan memperkenalkan bisnes homestay anda kepada dunia.
Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat apakah dia opsyen tersebut.
(1) Google Marketing
Terdapat dua kaedah, iaitu kaedah berbayar dan juga kaedah percuma.
Kaedah berbayar, adalah dengan mengiklankan perniagaan homestay anda menggunakan servis iklan Google Adwords.
Apabila saya membuat carian di laman web google menggunakan kata kunci “homestay melaka” berikut adalah iklan berbayar yang dipaparkan.
Kita boleh tahu, yang ini semua adalah iklan berbayar dengan melihat tanda Ad pada link url yang disertakan. Kita boleh saksikan sendiri, nama-nama besar seperti Airbnb, Booking.com dan Agoda turut menggunakan khidmat Google Adwords bagi mendapatkan pelanggan untuk menempah bilik penginapan menerusi laman web mereka.
Kalau nama-nama besar ini pun guna Adwords, kenapa tidak anda? Ok itu cara yang berbayar.
Cara kedua menggunakan kaedah pengiklanan Google Marketing dikenali dengan nama kaedah Search Engine Optimization (SEO).
Kaedah SEO menggunapakai teknik penulisan menggunakan cara tertentu, supaya artikel yang dihasilkan bagi tujuan iklan dapat masuk ke muka hadapan google bagi kata kunci yang dijadikan sasaran. Contohnya, untuk kata kunci “Homestay Tangkak”.
Lihat screenshot dibawah.
Artikel yang saya pernah tulis mengenai sebuah homestay di Tangkak, telah berjaya masuk ke halaman kedua hasil carian google. Sekiranya ada pengguna internet yang ingin mencari tempat menginap di Tangkak, dan dia menggunakan laman web carian google, besar kemungkinan dia pasti akan temui laman web saya ini.
Sekiranya pengguna internet tersebut berminat nak buat tempahan, dia boleh terus berurusan dengan pemilik homestay tersebut. Bayaran pun boleh terus dibuat dengan pemilik homestay. Peranan saya adalah untuk perkenalkan dan iklankan homestay ini sahaja.
Klik untuk baca:
(1) Homestay Tangkak pilihan saya yang selesa dengan kadar sewa bawah RM200
Walaupun kaedah SEO ini PERCUMA sahaja, namun anda perlukan sedikit technical know how untuk gunakan cara pemasaran seperti ini. Anda perlu tahu serba sedikit tentang aspek pembinaan sesebuah laman web, teknik penulisan mesra enjin carian, dan cara untuk mengoptimasikan sesebuah artikel, sama ada onpage atau offpage, supaya ia lebih mudah tersenarai di muka surat hadapan enjin carian google.
Ya, saya sengaja menggunakan beberapa jargon supaya anda rasa ianya seperti sangat rumit ha3. Saya pernah tulis topik tentang Search Engine Optimization dalam blog ini beberapa kali. Anda mungkin boleh baca artikel terdahulu dengan menekan klik pada pautan Arkib blog ini.
Berita baiknya ialah, saya juga menawarkan servis penulisan iklan ini, itupun jika anda berminat. Sesetengah pemilik bisnes homestay, mereka tak nak pening-pening kepala nak tulis artikel, nak maintain blog, nak ambik gambar dan sebagainya. Jadi untuk memudahkan kerja-kerja ini, boleh dapatkan servis dari saya. Sila hubungi saya jika minat dengan khidmat ini.
Berapa laman web yang perlu digunakan untuk menjayakan teknik pemasaran SEO untuk bisnes Homestay ini?
Sebenarnya, guna satu laman web pun dah cukup, asalkan anda memang cukup mahir dan tahu macam mana nak dapatkan kedudukan paling tinggi di halaman carian google.
Cuma pada saya la kan, kenapa nak hadkan dengan hanya guna satu laman web sahaja? Dalam satu halaman carian, akan ada 10 result dari 10 laman web yang berbeza. Cuba bayangkan, kalau kesemua laman web ini adalah milik anda. Tidakkah ini lebih baik kalau nak bandingkan dengan cuma satu laman web milik anda, manakala yang selebihnya milik orang lain.
Apa pun, ia terpulanglah kepada strategi dan keselesaan anda.
(2) Laman web Portal Iklan
Ada banyak sebenarnya laman web atau portal yang dibangunkan bagi tujuan pengiklanan secara online. Ada yang percuma, ada yang berbayar, dan ada juga yang merupakan kombinasi antara servis percuma dan berbayar.
Saya cerita portal iklan yang popular sahaja, iaitu portal iklan Mudah.my
Memandangkan nak post iklan dalam laman web ini adalah PERCUMA sahaja, jadi amatlah digalakkan untuk anda juga menggunakan portal ini untuk iklankan tentang bisnes homestay anda.
Ambil peluang ini, bukan sekadar untuk iklankan tentang bisnes homestay anda, sebaliknya gunakan juga untuk iklankan tentang laman web bisnes homestay anda.
You can place links that are relevant to your ad in the ad text description. However, you cannot place links to another auction, classifieds, or marketplace site
Sumber: Mudah.my
Kenapa mesti iklankan laman web homestay anda, walaupun dah guna servis mudah.my? Pada saya, laman web mudah.my terlalu ringkas dan gambar-gambar yang disiarkan juga nampak tak berapa menarik. Saya berpendapat, gambar-gambar yang kita dah upload di mudah.my akan mengalami proses resize yang menjadikan gambar tersebut jadi lebih kecil dan tak berapa menarik.
Lagi satu, setiap gambar yang dimuat naik juga akan di tambah dengan logo watermark mudah.my menjadikan ia nampak kurang menarik. Ini contoh gambar yang saya ambil dari iklan di mudah.my
Kalau dibandingkan dengan kualiti gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR, tanpa melalui proses resize, gambar homestay ini pasti nampak lebih cantik.
Portal iklan bukan milik anda!
Oleh kerana portal iklan ni bukan kita yang punya, justeru pihak pengendali laman portal berhak untuk buang iklan kita pada bila-bila masa. Bukan itu sahaja, mereka juga berhak untuk menolak permohonan kita untuk mengiklankan bisnes homestay kita di platform milik mereka.
Selain itu, pihak pemilik laman web juga akan meletakkan pelbagai syarat sebelum iklan diluluskan untuk disiarkan dilaman web tersebut. Dari masa ke masa, anda perlu semak, sama ada iklan anda masih wujud ataupun tidak.
Saya difahamkan, iklan di mudah.my ni kita perlu sentiasa renew. Ada had masa untuk sesuatu iklan tu disiarkan, contohnya untuk tiga minggu sahaja. Sila baca terma dan syarat sebelum nak menggunakan platform iklan ini ya.
(3) Laman web Online Booking
Ada beberapa laman web online booking yang khusus untuk mencari tempat penginapan, menawarkan peluang untuk anda senaraikan homestay milik anda di laman web milik mereka.
Antaranya,
- Airbnb.com
- Booking.com
- Agoda.com
Saya percaya, ada banyak lagi laman web diluar sana yang tawarkan servis seumpama ini. Jika ada kesempatan, saya akan edit semula artikel ini dan tambahkan senarainya supaya anda akan dapat lebih banyak pilihan.
Iklankan bisnes homestay anda menerusi cara ini juga ada kelebihannya yang tersendiri. Antaranya, pihak penyedia laman web akan bantu anda iklankan homestay milik anda menggunakan kaedah pengiklanan seperti Google Adwords. Ini bakal meningkatkan lagi potensi untuk anda menerima pengunjung.
Anda boleh iklankan homestay anda di semua laman web booking yang ada diluar sana. Cuma anda perlu pastikan, anda boleh sentisa update dengan laman web yang berbeza ini. Pastikan tidak berlaku pertembungan tarikh tempahan antara laman web yang berbeza. Jika ini berlaku, masalah akan timbul.
Ini contoh tempahan yang telah saya buat di laman web AirBNB.
Untuk menginap dua malam di PD Paradise ini, cuma kena bayar RM476. Namun, disebabkan ada service fee sebanyak RM59.24, ia menjadikan tempahan ini jadi lebih mahal, iaitu RM535.
Dipihak pelanggan, ini mungkin akan buatkan kita rasa tak jadi nak buat tempahan. Saya percaya, untuk menginap dua malam di PD, atau dikawasan sekitarnya, pasti ada homestay atau apartment yang lebih murah yang saya boleh sewa.
Buktinya? Ini iklan yang saya jumpa di mudah.my
Ada yang tawarkan RM150 sahaja untuk menginap semalaman. Murah, kan?
Anda tak perlu susah payah buat promosi jika guna khidmat laman web Booking
Bagi pemilik homestay yang memang tak ada masa nak uruskan hal-hal pengiklanan dan pemasaran, mungkin sesuailah kalau nak gunakan kaedah ini. Buat senaraian sekali, kemudian tinggal. Biar pemilik laman web booking yang uruskan semua.
Cuma mungkin yang tak berapa best ialah, apabila ada pengunjung yang nak menginap di homestay anda, dia tak akan buat bayaran secara terus kepada anda. Sebaliknya, dia akan buat bayaran kepada pemilik laman web booking ni dulu. Cash akan dipegang oleh owner laman web.
Setelah satu tempoh masa, barulah pemilik laman web akan buat bayaran kepada anda pula.
Tiga kaedah pemasaran yang saya sebutkan disini, adalah yang biasa saya lihat diamalkan oleh pemilik bisnes homestay. Anda suka guna kaedah yang mana satu?
Saya ada buat senarai laman web yang anda boleh gunakan untuk iklankan perniagaan homestay yang anda jalankan. Kalau anda masih belum pernah iklankan homestay anda di internet, apa kata anda gunakan khidmat laman web yang saya senaraikan dalam posting tersebut.
Sila ke halaman ini untuk baca: Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
Memang best dapat menginap di homestay.. boleh bawa satu family pergi bercuti..
kalau famili lebih sesuai homestay berbanding hotel.mudah kalau homestay ni
bestnya dapat duduk homestay, hotel secara percuma hehe..
Hoho ada ke yang nak bagi duduk secara percuma 🙂
kalau bercuti dengan family mmg homestay jadi pilihan sbb lebih jimat n selesa. nak masak pun senang hehe
Betul tu, kebanyakkan homestay memang tak banyak protokol dan polisi. Macam nak masuk rumah sendiri gitu. Seolah-olah pengalaman menginap di rumah sendiri.
Yupp, prefer homestay sebab boleh bawa family reramai kalau bercuti. Sumbat ja dalam, yang bujang2 tido kat luar ruang tamu hehe