Kerja Part Time sebagai penulis blog boleh dapat income RM100 – RM500 setiap bulan

by sabree hussin on October 1, 2018

in Blogging

Anda memerlukan pendapatan tambahan? Anda ada terfikir untuk buat kerja part time?

 

Kalau anda ada komputer atau laptop dan dekat rumah tu pula ada sambungan internet yang bagus, tak perlu susah payah nak cari kerja part time. Gunakan sahaja kelengkapan yang memang dah tersedia dekat depan mata tu untuk buat kerja sambilan hanya dari rumah.

 

Inilah perkara yang saya selalu cerita dalam blog ini. Bina sebuah blog, masukkan konten-konten yang ada kualiti dalam blog tersebut, sampai satu masa, blog yang anda bina itu nanti akan beri jasa kepada anda dan membuahkan hasil.

panduan-buat-duit-blogging

Saya pernah menulis sebuah blog yang berkaitan dengan aktiviti yang saya lakukan semasa bercuti. Pada satu hari, kewujudan blog saya ini mula disedari oleh syarikat yang menjalankan perniagaan dalam industri pelancongan.

 

Dipendekkan cerita, mereka mula hubungi saya untuk meminta bantuan saya supaya menulis tentang perniagaan yang mereka jalankan. Salah satu bisnes yang mereka lakukan adalah bisnes kereta sewa Kota Kinabalu.

 

Ini pula adalah artikel yang saya tulis untuk syarikat kereta sewa tersebut.

Baca disini: Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu, Sabah

 

Anda nak tahu berapa bayaran yang saya kenakan untuk servis menulis artikel promosi seperti ini? Bayaran yang saya kenakan kalau tak silap saya adalah RM100++ untuk artikel tersebut.

 

Ah… masih lagi dikira murah. Syarikat ini tempah lebih dari satu artikel untuk saya tulis dalam blog saya. Jadi jumlah keseluruhan yang mereka bayar kepada saya ada dalam RM500 kalau tak silap saya.

 

Tak berapa lama selepas itu, muncul pula syarikat lain yang turut meminta saya iklankan perniagaan yang mereka jalankan di blog saya. Semuanya saya akan kenakan bayaran sebanyak RM100 minima.

 

Kalau dulu, masa saya masih baru dalam bidang ini, saya agak takut-takut nak kenakan bayaran. Saya pernah caj sekadar RM20, RM35, RM50 dan RM70 untuk servis menulis sebuah artikel.

 

Dari apa yang saya pelajari, harga murah bukanlah jaminan untuk saya dapat banyak job penulisan. Satu masa dulu, saya pernah tawarkan harga RM5 sahaja untuk iklankan bisnes milik para pelanggan saya dalam blog ini. Iklan adalah dalam bentuk advertorial dan bukannya sekadar banner display ya.

 

Walaupun murah, tak ramai yang rebut peluang ini. Mungkin mereka tak nampak apa sebenarnya yang saya tawarkan.

 

Dalam banyak-banyak orang yang rebut peluang ini, ada yang bersikap acuh tak acuh. Ada antara pelanggan saya, yang sudah buat bayaran sebanyak RM5, kemudian menghilangkan diri. Satu info tentang bisnes yang dia nak saya promosikan pun dia tak bagi.

 

Ada juga yang lebih kelakar, siap minta refund pun ada. Ah… lantak ko la. Bukan aku yang rugi. (saya cuba memujuk hati)

 

Tapi sekarang ini, saya dah tak berminat nak letak harga yang murah-murah. Bila letak harga yang murah-murah ni, pelanggan yang saya dapat ada yang jenis mengarut.

 

Baru buat satu artikel terus nak minta hasilnya.

 

Buat bayaran lepas tu hilang senyap. Mungkin dia tak tahu, setiap produk ini ada product life-cycle. Produk yang tengah hot dan viral pada hari ini, belum tentu akan terus viral sampai tahun depan.

 

Kerja part time menulis blog

Saya mula menulis blog sekitar tahun 2009. Pada masa tu, saya masih lagi menuntut di UiTM Malaysia. Bila ada masa terluang, saya akan menulis di blog tersebut.

 

Percubaan kali pertama menulis blog, berjaya membuahkan hasil. Itupun setelah hampir setahun menulis. Maklumlah, pada waktu tu, saya tak mempunyai strategi dan formula menulis blog yang betul.

 

Saya menulis bila saya rasa nak menulis.

Kesilapan saya: Tak konsisten bila menulis.

 

Saya tulis apa-apa topik yang saya suka.

Kesilapan saya: Saya syok sendiri bila menulis. Sepatutnya saya tulis topik yang memang orang nak baca.

 

Artikel yang saya tulis walaupun banyak, ia tak convert kepada sales

Kesilapan saya: Saya tak tahu bahawa skil penulisan juga akan mempengaruhi pendapatan dari blog. Kalau saya tahu, awal-awal lagi saya belajar dan fahamkan apa itu teknik penulisan copywriting.

 

Sebab itu dalam posting yang lepas, tentang kesilapan seorang penulis blog yang masih baru, saya ada kata yang saya juga kerap melakukan kesilapan. Tapi kesilapan-kesilapan inilah yang akhirnya mematangkan saya, dan selalu beri saya amaran untuk tidak ulang kesilapan tersebut.

 

Kerja menulis di blog ni kita boleh lakukan pada masa terluang kita. Satu hal yang saya suka dengan kerja sambilan menulis blog ini ialah, ia tak seperti lain-lain kerja part time, yang mana kita perlu buat permohonan kerja, datang temuduga dan menanti keputusan sama ada akan diterima bekerja atau tidak.

 

Kalau anda cari kerja di laman web maukerja, memang ada banyak kerja part time yang akan menanti anda. Tapi itu lah… kena ikut masa dan tempat yang majikan tetapkan.

laman-web-maukerja

Kalau untuk orang yang bujang, yang tak banyak komitmen, bolehlah nak buat dua kerja dalam satu masa. Siang kerja di pejabat, malam kerja di tempat lain.

 

Tapi sampai bila nak buat macam tu kan? Saya tidaklah menghalang mana-mana pihak yang nak buat kerja seperti itu, ataupun ingin mengatakan kerja seperti itu tak bagus. Itukan terpulang pada pilihan dan pendapat masing-masing.

 

Sesetengah orang, dia merasakan seolah-olah dirinya tidak mempunyai pilihan lain. Padahal, asalkan dia bersedia untuk belajar sesuatu yang baru, dapatkan ilmu baru, akan ada banyak pilihan dan peluang terbentang dihadapannya.

 

Dalam konteks perbincangan disini, saya nak menggalakkan anda untuk jadi penulis blog. Kalau nak jadi penulis blog ini, anda tak perlu tunggu masa yang sesuai, tak perlu pergi temuduga dan tak perlu tunggu diterima bekerja.

 

Sekarang ini juga anda boleh mula jadi seorang penulis blog. Kita mula dengan memilih topik blog yang kita ingin bangunkan dan selepas itu kita terus install sistem blog wordpress di akaun hosting yang bakal kita langgan nanti.

Sila baca disini: Memasang blog WordPress Self Hosted pada hosting

 

Apabila anda sudah ada blog sendiri, maka bermulalah perjalanan hidup anda sebagai seorang penulis blog part time. Dengan strategi yang betul, tak mustahil anda akan berjaya hasilkan pendapatan yang sama banyak, atau mungkin lagi banyak daripada pendapatan yang anda hasilkan melalui kerja hakiki anda.

 

Itu kita boleh bincangkan dikemudian hari. Sekarang ini, saya nak fokus pada kerja part time sebagai blogger sahaja dulu.

 

Dalam sebulan, kita ada 30 hari. Sebaik sahaja kita ada blog sendiri, cubalah peruntukkan masa dalam 2 jam sahaja sehari untuk update blog kita dengan konten yang baru.

 

Apabila kita anggap perkara ini sebagai satu kerja, In Shaa Allah kita akan buat dengan bersungguh-sungguh dan akan ada disiplin dalam membina blog.

 

Ya, saya memang kata peruntukkan dalam 2 jam sehari. Namun, saya tak kata mesti kena peruntukkan straight dua jam. No. Tak semestinya.

 

Anda boleh buat begini.

 

Sambil-sambil anda makan sarapan pagi, anda ambil sehelai kertas dan mula buat mind map, apa topik yang anda nak tulis dalam blog nanti.

 

Cuba buat brainstorming dan tulis satu atau dua point. Lepas tu, simpan kertas tu ditempat yang mudah anda capai dan sambung nanti.

 

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, jika ia tak mengganggu, anda sambung lagi sesi brainstorming.

 

Biasalah dalam satu artikel, kena ada pendahuluan, isi-isi penting dan seterusnya penutup. Apabila anda rasa dah cukup point, boleh berhenti ataupun mungkin dah boleh mula merancang untuk tulis artikel yang lain pula.

 

Ini adalah proses yang saya sendiri gunakan bagi menghasilkan artikel. Ini contoh mind map yang saya buat di atas kertas.

buat-duit-sebagai-blogger

Ya tulisan saya memang buruk, dengan ejaan banyak yang salah. Tapi peduli apa kan. Ini cuma draf dan lepas ini saya akan buang kertas ini. Yang penting adalah apa yang bakal saya terbitkan dalam blog saya nanti.

 

Bila saya dah ada draf macam ni, bila dah duduk depan laptop, kerja-kerja penulisan akan jadi lagi mudah. Saya tak perlu nak merenung ke skrin putih dengan jiwa kosong tak tahu nak tulis apa.

 

Saya hanya perlu tulis apa yang telah saya coretkan dalam mind map ini dalam bentuk artikel dan ayat yang lengkap. Itu sahaja. Saya rasa teknik yang saya pakai ini sesuai dengan saya dan ia menjadikan kerja-kerja penulisan di blog jadi lagi mudah.

 

Dari mana punca pendapatan yang bakal diterima oleh penulis blog?

Awal-awal tadi saya ada sebut tentang beberapa syarikat yang mula menghubungi saya untuk saya tulis tentang perniagaan yang mereka jalankan. Ini kita panggil advertorial.

 

Advertorial ini, sama ada kita yang cari orang untuk dapatkan servis kita (dengan cara kerap memberitahu di blog kita yang kita ada tawarkan servis itu) ataupun kita tunggu orang yang hubungi kita.

 

Kalau orang yang hubungi kita, itu maknanya mereka nampak ada kualiti yang baik pada cara penulisan kita.

 

Cara pertama ini, adalah melalui servis advertorial.

 

Cara yang kedua ialah melalui program pengiklanan. Program pengiklanan yang terbaik yang saya pernah sertai setakat ini adalah program pengiklanan Google Adsense. Saya syorkan anda belajar dari panduan ini kalau minat nak tahu dengan lebih mendalam.

 

Untuk buat duit dengan program pengiklanan, anda perlu pastikan blog anda ada banyak trafik. Sekurang-kurangnya 1,000 dan keatas. Lagi banyak trafik lagi bagus, kerana disitu nanti anda akan dapat lagi banyak pendapatan.

 

Jika blog yang masih baru, dengan trafik yang tak begitu banyak, saya syorkan anda guna cara ketiga iaitu melalui program affiliate. Menerusi program affiliate ini, kita akan dibayar apabila kita berjaya hasilkan jualan, untuk produk mahupun servis yang kita promosikan melalui artikel yang kita tulis.

 

Dalam program affiliate ini, anda tak perlu trafik yang banyak untuk nampak hasilnya. Perkara yang penting ialah apabila anda menulis mengenai sesuatu topik, anda tulislah dengan sepenuh hati dengan cara yang paling menyakinkan. In Shaa Allah apabila pembaca membaca penulisan anda, mereka akan rasa teruja dan akan beli produk yang anda tulis.

 

Nah… dari situ akan terhasil pendapatan untuk anda.

 

Saya meletakkan anggaran RM100 – RM500 sebulan, pendapatan yang boleh dihasilkan melalui blog kerana saya yakin ianya adalah satu jumlah yang munasabah.

 

Cubalah dulu, cuba dengan sebaik mungkin dan lepas tu kalau gagal juga, hubungi saya untuk saya review apa masalah blog anda.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: