Kerja menerusi konsep Gig – Kenapa ia makin popular dan jadi pilihan pekerja di dunia?

by sabree hussin on August 13, 2018

in Karier & Kerjaya

Zaman sekaran ini, kerja makin mencabar. Adakalanya expectation dari majikan, melebihi daripada apa yang kita mampu berikan.

 

Kita dah berikan, apa yang pihak majikan inginkan. Kemudian bermula tahun hadapan, majikan akan mula tetapkan goal atau sasaran yang baru.

 

Kalau ini merupakan perlawanan bola sepak, nampaknya setiap kali kita berjaya menang satu perlawanan, dalam perlawanan seterusnya kita kena sentiasa tambah bilangan gol. Menang dengan jaringan 1 berbalas 0 dilihat belum cukup untuk memuaskan hati pihak majikan.

 

Bagaimana kalau kita dapat kembali kepada satu sistem, dimana kita hanya perlu buat satu perkara, kerja atau tugasan sahaja?

 

Maksudnya? Kalau kerja sebagai cashier, kita hanya perlu buat kerja cashier.

Kalau kita kerja sebagai customer service, kita hanya buat customer service sahaja.

Kalau kerja kita sebagai graphic designer, itu sahaja kerja yang kita kena buat.

tugasan-yang-perlu-siap

Bukan memang macam tu ke?

 

Not necessary. Ada masanya, kita kena buat benda-benda yang tak termasuk dalam bidang tugas atau job description kita.

 

Berbalik kepada tiga contoh tadi. Siapa yang jadi cashier, kadang-kadang kena layan customer dan kena buat kerja-kerja book keeping dan stock check.

 

Yang kerja sebagai customer service pulak, sepatutnya cuma kena jawab pertanyaan pelanggan sahaja, tapi kadang-kadang dapat tugasan untuk buat cross sell dan buat panggilan keluar untuk bercakap dengan pelanggan. Sambil tolong pelanggan yang ada masalah, sambil cuba buat jualan.

 

Kalau memang ada keperluan, untuk kita rekemen pelanggan beli produk tertentu, sebab pada peringkat awal mungkin pelanggan tak tahu yang dia patut beli produk tu, maka saya kira itu tak menjadi masalah. Tetapi kalau sampai satu tahap, setiap kali berurusan dengan pelanggan, mesti kena rekemen something, itu dah jadi satu beban.

 

Lagi memburukkan keadaan, apabila syarikat letakkan SOP baru, customer service mesti kena sumbangkan sales sekurang-kurangnya sekian sekian nilai. Alasannya? Sebab bahagian customer service adalah bahagian yang paling kerap handle pertanyaan dan menyelesaikan masalah pelanggan. Ini dah tentu membebankan customer service.

 

Manakala yang kerja sebagai designer, kena bantu kerja-kerja pengurusan, bantu sediakan proposal atau kertas kerja, bila tak ada projek yang perlukan khidmat design.

 

Nampaknya, situasi sekarang ini, majikan mencari pekerja yang boleh buat semua benda. Istilah yang biasa digunakan adalah ada kemahiran untuk multitasking.

 

Syarat utama untuk diterima bekerja, pekerja perlu ada kemahiran untuk lakukan kerja-kerja yang termaktub dalam job description. Syarat kedua, kena multitasking.

 

Saya nampak benda ni lebih kepada satu tindakan licik pihak majikan untuk jimatkan kos pengurusan, jadi dia “paksa” pekerja untuk multitasking. Bukankah lebih baik kalau majikan lantik satu orang pekerja baru, khusus untuk buat kerja-kerja tersebut?

 

Oh… dari segi kos, ianya tak berapa baik untuk majikan. Jadi yang nak bekerja tu, kena terima sahaja, syarat kena multitasking tersebut. (of course kita ada pilihan, kalau tak suka dengan kerja tu, boleh pilih kerja lain).

 

Stress free working environment

Stress free working environment.

Work-life balance.

 

Itu antara perkara yang dicanangkan oleh syarikat. Ironinya, benda yang dikempenkan tak sama dengan benda yang kita terpaksa hadap.

 

Kerja tu memanglah stress. Tapi lagi stress kalau kita asyik ditugaskan untuk buat kerja-kerja yang diluar kemampuan kita. Apabila kita tak ada kemahiran dan kemampuan untuk buat kerja tersebut, kita kena belajar.

 

Syarikat akan hantar kita pergi training. Buat on job training (OJT) supaya kita mahir dengan skil yang baru kita perolehi. Akhirnya, tugasan kita makin bertambah. Adakah gaji turut bertambah dengan pertambahan beban kerja? Mungkin akan ada kenaikkan gaji, tapi itu kena tunggu selepas KPI review.

 

Pada saya, stress free work environment itu, adalah apabila kita bekerja, kita buat benda yang memang kita minat. Bila kita dapat buat apa yang memang kita betul-betul minat, kita tak risau tentang gaji, tentang hasil kerja, tentang pemantauan dan sebagainya. Kita sendiri tahu, yang kita pasti akan berikan hasil kerja yang terbaik.

 

Satu lagi perkara yang saya tak berapa suka, adalah apabila kita kena buat kerja-kerja yang berbentuk ad hoc. Tiba-tiba satu pagi bila kita masuk pejabat, kita dapat satu tugasan yang kita sendiri tak tau macam mana nak selesaikan, tiba-tiba tugasan tu diserahkan pada kita, dan bos cuma nak tahu result dia sahaja!

 

Itu belum ambil kira tugasan yang sebenarnya adalah tugasan personal untuk bos dan bukannya untuk syarikat.

 

Kerja dengan menggunakan konsep Gig

Dari pembacaan yang saya buat, saya menemui beberapa konsep dan istilah yang saya kira agak menarik untuk saya cerita dalam blog ini.

 

Konsep tersebut ialah Gig Economy atau gig sahaja. Kali pertama saya dengar perkataan gig ini, adalah dari laman web fiverr.com

 

Setiap halaman yang menceritakan tentang servis yang ditawarkan oleh pekerja bebas (freelancer) yang ada disitu, dikenali dengan nama gig. Lihat contoh dibawah.

contoh-gig

Screenshot gig dari laman web fiverr.

 

Dalam gig ini, setiap orang akan nyatakan apakah kerja yang mereka sanggup untuk lakukan, bagaimana cara mereka bekerja, berapa lama masa yang diperlukan untuk siapkan sesuatu kerja, serta kadar bayaran yang mereka tetapkan.

 

Dalam konteks fiverr ini, pihak pekerja yang akan tetapkan berapa kadar bayaran yang mereka mahukan, bukan sebaliknya.

 

Bukan semua pekerja adalah sama dan berfikiran serupa

Dulu saya pernah fikir begini. Lepas habis belajar, nak masuk dalam dunia korporat, dan seterusnya bina karier dan kerjaya sampailah ke peringkat yang paling tinggi. Mula dengan seorang eksekutif, naik jadi assistant manager, manager dan mungkin hingga ke tahap CEO.

 

Munasabah ke cita-cita tu?

 

Eh kenapa tidak? Asalkan ada kelayakkan, ada kemahuan, semuanya pasti boleh. Kalau tak boleh jadi CEO untuk syarikat orang lain dan ternama, kita boleh jadi CEO bagi syarikat kita sendiri, kan.

 

Tapi tak semua orang ada cita-cita begitu. Ada orang, dia cuma fikir untuk dapat gaji semata-mata. Datang kerja, buat kerja, siapkan kerja, ambil gaji. Itu sahaja.

 

Langsung tak ada niat dan cita-cita untuk bina karier, climb the corporate ladder and so on. Orang macam ni, tolonglah jangan bebankan dia dengan kerja-kerja tambahan. Dia tak minat pun nak buat kerja extra, jadi multitasking dan sebagainya. Dia cuma nak buat kerja dan ambil gaji yang sepatutnya. Itu sahaja.

 

Kerja berdasarkan Gig jadi pilihan

Mungkin atas sebab inilah, kerja menerusi gig atau kerja menggunakan konsep gig jadi satu pilihan. Dekat Malaysia ni, mungkin ia masih belum begitu popular, tetapi bagi mereka yang biasa dengan laman web seperti fiverr, kerja seperti ini bukan sesuatu yang baru.

 

Oleh sebab bidang saya juga adalah dalam penulisan, saya bagi lagi contoh gig yang sama, dalam bidang penulisan.

kerja-dari-rumah-dengan-fiverr

Kalau anda layari laman web fiverr, anda boleh lihat sendiri pelbagai variasi gig yang dihasilkan oleh pengguna laman web ini. Setiap gig akan dimulakan dengan ayat seperti “I will…. (disambung dengan kerja yang anda sanggup lakukan)

 

Benda ini, kita boleh aplikasikan juga untuk diri kita sendiri. Contohnya,

  1. Saya akan tulis sebuah artikel pemasaran tentang jenama anda.
  2. Saya akan potong rumput dekat rumah anda.
  3. Saya akan ajar subjek matematik untuk anda.
  4. Saya akan kemas rumah anda.
  5. Saya akan buat hiasan dalaman untuk kediaman anda.
  6. Saya akan buatkan sangkar kucing untuk anda
  7. Saya akan buatkan kertas kerja untuk perniagaan anda.

 

Letakkan harga yang munasabah. Tunjukkan testimoni daripada pelanggan terdahulu, dan sertakan juga gambar-gambar hasil kerja anda yang sebelum ini.

 

Macam di laman web fiverr, mereka meletakkan harga asas sebanyak USD5 atau lebih kurang RM20 untuk satu tugasan. Sekiranya ada pihak yang minat nak dapatkan perkhidmatan tersebut, dia perlu bayar USD5 itu tadi.

 

Katakanlah, orang tu memerlukan extra service daripada pemilik gig, maka dia boleh request extra service tersebut dan pihak pemilik gig akan tetapkan berapa harganya.

 

Kerja remeh macam ni boleh hidup senang ke?

Bayaran yang diterima oleh para pemilik gig, adalah berdasarkan berapa banyak tempahan yang diterima. Satu tempahan bersamaan dengan satu tugasan.

 

Kalau dalam sehari dia menerima banyak tempahan, maka banyaklah pendapatan yang bakal dihasilkan. Anda boleh wujudkan banyak gig asalkan anda tahu, yang anda boleh selesaikan setiap tugasan yang diterima itu tadi.

 

Untuk pengetahuan anda juga, gig yang dibina ini, bukan semuanya memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. Bagi yang memang dah pakar dalam bidang itu, dia mungkin boleh siapkan tugasan dalam masa kurang 10 minit.

 

Saya percaya, orang yang bekerja menggunakan konsep gig ini, mereka bukannya bergantung 100% pada sumber pendapatan itu sahaja. Mungkin dibelakang, mereka ada projek lain yang lebih besar, berbanding servis yang mereka tawarkan melalui gig ini.

 

Contohnya macam ni. Dia sebenarnya ada bisnes. Oleh sebab bisnes dalam peringkat permulaan, jadi pendapatan dari bisnes juga tak berapa stabil. Peringkat permulaan, bisnes perlukan tumpuan yang lebih sebelum wujud satu sistem sokongan yang boleh buatkan bisnes bergerak sendiri.

 

Kalau dia kerja di syarikat, dia mungkin tak akan mampu untuk buat dua atau tiga kerja dalam satu masa. Ingat lagi konsep multitasking yang saya sebut-sebut sebelum ini?

 

Dulu masa saya kerja dengan syarikat di KL, setiap hari bila balik kerja, memang saya sangat penat. Tenaga banyak dihabiskan di tempat kerja, untuk pergi dan balik. Bila dah sampai rumah, rasa sangat exhausted. saya nak siapkan satu artikel pun rasa penat. Memang sangat berat.

 

Saya pernah cuba untuk buat bisnes ebay dan blogging semasa saya kerja dulu. Tapi sayangnya, bila dah habis kerja, balik rumah sangat penat. Ada satu masa, bos sengaja bagi masalah yang tak mungkin selesai semasa waktu kerja. Masalah tersebut terpaksa dibawa balik untuk difikirkan apa penyelesaiannya.

 

Bila ini berlaku, memang mustahil untuk bina perniagaan sambil bekerja. Pendapatan dari bisnes dan blog jadi terjejas, dan saya terpaksa harap pendapatan dari gaji semata-mata. Kalau dibiarkan situasi ini berlarutan, sampai bila-bila saya tak akan ada bisnes sendiri, dan sampai sekarang saya masih belum ada multiple source of income.

 

Tapi dengan bekerja menerusi konsep gig ini sedikit berbeza. Kita tawarkan kerja yang senang-senang. Selepas kita berjaya siapkan tempahan dari pelanggan, kita masih ada banyak tenaga untuk fikir pasal bisnes kita sendiri.

 

Saya tak kata yang kerja melalui gig ini PERFECT. Tetapi, ia bagus untuk sesetengah individu. Malahan, saya kira ianya lebih bagus berbanding kita buat kerja part time dekat mana-mana syarikat.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 3 comments… read them below or add one }

izwan August 15, 2018 at 10:09 am

gig style macam fiverr tu sebenarnya bagus. sekarang ni tengah trending konsep digital nomad. orang yang ada kemahiran macam graphic design, web design dah tak terikat dengan satu2 tempat. asalkan ada internet.

boleh berjaya atau tak, bukan sekadar skill kerja. personal finance pun kena mantap. baru boleh sustain hidup walaupun hanya buat kerja konsep gig macam ni.

Reply

sabree hussin August 16, 2018 at 12:36 pm

Betul. Aspek pengurusan kewangan perlu diberikan keutamaan. Kerja seperti ini memang nampak tak berapa glamor, tapi dari segi kebebasan bekerja, itu memang sesuatu yang boleh kita rasai dan alami sendiri.

Reply

Faris Naqib September 6, 2018 at 9:56 pm

Menarik bila baca sebab ada part yang saya tengah alami. Cuba untuk berbisnes sendiri tapi sekarang tengah bekerja. Sama jugak, tak dapat fokus sebab bila balik rumah dah penat. Memang impian saya untuk kebebasan bekerja.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: