Pernah tak, anda berada dalam satu situasi dimana anda telah pun mengiklankan perniagaan anda menggunakan medium Facebook Advertising (FBAds) tetapi hasilnya masih mengecewakan. Cuma likes je yang bertambah tetapi langsung tak ada feedback daripada prospek. Senang kata, produk anda masih tak laku walaupun dah guna FBAds!
Apa perasaan anda pada ketika itu? Kecewa bukan. Tak ada orang yang gembira, bila bajet untuk pengiklanan hangus begitu sahaja. Kalau boleh, setiap usahawan yang menggunakan medium pengiklanan berbayar mahukan setiap ringgit yang diperuntukkan untuk buat iklan akan menghasilkan keuntungan yang berlipat kali ganda.
If possible, bila spend RM50 untuk iklan, kita nak dapat balik RM100. Kalau spend RM100 pulak, kita nak dapat balik pulangan at least RM200. Begitulah seterusnya, tanpa mengambil kira faktor iklan yang kita hasilkan tu nanti mungkin kurang berkualiti dan akan gagal sama sekali. Adakah anda menyangka, semua iklan yang menggunakan FBAds pasti akan berjaya?
Kali ni saya nak cerita tentang kesalahan je. Dari poin-poin ni nanti, pandai-pandai la anda adjust mana-mana yang boleh untuk memperbaiki mutu iklan anda tu. Ok… tak semua yang saya senaraikan ini terpakai untuk perniagaan anda. Jadi kat sini, anda juga perlu gunakan kebijaksanaan diri untuk buat penilaian yang sewajarnya.
Baca juga: Kenapa iklan FBAds yang dihasilkan tidak menghasilkan sebarang jualan. Apa masalahnya?
“Kenapa produk masih tak laku walaupun dah gunakan FBAds?”
… satu persoalan yang amat menyakitkan buat usahawan. Lebih-lebih lagi bila bajet iklan dah hangus, tapi pulangan langsung tak ada. Zero.
Masalah pada produk
Kita lihat dari sudut produk terlebih dahulu. Lepas ni kita bedah siasat pulak pada elemen lain pulak.
1. Produk anda jenis produk yang “common” atau biasa-biasa dan dah berada lama di pasaran
Mana-mana produk, lazimnya ia akan mendapat permintaan yang luar biasa hanya di peringkat permulaan sahaja. Waktu tu produk masih baru, orang ramai pun belum pernah nampak apa produknya. Jadi kat sini, wujudnya element of curiosity, yang mana prospek minat nak beli bukan semata-mata sebab dia nak pakai produk tu, tetapi sebab dia nak tau apa benda sebenarnya produk yang anda jual tu.
Satu lagi faktor yang buatkan orang turut berebut nak beli ialah apabila wujudnya social factor. Kawan beli, aku pun nak beli! Macam best je.
Namun begitu, untuk produk yang dah agak lama diperkenalkan, dan berusia 3 – 5 tahun, serta mudah didapati dimana-mana, penggunaan FBAds pun tak akan dapat bantu meningkatkan jualan produk tersebut.
2. Produk anda tiada real proof atau testimoni daripada pengguna sebenar
Jika anda kata produk anda memang mujarab untuk menyembuhkan penyakit sekian-sekian, apa buktinya? Ada ke orang yang betul-betul berjaya sembuh dengan mengambil produk yang anda jual tu?
Produk baru memang agak sukar untuk dapatkan testimoni. Itu biasa. Orang pun tak berani beli kalau tak ada testimoni. Jadi untuk dapatkan testimoni, anda berilah free sample, free trial atau sebagainya, dengan syarat orang yang ambil free sample tu setuju nak beri testimoni.
Bukannya bagi saja-saja.
3. Nama produk, bungkusan dan persembahan produk anda langsung tak menarik
Menjual online ni biasalah. Prospek kita bukannya boleh nampak dan boleh pegang produk yang kita nak jual tu. Kalau gambar pun macam langsung tak menarik, biasanya memang mereka tak akan minat nak beli. Dalam senario ini, dari cara anda ambil gambar produk juga mainkan peranan.
Kalau anda serius tak tau dan tak ada skil macam mana nak ambil gambar produk yang boleh membuatkan prospek anda cair dan rasa nak beli produk tu, saya cadangkan anda belajar daripada usahawan-usahawan lain yang biasa menjual di laman web mudah.my
Mereka ni kebanyakkannya memang pakar dalam bab-bab ambil gambar produk!
4. Tawaran anda tak menarik langsung
Produk anda MAHAL atau setidak-tidaknya dilihat mahal. Kemudian tak ada sebarang value added seperti free gift, free voucher ataupun support after sales.
Masalah pada pasaran dan permintaan
Saya nak kongsikan salah satu perkara yang saya belajar daripada Program MB2000 kepada anda. Menurut pengasas program tersebut, Faisal Abdullah
“Apa produknya TIDAK PENTING, dan JANGAN SESEKALI JATUH CINTA DENGAN PRODUK SENDIRI…“
Kalau produk tak penting, jadi apa yang penting? Jawapannya ialah
Pasaran! Demand ataupun permintaan. Itu yang lebih penting dan lebih utama. Jika pasaran yang anda ingin terokai adalah pasaran yang terdiri daripada mereka-mereka yang ada masalah berat badan berlebihan dan berlemak, mereka ini tak kisah pun sama ada produk anda jenis yang perlu makan, perlu sapu, perlu minum ataupun perlu lekat dan tampal. Mereka tak kisah pun apa produknya, asalkan produk tersebut berupaya untuk menyelesaikan masalah yang mereka tengah hadapi sekarang ni. Pendek kata mereka ada masalah yang mendesak yang perlukan penyelesaian segera.
Boleh anda carikan produk yang boleh selesaikan masalah mereka ni?
Antara dua situasi ini, anda rasa mana satu yang lebih mudah untuk anda buat duit?
Jual produk kepada pasaran yang belum tentu mahukan produk tersebut, ataupun
Kenalpasti pasaran yang terdiri daripada individu yang ada masalah tertentu dan anda tawarkan suatu produk yang boleh menyelesaikan masalah mereka.
1. Anda salah target pasaran
Anda jual ubat hapuskan jerawat pada wajah. Produk anda pula harganya ialah sekitar RM50 dan keatas. Tetapi, iklan anda disasarkan kepada audience sekitar usia 13 – 21 tahun. Biasanya, dalam golongan usia ni, mereka masih lagi belajar dan kebanyakkannya tak berduit untuk beli produk anda.
2. Anda target semua orang untuk beli produk anda
Bila ditanya, usahawan seperti ini akan kata “Produk aku ni sesuai untuk semua orang. Semua orang boleh pakai produk yang aku jual ni…”
Sejarah membuktikan, bila anda cuba menjual kepada semua orang, anda akan berakhir dengan tidak berjaya menjual walaupun dengan hanya seorang pelanggan.
Kecilkan skop dan target audience anda kepada satu golongan sasaran sahaja, bukannya nak jual kepada semua orang.
Masalah pada cara anda tulis iklan
Formula standard untuk tulis iklan lazimnya akan ikut formula berikut
1. Headline
2. Subheadline
3. Highlight masalah yang ingin diselesaikan
4. Konten
5. Kesan jika tak selesaikan masalah dengan segera
6. Testimoni
7. Call to action
Asalkan anda ikuti formula diatas, jarang iklan anda akan gagal mendapat respons daripada bakal pelanggan. Kadang-kadang kalau bernasib baik, saya akan jumpa juga iklan FBAds yang tak ikut formula kat atas ni. Mereka ni pandai-pandai buat formula sendiri. Iklan jadi panjang berjela-jela.
Ada juga yang mulakan dengan beri salam, kemudian diselitkan dengan cerita yang panjang berjela-jela. Entahlah, saya pun tak faham. Mereka ni nak menjual atau nak berkongsi cerita.
Kesemua masalah-masalah ni anda boleh selesaikan, asalkan anda ada kemahuan untuk belajar. Ok bila sebut kena belajar, mestilah kena ada guru. Kena ada cikgu. Betul tak? Jangan pulak anda tanya saya, kat mana anda boleh belajar semua ni percuma. Ha… saya pun tak tau, sebab untuk saya belajar semua benda-benda ni, saya pun kena berani keluar modal, pergi ke kelas, seminar, beli ebook dan sebagainya.
Salah satu ebook yang saya beli, ialah Panduan Memulakan Bisnes Dengan Pendapatan RM2000 Sebulan. Panduan ni, cukup lengkap dan cukup padat, dan saya yakin banyak persoalan anda tentang berniaga di facebook akan terjawab selepas anda belajar dari sumber yang sama yang saya pernah belajar sebelum ni.
Ataupun kalau adan cukup rajin, bolehlah baca lain-lain perkongsian yang saya dah muatkan dalam blog ini. Sama jugak, anda kena rajin dan kena buat kerja sikit la ya.
Leave a Reply