Kenapa iklan FBAds yang dihasilkan tidak menghasilkan sebarang jualan? Apa masalahnya?

by sabree hussin on August 19, 2015

in Advertorial

Semasa artikel ini dicatatkan, saya sedang menonton video tutorial tentang teknik BERKESAN tulis ayat iklan yang convert kepada sales di laman web ini. Walaupun video ini adalah video percuma, namun dari segi pengisiannya, ilmu yang dikongsikan adalah ilmu-ilmu premium yang saya percaya jika anda ikut betul-betul, ia mampu untuk menjimatkan kos pengiklanan FBAds anda.

 

“Anda dah buat banyak iklan FBAds tetapi dari segi pulangannya, masih lagi ditahap yang MENGECEWAKAN?”

tulis_headline_iklan_facebook

Orang kata, kalau guna FBAds, produk kita akan lebih mudah dipromosikan kepada jumlah audience yang ramai, tetapi kenapa bila kita sendiri yang guna, satu jualan pun tak pernah dapat? Setiap hari, kos iklan berjalan, tetapi masalahnya ialah hasil jualan tidak dapat tampung kos pengiklanan tersebut. Sudahnya peniaga terpaksa stop iklan serta merta dan akhirnya stok jualan tidak dapat dijual.

 

Adakah anda biasa atau pernah berada dalam situasi yang saya sebutkan tu?

 

Kalau awal-awal lagi dah salah langkah, jangan harap akan berlaku keajaiban

Apa dia langkah pertama yang perlu anda lakukan sebelum pasang iklan FBAds ni?

 

Adakah…

  1. Pilih CPM, OCPM?
  2. Power editor dan dapatkan FB UID?
  3. Kenalpasti lokasi mana anda nak iklankan produk anda?

 

Bukan. Nope. Itu bukan langkah pertama, itu adalah langkah seterusnya apabila anda dah buat langkah pertama. Mungkin sebab ramai yang merasakan langkah pertama ini terlalu simple dan terlalu asas, jadi mereka rasakan langkah ni tak berapa penting dan mereka terus nak skip ke langkah yang lebih best. Kesudahannya? Tak pasal-pasal iklan yang dihasilkan tu RUGI dan langsung tak dapat nak cover kos iklan.

 

MISTERI betul… apa sebenarnya langkah pertama tu?

“Kenali siapa pelanggan anda”

 

Ok mungkin anda tak akan kenali pelanggan anda sampai ke tahap anda kenal apa nama penuh pelanggan anda? Ada berapa orang anak? Tinggal di mana? Apa alamatnya… tak perlu sehingga begitu spesifik.

 

Sebaliknya cukup sekadar anda kenal pelanggan menerusi kriteria seperti berikut, misalnya

1. Adakah bakal pelanggan anda seorang yang bekerjaya atau pelajar? Katakanlah anda pilih yang bekerjaya. Orang yang ada kerjaya mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi.

 

2. Berapakah usia bakal pelanggan? Biasanya pada usia 30 tahun dan keatas, kedudukan kewangan seseorang itu lebih stabil, dan mereka ada simpanan yang agak banyak untuk membeli belah

 

3. Pelanggan anda bekerja dalam bidang apa? Atau kerja sebagai apa? Adakah kerja ofis? Kerja yang perlu berinteraksi dengan orang ramai?

 

4. Pelanggan anda ada MASALAH apa yang boleh diselesaikan apabila menggunakan produk anda? Ini yang anda perlu beri perhatian. Jika produk anda hanya untuk buat duit semata-mata dan tak menyelesaikan masalah pelanggan, baik lupakan sahaja jual produk macam ni.

 

Tak perlu buang masa nak promosikan produk yang tak menyelesaikan masalah pengguna

Produk dalam kategori ini memang BANYAK. Saya namakan ia sebagai produk syok sendiri. Anda pun boleh buat ujikaji sendiri untuk tahu sama ada produk yang anda bakal promosikan adalah produk yang memang betul-betul boleh selesaikan masalah atau tidak.

 

Ambil pen dan kertas dan cuba senaraikan sekurang-kurangnya 5 masalah yang mampu diselesaikan oleh produk anda. Tak dapat jumpa 5 masalah? Tak ada isu, sebab kalau anda dapat identify satu masalah pun dah cukup memadai.

 

Produk saya menyelesaikan masalah poket kosong dan selalu tak cukup duit…

 

Sengih. Adakah dengan pelanggan BELI produk tu, masalah poket kosong dan selalu tak cukup duit tu akan terus SELESAI atau disebalik semua janji-janji tu, pelanggan anda kena buat kerja promosi untuk syarikat pulak?

 

menjual_diFBADS

Pada pandangan saya, mereka yang masih belum kenal siapa pelanggan tak sepatutnya terus menggunakan kaedah pengiklanan berbayar seperti FBAds ini. Anda membahayakan diri anda sendiri. Jangan sia-siakan duit anda untuk menggunakan kaedah pengiklanan berbayar sedangkan anda sendiri masih tak berapa mahir uruskan hal-hal asas seperti ini.

 

Produk atau perkhidmatan yang TERBAIK adalah yang menyelesaikan masalah penggunanya.

 

Apa nak buat selepas dah FAHAM dan dah tahu apa masalah pelanggan?

Dari situ barulah anda bina ayat iklan anda yang mengandungi 3 perkara berikut iaitu

  1. Masalah yang boleh diselesaikan oleh produk anda
  2. Tawaran ISTIMEWA jika pelanggan beli produk anda
  3. Call to action ataupun CTA

 

Perlu ke kuasai teknik penulisan copywriting sebelum nak mula gunakan kaedah pengiklanan berbayar FBAds?

Apabila anda menonton Video Jualan Facebook ini, anda akan dapati sebenarnya teknik penulisan copywriting bukanlah satu perkara wajib untuk anda kuasai. Apa yang lebih penting daripada anda kuasai teknik copywriting ialah “adakah anda benar-benar kenal siapa pelanggan anda.” 

 

Sebenarnya, apabila anda betul-betul kenal siapa pelanggan anda, dan anda tahu apa masalah yang mereka hadapi yang anda boleh selesaikan… anda tak mahir dengan copywriting pun tak ada masalah. Sebabnya pada ketika ini, pelanggan sasaran anda memang ada masalah, dan andalah jawapan permasalahan mereka. Jika anda mahir dengan teknik penulisan copywriting, itu sebenarnya satu bonus untuk anda.

 

buat_iklan_facebook

Untuk strategi membina tawaran produk dan juga teknik menulis call to action, anda boleh tonton sendiri video jualan Facebook dengan menekan klik pada pautan ini. Selepas anda tonton, lakukan tindakan. Perbetulkan mana-mana iklan yang anda pernah buat sebelum ini supaya anda tak ulang kesilapan yang lepas. Selamat menonton.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

Sani August 19, 2015 at 7:18 pm

Fbads memang banyak perkara teknikal yang kena tahu, kalau orang baru baik lupakan dahulu atau bergurlah terlebih dahulu….

Reply

sabree hussin August 20, 2015 at 7:33 am

Betul tu, kalau masih baru, kena banyakkan bersabar untuk berguru. Kalau duit banyak, tak apalah, boleh berguru dari pengalaman sendiri

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: