Blog Sabree Hussin

Kena Aggresif!

Nak buat duit lumayan dalam bidang jualan?

Syaratnya kena aggresif!

Betul. Anda tak salah baca, anda kena aggresif dalam usaha pemasaran dan melakukan proses jualan.

Brian Tracy dalam bukunya, The Psychology of Selling telah menggariskan dan menerangkan dengan cantik sekali apa yang dimaksudkan dengan proses jualan.

Proses jualan boleh diringkaskan kepada 7 perkara iaitu

1. Mencari prospek atau bakal pelanggan

2. Berkenalan dengan prospek dan bina persahabatan

3. Wujudkan persekitaran yang selesa dan lakukan persembahan jualan

4. Kenalpasti keperluan sebenar bakal pelanggan

5. Berikan jawapan yang baik terhadap sebarang bantahan yang ditimbulkan

6. Sentiasa dapatkan pesanan/tempahan/order daripada prospek

7. Follow up pelanggan dan rekemen produk baru

Tak kira sama ada anda menjual secara online mahupun offline, prinsip dan proses yang sama boleh diguna pakai.

Satu masa dulu, saya tak pernah peduli pun nak ikut proses jualan ini. Bagi saya, menjual tu cukup sekadar saya buat promosi, buat iklan, dan dapatkan tempahan.

Adakah saya berjaya?

Ya.

Saya berjaya. Walaubagaimanapun, kejayaan yang datang tu bukanlah satu pencapaian yang membanggakan.

Kalau nak bina bisnes yang sifatnya long term, kita perlukan pelanggan yang sudi untuk buat bisnes dengan kita berulang-ulang kali.

Kita perlukan pelanggan yang sudi membeli dari kita berulang-ulang kali. Repeat buyer.

Adakah anda juga tertanya-tanya macam mana nak dapatkan repeat buyer?

Anda suka membaca? Jika jawapan anda ya, saya dah pun sediakan panduan untuk anda muat turun dilaman web berikut : Seni Jualan Psiko Pelanggan

 

 

 

Exit mobile version