Kelebihan menjalankan bisnes menggunakan Konsep Dropship

by sabree hussin on June 1, 2016

in Bisnes Dropship

Kelebihan bisnes dropship. Sebelum saya nak tulis panjang lebar mengenai kelebihan menjalankan perniagaan menggunakan konsep dropshipping, rasanya elok juga kalau saya tegaskan beberapa perkara terlebih dahulu.

 

Pertama, dalam apa pun bisnes, pasti ada naik turunnya. Ada masa kita dapati pendapatan kita sangatlah lumayan. Tempahan masuk tanpa henti, walaupun pada waktu itu kita tak buat apa-apa. Itu rezeki. Namun ada ketikanya, situasi boleh berubah seolah-olah kita langsung tak mampu untuk hasilkan walau satu jualan sekalipun.

 

Kedua, jika anda merasakan yang anda lebih selesa dan serasi dengan konsep bisnes tertentu, saya syorkan anda tetap dengan konsep bisnes tersebut. Bukan itu sahaja, malahan saya syorkan anda terus tambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Begitu juga dengan konsep bisnes dropship. Jika pada kali pertama anda melakukan perniagaan melalui dropship, dan anda suka dan selesa menjalankannya, teruskan. Pada masa yang sama, kena selalu tambahkan ilmu. Baca buku-buku yang berkaitan dan salah satu buku yang anda boleh baca ialah buku berjudul Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship. Kalau boleh tuntutlah ilmu sehingga anda jadi seorang yang PAKAR dalam bidang tersebut.

mudahnya-bisnes-dropship

 

Ketiga, pencapaian setiap individu tak akan sama. Walaupun dua orang buat perniagaan yang sama, namun belum tentu kedua-duanya akan menghasilkan jumlah pendapatan yang sama. Tak mungkin sama. Ada macam-macam faktor yang membuatkan terjadinya perbezaan, seperti pengalaman, skil, usaha, dan sekali lagi faktor rezeki yang telah ditetapkan untuk bahagiannya.

 

Ok… cukup la kot rasanya tiga perkara ni. Dalam perkongsian kali ini, kelebihan menjalankan perniagaan menggunakan konsep dropship, saya menulis dari skop seorang individu yang ingin memulakan perniagaan sebagai ejen dropship. Bukannya sebagai pemilik perniagaan. Jika nak tahu kelebihan yang bakal dinikmati oleh pemilik perniagaan apabila merekrut ejen dropship, ini saya akan kongsikan di lain masa. Jom teruskan baca.

 

(1) Memulakan perniagaan secara online dengan serta merta tanpa perlu keluar modal

Jika anda ada komputer atau laptop, dan anda mempunyai akses kepada sambungan internet, anda dah boleh mulakan perniagaan jenis dropship tanpa perlu mengeluarkan modal tambahan. Sudah tentu, kalau anda tak ada dua benda ni, anda kena dapatkan dulu. Sama ada anda beli atau anda sewa. Jadi, modal anda adalah laptop dan sambungan internet.

 

Memandangkan pada hari ini, kebanyakkan orang memang mempunyai laptop dan internet, seolah-olah dua perkara ini adalah satu keperluan dalam hidup, maka untuk individu seperti ini boleh memanfaatkan dua benda ini untuk jalankan bisnes menerusi konsep dropshiping pada hari ini juga.

buat-bisnes-difacebook

Apa yang anda perlukan sebagai permulaan hanyalah produk untuk dijual, pembekal produk dan juga akaun Facebook. Itu sahaja. Ringkasnya, anda hanya perlu login ke akaun Facebook, muat naik gambar produk yang anda ingin jual, kemudian mula menulis penerangan tentang produk yang anda ingin jual, kemudian tekan post.

 

Sekiranya produk yang anda jual memang menarik, dan mampu menyelesaikan masalah tertentu yang dihadapi oleh rakan-rakan dalam friendlist anda, besar kemungkinan anda boleh dapat jualan dengan serta merta.

 

(2) Konsep bisnes dropship menawarkan anda lebih fleksibiliti berbanding bisnes secara tradisional

Bisnes secara tradisional ni macam mana? Contohnya macam sistem bisnes yang memerlukan ada premis perniagaan, tak kiralah sama ada bisnes kedai runcit atau bisnes pasar malam. Kaedah bisnes tradisional ini memerlukan kita untuk mempunyai tapak atau premis perniagaan, dan pelanggan kita juga adalah terhad kepada mereka-mereka yang berada disekeliling kita sahaja.

 

Bisnes di pasar malam misalnya. Lazimnya pelanggan kita adalah orang-orang yang datang ke pasar malam itu sahaja. Cuba bayangkan kalau satu hari hujan turun dengan lebat! Tak ada siapa yang nak keluar rumah waktu hujan lebat semata-mata nak keluar ke pasar malam.

 

Konsep bisnes seperti ini kurang fleksibel. Berbeza dengan konsep bisnes dropship, yang mana kita boleh menjual produk kita kepada pelanggan seluruh Malaysia, dan jika mahu, kita juga boleh menjual produk kita ke luar negara. Kita pun tak perlu risau tentang premis perniagaan atau tapak niaga. Boleh buat semua ini hanya dari meja makan atau dari bilik tidur sahaja. Kan fleksibel tu!

 

Walaubagaimanapun, untuk memastikan anda berupaya untuk mendapat jualan yang banyak, setanding dengan bisnes secara tradisional (atau lebih baik lagi) anda perlu mempunyai pengetahuan tentang teknik menghasilkan iklan. Bukan itu sahaja, anda juga perlu tahu lokasi-lokasi strategik dimana nak siarkan iklan-iklan tentang produk yang anda jual.

 

(3) Jual macam-macam produk dalam satu masa

Dalam konsep perniagaan tradisional, kita perlu sediakan modal yang banyak untuk mempelbagaikan jenis produk yang kita jual. Modal ini dikeluarkan untuk tujuan beli dan simpan stok. Mujurlah dalam perniagaan berkonsepkan dropship, ini semua tidak perlu.

 

Modal kita adalah gambar produk. Itu sahaja.

cermin-mata-ibnusina

Sebagai contoh, jika anda berminat nak menjual cermin mata terapi Ibnu Sina bagi merawat masalah rabun silau, anda hanya perlu dapatkan gambar produk dari pihak pembekal, kemudian upload gambar tersebut sama ada di Facebook, Twitter, blog dan sebagainya. [klik sini]

 

Jika ada pelanggan yang berminat nak membuat tempahan, anda hanya perlu dapatkan bayaran dari pelanggan dan seterusnya gunakan duit pelanggan itu tadi untuk buat pembayaran kepada pihak pembekal pula. Seterusnya, dari segi pembungkusan dan penghantaran, ianya akan diuruskan oleh pembekal.

 

(4) Test produk baru tanpa perlu risau risiko kerugian

Kadang-kadang kita akan terjumpa satu produk yang pada pendapat dan pandangan kita, ia akan mampu terjual dengan banyaknya. Jika kita perkenalkan produk tersebut kepada pasaran, akan datang beribu-ribu orang pelanggan yang minat nak buat tempahan. Lalu kita dengan yakin terus order 1,000 unit produk tersebut untuk dijual semula.

 

SALAH!

 

Cara ini sangat berisiko. Jadi bagaimana cara yang kurang risiko tu? Baiklah, izinkan saya untuk kongsikan dengan anda, cara yang kurang risiko itu ya. Caranya ialah dengan membuat market testing menggunakan teknik dan konsep bisnes dropship.

 

Uji dulu pasaran. Ceritakan tentang produk, upload gambar produk dan tunjukkan apa yang produk ini boleh buat. Jika ada tempahan, baru order dari pembekal menggunakan konsep dropship. Jika anda dapati tempahan tersangatlah memberangsangkan, barulah anda order stok banyak-banyak.

 

(5) Jimatkan masa jalankan perniagaan

Satu perkara yang paling leceh ialah bungkus barang, kemudian nak bawak barang-barang ni semua ke pejabat pos untuk dihantar kepada pelanggan. Sampai kat pejabat pos, kena ambik nombor pulak. Ataupun kena beratur panjang bersama-sama dengan orang lain yang nak hantar barang jugak.

 

Masa anda boleh habis begitu sahaja kat pejabat pos. Satu jam, dua jam… dan kalau ramai boleh sampai 3 jam. Itu belum kira kalau ada traffic jam. Sangat leceh.

 

(6) Proses penghantaran diuruskan sepenuhnya oleh pembekal

Sebaliknya, dengan menggunakan konsep perniagaan dropship, proses penghantaran akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak pembekal. Jika pembekal yang anda gunakan sememangnya mempunyai perniagaan yang besar, selalunya pihak syarikat kurier yang akan datang ke premis perniagaan pembekal anda. Malahan caj yang dikenakan kepada pembekal anda juga mungkin lebih rendah berbanding caj kepada orang lain, sebabnya pembekal anda mungkin menghantar banyak barang dalam satu masa.

 

Ya, pembekal anda dapat harga istimewa.

 

(7) Sesetengah pembekal turut menawarkan latihan jualan dan pemasaran

Mereka berikan anda latihan secara percuma dan sebagai ganti, anda bakal menjadi seorang ejen dropship superstar yang banyak membantu bisnes pembekal anda untuk terus berkembang.

 

Ini hanya sebahagian daripada kelebihan dan kebaikkan yang anda bakal perolehi apabila buat bisnes menggunakan konsep dropship. Mungkin ada banyak lagi yang bakal anda perolehi, dan yang paling utama tentunya anda akan dapat banyak pengalaman yang berharga ketika anda buat bisnes ni.

 

Siapa tahu, pengalaman itu nanti anda boleh gunakan untuk mulakan perniagaan anda sendiri di masa akan datang.

 

Baiklah, mungkin ada yang nak tahu, kat mana boleh dapatkan pembekal untuk mulakan bisnes dropship ni. Betul tak? Ada beberapa cara yang anda boleh gunakan, dan In Shaa Allah saya akan kongsikan di lain masa. Namun untuk tidak mengecewakan anda, saya nak kongsikan salah satu pembekal yang anda boleh gunakan jika anda nak buat bisnes dropship menjual produk buku.

buat_duit_dengan_bookcafe

Pembekal yang saya maksudkan ialah syarikat buku online Bookcafe. Mereka turut menawarkan program dropship bagi sesiapa yang berminat untuk menjadikan buku sebagai produk untuk diniagakan. Anda boleh ke laman web bookcafe untuk tengok-tengok dulu apa yang mereka tawarkan.

 

Semoga apa yang saya kongsikan ini berguna untuk anda. Sekian dulu.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: