Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Kelebihan memiliki dan menggunakan kad kredit

October 24, 2015 by sabree hussin 3 Comments

Memiliki kad kredit ada BANYAK kelebihannya. Namun, bukan bermakna semua orang patut memiliki kad kredit. Ada orang, hidupnya lebih baik tanpa ada kad kredit daripada ada kad kredit.

 

Jika kita jadi terlalu bergantung pada kad kredit, ia juga bukan satu petanda yang baik. Secara tak langsung, kebergantungan yang terlalu tinggi terhadap kad kredit sebenarnya adalah satu signal bahawa kita sedang diambang menuju kearah masalah kewangan.

 

hutang_kad_kredit

Topik ini mungkin kita akan bincang di lain masa.

 

Kali ini, saya nak kongsikan kepada para pembaca dan pelawat sekalian, apa sebenarnya kebaikkan dan kelebihan memiliki dan melakukan transaksi menggunakan kad kredit.

 

MUNGKIN selepas ini, anda akan dapat menggunakan kad kredit dengan cara yang lebih baik dan lebih berhemah.

 

Tak perlu guna wang tunai

Bagaimana kalau anda perlu buat pembayaran untuk produk berharga RM10 ribu. Dapat tak anda bayangkan, berapa banyak wang tunai yang anda perlu keluarkan dari mesin ATM dan perlu buat bayaran di kaunter?

 

beg_penuh_dengan_duit

Faktor keselamatan akan jadi isu utama, dan ia juga agak membuang masa. Penjual terpaksa mengira satu per satu sama ada wang tunai yang anda berikan untuk pembayaran adalah mencukupi atau sebaliknya.

 

Mungkin gambarannya adalah seperti disebelah.

 

Satu beg penuh dengan duit! Ia sangat suspicious dan kalau jadi apa-apa, macam kena ragut misalnya… sia-sia je.

 

Duit boleh dilaburkan

Kalau sebelum ini, untuk buat sebarang pembayaran, anda bayar menggunakan wang tunai. Kali ini, dengan adanya kad kredit, anda boleh buat pembayaran menggunakan kad dan hanya membuat bayaran balik selepas 21 hari. Anda juga ada pilihan sama ada nak buat bayaran penuh ataupun bayaran minima sahaja.

 

Apa nak buat dengan wang tunai yang anda miliki selama 21 hari tu? Anda boleh laburkan wang tersebut ke mana-mana pelan perlaburan yang menawarkan kecairan yang tinggi.

 

Daripada pembacaan yang saya buat, antara pelaburan yang mempunyai kecairan yang tinggi ialah perlaburan di ASB. Anda boleh keluarkan duit pada bila-bila masa setelah membeli unit amanah di ASB.

 

Priority lane dan tawaran diskaun

Bagi pemegang kad dari bank tertentu, ada ketikanya anda akan ditawarkan diskaun tambahan berbanding lain-lain pelanggan yang tidak mempunyai sebarang kad kredit.

 

Lihat contoh dibawah

shaklee_harga_diskaun

Contohnya adalah produk Shaklee Alfalfa Complex yang dijual di laman web Lazada ini.

Harga biasa ialah RM206.70

Selepas potongan harga sebanyak 12% anda hanya perlu bayar RM182.80 sahaja.

Jika anda adalah pemegang kad kredit HSBC, anda boleh dapat tambahan diskaun sebanyak 10% lagi.

 

Dalam contoh priority lane ni pula, biasanya bila kita nak beli tiket kat pawagam. Untuk pemegang kad dari bank tertentu, ada express lane jadi kita tak perlu nak beratur panjang-panjang dan lama-lama untuk beli tiket. Jadi, kita tak perlu risau the best seat yang kita suka di ambik orang lain.

 

Perancangan kewangan dan semakan perbelanjaan bulanan

 

Merancang perbelanjaan adalah sesuatu yang agak rumit dan leceh. Anda perlu sentiasa merekodkan perbelanjaan anda.

 

TETAPI, apabila anda membuat pembayaran menggunakan kad kredit, anda akan menerima statement ataupun penyata yang anda boleh gunakan untuk melihat rekod perbelanjaan bulan semasa. Jadi untuk perbelanjaan bulan seterusnya, biasanya ia tak jauh beza dan boleh gunakan maklumat dalam penyata tersebut untuk merancang perbelanjaan untuk bulan seterusnya.

 

Perlindungan insurans

Sesetengah kad kredit menawarkan perlindungan insurans perjalanan untuk para pemegang kadnya. Jadi jika anda travel kemana-mana negara, anda tak perlu lagi beli insurans perjalanan.

 

Mata ganjaran

Setiap pembelian yang dilakukan menggunakan kad kredit, akan menerima mata ganjaran yang boleh ditukarkan kepada pelbagai hadiah-hadiah menarik.

 

Kebiasaannya, RM1 bersamaan dengan 1 mata ganjaran. Ada juga pembelian untuk produk-produk tertentu yang memberikan mata ganjaran berganda. Walaubagaimanapun, jangan terlalu seronok mengumpul mata ganjaran sehingga anda

 

Modal segera untuk mula berbisnes

Bukan semua perniagaan kita boleh dapatkan bantuan kewangan ataupun pembiayaan segera. Adakalanya kita hanya perlukan RM100 – RM1,000 sahaja untuk memulakan perniagaan.

 

Adakah bank akan berikan pinjaman jika anda ingin memulakan perniagaan yang memerlukan modal RM100 sahaja?

 

Jawapanya ialah, TIDAK.

 

Tetapi, kalau anda ada kad kredit, anda boleh gunakan sahaja kad kredit tersebut untuk dijadikan modal untuk mula bisnes. Sama ada anda nak gunakan cash advance ataupun gantikan perbelanjaan tunai dengan kad kredit. Wang tunai yang ada dalam tangan, anda boleh jadikan modal bisnes.

 

Auto billing

Kebanyakkan bil-bil utiliti boleh dibayar secara automatik melalui potongan kad kredit. Dengan ini anda tidak akan berdepan dengan masalah kena denda atau terpaksa bayar bil lebih mahal akibat terlewat buat bayaran.

 

Jimat tenaga dan masa

Cara tradisional buat bayaran bil utiliti adalah dengan buat bayaran di kaunter. Cara ini kurang efektif sebab ia sangat membuang masa. Anda perlu pergi sendiri ke kaunter dan berdepan dengan masalah-masalah seperti perlu tempuh kesesakan lalu lintas, parking tak ada, kena saman dan sebagainya.

 

Semua ni amatlah membuang masa. Kan lebih baik, masa tersebut digunakan untuk buat benda lain yang lebih produktif.

 

Membeli belah diluar negara secara online

Membeli barangan dari luar negara, kita perlu ikut matawang negara tersebut. Kalau beli barang dari US, kena ikut currency negara tu.

 

Kalau cara biasa, untuk beli barang di luar negara, kita kena tukar dulu matawang kita ikut matawang negara penjual dekat pengurup wang atau money changer. Masalah dengan proses penukaran wang dengan money changer ni ialah, kita susah nak agak berapa banyak duit yang kita perlukan sebenarnya.

 

Lazimnya, kita akan tukar duit lebih dari yang sepatutnya. Biar lebih asal jangan kurang. Tahukah anda, bila kita tukar duit di money changer, pihak money changer akan caj kita satu jumlah wang untuk yuran penukaran duit tersebut?

 

Katakanlah dalam situasi ini, kita dah berjaya tukar duit kita dengan duit dari matawang negara yang kita ingin lakukan transaksi. Bila dah beli, tiba-tiba masih ada baki yang agak banyak dan kita pun dah tak ada sebarang urusan dengan negara tersebut lagi.

 

Kita tukarkan semula dengan pihak money changer kepada duit kita. Masalahnya ialah, kali kedua kita buat penukaran duit ini, kita akan dikenakan caj sekali lagi oleh pihak money changer. Dalam situasi ini, dua kali pihak money changer akan caj kita.

 

Tetapi kalau kita guna kad kredit untuk buat pembayaran, kita tak perlu susah payah lalui proses penukaran duit daripada duit kita, iaitu RM kepada USD, dan bila ada baki, kena tukar semula USD kepada RM.

 

Jadi, kalau anda ada kad kredit, gunakan dengan sebaik-baiknya. Jangan boros dan jangan buat hutang yang tak perlu. Kalau tak, nanti anda jugak yang akan pening macam mana nak settlekan hutang kad kredit.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Kelebihan menjalankan bisnes menggunakan Konsep Dropship
  2. Kelebihan menggunakan blog untuk pemasaran bisnes anda
  3. Kad Kredit: Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya
  4. Kelebihan menggunakan laman web sendiri berbanding web replika dalam mempromosikan program MLM atau Network Marketing

Filed Under: kewangan Tagged With: kad kredit, keistimewaan pemegang kad kredit, kelebihan kad kredit

Comments

  1. anuar says

    October 24, 2015 at 7:35 pm

    Saya suka idea tu.. gunakan kad kredit untuk membayar bil2 dan berbelanja… manakala wang tunai yanf kita ada digunakan utk pelaburan… idea yang menarik… tak pernah terfikir pun sebelum ni, idea macam tu…

    Reply
  2. titan says

    October 30, 2015 at 3:54 pm

    jarang guna kad kredit.

    haha..

    Reply
  3. zik says

    November 1, 2015 at 12:46 pm

    kalau kita business man , memang ada kelebihan.. kalau kita adalah pengguna.. agak tak bagus.. itu sahaja..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut