Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan

January 26, 2018 by sabree hussin 5 Comments

Salah satu skil yang saya cuba kuasai untuk tahun 2018 ni ialah, skil ambil gambar.

 

Walaubagaimanapun, saya memang tak ada masa nak belajar skil ini secara formal. Maksud saya pergi ke kelas fotografi, pergi kursus, seminar ataupun yang seangkatan dengannya.

 

Tapi kalau setakat belajar dari buku dan tonton video di Youtube tu, In Shaa Allah boleh. Biasanya kalau nak bukak buku, atau nak tonton video tentang fotografi ni pun, dalam setengah jam sebelum tidur. Itupun bukannya tiap-tiap hari dapat buat.

 

fotografi-perkahwinanDalam banyak-banyak buku yang berkaitan dengan bidang fotografi ni, saya terjumpa sebuah buku berjudul Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan dan buku ini ditulis oleh Shah Othman.

 

Sebenarnya saya cuma nak belajar tentang teknik-teknik ambil gambar, cara-cara menggunakan kamera digital dan dslr itu sahaja.

 

Kemudian saya jumpa beberapa buku yang mengulas tentang aspek membina kerjaya dan menjana pendapatan dalam bidang fotografi ni.

 

Apa salahnya belajar serba sedikit, macam mana nak buat duit dalam bidang ni kan.

 

Walaupun sebenarnya, saya tak bercadang pun nak jadi jurufoto untuk majlis perkahwinan. Oleh kerana buku ini termasuk dalam topik pengurusan perniagaan, jadi saya rasa, sudah tentu akan ada beberapa perkara yang saya boleh belajar dari buku ini.

 

Ternyata, keputusan untuk saya baca buku ini memang tidak silap. Nak tahu kenapa?

 

Buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan ini mengandungi 120 mukasurat dan memuatkan 6 bab keseluruhannya.

 

Ini dia isi kandungan buku ini.

 

BAB SATU

Apa itu fotografi?
Keperluan untuk kaya
Perlunya keghairahan dalam fotografi
Menyediakan peralatan
Apa yang menjadikan jurufoto perkahwinan hebat?

 

BAB DUA

Membina perniagaan
Pendaftaran perniagaan
Promosi perniagaan

 

BAB TIGA

Pemasaran dan jualan
Pemasaran berkesan
Memahami pelanggan
Mencari kekuatan diri
Meletakkan diri anda dalam pasaran untuk keuntungan

 

BAB EMPAT

Apa yang pelanggan mahu?
Imej diri sebagai penarik pelanggan
Networking dalam perniagaan
Lima kesilapan dalam pemasaran
Testimonial pelanggan
Efisien
Menghasilkan tarikan emosi daripada pelanggan
Bagaimana mengekalkan kedudukan dalam pasaran?

 

BAB LIMA

Penetapan harga
Kesilapan dalam penentuan harga
Harga yang efektif
Menghadapi persaingan harga

 

BAB ENAM

Rahsia mengekalkan kewangan
Menabung
Bersedekah
Berdoa

 

PENUTUP
BIBLIOGRAFI
BIODATA

 

Buku ini memang cukup sesuai dibaca oleh usahawan dan bakal usahawan yang berkecimpung dalam bidang fotografi. Tak kiralah sama ada, anda menjalankan perniagaan secara sepenuh masa, ataupun secara part time.

 

Saya yang tak terlibat dalam perniagaan fotografi perkahwinan ni pun, boleh dapat manfaat daripada pembacaan buku ini, inikan pula mereka yang memang nak serius dalam bidang ini. Dah tentu ada banyak benda baru yang anda boleh pelajari dari pembacaan buku ini.

 

Saya ni sebenarnya lebih suka ambil gambar pemandangan.

ladang-teh-sabah-tea

Gambar-gambar yang saya ambil tu pula, saya muatkan dalam blog saya yang lagi satu. Dalam blog tersebut, saya akan catatkan perihal travelog saya.

 

Menerusi blog tersebut juga, saya akan bantu promosikan bisnes homestay ataupun guesthouse milik para pelanggan yang mendapatkan khidmat artikel review dari saya. Ini antara homestay yang saya promosikan di blog saya.

 

Kita kembali kepada buku ini.

 

Ada beberapa topik yang dimuatkan dalam buku ini, yang saya rasakan ianya agak menarik. Saya sebutkan beberapa topik yang saya rasa menarik.

 

Dalam bab satu, topik tentang “Apa yang menjadikan jurufoto perkahwinan hebat?”.

Seorang jurufoto perkahwinan, memainkan peranan yang sangat penting dalam merakam momen-momen dan memori indah semasa majlis perkahwinan. Dengan skil yang dimiliki, foto yang dihasilkan akan nampak sangat hebat dan seolah-olah mempunyai penceritaan dalam gambar (storytelling).

 

Ini sangat berbeza dengan jurugambar amatur, yang mengambil gambar secara rawak (random). Apabila gambar disusun, langsung tak nampak apa kesinambungan dan penceritaan yang ingin disampaikan dalam gambar-gambar tersebut.

 

Menjadi seorang jurufoto perkahwinan, bukan sekadar perlu tahu masa bila nak tekan shutter, pada masa yang sama, untuk hasilkan karya yang baik, ia perlu ada satu elemen penceritaan dalam gambar tersebut.

“… a picture paints a thousand words”

 

Dalam bab 3, penulis lebih banyak bercerita tentang aspek pemasaran. Bidang fotografi ini, memang banyak persaingan.

 

Saya kira, ini adalah sesuatu yang memang lumrah. Jika ia boleh menghasilkan pendapatan, sudah tentu ia akan menarik orang ramai untuk masuk dalam bidang tersebut. Kejayaan ataupun kegagalan anda dalam bidang ini, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keberkesanan aktiviti pemasaran yang anda jalankan.

 

Jika anda menceburi bidang ini sekadar untuk suka-suka, dan anda hanya bekerja bila rasa macam nak bekerja, mungkin aspek pemasaran ini tak begitu penting untuk anda. Sebaliknya, bagi mereka yang ingin jadikan bidang ini sebagai kerjaya, memang WAJIB jalankan aktiviti pemasaran secara berterusan.

 

Jika anda bukan seorang yang rajin untuk buat iklan sepanjang masa, bolehlah pertimbangkan untuk pasang iklan google adwords.

 

Dalam bab 4, penulis ada sentuh mengenai topik “apa yang pelanggan mahu?”

Sebagai pelanggan, apa sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah mereka ni

  1. Sekadar mahukan pakej fotografi paling murah yang anda boleh tawarkan?
  2. Adakah mereka perlukan khidmat jurufoto profesional?
  3. Adakah mereka perlukan lebih daripada sekadar foto album?
  4. Mungkin mereka juga mahu abadikan kenangan dalam bentuk video?
  5. Atau adakah mereka mahukan hasil kerja yang lain daripada yang lain

 

Kenali pelanggan anda. Itulah mesej penting yang cuba disampaikan dalam bab ini.

 

Jika anda baca sampai ke bab lima, ada disentuh pula topik mengenai penetapan harga. Berapakah harga yang munasabah untuk kita kenakan kepada bakal pelanggan kita?

 

Kalau anda tak ada pengalaman dalam bidang ini, mungkin anda akan rasa susah nak letakkan harga. Macam-macam perkara akan bermain dalam fikiran.

Adakah harga ini terlalu mahal? Atau adakah harga yang ditawarkan terlalu rendah sampai anda tak untung langsung?

 

Saya ambil maklumat ini dari laman web Binses Fotografi. Menurut mereka, harga pasaran untuk caj fotografi adalah seperti berikut

  • Engagement – RM600 – RM1,000
  • Wedding (basic) – RM800 – 1,200
  • Wedding (standard) – RM1,500 – RM2,500
  • Wedding (vip) – RM3,500 – RM7,000
  • Birthday party (basic) – RM600
  • Birthday party (standard) – RM1,200
  • Potrait (per session/2 hours) – RM500 – RM1,000
  • Product (per item) – RM100 – RM300
  • Product (full set) – RM1,000 – RM 5,000
  • Event (half-day) – RM400
  • Event (full-day) – RM800
  • Universities/colleges graduation (per student) – RM150 – RM300
  • Kindergarten graduation (per student) – RM50 – RM80
  • Staff profile (per staff) – RM50 – RM100

 

Selain membaca buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan, elok juga anda luaskan pembacaan ebook berjudul Panduan Memulakan Bisnes Fotografi yang boleh dimuat turun menerusi pautan ini.

 

Dalam apa jua bidang, pasti anda akan temui perang harga. Para usahawan sebahagiannya berfikiran agak pelik, sebabnya mereka seolah-olah berlumba-lumba menawarkan harga paling murah untuk perkhidmatan yang mereka tawarkan.

 

Situasi ini, sudah tentu akan merosakkan pasaran dalam industri fotografi. Bagi pelanggan yang membuat keputusan pembelian, 100% hanya dengan melihat faktor harga, pasti akan rasa harga yang murah itu adalah baik untuk diri mereka.

 

Sebenarnya keputusan memilih harga yang paling murah boleh jadi salah. Anda akan dapat apa yang anda bayar. Kalau anda minta sesuatu yang murah, anda mungkin terpaksa terima hasil kerja yang kurang kualiti ataupun hasil kerja daripada jurugambar amatur.

 

Sebaliknya, jika anda memilih sesuatu yang ada kualiti, jangan terlalu berkira soal harga mahal atau murah.

 

Buku ini, boleh diperolehi secara online, menerusi laman web berikut

(1) MPHOnline.com

(2) Mustread.com.my

 

Harganya pun tak begitu mahal. Dapatkanlah buku ini sementara ianya masih dijual. Semoga melalui pembacaan buku ini, anda akan lebih berjaya dalam bisnes fotografi.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Kaya Dengan Rumah – Cara menjadi kaya dengan menggunakan duit orang lain
  2. Kursus Pra Perkahwinan sekitar Lembah Klang untuk pasangan yang ingin berkahwin
  3. Ajaibnya Sedekah “Semakin Bersedekah Semakin Kaya”
  4. Mencari Maut: Bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penyelewengan, skim cepat kaya dan lain-lain pelaburan durjana

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: bisnes fotografi, buat duit dalam bidang fotografi, jurufoto perkahwinan

Comments

  1. Madam B says

    January 27, 2018 at 11:50 am

    yes…just another cool job nowadays. 2014 kami pernah dapatkan khidmat wedding photographer. (psst: ada masa i will share those few selected picas). sangat muda orangnya . memang boleh ‘buat duit’ dengan kamera. anyone here who serius making money with camera I believe its good to read the ebook panduan Bisnes Fotografi.

    Reply
    • sabree hussin says

      January 29, 2018 at 6:55 pm

      Jadi camera guy ni, kadang-kadang kita akan dapat peluang untuk masuk ke tempat-tempat yang orang lain susah nak masuk. Macam dalam kenduri kahwin pun sama. Bila kita pegang kamera, ada masanya, tetamui lain akan bagi lalun pada kita untuk pergi dekat dengan pengantin 🙂

      Reply
  2. ahmadyani says

    January 28, 2018 at 7:34 am

    Buat dari rumah pun boleh. Tidak semestinya ada studio fotografi. Siapa yang ada kamera DSLR patut cuba. Mulakan dengan kawan-kawan dulu.

    Reply
    • sabree hussin says

      January 29, 2018 at 6:49 pm

      Betul tu tuan. Mulakan secara kecil-kecilan dulu, dapatkan pengalaman, bina database pelanggan, hasilkan portfolio sendiri. Lama kelamaan boleh dibesarkan lagi perniagaan tersebut

      Reply
  3. Wani says

    February 6, 2018 at 2:33 pm

    Asalkan ada orang kahwin, mesti perlukan servis fotografi utk menangkap masa yang mempunyai nilai perkenangan semua tu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kelebihan Bisnes Homestay kepada komuniti setempat
  • Strategi menetapkan kadar sewa yang kompetitif untuk bisnes homestay
  • Perbezaan antara homestay dengan guesthouse
  • Jom Kenali Profil Pelanggan Kedai Runcit Mengikut Lokasi
  • Tips menjalankan bisnes kedai runcit yang berjaya

Recent Comments

  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse
  • azman on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse
  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • rujukan on Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • faizal mohamad on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in