Bulan Oktober 2014.
Bulan ini merupakan bulan ke lapan saya join bisnes Tone Excel. Sebenarnya saya nak kata, yang bisnes ni saya buat 100% secara online sahaja.
Tapi tak boleh.
Sebabnya, sekitar bulan Julai hari tu (kalau tak silap) saya ada beli sebuah banner dari Branch Tone Excel Shah Alam. Banner tu pulak saya pasang di kedai runcit saya.
Dari banner tu saya dapat beberapa orang prospek dan sekurang-kurangnya ada seorang yang join Tone Excel di level 1 saya. Nampaknya, bisnes ni dah jadi 95% online dan selebihnya offline. Macam tu boleh kot?
Dalam bisnes ni ada suka, ada duka dan yang pasti ia penuh dengan cerita.
Bisnes ni SENANG.
Tapi tidak terlalu senang.
Hakikatnya, bisnes ni memang menguji kesabaran. Apa tidaknya… keuntungan yang dapat kita perolehi pun sekadar sen sen semata-mata. Bergantung pada berapa ringgit downline kita topup.
Sebelum ini, kalau anda perasan, saya ada juga cerita tentang perjalanan bisnes Tone Excel saya setakat September 2014. Untuk catatan tu, sebarang komisyen yang saya perolehi semuanya adalah bagi hasil kerja keras yang saya lakukan pada bulan Ogos.
Walaupun tak sebanyak mana, namun saya bersyukur kerana Allah bukakan hati saya dan tunjukkan jalan kepada saya untuk buat bisnes ni.
Punyalah ramai manusia yang pernah dengar dan tahu Tone Excel ini memang boleh buat duit kalau betul jalan kerjanya, tapi apa yang berlaku?
Dia buat tak tahu.
Dia buat bodoh.
Dia terlalu sibuk untuk luangkan masa untuk jadikan Tone Excel ni sebagai bisnes dia. Tak apalah, lambat laun kalau hati dia dah terbuka, mungkin dia akan join juga.
Sekarang ni, biarlah dia nikmati hidup ni dengan cara dan jalan pilihannya sendiri. Nanti-nanti kalau dia perlu duit lebih, pandailah dia join sendiri Tone Excel ni, tanpa perlu dipujuk rayu.
Dua jenis income: Income Online & Income Offline
Sejak dari zaman saya masih belajar di universiti dulu, dua jenis income ini yang amat saya titik beratkan.
Kalau kita boleh ada kehidupan versi maya, atau versi digital… kenapa tidak kita miliki income dari alam maya juga? Maka macam-macamlah yang saya cuba untuk buat duit online.
Saya buat duit dengan menulis blog. Satu masa dulu, sekitar awal 2009, cukup susah nak buat duit dengan blogging. Zaman tu mana ada lagi Advertorial.MY
Sekarang ni senang. Blogger boleh buat duit dengan bantuan laman web Advertorial.MY
Kebanyakkan masa saya, saya fokus untuk buat duit dengan program pengiklanan seperti Nuffnang. Nak buat duit dengan Nuffnang, syaratnya kena ada trafik yang banyak.
Kalau trafik tak banyak, masih boleh buat income. Tapi tak seberapa la.
Kemudian saya beralih pula kepada pemasaran affiliate. Saya mula mempromosikan produk-produk affilate menerusi blog saya. Buat affiliate dengan blog ni rupanya lagi best daripada program pengiklanan. Walaupun trafik tak banyak, masih lagi boleh dapat sales yang konsisten, 3 -4 angka setiap bulan.
Trafik tak banyak pun tak ada masalah.
Asalkan cara penulisan anda mampu menyentuh emosi dan ego pembaca anda, In Shaa Allah pasti anda akan berjaya memujuk mereka untuk membeli produk yang anda promosikan.
Selepas beberapa tahun buat duit dengan affiliate… saya mula rasa BOSAN.
Mungkin ini petanda, saya perlu buat sesuatu yang berbeza. Ya, saya perlukan cabaran baru.
Kadang-kadang, bosan juga kalau setiap masa asyik buat benda yang sama. Hari-hari tulis blog… jadi why not, kita tukar kepada tulis ebook!
Dan itulah yang saya buat.
Bermula dengan ebook yang pertama, kini saya dah ada ebook yang kelima, iaitu Jurnal Pemasaran Affiliate. Terima kasih saya ucapkan buat anda yang ada keberanian untuk melabur dan dapatkan hasil karya saya.
Rasa rugi kalau tak promosikan Tone Excel
At least itu yang saya rasa.
Kemahiran tu saya dah ada.
Saya dah belajar macam mana nak buat marketing online sejak dari tahun 2009. Sekarang ni pulak dah masuk tahun 2014.
Bermakna, tak kurang dari 5 tahun saya berkecimpung dalam bidang pemasaran dan perniagaan online.
Sim kad tone excel ini pula yang bestnya boleh dipromosikan secara online sahaja.
Saya memang tak suka sia-siakan peluang yang jarang ada ini. Sambil saya teruskan dengan minat saya dalam bidang penulisan blog, saya selitkan juga cerita tentang bisnes tone excel saya ini.
Seolah-olah satu pembaziran kemahiran, bila kemahiran mempromosi tu kita dah ada, tapi tak dimanfaatkan untuk tujuan yang sepatutnya.
Jangan ikut-ikut orang
Jangan buat bisnes ni sebab orang lain suruh.
Jangan buat bisnes ni sebab tengok orang lain berjaya.
Anda adalah diri anda.
Jangan ikut orang lain.
Itulah nasihat pendek yang saya boleh selitkan dalam catatan kali ini. Waktu saya mula buat bisnes ni pada awal bulan March hari tu, saya sendiri tak tau dan tak pasti sama ada saya akan berjaya dapat buat duit dalam bisnes ni.
Apa yang saya tahu, saya ada skil, saya ada teknik, saya ada ilmu. Saya buat aje dan serahkan bulat-bulat kepada Allah.
Kita tak tau apa yang akan jadi di masa akan datang.
Tak guna dan tak akan jadi apa kalau terlalu fikirkan, apa yang bakal berlaku.
Itu yang saya pelik, setengah orang ni, dia belum cuba, dia belum usaha, tapi dia dah tahu yang dia tak akan berjaya dalam bisnes.
Too bad.
Dia terlalu negatif dan dia sendiri yang dah gagalkan dirinya sendiri.
Tak apalah, kalau anda tak nak buat bisnes ni pun tak apa. Cuma satu je yang saya harapkan, moga anda sudi doakan kejayaan saya dalam bisnes ni ya 🙂
In Shaa Allah kekayaan tu nanti saya akan salurkan ke tempat yang sepatutnya.
Ada banyak aktiviti kelab yang saya boleh jalankan nanti bila saya kaya!
suri says
kalau mahu berjaya kita mesti buat sesuatu yang baharukan.cepat bosan hee..samalah dengan saya mudah cepat rasa bosan…
sabree hussin says
Sesekali kena buat sesuatu yang baru. Ini kelebihan mereka yang buat bisnes. Ada pilihan untuk kekal buat benda yang sama, atau nak pilih buat sesuatu yang baru.
Keluar dari zon selesa
blogger lelaki says
kalau nak berjaya tak boleh ada rasa bosan suri…sebab tu dalam bisnes ni lebih senang jika kita buat apa yang kita minat dan tahu
Pondok Papan says
Huhu..tak apa lah bro..bro buat aje mana yang bro rasa berbaloi…tambahan pula, kemahiran tu ada..gunakan ia sebaik-baiknya..
sabree hussin says
Yup memang betul. Rasa rugi bila tak manfaatkan kemahiran yang dah sedia ada. Ibarat susah payah ambik jurusan engineering atau medic di universiti, alih-alih bila kerja, buat benda lain pulak.
Joste says
ToneExcel ..ABAD ini=Anda Buat Anda Dapat $$$$$$
sabree hussin says
Nice Acronym!