Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Jumlah Kutipan Komisyen Affiliates Ashadee Untuk Bulan December 2014

January 6, 2015 by sabree hussin 15 Comments

Saya tahu dan yakin ada sesetengah orang menjadikan laman web Ashadee sebagai sumber pendapatan kedua mereka. Ok mungkin sumber pendapatan ketiga, keempat dan seterusnya.

Memang BEST.

Kerja pun mudah.

Cuma perlu pilih mana-mana produk yang dirasakan berkenan dihati, kemudian promosikan.

Tak perlu keluar sebarang modal. Tak perlu ada sebarang pengalaman bisnes, dan asalkan anda ada keinginan nak belajar, dan sanggup bersusah payah untuk 3 – 6 bulan yang pertama menyediakan senjata-senjata pemasaran, setup itu ini, siap sedia dengan segala macam umpan, pasang jerat dan jerangkap samar di alam maya ni, maka anda dah boleh rileks untuk bertahun-tahun lamanya.

Ya.

Inilah sebahagian yang saya suka dengan program affiliate.

Terlalu suka sampaikan saya sendiri menghasilkan sebuah ebook yang khusus untuk menceritakan tentang selok belok dan peraturan yang anda perlu beri perhatian untuk berjaya buat duit dengan program affiliates. Saya namakan ebook tersebut dengan nama Jurnal Pemasaran Affiliates.

Ini salah satu kesannya jika anda juga mengamalkan apa yang saya dah muatkan dalam panduan tersebut. Awas! Anda mungkin akan menerima komisyen secara automatik dan pasif. Anda akan buat duit dengan program affiliates dengan kaedah yang berkali ganda lebih BIJAK berbanding orang lain.

bukti_pendapatan_dari_program_affiliates_ashadee

Bulan Disember 2014 berakhir dengan kutipan komisyen affiliates sebanyak RM100.50

Masih lagi dalam range 3 angka. Not bad, kan?

Konsisten itu satu ELEMEN yang sangat penting

Itu yang saya pentingkan.

Kalau bulan ni anda boleh dapat 3 angka, make sure anda boleh kekalkan momentum dan pencapaian tersebut.

Tak syok la, kalau bulan ni boleh dapat RM500, tiba-tiba pada bulan seterusnya komisyen affiliate anda drop hingga ke tahap yang agak mengecewakan. Tiba-tiba cuma dapat RM50 je

Seronok ke macam tu?

Tak best kan.

Personally, saya lebih berkenan dengan program affiliates yang membayar komisyen secara berkala, terus menerus setiap bulan dan konsisten. Tak kisahlah kalaupun komisyen tu setakat RM50, yang penting ia konsisten.

Ada satu program affiliate atau referral program yang membayar ejennya komisyen yang berulang dan semakin bertambah bulan demi bulan. Struktur komisyen seperti ini buat masa ini saya nampak ada pada program buat duit Tone Excel ini.

Siapa yang tak minat dengan program seperti ini tak apa. Tak kisah pun. Saya share pada yang berminat sahaja.

 

Ok kalau sebelum ini, bila saya guna segala teknik yang saya dah kongsikan dalam ebook Jurnal Pemasaran Affiliate, kalau setakat nak maintain 3 angka sebulan pendapatan affiliates, itu perkara biasa.

Untuk tahun 2015 ini saya nak buat lebih banyak improvements. Saya perlukan penambahbaikkan.

Kali ini saya nak fokus untuk capai at least 4 angka setiap bulan daripada pendapatan dalam program affiliates.

Soalan: Macam mana nak capai misi ni?

Memandangkan saya dah jadi salah seorang PEMBELI Kitab Teknik SEO Merah Jambu, maka nampaknya untuk tahun 2015 ini, memang akan saya praktikkan dengan habis-habisan dan sehabis baik.

Rugilah bila kitab dah beli, (MAHAL pulak tu harganya) tapi tak amalkan, kan?

Moving forward, lepas ni akan saya terapkan lebih banyak elemen SEO dalam penulisan artikel. In Shaa Allah, ada rezeki, saya nak sedut seberapa banyak yang boleh komisyen-komisyen affiliates yang hanya menanti untuk masuk ke akaun bank para affiliater.

 

Ps: Kalau anda rasa panduan affiliates lain terlalu mahal, bandingkan dengan potensi pulangan yang anda patut akan perolehi selepas anda amal dan praktikkan ilmu dalam tu!

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 5 Teknik Promosi BERKESAN Untuk Dapatkan Komisyen Ashadee
  2. Pembayaran Komisyen Panduan Dominasi FB Group Version 3.0 Bulan Februari
  3. Jom Belajar Teknik Hasilkan RM800 – RM1,000 Menerusi Pemasaran Affiliates
  4. Kos Penggunaan Aweber Untuk Bulan Kedua

Filed Under: Pemasaran Internet

Comments

  1. blogger lelaki says

    January 6, 2015 at 9:35 pm

    semoga tahun ini lebih cemerlang

    Reply
    • sabree hussin says

      January 7, 2015 at 1:16 am

      In Shaa Allah bro, mudah-mudahan bro jugak memperoleh lebih banyak kecemerlangan dan kejayaan

      Reply
  2. Ibrahim Lubis says

    January 7, 2015 at 12:26 am

    boleh lah ni nak cube, salam kenal

    Reply
    • sabree hussin says

      January 7, 2015 at 1:16 am

      Cubalah, pasti puas hati

      Reply
  3. myrujukan says

    January 7, 2015 at 5:14 am

    wahhh, banyak hang dapat, harap tahun baru ni lebih power lagi

    Reply
    • sabree hussin says

      January 7, 2015 at 10:44 am

      Hang tak promot pakai ToneXpress ke?

      Reply
  4. onlajer says

    January 9, 2015 at 3:27 pm

    kena kerja keras lagi ni aku

    Reply
    • sabree hussin says

      January 10, 2015 at 1:41 am

      Bulan Januari ni masih belum ada yang beli apa-apa melalui link affiliate aku kat Ashadee. Mungkin masing-masing dah borong produk dalam tu masa firesale amal RK hari tu agaknya

      Reply
  5. kaptenkiid says

    January 11, 2015 at 8:43 am

    tahun 2015 akan ada ramai usahawan dalam bisnes online

    Reply
    • sabree hussin says

      January 11, 2015 at 11:19 am

      Hmm ye ke? Kita tengok sama ada usahawan baru dalam bisnes online ni nanti berjaya atau tidak buat duit

      Reply
  6. Ikhwan Fahmi says

    January 13, 2015 at 12:59 am

    dah beli, tinggal nak hadam dan buat ๐Ÿ™‚

    Reply
    • sabree hussin says

      January 14, 2015 at 12:32 am

      Beli masa firesale jugak ke tuan Ikhwan Fahmi?

      Reply
      • Ikhwan Fahmi says

        January 17, 2015 at 11:44 am

        ya, beli masa firesale, banyak lagi produk bernilai tinggi yang masih belum hadam

        Reply
  7. HarfizBizstudent says

    January 24, 2015 at 10:36 am

    Tahniah bro, 3 angka pun dah ok tu ๐Ÿ˜€
    Nanti naik lagi bila SEO makin mantap….

    Reply
    • sabree hussin says

      January 26, 2015 at 12:59 pm

      In Shaa Allah ๐Ÿ˜€

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in