Jualan, Komisen dan Untung – Istilah yang sering disalahgunakan bagi tujuan pemasaran

by sabree hussin on March 22, 2017

in Pemasaran Internet

Saya berjaya hasilkan jualan 4 angka bulan ni!

 

Tahniah. Tapi boleh cerita sikit, apa produk yang anda jual tu?

Saya berjaya jual Sony Playstation PS4.

sony-playstation

Ok… Boleh saya tahu berapa harga produk ni? 

Harganya RM1,079. Kalau minat dengan Sony Playstation 4 ni, boleh buat tempahan menerusi pautan ini.

 

Berapa unit yang anda berjaya jual?

Saya cuma dapat jual satu unit je.

 

Saya percaya anda yang baca perkongsian saya ini juga biasa berhadapan dengan situasi seperti yang saya sebutkan diatas. Mungkin anda pernah lihat di media sosial atau dimana-mana online platform, ada rakan maya anda yang cukup bangga menyebut-nyebut pencapaian peribadi dirinya.

 

Saya berjaya hasilkan jualan 4 angka! Iye la… memanglah jualan 4 angka, tetapi kalau satu produk pun dah harganya 4 angka, maka apa yang hairan bin ajaibnya? Malahan saya berpendapat, jika dalam sebulan hanya mampu untuk jual satu produk sahaja, itu adalah satu pencapaian yang sangat teruk dan memalukan!

 

Mari kita lihat dari sudut komisen.

 

Kita ambil contoh produk yang sama, iaitu Sony Playstation 4. Harganya RM1,079. Saya andaikan, jualan dilakukan menerusi platform Lazada Malaysia, dan komisen untuk affiliate yang berjaya hasilkan jualan adalah sebanyak 4%.

 

Maka dari jumlah RM1,079 tu, komisen yang layak diterima adalah sebanyak

4% x RM1,079 = RM43.16

 

Jumlah komisen yang diterima adalah sebanyak RM43.16

 

Jumlah ini tidaklah begitu besar, namun apabila kita ambil kira, cara jualan menerusi program affiliate yang tidak memerlukan usaha yang terlalu besar, dan secara relatif ia lebih mudah berbanding jual secara konvensional, maka saya boleh katakan jumlah ini agak baik.

 

Pelanggan tak perlu berurusan dengan anda. Sebaliknya, semua urusan tempahan, pembungkusan, penghantaran dan khidmat pelanggan, dilakukan sepenuhnya oleh pihak Lazada Malaysia. Kita selaku ejen affiliate, hanya perlu promosikan link affiliate kita di lokasi-lokasi yang strategik menerusi internet.

 

Bagaimana pula situasinya, jika seseorang itu mengatakan komisennya 4 angka! Adakah ia sudah cukup baik?

Kita siasat dulu. Tanya juga beberapa soalan yang berkaitan bagi mengetahui, adakah komisen 4 angka itu benar-benar menggambarkan keseluruhan pendapatan yang telah dihasilkan?

 

Situasinya begini.

 

Katakanlah, komisen individu tersebut adalah sebanyak RM1,300. Sekarang, kita mungkin nak tahu, berapakah kos pengiklanan atau lain-lain kos yang dikeluarkan bagi memperolehi komisen sebanyak itu? 

 

Setiap orang mungkin menggunakan teknik yang berbeza dalam pemasaran. Ada orang lebih gemar menggunakan paid traffic dan menggunakan kaedah pengiklanan berbayar seperti Google Ads ataupun Facebook Ads.

 

Ada orang lebih suka gunakan kaedah yang percuma seperti membuat pemasaran menggunakan medium blog. (maka beruntunglah siapa-siapa yang pernah belajar buat blog sebelum ini dan mempraktikkan skil tersebut).

 

Ataupun cara lain yang kerap digunakan dalam kerja-kerja pemasaran secara online, adalah melakukan pemasaran menggunakan medium emel.

 

Walau apapun cara pemasaran yang digunakan, semua ini memerlukan kos. Sebagai contoh

Pemasaran Google Adwords dan Facebook Ads

Anda perlu tentukan berapa bajet yang anda sanggup keluarkan untuk tujuan iklan. Bayaran akan dikenakan sama ada mengikut berapa banyak jumlah klik yang anda inginkan atau berapa banyak jumlah views yang anda mahukan terhadap iklan yang dihasilkan.

 

Pemasaran menggunakan medium blog

Anda boleh gunakan perkhidmatan percuma sama ada dari blogspot ataupun wordpress.com. Namun, jika anda mahu lihat hasil yang lebih baik, maka perlu keluar duit untuk gunakan platform berbayar. Bayaran ini adalah untuk sewa domain, hosting, dan juga untuk membeli premium theme beserta premium plugin bagi meningkatkan kebolehupayaan blog anda.

 

Pemasaran menggunakan medium emel

Biasanya, sistem autoresponder akan mengenakan caj sama ada bulanan atau tahunan. Caj juga akan meningkat bergantung kepada berapa besar saiz list emel anda. Sistem autoresponder emelmatik ini ada tawarkan pelan penggunaan percuma selama setahun.

 

Katakanlah, jumlah komisen yang berjaya dihasilkan adalah sebanyak RM1,300. Tetapi, belanja untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran adalah sebanyak RM1,000. Maka, untung sebenar yang berjaya dihasilkan cumalah RM300 sahaja.

 

Sekarang anda pasti setuju kalau saya katakan, komisen sebanyak RM300 tidaklah begitu besar, kan?

 

Apa yang paling penting ialah “bottom line”

Sewaktu pertama kali saya dengar istilah bottom line ini adalah semasa saya belajar subjek accounting. Apa benda sebenarnya bottom line tu?

 

Kalau nak tau, apa benda bottom line tu, cara paling mudah ialah anda rujuk kepada financial statement mana-mana syarikat. Bottom line atau garisan yang paling bawah adalah merujuk kepada Net Profit.

 

Net profit, atau untung bersih. Itulah yang paling penting.

 

Nilai ini telah ditolak segala perbelanjaan yang mungkin berkaitan dan perlu dilakukan bagi menghasilkan jualan. Kemudian perlu juga ditolak cukai, interest dan sebagainya. Maka, hasil akhir ialah untung bersih.

 

Dalam pemasaran secara online, amat jarang kita dengar, ada individu yang kata, dia berjaya hasilkan untung bersih sebanyak 4 angka atau 5 angka.

 

Apa yang banyak berlaku ialah, mereka merujuk hasil sebanyak 4 angka atau 5 angka itu kepada jumlah jualan ataupun jumlah komisen.

 

Kadang-kadang, memang mereka secara terang-terangan merujuk kepada istilah jualan atau komisen, cuma falasi berlaku pada diri pembaca. Pembaca yang tak faham, mungkin sebab kurangnya ilmu.

 

Ada sesetengah pembaca yang membayangkan, kalau seseorang itu berjaya hasilkan jualan 4 angka, ia bermakna kesemua 4 angka itu adalah untung bersih yang berjaya dihasilkan. Sebenarnya, pemikiran seperti ini adalah silap dan penuh dengan kekeliruan.

 

Peniaga itu masih lagi perlu fikir hal-hal lain, seperti kos untuk restock barang, kos untuk iklan, kos untuk upah pekerja, gaji peribadi dan sebagainya.

 

Ok jelas?

 

Saya nak share satu lagi ayat penarik yang mungkin akan buat anda tersalah faham. Ayat ini saya ambil dari laman web Seminar Google Adwords G-Step Up. Kalau anda rasa berminat dengan kandungan seminar ini, bolehlah klik pada link berwarna biru.

Saya percaya, untuk mereka yang baca perkongsian saya ini dari mula sampai habis, pasti dapat faham apa sebenarnya yang diceritakan oleh ayat-ayat diatas.

 

Contohnya, pada ayat “A dapatkan jualan RM200,000 dengan kos iklan RM300 sahaja.”

 

Apa benda sebenarnya yang A jual? Kita tak tau. Mungkin kalau saya boleh teka, A mungkin jual rumah apartment, atau mungkin juga A jual kereta. Terang-terang disebutkan, A dapatkan jualan. Bukannya untung atau komisen.

 

Begitu juga halnya dengan individu Z dan juga W.

 

Ianya merujuk kepada jualan. Bukan komisen dan jauh sekali membincangkan tentang untung bersih.

 

Teknik ini memang biasa digunakan oleh golongan marketer. Ya, saya juga biasa menggunakan istilah-istilah ini. Bila saya kata, saya berjaya hasilkan jualan sebanyak RM700 dalam masa seminggu, misalnya. Secara jelas saya telah nyatakan bahawa figure RM700 itu merujuk kepada nilai jualan.

 

Bukannya untung.

 

Namun, kalau ada yang salah faham, walaupun setelah menggunakan perkataan jualan secara terang-terangan, ianya silap siapa?

 

Baiklah, akhir kata dari saya, jadilah pengguna yang bijak. Bukan semuanya salah peniaga. Pembeli pun sebenarnya banyak buat salah juga.

 

Be Sociable, Share!

{ 9 comments… read them below or add one }

Hero Borneo March 22, 2017 at 11:10 pm

logik akal juga diperlu dalam menilai sesuatu perkara..

tak boleh juga ambik rimgan atau sambil lewa

Reply

Daiki March 23, 2017 at 4:39 pm

Tiada istilah pencapaian teruk dan memalukan dalam dunia maya. Disebabkan kita masih terikut dengan sistem pendidikan negara yang menilai aspek kendiri berdasarkan huruf dan angka, maka pemikiran kita masih tidak jauh berubah.

Dari segi pemasaran, i think it would not be wrong if the marketeer using or manipulate the words to get sales conversion.

Its not easy to get net profit 4 angka. But it is not impossible.

Reply

sabree hussin March 24, 2017 at 12:29 am

1. Kalau dalam sebulan hanya mampu jual satu barang, itu adalah suatu pencapaian yang sangat teruk dan memalukan.

2. Kalau tak setuju, tak ada masalah. Lagipun, itu hanya pendapat saya sahaja.

3. Ianya juga terpakai untuk diri saya. Kalau dalam sebulan, saya cuma mampu jual satu unit sahaja, maknanya pencapaian saya pada bulan tersebut sangatlah teruk.

4. Bila saya dah akui pencapaian begitu teruk, next course of action is to revise strategy pemasaran yang digunakan. Mungkin ada benda kena tambah, ada channel pemasaran baru yang perlu digunakan, perlu tambah bajet iklan dan sebagainya.

5. Ya, saya pun menerima pendidikan dalam negara Malaysia. Ada huruf dan angka yang mewakili prestasi tertentu. Setidak-tidaknya, sistem ini amat membantu dalam menilai sesuatu perkara yang subjektif dalam keadaan yang lebih objektif.

6. Manipulasi perkataan masih kira OK lagi. Asalkan JANGAN MENIPU dan membuat FALSE CLAIM.

7. Ya, memang bukan mudah nak dapat net profit 4 angka.

Reply

thehaikal March 24, 2017 at 7:42 am

Saya setuju dengan point yang dikongsikan. Saya sendiri kadang memang ada bulan yang xde sale langsung pun.

Tapi insyaAllah akan belajar untuk imporve masa demi masa. Internet memang cepat berubah dan begitu juga dengan dunia pemasaran internet.

Reply

rahimah majid March 26, 2017 at 10:47 pm

Net profit dengan jumlah sales memang kadang orang keliru. Sales banyak tak semesti untung. Kalau barang yang kurang popular kena kurangkan pembelian stock supaya dapat rolling semula. Kalau tak berdebu stok tak jalan.

Reply

si bongkok March 29, 2017 at 10:32 am

Takpe tuan…Bagi pendapat saya yang tak seberapa ini, tuan dapat satu sales pon tuan share produk apa yang tuan jual…ini sudah dikira amal jariah yang LEBIH BESAR maknanya…

SEGELINTIR orang claim UNTUNG/JUALAN dapat sampai RIBU2 RM sebulan…bila tanya jual apa, kena wassap dulu, kena 1-1 personal coaching.. 🙂

p/s: InshaALLAH…tangan yang MEMBERI tanpa sebarang syarat lebih besar GANJARANYA dari tangan yang menerima…

Reply

rujukan April 1, 2017 at 2:34 pm

aku pula guna terma KOMISEN. Maka itulah dia untung bersih aku. Alhamdulillah bulan ni dapat komisen RM200. Pakai blog ja, x guna paid ads. Hehhee

Reply

sabree hussin April 4, 2017 at 6:29 pm

kalau untung bersih maknanya dah tolak kos domain, hosting.. dan lain-lain perbelanjaan. Of course kalau guna free service dalam kerja pemasaran blog, seperti guna blogspot atau wordpress.com semua tu tak perlu difikirkan sangat

Reply

sejadah by usufhilmann April 18, 2017 at 2:05 pm

Apa2 pun…teras perniagaan ni perlu jujur! Kena jaga2 takut termasuk dalam amalan riba dlm perniagaan…..kita semua mmg kena peka terhadap law perniagaan dalam islam.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: