Jobdirumah: Review Program Latihan Bekerja Dari Rumah (Lengkap & Komprehensif)

by sabree hussin on September 10, 2015

in Jobdirumah

Apabila saya melihat kembali dibahagian arkib blog ini, saya dapati terdapat banyak juga artikel-artikel berkaitan dengan program latihan untuk bekerja dari rumah oleh jobdirumah pernah saya siarkan sebelum ini. Namun, saya dapati kesemua artikel-artikel tersebut saya telah pecah-pecahkan kepada beberapa artikel, dan mungkin ianya mendatangkan sedikit kesusahan untuk orang yang baru dengar tentang Jobdirumah untuk mendapatkan maklumat yang penuh dan menyeluruh.

 

Jadi dikesempatan ini, saya akan rangkumkan mana-mana poin yang penting untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat yang tepat tentang program ini. Saya harap anda dapat baca dan hadam apa yang bakal saya sampaikan. Semoga selepas anda selesai membaca review penuh program latihan jobdirumah ini nanti, anda dapat buat keputusan yang tepat sama ada ingin sertai program latihan ini atau sebaliknya.

bekerja_dari_rumah_mudah

 

Siapa yang patut baca artikel ini dan golongan yang sesuai untuk sertai jobdirumah?

1. Blogger

Jika anda adalah seorang blogger atau seseorang yang bercita-cita nak jadi seorang blogger, anda patut baca artikel ini. Anda akan pelajari macam mana dengan melakukan perkara yang anda minat, iaitu menulis, update blog dan sebagainya juga boleh mendatangkan keuntungan kepada anda.

 

2. Internet Marketer

Sebagai internet marketer, saya percaya anda pasti dah biasa menggunakan medium-medium seperti emel, FB, twitter, instagram blog dan sebagainya untuk mendapatkan sales dan komisyen. Tahukah anda, pihak jobdirumah turut menawarkan peluang untuk anda buat duit tambahan?

 

3. Golongan Freelancer

Jika anda adalah seorang freelancer, anda juga sesuai untuk sertai program jobdirumah ini. Besar kemungkinan, anda akan dapat lebih banyak job berbanding apabila anda bekerja sendiri.

 

4. Usahawan online sepenuh/ separuh masa 

Kita sedia maklum, sebagai usahawan kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis risiko. Risiko adakalanya menyebabkan kita rugi teruk dan ada kemungkinan akan menjejaskan sumber pendapatan kita. Jadi, apa kata jadikan jobdirumah sebagai salah satu paip pendapatan. Ia akan sangat-sangat berguna disaat-saat getir.

 

5. Mereka yang baru kehilangan kerja atau diberhentikan kerja

Sementara anda masih belum dapat kerja, mari saya perkenalkan dengan program jobdirumah ni. Ada banyak kekosongan jawatan menanti untuk anda disini.

 

6. Golongan pelajar yang inginkan kerja part time tanpa menggangu masa belajar

Anda nak buat kerja part time sambil belajar? Memang sesuai sangat.

 

7. Mereka yang dah bersara

 

Ini topik-topik  yang saya akan sentuh mengenai jobdirumah. Sila pastikan anda benar-benar faham sebelum anda buat sebarang keputusan sama ada program ni baik untuk anda atau sebaliknya.

1. Apa itu jobdirumah?

2. Siapa dibelakang jobdirumah?

3. Adakah bekerja dirumah perlu jual sebarang produk?

4. Bolehkah jobdirumah dipercayai?

5. Pengalaman saya sendiri bekerja dari rumah

6. Salah faham pelanggan mengenai jobdirumah

7. Anda masih kurang yakin dengan jobdirumah?

8. Cara alternatif buat duit dengan jobdirumah

 

Anda dah bersedia nak tahu? Baiklah mari kita mulakan sekarang.

 

(1) Pengenalan kepada jobdirumah

Jobdirumah menyediakan perkhidmatan memberi latihan asas kepada individu yang berminat untuk menjadikan bidang freelancing sebagai satu karier dan kerjaya, atau dengan kata lainnya memberi latihan kepada mereka yang merancang untuk bekerja hanya dari rumah.

 

Umumnya, ramai sebenarnya yang bercita-cita untuk buat part time job dengan bekerja dari rumah. Namun disebabkan kurangnya info dan maklumat yang tepat, mereka yang ingin bekerja dari rumah cenderung tersilap memilih pekerjaan yang scam dan akhirnya tidak mendapat sebarang bayaran. Maka dengan adanya program latihan ini, para peserta akan mendapat maklumat yang tepat untuk membantu mereka. Pihak jobdirumah menyediakan bahan-bahan latihan dalam bentuk bertulis dan juga penerangan dalam bentuk video. Peserta yang mengikuti program ini dapat mengelakkan diri daripada risiko tersalah pilih pekerjaan yang scam.

 

Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah juga akan menolong mencari kekosongan baru dan memberi notifikasi menerusi emel apabila terdapat kerja kosong untuk anda mohon . Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dengan kemahiran dan skil, ahli boleh buat permohonan pekerjaan.

 

(2) Siapa pemilik jobdirumah?

Konsep bekerja hanya dari rumah adalah lebih kos efektif dan menggunakan konsep kebebasan bekerja di rumah tanpa perlu mengikut protokol kerja biasa. Pekerja bebas untuk memilih waktu bekerja sendiri, dan konsep pekerjaan seperti ini semakin mendapat tempat diseluruh dunia sebagai pekerjaan kedua.

Nama Perniagaan: Kliks Solution
No Pendaftaran: 001762546-A
No Telefon: +60102098444 (Isnin – Jumaat: 3pm – 10pm sahaja)
Fax: 03-21784213

 

(3) Perlukah ahli jobdirumah menjual atau mempromosikan sebarang produk untuk buat duit dengan jobdirumah?

Tidak sama sekali. Anda dibayar untuk menyiapkan tugasan tertentu yang diberikan oleh majikan, bukannya untuk menjual produk, mencari ahli baru ataupun merekrut downline untuk sertai program ini.

 

Jika pihak syarikat mensyaratkan anda untuk mempromosikan produk tertentu, atau keahlian tertentu barulah anda akan mendapat bayaran, besar kemungkinan anda sebenarnya telah tersilap memilih program yang scam. Dalam program seperti ini, sebenarnya tiada langsung job yang ditawarkan. Anda hanya dipergunakan oleh syarikat untuk jadi ejen pemasaran mereka, itu sahaja.

 

Satu perkara yang anda perlu jelas dan faham ialah platform jobdirumah diwujudkan bagi memberi anda latihan dan untuk mempersiapkan diri anda supaya anda mampu untuk bekerja hanya dari rumah. Juga untuk mengelakkan daripada anda tertipu daripada menyertai program-program yang besifat scam.

 

Sebagai ahli jobdirumah, anda akan diajar cara dan teknik sebenar bagaimana untuk memohon pekerjaan dari bakal majikan dari beberapa laman web senaraian kerja terkemuka seperti freelancer, Odesk dan sebagainya. Pendek kata, selagi anda buat permohonan pekerjaan, buat kerja bila dah dapat kerja yang sesuai, lalu anda siapkan kerja tersebut, anda pasti akan menerima bayaran.

 

Saya pernah lihat sebelum ni, ada beberapa program yang kononnya menawarkan pekerjaan dari rumah dan kerjanya hanya hantar emel sahaja. Mereka yang berminat untuk sertai perlu membayar sejumlah wang terlebih dahulu. Bila dah jadi ahli, mereka akan diberikan senarai emel yang sangat banyak, mencecah ribuan senarai emel dan tugas mereka ialah menghantar emel kepada pemilik emel tersebut. Kandungan emel pula adalah ayat-ayat promosi untuk sertai program bekerja dari rumah tersebut. Ahli pula hanya akan dibayar apabila ada penerima emel yang berminat untuk sertai program tersebut.

 

Lazimnya senarai emel diperolehi menggunakan software khas atau dibeli secara pukal. Konsep kerja seperti ini lebih mirip kepada ciri-ciri seorang spammer sahaja sebenarnya. Anda hanya akan dibayar jika ada ahli yang join menerusi anda.

 

Di jobdirumah, anda juga dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk menyertai program latihan ini. Bayaran ini sebenarnya adalah bayaran untuk belajar daripada jobdirumah. Untuk memohon sebarang pekerjaan, tiada sebarang bayaran yang dikenakan.

 

(4) Pengalaman saya bekerja dari rumah

Ada tiga (3) opsyen yang disediakan untuk anda mula bekerja dari rumah ni, dan ianya sama ada

 

i. Online Freelancing Marketplace

review_jobdirumah_buat_duit

Kat laman web atas ni menyenaraikan beratus-ratus kerja kosong setiap hari yang anda boleh sertai.

 

ii. Micro Tasking Marketplace

review_jobdirumah_microworkers

Kat sini pun banyak kerja yang anda boleh mohon. Kebanyakkan job yang ditawarkan jenis yang mudah-mudah belaka dan bayarannya juga tidak sebesar mana. Anda boleh lihat sendiri contoh-contoh tugasan yang bakal anda terima apabila telah menyertai microworker untuk bekerja dari rumah.

review_jobdirumah_senarai_kerja

Walaupun bayarannya kecil sahaja, ia dalam matawang USD.

 

iii. Micro Jobs Marketplace

buat_duit_fiverr

Disini anda pula yang menawarkan servis anda. Rujuk panduan Fiverr ini untuk anda memaksimumkan keuntungan dilaman web ini.

 

(5) Salah faham mengenai jobdirumah

Disebabkan banyaknya program seumpama ni terdapat di internet, maka tak hairanlah jika berlaku salah faham. Ini antaranya

1. Pihak jobdirumah bukanlah majikan yang memberi anda peluang pekerjaan. Sebaliknya pihak jobdirumah adalah ibarat seorang trainer yang memberi anda pendidikan tentang cara sebenar bekerja dari rumah

2. Pihak jobdirumah hanya menyediakan panduan bertulis dan dalam bentuk video.

3. Bagi memudahkan ahli, dari masa ke masa jobdirumah akan menghantar emel notifikasi sekiranya terdapat kekosongan pekerjaan yang anda boleh mohon

4. Anda perlukan kemahiran berbahasa Inggeris yang baik untuk memudahkan anda dapat job kerana kebanyakkan majikan adalah dari serata dunia dan mereka pula berurusan menggunakan matawang USD

5. Job yang ditawarkan mempunyai tahap kesukaran yang pelbagai. Pilihlah job yang anda boleh deliver

6. Tiada sebarang jaminan pekerjaan. Jika anda ikuti setiap yang diajarkan oleh pihak jobdirumah, anda pasti boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

7. Yuran pendaftaran sebanyak RM50 adalah kos pembelajaran anda.

8. Ada dua cara nak buat duit dengan jobdirumah, sama ada dengan bekerja untuk majikan ataupun bekerja untuk syarikat Klik Solutions dengan memperkenalkan program latihan jobdirumah.

 

(6) Cara alternatif buat duit dengan program latihan jobdirumah selain bekerja untuk majikan

Jika anda seorang yang gemarkan kerja-kerja pemasaran, maka anda sesuai untuk mendaftar sebagai ejen affiliate bagi jobdirumah. Dengan setiap jualan yang terhasil, anda akan dibayar sebanyak RM25.

 

Inilah yang saya sendiri lakukan selama ini, selain menerima job-job dari majikan. Anda boleh baca disini. Baiklah, sekarang terserah pada anda, dengan yuran sebanyak RM50 anda berpeluang untuk bina karier yang gemilang sebagai seorang freelancer. Atau jika anda sayangkan sangat RM50 tu tadi, anda berisiko untuk tersilap pilih strategi dan laman web. Silap-silap anda akan rugi lagi besar dari RM50. Pilihlah ya.

 

Baiklah, semoga artikel review ni dapat beri pencerahan untuk anda. Jika anda dah sedia untuk sertai program latihan ini dan mulakan kerjaya anda sebagai seorang freelancer sambilan atau sepenuh masa, sila picit link ini.

 

 

Baca juga review saya sebelum ini berjudul Review Jobdirumah.

 

Be Sociable, Share!

{ 13 comments… read them below or add one }

Hero Borneo September 10, 2015 at 8:02 pm

satu huraian yang cukup jelas dan menarik..cuma masih nak takut mencuba benda baru begini

Reply

Jie Susanos September 10, 2015 at 8:28 pm

golongan freelancer..jie xbrapa fhm tu..

Reply

sensasi2020 September 10, 2015 at 9:41 pm

Saya sebenarnya dah lama daftar dengan Jobdirumah tetapi itu dah lama. Bila ia update kepada AgenAffiliate telah membuat akaun saya dibekukan dan perlu dibayar semuala atau kena daftar semula dan perlu membayar RM50.

Ini yang membuat saya tawar hati dengan program ini. Ia juga susah nak dapatkan pelanggan baru kerana rata-rata dah ramai blogger yang mendaftar.

Peluang nak dapat pelanggan menjadi bertambah sukar akibat persaingan yang sengit.

Reply

mrhanafi September 11, 2015 at 6:00 am

mana ada dunia tanpa persaingan bro..sebelum kita lahir ke dunia ini pun ‘adik’ dan ‘abang ‘ kita terpaksa bersaing untuk sampai ke ovum..nampaknya kita berjaya dan lahir sebagai wira kerana kita lebih kuat dan hebat berbanding mereka.

Reply

Maisarah September 11, 2015 at 12:45 am

menarik ni..saya juga bekerja di rumah

Reply

Raihanah Ahmad September 11, 2015 at 5:08 am

kalau bayaran dalam USD tu best juga time USD tengah tinggi ni

Reply

Ummi Hanie September 11, 2015 at 9:38 am

dah lama berkenan dgn JDR ni cuma belum sedia utk mulakan job baru…

sekadar promote affiliate dahulu

selamat maju jaya diucapkan…

Reply

encikarman.com September 11, 2015 at 10:35 am

fuhhh, detail ni. JObdirumah ni memang bagus bagi mereka yang bersungguh-sungguh untuk buat duit di rumah terutamanya utk yg part time.

Tetapi ramai yang daftar tetapi tidak buat dengan bersungguh-sungguh. Bagi mereka yang tekad, memang boleh menghasilkan duit.

Reply

Azeni Ahmad September 11, 2015 at 6:13 pm

Huraian yang lengkap..
Nak komit masa perlu tinggi memandangkan task dalam masa pendek kan.

Reply

onlajer September 11, 2015 at 7:06 pm

hoho lama juga tak buka panel jobdirumah ini

Reply

suri September 13, 2015 at 5:35 pm

seronok kalau dapat kerja bebas buat apa sahaja aktiviti harian kita..

Reply

Jobdirumah.com September 13, 2015 at 11:40 pm

Salam admin, No telefon kami dah lama tukar pada +60102098444. Minta update di review yer.

Terima kasih.

Reply

sabree hussin September 14, 2015 at 3:33 pm

Wasalam, baik dah ubah

Reply

Leave a Comment

{ 20 trackbacks }

Previous post:

Next post: