UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Jangan join Program Affiliate yang memaksa anda untuk buat BAYARAN

October 20, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Jika anda ditawarkan untuk sertai program affiliate, namun sebagai syarat sebelum anda boleh mula buat promosi, anda dikehendaki untuk buat bayaran, saya syorkan anda lari jauh-jauh.

 

Ada beberapa sebab kenapa saya kata macam tu. Pertama, program affiliate yang dimaksudkan itu mungkin bukannya benar-benar program affiliate. Ia hanyalah gimik semata-mata yang ingin mendapatkan duit anda dengan cara mudah.

 

Memanglah, semuanya terpulang kepada pihak penganjur sama ada nak kenakan bayaran atau tidak. Sesetengah program affiliate memang meletakkan syarat bahawa hanya orang yang pernah beli produk sahaja yang boleh menjadi ejen affiliate. Rasionalnya ialah, hanya pengguna atau pelanggan sahaja yang benar-benar tahu untuk cerita apa kebaikkan dan kelebihan produk.

 

Jadi untuk memastikan tiada persaingan yang sengit, maka pihak penganjur hanya membuka tawaran untuk menjadi ejen affiliate kepada sesama pelanggan sahaja.

trafik-laman-web-affiliate-marketing

Program affiliate seperti ini saya namakan sebagai program affiliate tertutup. Pendaftaran sebagai ejen adalah eksklusif hanya untuk pembeli sahaja. Walaupun begitu, tak ada sebarang paksaan untuk pembeli mendaftar sebagai ejen affiliate. Jika ada antara pembeli yang berminat untuk jadi ejen affiliate, bolehlah mencuba.

 

Sebenarnya, kat luar sana ada terlalu banyak program affiliate yang anda boleh sertai dan majoriti program affiliate yang ada di pasaran tu tidak memerlukan anda untuk membuat sebarang bayaran. Pendaftaran sebagai ejen affiliate adalah PERCUMA sahaja. Sebaliknya andalah yang akan menerima bayaran apabila berjaya membantu penganjur program affiliate menghasilkan jualan.

 

Anda masih lagi perlu berhati-hati dengan scammer yang menyalahgunakan istilah Affiliate Marketing. Kena ingat satu perkara asas dalam bidang jualan.

 

Pelanggan membeli sebab nak selesaikan masalah ataupun sebab nak mencapai sesuatu impian mahupun matlamat. Sebagai contoh, orang beli produk pelangsingan badan sebab dia ada masalah berat badan dan agak sukar untuk turunkan berat badan. Jadi dia perlukan produk pelangsingan badan bagi membantu dia mencapai tujuan nak kurus.

 

Ataupun orang beli iPhone refurbished set sebab iphone yang dia pakai selama ni dah rosak. Nak beli set yang baru terasa macam terlalu mahal. Jadi dia beli je yang refurbished set, asalkan masih lagi menjadi pengguna iPhone. Dalam situasi ni, orang tu beli beli phone baru sebab phone dia rosak.

 

Contoh lain, orang beli pasir untuk kucing sebab dia bela kucing secara in door. Bagi mengelakkan rumah jadi berbau, maka dia pun beli pasir untuk kucing beserta dengan sistem tandas yang sesuai bagi memastikan rumah tidak berbau najis kucing.

 

Tiga contoh kat atas ni sepatutnya dah cukup. Tujuan seseorang itu membuat pembelian adalah sama ada sebab nak selesaikan masalah yang dihadapi atau sebab nak mencapai impian dan matlamat yang ada.

 

Namun, sila berhati-hati dengan kewujudan scammer. Mereka ini akan buatkan anda jadi keliru dengan tujuan asal kenapa seseorang itu membeli sesuatu produk atau servis.

 

Dia akan buatkan anda lihat bahawa segalanya adalah berkenaan duit sahaja.

 

Contohnya,

1. Orang beli ubat gigi sebab nak jaga kesihatan gigi dan gusi sambil tu boleh dapat duit

2. Orang beli simkad sebab nak berhubung dengan orang lain sambil tu boleh buat duit

3. Orang beli sistem autoresponder sebab nak buat emel marketing sambil tu boleh dapat duit

 

Ironinya ialah, scammer ini akan kaitkan segala-galanya dengan istilah “boleh buat duit”. Seolah-olah semua yang ada di sekeliling kita adalah tentang buat duit semata-mata.

 

Bila kita kata tak berminat nak beli, kita pulak yang dikatakan sebagai dungu sebab tolak duit.

 

Ciri-ciri program affiliate yang seperti ini, yang “memaksa” orang ramai untuk buat sejumlah bayaran untuk jadi ahli, mempunyai ciri-ciri program head hunting.

 

Dalam kebanyakkan program jenis head hunting, apa yang ejen itu mahukan hanyalah untuk semua orang join sebagai ahli. Soal sama ada orang tersebut perlukan produk tersebut atau tidak adalah perkara nombor dua.

 

Maka, selling point yang akan sentiasa dimainkan ialah tentang potensi pendapatan sahaja. Bukannya tentang bagaimana produk tersebut dapat menjadikan hidup penggunanya lebih mudah ataupun dapat menyelesaikan masalah sedia ada.

 

Itu sebabnya, jika anda ditawarkan untuk join program affiliate, tetapi anda kena bayar dulu untuk join, ambil masa untuk kaji dulu program tersebut.

 

Kalau dalam marketing plan lebih banyak cerita tentang potensi pendapatan berbanding tentang kelebihan produk, maka silakan lari jauh-jauh.

 

Saya dah lihat ada banyak so called program affiliate macam ni yang menjual produk ataupun servis yang langsung tak berguna dan tak ada kualiti tetapi dipromosikan dengan agresif dengan menekankan aspek boleh buat duit mudah atau boleh buat duit lumayan.

 

Sebagai alternatif, pilihlah program-program affiliate yang percuma dari segi penyertaannya dan fokus kepada produk.

 

Contohnya, program affiliate dari Lazada fokus kepada penjualan produk dan barangan keperluan harian.

Program affiliate dari Klikjer fokusnya adalah untuk menjual pelbagai panduan dalam bentuk ebook dan juga video.

Manakala program affiliate Bookcafe fokus untuk jual buku.

 

Dalam ketiga-tiga contoh diatas ni, pelanggan yang bakal kita approach adalah mereka yang nak beli sesuatu barang sebabnya dia perlukan manfaat dari barangan tersebut. Bukannya sebab nak beli barang tu “sebab boleh dapat duit tambahan.” 

 

Apa pun pilihan di tangan anda. Lebih selamat untuk promosikan sesuatu produk kerana produk tersebut boleh menyelesaikan masalah yang spesifik daripada promosikan produk yang semata-mata boleh hasilkan pendapatan.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Program Affiliate Pay Per Lead: Anda dibayar RM5 untuk setiap yang mendaftar
  2. Ini dia perkara yang anda perlu buat jika SERIUS nak buat duit dengan Program Affiliate
  3. Program Affiliate Pay Per Click: Anda dibayar RM0.40 untuk setiap klik pada link affiliate anda
  4. Buat duit dengan Program Affiliate – apa yang anda perlu tahu?

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan affiliate, program affiliate, tips affiliate

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in