Jadual dan rutin harian seorang internet marketer Malaysia

by sabree hussin on July 23, 2015

in Pemasaran Internet

Saya adalah seorang internet marketer yang menggunakan medium blog sebagai kaedah pemasaran utama. Namun, ada ketikanya, saya juga turut memanfaatkan fungsi emel dan media sosial seperti Facebook untuk membantu saya dalam kerja-kerja pemasaran secara online.

 

Kalau 5-6 tahun yang lalu, mungkin saya sendiri tak dapat nak bayangkan… bagaimana agaknya cara kerja seorang internet marketer ni. Macam-macam yang bermain dalam fikiran ni. Boleh ke kita sara hidup dan cari duit hanya dari rumah sebagai seorang internet marketer? Kalau kat luar negara, mungkin ia bukan suatu yang pelik, untuk bekerja hanya dari rumah… tapi kalau kat Malaysia? Boleh ke?

jobdirumah

 

Hari ni, saya sendiri telah pun melalui fasa hidup sebagai seorang internet marketer. Oh saya telah lalui dan masih lagi lalui hingga sekarang ni. Ini jalan hidup yang saya pilih. Ada masanya penuh dengan kegembiraan, dan ada waktunya, banyak betul cabaran dan seakan-akan kelihatan cabaran yang mendatang tu seolah-olah tiada berkesudahan.

 

“Pernah tak terfikir nak kembali bekerja dengan orang?”

Secara jujurnya… hampir setiap hari saya terfikir untuk kembali bekerja di sektor swasta! Aku nak cari kerja, aku nak kembali bekerja, aku perlukan kerja…

 

Kerja dengan orang ni mudah sebenarnya. Kita tak perlu nak fikir sangat hal-hal lain yang tak ada kaitan dengan kerja yang kita perlu buat. Kalau macam sebelum ni, saya pernah bekerja dalam syarikat call center, saya cuma perlu fikir untuk jawab call. Itu sahaja. Tak ada pun keperluan nak fikir tentang syarikat, tentang projek dan sebagainya. Asalkan saya datang kerja on time dan balik kerja pun on time. Cukup bulan ambik gaji. Itu dah memadai.

 

Life sebagai seorang internet marketer ni berbeza. Tak salah rasanya kalau saya kata, kehidupan sebagai internet marketer adalah suatu mukadimah untuk menjadikan seseorang itu sebagai seorang usahawan. Baiklah, sebenarnya dalam post ni saya hanya nak kongsikan serba sedikit rutin harian saya sebagai seorang internet marketer. Manalah tau, ada yang minat nak jadi IM jugak tapi masih lagi blur blur, tak nampak macam mana jalannya dan bagaimana cara kerjanya. Nampak macam mudah… tetapi disebaliknya, hanya tuhan sahaja yang tahu. Asalkan anda ada minat, tak kiralah walau susah macam mana sekalipun, saya pasti anda pasti akan menemui jalan untuk berjaya dalam bidang ini.

 

#Awal pagi masa untuk semak emel

Dah jadi satu kemestian untuk saya semak emel diawal-awal pagi. Biasanya, bangun-bangun dari tidur je, memang akan penuh screen handphone dengan notification emel yang masuk. Biasalah, ada emel dari IM oversea, facebook, pelanggan dan sebagainya.

 

Dalam banyak-banyak emel, dah tentulah emel yang paling best ialah emel pemberitahuan ada komisyen terhasil.

komisyen_affiliate

 

Tak kisahlah apa bidang yang anda pilih, yang penting sekali ialah anda mesti mempunyai keupayaan untuk menghasilkan wang. Pada mulanya, saya menulis blog hanya untuk suka-suka. Sebagai aktiviti di masa lapang, tetapi lama kelamaan saya dapati, dengan menulis blog juga, saya boleh buat duit yang lumayan.

 

Orang kata, “bila kita buat kerja yang kita suka dan yang kita minat, kita tak akan rasa macam kita sedang bekerja” dan memang itulah yang saya rasakan. Saya cuma tulis, tulis, kadang-kadang cuma merepek je dalam blog-blog yang saya hasilkan, kemudian tengok-tengok ada pulak komisyen yang terhasil. Wah… ini cuma buat main-main je ni. Kalau saya buat dengan serius? Mesti lagi banyak duit yang boleh saya dapat!

 

Emel masih lagi satu bentuk komunikasi yang penting, walaupun orang kata sekarang ni, mereka lebih mudah guna whatsapp, wechat, FB messenger dan sebagainya.

 

Ni saya nak share sikit tentang emel ni.

1. Bukan semua emel kita perlu baca. Ada emel yang dihantar oleh IM tempatan mahupun luar negara yang langsung tak ada kaitan dengan bisnes kita. Tak perlu buang masa untuk baca, better delete sahaja.

 

2. Emel pertanyaan dari prospek, pelanggan atau kenalan. Jangan balas serta merta. Lebih-lebih lagi kalau emel dari prospek atau pelanggan. Baca dulu dan fahamkan apa yang mereka mahukan dalam emel tersebut, dan cari masa untuk balas dengan kandungan yang penuh dengan isi dan informasi.

 

3. Produk baru seperti ebook, software dan sebagainya. Dari masa ke masa, memang kita akan dapat tawaran seperti ini. BELI jika perlu, dan elakkan daripada beli produk-produk yang tak perlu walaupun ia murah. Sampai sekarang, saya masih lagi beli produk-produk baru yang saya kira berupaya untuk meningkatkan pendapatan saya secara online.

 

4. Cari peluang dan sumber pendapatan baru. Ini yang saya belajar sepanjang saya bergiat dalam bidang ini. Jangan hanya bergantung pada satu sumber pendapatan semata-mata. Lagi banyak sumber pendapatan, lagi bagus. Sebagai Internet Marketer, tiada had untuk pendapatan yang boleh kita hasilkan. Jadi, janganlah hadkan setakat RM1,000 – RM3,000 sahaja setiap bulan.

 

5. Bina rangkaian pelanggan, klien dan JV partner. In Shaa Allah, lagi besar rangkaian anda, lagi banyak duit anda boleh hasilkan nanti.

 

#Semak komisyen untuk produk apa yang masukย 

Dalam satu-satu masa, saya akan mempromosikan 3 – 5 produk sekaligus. Sebenarnya, kalau nak promosikan lagi banyak produk dari tu pun tak ada masalah. Lebih-lebih lagi bila kita gunakan medium blog macam yang saya sedang gunakan sekarang ni.

 

Bila ada komisyen yang masuk, perkara pertama yang perlu diperhatikan ialah untuk lihat, komisyen affiliate untuk produk yang mana satu sebenarnya yang berjaya menghasilkan jualan. Katakanlah, daripada 3 – 5 produk yang saya promosikan tu, produk latihan Jobdirumah yang convert kepada sales, maka dari situ saya boleh tahu, nak fokus untuk promosikan produk yang mana satu.

 

Jadi lepas ni, saya akan lebihkan masa dan usaha untuk promosikan produk yang convert kepada sales dan pada masa yang sama masih lagi jalankan promosi seperti biasa untuk produk-produk yang agak lembab untuk dapatkan sales.

 

#Tulis artikel promosi ย 

Inilah perkara yang kita kena buat selalu. Setiap hari sebenarnya. Dalam contoh sebelum ni, kita dah pun tahu produk apa yang boleh convert kepada sales, jadi untuk langkah seterusnya, kena perbanyakkan lagi artikel promosi supaya dapat meningkatkan lagi kebarangkalian untuk dapatkan sales.

 

Pandai-pandai la cari idea untuk hasilkan artikel promosi. Untuk makluman anda, artikel promosi jugak dikenali sebagai artikel advertorial. Artikel jenis advertorial ditulis bagi tujuan untuk mendapatkan sales dan mempromosikan sesuatu produk secara spesifik. Ianya adalah sebuah iklan dalam bentuk artikel.

 

Untuk sesebuah produk berjaya mendapatkan jualan, lazimnya saya akan sediakan sekurang-kurangnya 10 buah artikel berbeza. Jika bernasib baik, 10 artikel ini lah yang akan konsisten memberi saya komisyen affiliate walaupun saya dah berhenti menambah artikel baru dan melakukan promosi secara aktif.

 

Tak ada idea mana nak dapat idea untuk tulis artikel promosi?

ezine_articles

Kadang-kadang saya pun macam tu. Blur. Tak ada idea. Tapi itu masalah kecik je tu, sebabnya jika anda rujuk laman web ezine articles ni, anda tak akan kehabisan idea untuk menulis artikel promosi. Terdapat beribu-ribu artikel yang anda boleh eksploitasikan untuk dijadikan konten bagi penulisan artikel promosi anda.

 

#Hantar emel kepada subscriber dan mailing list

Ini satu lagi cara paling power untuk hasilkan komisyen secara online. Kaedah ini lah yang kita namakan sebagai kaedah pemasaran emel. Walaupun umum dah tau, pemasaran emel adalah salah satu kaedah promosi yang sangat berkesan, namun masih ramai jugak yang masih tak mahu mencuba kaedah pemasaran ini.

 

Pada saya, anda tak perlu tunggu jadi perfect untuk bermula menggunakan kaedah pemasaran emel. Anda perlu bermula, tak kiralah apa level penguasaan anda, kerana dari situlah anda akan mula jadi lebih mahir menggunakan kaedah pemasaran ini.

emelmatik review

Jika anda baru bermula dalam pemasaran emel, saya cadangkan anda gunakan sistem autoresponder dari emelmatik. Dari segi kos, ianya masih lagi mampu milik. Satu yang perlu anda tahu ialah, rata-rata sistem autoresponder akan mengenakan caj tambahan apabila senarai list emel terkumpul anda bertambah. Lagi besar senarai emel list anda, maka lagi mahal anda kena bayar. Berbeza dengan emelmatik, mereka menawarkan pelan harga yang lebih menjimatkan.

 

#Kajian produk dan kajian pasaran

Permintaan untuk satu-satu produk ada turun dan naiknya. Bagi sesuatu produk yang bersaing dalam pasaran yang kompetitif lagilah susah kita nak ramalkan sama ada produk tu boleh kekal relevan dan sentiasa mendapat permintaan atau sebaliknya.

 

Maka disini, jika anda juga ingin fokuskan sumber pendapatan anda daripada program affiliate, anda perlu tahu produk yang mana satu yang boleh memberi anda hasil yang konsisten. Ada juga produk affiliate yang bersifat seasonal. Ia hanya bagus untuk memberi anda komisyen pada bulan-bulan tertentu sahaja.

 

Ada juga produk affiliate yang hanya bagus ketika pra pelancaran sahaja. Selepas tu, dah susah nak dapat sales walaupun hanya untuk satu unit sahaja. Kemudian, ada juga produk yang bersifat evergreen, namun komisyen yang ditawarkan tidaklah tinggi mana, dan persaingan untuk merebut komisyen juga agak kompetitif.

 

#Pelbagaikan lagi teknik, skil dan strategi promosi

Keep learning. Keep up to date. Setiap hari pasti akan ada pembaharuan dalam industri. Apa yang berkesan satu masa dulu, mungkin dah jadi kurang berkesan dan tak relevan sekarang ni.

 

Sama kes dengan kaedah pemasaran menggunakan blog. Setiap masa akan ada update-update terbaru, dan software terbaru yang dapat membantu anda melakukan pemasaran dengan lebih baik.

 

#Ulang langkah-langkah yang disebutkan

Apabila anda dah tahu dan dah jelas apa sebenarnya yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang ni, semuanya dah jadi lebih mudah. Orang putih kata, Do not reinvent the wheel. Anda hanya perlu ulang sahaja apa langkah-langkah yang dah sememangnya terbukti boleh menghasilkan pendapatan.

.

..

Artikel ini saya tulis pada 23 Julai 2015. Pada waktu ini, saya masih lagi bercuti sempena hari raya Aidilfitri di Jitra, Kedah. Kalau ikut kalendar, hari ni sebenarnya adalah hari raya yang ke tujuh.

 

Saya masih ingat lagi 2 atau 3 hari yang lepas, kebanyakkan rumah-rumah yang saya kunjungi semasa beraya, ada anak-anak yang sedang sibuk untuk pulang ke ibu kota. Masing-masing duk risau, harap-harap janganlah bertembung dengan traffic jammed. Ada yang plan nak bertolak selepas isya’, tengah-tengah malam, awal pagi dan sebagainya. Semuanya dengan harapan agar tidak tersangkut dalam traffic jammed. Pada saat-saat macam ini lah, saya bersyukur kerana tak perlu lalui kerisauan yang seperti mereka lalui.

 

Inilah salah satu kemanisan, bila kita bekerja sendiri (self employed) sebagai seorang internet marketer.

 

Adakah anda juga bercita-cita untuk menjadi seorang internet marketer? Anda boleh lakukannya. Mulakan langkah pertama anda hari ini juga. Mulakan sebagai artiviti part time sebelum anda beralih kepada fulltime, dan saya percaya, satu hari nanti, akan muncul lagi ramai internet marketer yang berjaya!

 

…dan mungkin, andalah orangnya!

 

Panduan untuk buat duit dengan program affiliate

buat duit dengan affiliate

Ini adalah panduan buat duit dengan program affiliate yang saya sendiri tulis. Panduan ini sesuai untuk mereka yang memang tak tahu apa-apa tentang program affiliate dan ingin menceburkan diri dalam bidang ni. Jika anda dah tahu dan dah pandai buat duit dengan affiliate, panduan ini bukan untuk anda. Saya syorkan adalah lebih baik anda fokus sahaja pada ilmu buat duit yang anda dah sedia tahu.

 

Saya dapati, masalah lazim mereka yang nak buat duit online, bukannya masalah tak tau nak buat apa, tetapi masalah tak buat apa benda yang mereka tahu. Untuk muat turun panduan ini, anda boleh klik sini.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 15 comments… read them below or add one }

Azzahairi July 23, 2015 at 8:25 pm

Penuh manfaat artikel ini. Memang patut cuba buat duit online. Kalau tak pandai boleh belajar daripada bertangguh atas alasan tak ada kepakaran. Terima kasih atas perkongsian ini.

Reply

sabree hussin July 24, 2015 at 10:50 am

Terima kasih tuan Azzahairi. Kepakaran tu In Shaa Allah akan datang hasil daripada perkara rutin yang kita buat selalu.

Reply

BroFami July 23, 2015 at 11:25 pm

Semua yg senarai kt atas ni buat dlm sehari ke mcm mne..?
Mula2 baca pagi2 cek email.. Petang dgn mlm x cerita plak.. Hehe ๐Ÿ˜€

Reply

sabree hussin July 24, 2015 at 10:47 am

Semua ni kena buat dalam masa sehari. Start dengan awal pagi. Kalau semua ni boleh settle sebelum tengahari, good news is, petang dengan malam boleh lepak dah ho ho

Tapi kebiasaannya, sambil-sambil lepak tu, saya akan start buat planning untuk aktiviti keesokkan harinya pulak

Reply

Sani July 24, 2015 at 5:03 am

Rutin tu macam best aje..terutama kalau dah buat full time ya bro Sabree..

Reply

sabree hussin July 24, 2015 at 10:48 am

Ada part yang best, ada part yang kurang best. Sama sahaja macam kita kerja makan gaji. Yang paling mahal sekali ialah pengalaman tu bro Sani

Reply

Shafawi July 24, 2015 at 9:26 am

Mmg menarik. Belum tercapai lagi hasrat nak jadi full time IM

Reply

sabree hussin July 24, 2015 at 10:50 am

Asalkan persediaan kearah itu dah pun bermula, sooner or later pasti akan tercapai jugak tuan Shafawi

Reply

akmal July 24, 2015 at 9:55 pm

salam .. autoresponder getresponse pun ok kan?

dan nak buat duit secara online ni .. selain affiliate, emel marketing.. apa lagi ya?

Reply

sabree hussin July 25, 2015 at 1:20 pm

Wasalam, getresponse pun bagus ๐Ÿ˜€

Reply

arihana July 25, 2015 at 8:20 am

sangat kemas penulisannya. faham. sangat membantu. ada bercita cita nak buat buku tak pasal beginner untuk internet marketer? saya sgt berminat utk membeli.

Reply

sabree hussin July 25, 2015 at 1:21 pm

Buku tentang beginner untuk Internet Marketing sebenarnya dah terlalu banyak di pasaran cik arihana ๐Ÿ˜€

Reply

Noriza Rahman July 30, 2015 at 8:56 am

Memang penuh jadual harian IM ni ya..tengok adik saya pun tiap hari menghadap HP je, banyak kerja la tu

Reply

sabree hussin July 30, 2015 at 11:05 pm

Sebenarnya jadi IM ni memang banyak kerja. Tapi ramai yang fikir jadi IM ni mudah pulak

Reply

Rohayu September 10, 2015 at 3:15 pm

Assalamualaikum.

Terimakasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini..
Semakin bersemangat untuk menjadi seorang IM yang berjaya seperti saudara..

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: