Ini sebab kenapa saya mula tinggalkan Bisnes Dropship dan beralih kepada Affiliate

by sabree hussin on June 20, 2016

in Bisnes Dropship

Sebelum saya cerita dengan panjang lebar, rasanya elok saya mulakan posting kali ini dengan membuat kenyataan seperti dibawah ini.

 

Bisnes yang dijalankan menggunakan konsep dropshipping sebenarnya adalah satu model bisnes yang BAGUS. Ia mempunyai kelebihannya yang tersendiri. In fact, saya juga pernah menulis beberapa kelebihan menjalankan perniagaan menggunakan konsep dropshipping.

konsep perniagaan dropship

Dengan kaedah dropship, ia memudahkan sesiapa sahaja untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Tak perlu lagi kena tunggu ada modal yang besar. Tak perlu tunggu ada kedai sendiri, dan tak perlu tunggu dah pencen atau dah berhenti kerja baru nak mula berniaga.

 

Sesiapa sahaja boleh mula berniaga menggunakan konsep dropship SEKARANG JUGA jika mahu. Walaupun anda rasakan yang anda adalah seorang yang sangat sibuk, dan anda hanya ada masa lapang sekitar 2 ke 3 jam sahaja dalam sehari. Ya, orang seperti anda juga boleh buat bisnes menggunakan konsep dropship.

 

namun anda perlu be realistic. Mungkin anda tak akan jadi mewah, atau jadi kaya raya kalau cuma bekerja 2 atau 3 jam sahaja sehari. Tetapi, saya percaya, kalau hanya dengan bekerja 2 atau 3 jam sehari, dan anda berjaya hasilkan keuntungan lebih kurang RM200 – RM500 setiap bulan, dengan perniagaan yang anda jalankan, ia masih lagi cukup baik.

 

Hakikatnya, bukan semua orang yang buat bisnes ni akan berjaya buat duit. Kalau anda boleh maintain dapat income RM200 – RM500 setiap bulan, anda dikira sangat hebat dan bertuah.

 

Walaupun begitu, bisnes dropship mungkin hanya indah khabar dari rupa buat sesetengah orang. Kenapa pulak saya kata macam tu? Ha… anda bacalah pula tentang beberapa kelemahan dan kekurangan bisnes dropship.

 

“Kalau dah tak buat dropship, bisnes apa pula yang saya patut buat? Saya bukannya ada banyak duit untuk dijadikan modal!”

mudahnya-bisnes-dropship

Tak perlu gusar. Dunia masih belum lagi kiamat. Pilihan untuk kita yang boleh kita pilih juga masih ada banyak. Kalau anda mahu ikut pendapat dan pandangan saya, saya akan syorkan anda untuk buat bisnes menerusi konsep affiliate pula.

 

Kemunculan laman-laman web ecommerce gergasi seperti Lazada, Zalora, EzBuy dan banyak lagi sedikit sebanyak memberi impak kepada para pemain bisnes dropship kecil-kecilan.

borong-dari-china-ezbuy-malaysia

Laman web EzBuy Malaysia seperti diatas ini akan bantu anda untuk borong pelbagai barangan dari negara China secara online. Anda hanya perlu buat tempahan menerusi laman web ini dan seterusnya pihak EzBuy akan bantu uruskan tempahan anda dengan selamat.

 

Saya dihubungi oleh salah seorang pembaca blog ini yang menjalankan bisnes secara online menggunakan konsep dropship. Salah satu produk yang dijual ialah Apple Learning Al-Quran. Gambar produk yang dimaksudkan adalah seperti dibawah. [Boleh juga klik sini untuk lihat produk]

belajar-alquran-untuk-kanak-kanak

Untuk para ibu bapa, yang inginkan anak-anak mereka terbiasa dengan alunan bacaan suci Al-Quran, bolehlah hadiahkan produk ini kepada anak-anak mereka. Produk ni didatangkan dengan saiz yang kecil sahaja. Boleh juga dipasang dengan tali untuk dikalungkan di leher kanak-kanak tersebut ataupun boleh juga kalau nak sangkutkan pada buaian.

 

Daripada kita pasang lagu-lagu yang melalaikan, adalah lebih baik kita pasang alunan ayat-ayat suci al-Quran. Manalah tahu, bila budak tu biasa dengar bacaan ayat Al-Quran, akan memudahkan budak tu hafal al-quran.

 

Anda nak tau berapa harga yang diletakkan oleh pembaca blog ni untuk produk Apple Learning Al-Quran ni? RM50 termasuk penghantaran.

 

Saya rasa harga tersebut agak mahal.

 

Sebabnya untuk produk yang sama, ianya boleh dibeli dengan harga yang berkali ganda lebih murah di laman web Lazada. Anda boleh klik sini untuk lihat perbandingan harga.

 

Kalau saya, dah tentu saya akan pilih untuk beli dengan harga yang lebih murah daripada beli dengan harga yang lebih mahal. Saya tak tau la kalau ada orang yang suka bayar mahal-mahal untuk barangan yang boleh dibeli dengan harga yang lebih rendah.

 

Bisnes dropship jadi kurang menarik apabila… 

Secara peribadi, saya berpendapat bisnes dropship jadi kurang menarik apabila

(1) Terdapat banyak persaingan

Bila buka FB, Instagram dan juga lain-lain media sosial, anda pasti akan jumpa iklan yang menjual produk yang sama seperti yang anda jual. Ini petanda bahawa persaingan dah makin bertambah.

(2) Berlaku perang harga

Sudah tentu peniaga yang ada modal besar masih lagi akan untung walaupun mereka buang harga. Ambil contoh produk Apple Learning Al-Quran ini. Ada pembaca blog ini yang jual dengan harga RM50. Tetapi laman web Lazada boleh tawarkan harga yang lebih murah. Tak sampai RM20 dah boleh dapat. Tak percaya? Anda boleh semak harga kat sini.

 

(3) Produk tersebut mudah didapati

Jika anda baru nak mula berniaga, tolonglah jangan jual benda yang senang nak dapat. Buang masa je. Prospek anda bukan sahaja tak perlukan anda untuk beli produk tu, malahan prospek boleh buat perbandingan harga dengan sangat mudah.

 

Tiga contoh situasi yang saya sebutkan kat atas tu, secara tak langsung menyebabkan bisnes dropship jadi kurang menarik.

 

Ya, sudah tentu anda boleh gunakan kebijaksanaan anda untuk cari jalan keluar daripada masalah-masalah tersebut dan come out with a new and reliable plan.

 

As for me, memandangkan saya malas nak pening-pening, nak fikir semua benda-benda ni, jadi saya rasa ada baiknya saya ubah sedikit pendekatan yang saya gunakan untuk buat duit secara online.

 

Pilih untuk buat bisnes affiliate disamping dropship seems like a reasonable choice.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: