Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Imam Hanafi Pendebat Kebenaran

September 27, 2016 by sabree hussin 4 Comments

Saya meneliti senarai buku yang terdapat di rak buku Perpustakaan Negara Malaysia. Ada macam-macam tajuk yang menarik. Kemudian saya terpandang sebuah buku karya Abdul Latip Talib berjudul Imam Hanafi Pendebat Kebenaran.

 

Kenapa Imam Hanafi dikatakan sebagai seorang pendebat? Tak boleh jadi ni. Kena baca buku ni. Rasanya dah sampai masa untuk saya ambik tahu dengan lebih mendalam lagi perihal tentang Imam Mazhab. Tinggalkan sejenak buku-buku dalam bidang pemasaran, perniagaan, motivasi dan sebagainya. Kali ini, nak baca tentang topik sejarah Islam pula.

 

Alang-alang nak baca tentang Imam Hanafi, saya rasa lebih baik kalau dapat baca tentang keempat-empat imam mazhab sekaligus. Nasib saya baik. Saya jumpa keempat-empat buku tentang imam mazhab, iaitu buku-buku berjudul Imam Hanafi Pendebat Kebenaran, Imam Maliki Pengarang Kebenaran, Imam Syafie Pejuang Kebenaran, dan Imam Hanbali Penegak Kebenaran.

 

buku-imam-hanafi-pendebat-kebenaran Seingat saya, masa zaman sekolah menengah dulu memang pernah belajar tentang Imam Hanafi.

 

Tetapi topik mengenai imam mazhab hanya disentuh sedikit sahaja. Ia hanya menjadi satu topik kecil dalam subjek pendidikan Islam.

 

Selepas habis sekolah, saya dah tak pernah baca sebarang buku yang berkaitan dengan imam mazhab. Jadi kali ini, bila saya terjumpa buku yang dikarang oleh penulis novel sejarah Islam ini, iaitu Abdul Latip Talib, saya rasa ini adalah peluang yang sangat baik untuk ingat semula jasa-jasa dan sumbangan yang pernah diberikan oleh Imam Abu Hanifah kepada umat Islam seluruh dunia.

 

Buku berjudul Imam Hanafi Pendebat Kebenaran ini diterbitkan pada tahun 2010 oleh PTS Publications.

 

Berikut ni pula adalah senarai bab yang dimuatkan dalam buku ini.

Bab 1 Darah mengalir di Kufah

Bab 2 Lahirnya seorang Ulama

Bab 3 Anak yang soleh

Bab 4 Al-Hajjaj Bin Yusof At-Thaqafi

Bab 5 Berguru dengan Abdullah bin Abbas

Bab 6 Berguru dengan Abdullah bin Mas’ud

Bab 7 Debat Perdana

Bab 8 Kasih seorang guru

Bab 9 Mufti Kufah

Bab 10 Kejujuran seorang ulama

Bab 11 Mengerjakan ibadah haji

Bab 12 Hormat kepada guru

Bab 13 Dihukum penjara

Bab 14 Pemberontakkan di Khurasan

Bab 15 Tumbangnya Bani Umaiyah

Bab 16 Abu Al-Abbas As-Saffah

Bab 17 Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur

Bab 18 Diracun

Bab 19 Jasanya tetap dikenang

 

Nama sebenar Imam Hanafi adalah An-Nukman bin Thabit. Beliau dilahirkan pada tahun 80 hijrah/ 699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Imam Hanafi juga dikenali dengan nama Imam Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Ada juga pendapat lain yang mengatakan beliau digelar Hanifah kerana sering membawa dakwat walau kemana sahaja beliau pergi. Perkataan Hanifah adalah bermaksud dakwat dalam bahasa Parsi.

 

Menerusi novel ini, kita boleh mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang Imam Hanafi ketika beliau masih kecil dan ketika zaman remajanya. Imam Hanafi adalah seorang yang pandai berniaga. Semasa remajanya, beliau cenderung untuk memilih bidang perniagaan berbanding untuk menjadi ulama. Walaubagaimanapun, atas permintaan ibunya, yang mahukan Imam Hanafi menjadi seorang ulama, akhirnya beliau memilih untuk menjadi ulama, dan perniagaannya diuruskan oleh pembantunya.

 

Memandangkan Imam Hanafi mempunyai perniagaan sendiri, iaitu perniagaan kain dan juga jubin, serta mempunyai kilang pakaian, maka beliau adalah seorang ulama yang memiliki kekayaan. Namun demikian, kekayaan beliau sering digunakan bagi membantu golongan fakir miskin dan mereka yang memerlukan bantuan.

 

Bab 4 Al-Hajjaj Bin Yusof At-Thaqafi. Beliau adalah seorang gabenor di Kufah. Walaupun begitu, Al-Hajjaj bukanlah seorang yang baik. Beliau adalah seorang yang keji, kejam dan selalu menumpahkan darah orang Islam. Semasa zaman penguasaan beliau sebagai Gabenor di Kufah, ramai ulama yang dibunuhnya.

 

Bab 7 Debat Perdana. Dalam bab ini kita dapat ikuti sesi debat yang disertai oleh Imam Hanafi bersama seorang individu bernama Dahri yang merupakan seorang utusan Maharaja Rom yang muncul untuk mencabar para ulama dalam sesi debat. Ketika ini adalah zaman pemerintahan Khalifah Yazid. Dahri mencabar semua ulama yang ada di Baghdad untuk berdebat dan semuanya berjaya dikalahkan oleh Dahri. Para ulama gagal untuk menjawab soalan yang ditanyakan oleh Dahri.

 

Bab 9 Mufti Kufah. Imam Abu Hanifah dilantik menjadi mufti di Kufah. Dalam bab ini turut direkodkan antara kata-kata Imam Abu Hanifah iaitu

“Aku memberi hukum berdasarkan Al-Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam Al-Quran aku gunakan Hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (Al-Quran dan Hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja”.

 

“Saya berijtihad sepertimana mereka berijtihad dan berpegang pada kebenaran seperti mereka juga yang berpegang pada kebenaran. Dalam hal ini saya tidak memaksa sesiapa mengikut fahaman saya. Mereka bebas menolaknya sekiranya ada pendapat lain yang lebih benar dan bertepatan dengan Quran dan hadis.”

 

“Saya hairan mendengar tuduhan yang mengatakan saya memberi fatwa berdasarkan fikiran saya sendiri, padahal saya tidak memberi fatwa kecuali berpandukan Quran, hadis dan pendapat para sahabat.”

 

“Saya tidak menerima sesetengah hadis yang diriwayatkan oleh orang tertentu yang mengatakan menerimanya daripada Rasulullah padahal hadis itu saya dapati bercanggah dengan ayat-ayat dalam Al-Quran.”

 

“Sikap saya ini tidak bermakna saya menolak ataupun mendustakan hadis Rasulullah. Saya hanya menolak orang yang meriwayatkan hadis itu secara sah. Saya hanya ragu pada orang yang membawa hadis itu, bukan pada kata Rasulullah. Nabi Muhammad tidak menyuruh sesuatu yang berlawanan dengan suruhan Allah. Beliau juga tidak menyuruh apa yang dilarang Allah dan tidak pula melarang apa yang disuruh Allah.”

 

Bab 18 Diracun. Peristiwa ini berlaku pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah oleh Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur. Beliau ingin Imam Hanafi menjadi kadi bagi menguatkan lagi kedudukan dan pengaruh Khalifah Abu Jaafar. Walaubagaimanapun, Imam Hanafi menolak perlantikkan tersebut kerana tidak mahu bersubahat dengan pemerintah yang zalim. Penolakkan ini membuatkan khalifah berang dan akhirnya beliau memerintahkan supaya Imam Hanafi dipenjarakan dan diseksa setiap hari. Kemuncak seksaan ini ialah Imam Hanafi diarahkan untuk meminum air yang telah dicampurkan dengan racun. Maka berakhirlah riwayat seorang ulama ditangan seorang pemerintah.

 

Walaupun buku ini adalah berkenaan dengan Imam Hanafi, namun hakikatnya ada macam-macam perkara yang kita boleh pelajari tentang sejarah kerajaan Islam terdahulu. Contohnya apa yang berlaku pada zaman pemerintahan bani Umaiyah dan sifat kejam para khalifah yang sanggup untuk membunuh semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

 

Sekali baca, terasa seperti sejarah sedang berulang. Hanya Khalifah Umar Abdul Aziz sahaja yang merupakan khalifah dari zaman Bani Umaiyah yang menjadi pemerintah yang baik. Selebihnya, khalifah yang ada adalah seorang yang kejam dan langsung tidak mengikuti contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan Khulafa Ar Rasyidin.

 

Hanya mereka yang kejam, yang sanggup buat apa sahaja dan sanggup menumpahkan darah sahaja yang dapat berkuasa dalam tempoh masa yang lama. Adakah negara kita Malaysia juga berlaku perkara seperti ini? Wallahua’lam.

 

Rasanya ada banyak lagi yang saya nak kongsikan tentang buku ni. Tapi saya rasa adalah lebih baik kalau anda baca sendiri buku ini. Harganya pun tak mahal mana. Buku ini dikeluarkan dalam dua versi. Ada versi biasa dan ada Edisi Jimat. Edisi Jimat sudah tentu harganya lebih murah.

 

Kalau anda nak baca versi ebook pun ada. Harganya juga lebih murah. Boleh klik sini untuk lihat yang versi ebook.

 

Apa pun, buku ni best. Saya syorkan anda untuk baca buku ini. Carilah masa, In Shaa Allah tak rugi baca buku tentang sejarah Ulama terkemuka ini.

 

Alright, post seterusnya saya akan kongsikan tentang Imam Malik, Imam Syafie dan juga Imam Hanbali pula.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 30 Wasiat Imam Syafie

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: Imam Hanafi Pendebat Kebenaran, review buku Abdul Talip Latib

Comments

  1. Oyong Ilham says

    September 28, 2016 at 12:50 am

    imam syafii adalah imam besar yang sangat berpengaruh dlm peradaban Islam

    Reply
    • sabree hussin says

      September 28, 2016 at 2:44 pm

      Ya, betul tu.

      Reply
  2. PAJSK says

    October 3, 2016 at 12:30 pm

    Ulama+ahli perniagaan+dermawan= hebat

    Reply
    • sabree hussin says

      October 5, 2016 at 4:04 pm

      Ya, beliau memang hebat. Patut kita contohi.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in