Blog Sabree Hussin

iflix: Cara baru generasi kini layan Movies dan TV Series?

Sejak akhir-akhir ni, kemana-mana saya pergi saya akan ternampak iklan tentang iflix. Anda tak tau apa itu iflix?

Saya rasa agak susah nak ignore kewujudan iflix ni. Apa yang saya perhatikan, iklan tentang iflix ni ada dimana-mana. Dari di belakang teksi, hinggalah ke media sosial, hampir semua tempat ada iklan tentang iflix ni.

 

… dan akhirnya saya pun cuba untuk daftarkan akaun free trial untuk iflix. Walaupun hanya akaun free trial, saya boleh tonton beratus-ratus movie dan tv series yang menarik yang kalau kita kira, mungkin mencecah sehingga ribuan jam untuk habis tonton kesemua sekali.

 

Dah tentulah saya tak ada masa sebanyak tu. Saya juga perlu bekerja, ada banyak buku-buku yang perlu dibaca dan di review, dan macam-macam lagi kerja rumah yang perlu dibuat. Tetapi… dengan iflix, saya boleh tonton movie ataupun tv series kegemaran saya sambil buat kerja-kerja lain.

 

Orang sekarang tonton movies dan tv series hanya dengan gadget, smartphone, tablet, ipad dan sebagainya…

Dengan iflix, anda boleh download movie kegemaran anda untuk ditonton kemudian menerusi smartphone. Ataupun boleh tonton secara online menggunakan apps iflix terus menerusi smartphone, tablet mahupun ipad.

 

… dan sekarang ni, saya agak sibuk layan Tv Series The Flash.

Kalau 4 atau mungkin 5 tahun kebelakang, saya memang lebih suka layan TV Series berbanding movies. Masa tu, memang cukup mudah nak dapatkan link download untuk saya muat turun tv series kegemaran saya.

 

Kemudian, dua atau tiga tahun selepas tu, ia mula jadi lebih susah. Banyak laman-laman web yang kongsi link download mula stop operasi. Di pihak kerajaan Malaysia, menerusi SKMM pun turut campur tangan dengan menyekat ip address laman-laman web yang memberikan link download untuk movies atau tv series sama ada dalam mahupun luar negara.

 

Tak silap saya, 2013 – 2015 saya stop terus layan sebarang tv series. Memang tak jumpa tempat nak tonton tv series ni semua. Kat Astro bukan semua ada, dan kalau nak harapkan TV1, TV2, TV3, NTV7 mahupun TV9 … memang hampir mustahil.

 

Satu hari, entah dari mana muncul pulak iflix. Sinar harapan muncul kembali. The best part is, kita boleh tonton sebarang movies on the go. Kalau nak tengok offline, kena pastikan dah download movies tu dulu, dan kalau nak tengok online, of course kena pastikan tempat kita tu ada sambungan internet yang baik.

 

Setidak-tidaknya dengan kemunculan iflix ni, ia dapat menceriakan hidup saya yang memang dah sedia ceria. Sekarang ni… saya memang dah agak kurang tonton tv. Pakej yang ditawarkan dalam astro bukan tak cukup baik, ia agak menarik, cuma menyampah dengan iklan yang terlalu banyak.

 

Astro ni pun satu hal. Dari dulu sampai sekarang masalah tetap sama. Bila hujan, terus tak ada signal, dan pakej yang kita beli, termasuk dengan iklan-iklan pulak tu. Terlintas juga kadang-kadang tu, kita dah bayar bil astro mahal-mahal setiap bulan, mereka sepatutnya keluarkan atau buang sebarang iklan dalam pakej yang kita langgan tu. Kita bukannya tengok free, berbayar ok.

 

Jadi lepas ni, konsep iflix ni kalau ditakdirkan dapat diterima umum, mungkin lepas ni kita dah tak perlu kot nak bayar mahal-mahal untuk langgan perkhidmatan satelit tv, atau boleh jadi, penyedia perkhidmatan satelit tv akan turunkan caj perkhidmatan ke?

 

After all, kita manusia biasa cuma ada 24 jam sahaja dalam sehari. Tak akan mampu kita nak mengadap TV dan laptop atau tablet sepanjang masa untuk layan movies dan tv series semata-mata.

 

Jadi lepas ni, sambil bekerja dari rumah, bolehlah berhibur dengan iflix. Cuma harap-harap, masa untuk bekerja tu tak akan berkuranglah sebab duk layan iflix ha ha

 

Ps: kan bagus kalau iflix ada buat affiliate program 😀

 

Exit mobile version