Semasa saya sedang menunggu giliran untuk menaiki bot bagi sesi island hopping di Pulau Langkawi, (yang akan melawat beberapa tempat seperti Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan juga Eagle Feeding) saya sempat berbual dengan pemilik bot.
Dalam perbualan tu, kami sempat berbincang tentang bisnes. Saya diberikan tawaran yang agak menarik kalau betul-betul serius nak buat duit.
Perkenalkan dan bawa kawan-kawan untuk datang ke Pulau Langkawi dan ambil pakej Island Hopping dengan syarikat milik beliau. Kalau confirm jadi, saya akan dapat sedikit komisen daripada recommendation tersebut.
Kalau dalam dunia online, benda ni sama konsep dengan affiliate marketing. Tawaran ni memang cukup menarik, dan saya juga cukup teruja pada ketika tu. Saya sempat membayangkan beberapa kaedah pemasaran yang bakal saya gunakan untuk tarik pelancong ke Pulau Langkawi dan seterusnya ambil pakej Island Hopping dengan syarikat ni.
Tak berapa lama selepas tu, saya mendapat tugasan untuk mempromosikan sebuah homestay murah berdekatan Airport di Pulau Langkawi. Pada awalnya, saya cuma diberi tugasan untuk ambil gambar dan hasilkan sebuah artikel review berkenaan dengan homestay tersebut, itu sahaja.
Kemudian, bila dah berbual-bual agak lama dengan pemilik homestay tu, dia turut tawarkan saya komisen sekiranya saya berjaya bawa pelanggan untuk datang menyewa di homestay miliknya.
Sebenarnya bukan saya tak minat nak buat duit dalam industri pelancongan. Cuma setakat ini, tawaran yang saya perolehi semuanya tak berapa menarik. Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan, dan upahnya juga mungkin tak seberapa.
Sampai satu tahap, saya rasa lebih baik saya fokus sahaja kepada tugasan menulis artikel promosi. Tugas menulis artikel promosi seperti ini tidaklah begitu memeningkan kepala.
Satu hari, saya temui peluang baru. Saya nak perkenalkan kepada anda semua, program affiliate Involve Asia. Dalam program affiliate ini, ada macam-macam syarikat, produk dan servis yang boleh kita sebagai ahli, promosikan. Salah satu yang termasuk dalam industri pelancongan ialah laman web Agoda.
Bila saya mula buat marketing… rupa-rupanya memang boleh buat duit.
Nak kata banyak sangat komisen yang saya dah pernah dapat tu, taklah banyak. Sesuailah dengan usaha pemasaran yang tak seberapa.
Saya tak begitu berkenan dengan tawaran-tawaran sebelum ini, contohnya tawaran buat duit dengan mempromosikan sesi island hopping dengan homestay jimat di Pulau Langkawi tu, sebabnya ia tak ada satu sistem yang baik untuk menjadikan kerja pemasaran menjadi lebih berbentuk automatik.
Segalanya manual.
Saya kena cari pelanggan, saya kena bercerita kepada pelanggan, kemudian minta duit pada pelanggan, dan pada hari kejadian, saya perlu pastikan pelanggan tu datang ke Pulau Langkawi dan ikuti sesi Island Hopping tu tadi.
Saya juga perlu ambil kira kebarangkalian untuk pelanggan ni selalu kacau saya dan minta saya sentiasa update mengenai sesi island hopping yang ditempah. Mereka mungkin akan cancel, tunda atau apa-apa sahaja.
Benda ni agak leceh, dan saya tak berapa gemar buat benda-benda yang leceh.
Tetapi, kalau ada sistem yang seperti Agoda, kerja jadi lebih mudah. Saya hanya perlu bawa pelawat atau pengguna internet masuk ke laman web menerusi link affiliate saya, dan sekiranya pelawat itu tadi minat nak buat tempahan, saya akan dapat komisen.
Kalau dia tak minat dengan tempat yang saya cadangkan, dan kemudian dia pilih untuk booking di tempat lain, asalkan dia masih lagi menggunakan perkhidmatan dari Agoda, saya masih lagi tetap akan dapat komisen.
Lebih simple, bukan?
Jadi apa kata anda juga sertai program Involve Asia ini.
Pelbagai produk dalam Industri Pelancongan
Bila sebut tentang industri pelancongan, apa produk yang bakal anda jual, yang terlintas dalam fikiran anda agaknya ya?
Sudah tentu ianya tak terhad setakat pakej pelancongan ataupun pakej penginapan sahaja. Ada macam-macam produk yang boleh kita jual.
Misalnya
(1) Tiket
Pelbagai jenis tiket, termasuk tiket bas, tiket penerbangan, tiket kemasukkan kemana-mana tempat menarik yang memerlukan bayaran masuk.
Untuk cari tiket bas boleh ke laman web – BusOnlineTicket atau CatchThatBus
Untuk cari tiket penerbangan murah boleh rujuk laman web ini – Airpaz
Untuk lihat senarai aktiviti di Pulau Langkawi boleh ke – Adventoro Langkawi
(2) Tempat penginapan
Untuk tempat menginap ni pula, ada macam-macam laman web tempahan yang boleh dipromosikan. Misalnya
Pengguna boleh buat booking dekat mana-mana satu laman web yang saya dah senaraikan dekat atas tu, dan asalkan sebelum dia buat tempahan, dia ada tekan link affiliate saya, saya masih akan dapat komisen.
(3) Bisnes jual t-shirt dan cenderahati
Biasanya, pengunjung yang datang ke satu-satu tempat, mesti nak dapatkan sesuatu sebagai kenang-kenangan ataupun untuk dibuat ole-ole kepada kenalan dan ahli keluarga.
Jadi saya rasa kalau jual t-shirt juga boleh untung besar. Itupun bergantung kepada design juga.
(4) Bisnes tour guide
Bisnes ni lebih kurang sama macam yang dilakukan oleh syarikat ED Holidays Travel & Car Rental Sdn Bhd. Selain tawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri di Kota Kinabalu, mereka juga ada sediakan khidmat tour guide bagi yang mungkin tak berapa yakin kalau nak pandu sendiri apabila pergi bercuti ke Sabah nanti.
(5) Bisnes gadget dan keperluan semasa travel
Misalnya bagasi, camera, goggle, pakaian musim sejuk dan macam-macam lagi.
Saya percaya, selain daripada lima perkara yang saya senaraikan kat atas ni, ada banyak lagi cabang untuk kita buat duit dalam industri pelancongan. Ini merupakan salah satu bidang yang saya minat untuk ceburkan diri sekarang ni.
Saya mula dari peringkat paling rendah dulu. Setakat ini, nampaknya pulangan dia boleh tahan, walaupun baru mula sekitar bulan Oktober 2017 yang lepas. Lagipun, saya start small.
Setakat ini, saya hanya bermula dan beroperasi melalui sebuah website sahaja dulu. Tengoklah nanti, mungkin satu hari nanti, saya akan luaskan lagi rangkaian dan capaian saya. Itupun kalau perlu, sebab setakat yang saya dapat perhatikan sekarang ni, kalau hanya dengan berbekalkan sebuah website dah boleh dapat hasil yang saya sasarkan, buat apa nak pening-pening kepala dan tambah beban kerja pulak kan?
Oleh kerana saya pun masih di peringkat bayi dalam industri ini, jadi saya tak dapat nak cerita lebih-lebih. Tunggulah, bila saya dah betul-betul ada pencapaian yang betul-betul boleh dijadikan contoh, baru saya cerita dan ulas lebih lanjut ya.
Doakan kejayaan saya ya.
reezluv says
mmg masyuk kalau ada blog yang related dengan travel ni. dalam Malaysia dan luar negara..syok buat advertorial bagai..company berebut-rebut nak letak artikel :D. Apa yang tak bestnya, pikir nak update tu.kikiki
sabree hussin says
Ada benarnya tu 🙂 Cuma part company berebut-rebut nak letak artikel tu je yang belum sampai ke tahap tu lagi… soon maybe… soon…
Sayzon says
Saya sangat tertarik dengan huraian cerita anda.
Bagai mana memulakannya?
Saya sangat berminat dan ingin memulakannya.
Saya mengharapkan tunjuk ajar dari anda
sabree hussin says
Sebagai permulaan, saya syorkan encik Sayzon baca artikel-artikel dalam blog saya ini. Sila ke ruangan arkib blog ini ya.