Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Hidup Ini Terlalu Singkat, Kan?

August 2, 2014 by sabree hussin 4 Comments

Ada orang, dia cari rezeki dengan bantuan tulang empat kerat. Dia bekerja keras mengerah keringat dan menggunakan semua kudrat yang ada.

Ada orang, dia cari rezeki dengan cara bercakap. Kerja dia nampak mudah, dan modalnya pulak cuma air liur. Ramai yang ingat, kerja bercakap ni senang. Tapi cubalah buat… kita tengok dia mampu bukak mulut ke tak?

Ada orang, dia cari rezeki dengan menulis. Tup tap tup tap… siap satu artikel. Siap satu buku. Siap satu ebook.

Yang penting, kerja tersebut HALAL. Kerja tersebut tidak menindas sesiapa, dan kita yang bekerja ni, tidak sampai meninggalkan syariat hingga terkeluar dari landasan agama.

Tak usah membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain.

dream

Ya… mungkin, orang lain kelihatan lebih berjaya dan nampak bergaya, dengan karier dan kerjaya mereka dalam bidang yang memerlukan mereka banyak bercakap.

Itu dia. Bahagian dia. Jika anda cuba untuk jadi macam dia, anda belum tentu boleh jadi sama macam dia.

Apa yang terbaik, anda terima kelebihan dan anugerah yang Allah dah berikan pada anda. Jika kemahiran anda letaknya pada skil penulisan, tambahkan kesyukuran. Asah lagi bakat tu, hingga ia mampu pergi ke tahap paling tinggi.

Alang-alang tahu menulis, biar sampai jadi penulis TERBAIK.

Betul. Kita nak jadi yang terbaik, dalam bidang kita. Dalam bidang yang kita pilih dan dalam bidang yang kita rasa seronok, rasa teruja dan rasa hidup apabila kita bekerja.

Bukannya, bidang yang kita rasa MATI dan teraja jiwa ini KOSONG apabila bekerja. Faham ke tidak ni?

Life is too short.

Jangan bazirkan ia dengan menjalani kehidupan yang kita akan kesali di penghujung usia nanti.

Pejam celik, pejam celik… tahu-tahu usia dah makin bertambah.

Entah berapa lama lagi agaknya, kita masih lagi diberi peluang untuk hidup bebas atas muka bumi ni. Dengan bertambahnya usia, maka makin berkuranglah masa yang tinggal untuk kita berada atas dunia ini.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Bekerja Sendiri lagi susah berbanding Makan Gaji?
  2. Hidup Bebas Hutang Menerusi Jalan Penulisan
  3. Tips Buat Duit Bekerja Sebagai Data Entry
  4. Bekerja Dari Rumah Atau Berniaga Dari Rumah?

Filed Under: Personal

Comments

  1. Hafizul says

    August 3, 2014 at 2:58 pm

    Yup..jangan bazirkan masa yang ada..hehe

    Reply
  2. Hazmin Hamudin says

    August 3, 2014 at 5:37 pm

    Sekarang ni masa memang cepat je rasa berlalu. Macam raya ni pun sekejap je dah seminggu. tak terasa betul.

    Reply
  3. mai has says

    August 7, 2014 at 1:48 pm

    hidup biarlah menjadi yang luar biasa.jgn jadi biasa2 saja,intrepretasi luar biasa terletak pada masing2…:-)

    Reply
  4. Aishah Ahmad says

    August 7, 2014 at 8:49 pm

    setuju.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in