Blog Sabree Hussin

Hafal al-Quran?

Saya memandang ke luar tingkap feri yang saya naiki menuju ke Pulau Tioman. Sesekali feri beralun-alun akibat dipukul ombak.

 

Melihat ke arah permukaan laut yang terbentang luas, membuatkan saya teringat pada kenangan lama. Dalam banyak-banyak kenangan, kenangan zaman sekolah menengah yang muncul. Mungkin semua ni normal kot. Secara automatik kita rasa nak throwback pada peristiwa-peristiwa masa lalu…

 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 ٱلْقَارِعَةُ

 مَا ٱلْقَارِعَةُ

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْقَارِعَةُ

 

Suatu maghrib di sekitar tahun 2004 atau mungkin 2005. Surah al-Qari’ah menjadi surah pilihan ketika saya sedang mengimamkan jemaah yang terdiri daripada rakan-rakan sekolah yang lain.

 

Sayangnya… sekarang ni, pada tahun 2016, entah dimana silapnya. Saya dah LUPA surah tersebut. Seolah-olah ayat hafazan tersebut HILANG dari memori.

Memandangkan perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman mengambil masa kira-kira 2 jam, saya ambil peluang ni untuk “dapatkan” kembali yang saya telah hilang.

 

Lalu saya buka ipad, buka apps Al-Quran dan mula “menghafal” kembali.

 

Kurang daripada sejam selepas itu, dengan izin Allah, saya dapat kembali. Satu perasaan yang sungguh gembira, dan ada juga rasa sebak.

 

Kemudian saya berkongsikan kegembiraan ini bersama isteri saya.

 

“Cepat betul abang dapat hafal surah ye?”

 

Saya senyum. Rasa macam kena pukul dengan pujian yang memberi semangat tu.

 

“Sebenarnya abang memang dah pernah hafal surah ni. Dah lama tak amalkan, lepas tu terlupa. Tadi tu cuma nak dapatkan balik apa yang abang dah lupa sebenarnya. Sebab tu cepat dapat ingat balik.”

 

Saya pernah baca sebelum ni. Kalau tak silap dalam buku berkenaan Neuro Linguistic Programming singkatan bagi NLP. Sebenarnya apa yang kita pernah lihat, pernah baca atau yang pernah hafal sebelum ni, kita tak akan lupa. Ia tak mungkin hilang begitu sahaja dalam ingatan.

 

Kita cuma perlu tahu “step by step” macam mana nak kembalikan semula ingatan ataupun memori tu. Memori tersebut tersimpan di suatu ruang dalam minda kita. Kita kena tau macam mana nak bangkitkan ia semula. Itu sahaja.

 

Ok…

 

Lepas ni, saya berazam nak “kembalikan” ingatan saya terhadap ayat-ayat quran lain yang pernah saya hafal sebelum ni. I know it is there.

 

Saya ingat nak baca buku Masa Untuk Emas, rupa-rupanya saya tak bawak buku tu. Tak apa la, atas laut, lebih afdhal baca quran daripada baca bahan bacaan lain yang lebih bersifat duniawi, kan?

 

 

Exit mobile version