Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Fokus atau Pelbagaikan Kaedah Pemasaran?

April 11, 2014 by sabree hussin 4 Comments

Dalam konsep pelaburan, kita juga didedahkan dengan istilah seperti

Don’t put all your eggs in one basket

Maksudnya, jangan letakkan semua sumber yang berharga yang ada pada anda hanya pada satu tempat sahaja. Jangan bergantung hanya pada satu sumber sahaja.

Sebabnya, kalau jadi apa-apa yang tak baik pada sumber tersebut, anda juga yang akan ditimpa masalah yang besar.

Maka dari situ wujud pula konsep diversify, lawan bagi focus. Diversify membawa maksud pelbagaikan.

magnifying glass with focus on quality

Begitu juga halnya dengan konsep pemasaran dan perniagaan online. Kita tak digalakkan untuk bergantung hanya semata-mata pada satu sistem sahaja.

Contohnya, kalau sebelum ni anda dah biasa guna FB, anda hanya guna FB sampai bila-bila.

Ataupun, kalau anda biasa guna kaedah pemasaran menerusi medium blogging, anda hanya fokus pada blogging sahaja.

… dan jika sebelum ini anda hanya guna email marketing, anda hanya fokus pada kaedah pemasaran itu semata-mata.

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan apa yang anda lakukan selama ini salah ataupun kurang tepat. Namun, apa yang ingin saya tekankan disini ialah pentingnya untuk anda memikirkan satu alternatif bagi memaksimumkan pulangan dan keuntungan yang anda boleh perolehi apabila menggabungkan 2 – 3 cara dalam pemasaran.

Setakat waktu entri ini ditulis, lazimnya top internet marketer akan menggabungkan beberapa kombinasi pemasaran seperti

1. FB + Email marketing

2. FB + SMS marketing

3. FB + Blogging

4. Blogging + Email marketing

5. FB + Email marketing + blogging

Kalau anda hanya bergantung pada FB, perniagaan dan pendapatan anda akan terjejas setiap kali pihak FB mengemaskini dan memperkenalkan sistem algorithma baru disamping memperkenalkan design dan layout terbaru.

Kalau anda hanya bergantung pada email marketing, sedikit sebanyak anda akan terjejas apabila berlaku perubahan pada peraturan menghantar email dan lazimnya syarikat autoresponder perlu patuh pada organisasi seperti Spamhaus yang mencorakkan perjalanan pemasaran menerusi email.

Kalau anda hanya bergantung pada blogging, bermakna setiap perubahan yang dilakukan oleh google dan sistem search engine, akan turut beri pengaruh dan kesan terhadap pendapatan anda.

Jadi, adakah wujud sistem pemasaran yang PERFECT?

Jawapannya… Tak ada.

Tak ada yang sempurna melainkan hanya Allah SWT sahaja. Jangan mengharapkan kesempurnaan pada makhluk ataupun sistem-sistem rekaan makhluk tuhan.

Namun, sememangnya ada cara untuk buat pemasaran dengan kaedah yang berkali ganda lebih baik.

Setiap yang terlibat dengan aktiviti pemasaran patut memiliki senarai database pelanggan ataupun prospek yang fungsinya untuk memudahkan anda lakukan pemasaran.

Database prospek dan pelanggan dapat dibina apabila anda faham bagaimana menggunakan medium-medium pemasaran seperti yang saya bincangkan sebelum ini.

Sebagai penerangan

Blog

Fokus anda bukan sekadar untuk dapatkan seberapa ramai pembaca atau pelawat semata-mata. Pada masa yang sama, anda juga perlu fokus untuk kumpulkan subscriber.

Mereka yang menjadi subscriber bagi blog anda akan menerima notifikasi menerusi emel untuk setiap artikel baru yang anda siarkan dalam blog anda. Jadi, walaupun mereka tidak akses ke blog anda, anda masih boleh keep in touch dengan pembaca blog anda.

FB

Kumpulkan senarai prospek menerusi fungsi FB Group.

Wujudkan komunikasi dua hala antara anda dan juga prospek anda.

SMS

Kumpulkan nombor telefon prospek.

Email marketing

Kumpulkan senarai emel prospek anda. Senarai emel boleh dibahagikan mengikut minat, lokasi, kempen dan sebagainya.

****

Ini yang akan berlaku apabila anda tak ada database prospek dan pelanggan anda sendiri.

Setiap kali anda ada produk baru untuk dipromosikan, setiap kali itu juga lah anda perlu bermula dari bawah. Anda perlu bermula dari prospek anda yang pertama.

LAMBAT.

Cara cepat ialah apabila anda dah punyai database pelanggan anda sendiri.

Saya ambil contoh, anda berjaya kumpul 1,000 orang prospek untuk satu-satu masa.

Satu hari, anda ada satu produk untuk dipromosikan. Ya. Anda ada 1,000 prospek yang anda boleh target untuk buat promosi.

Bagaimana kalau esok lusa anda sekali lagi ada produk baru untuk dipromosikan?

Anda tak perlu mula dari kosong, sebabnya anda boleh terus gunakan database pelanggan yang anda dah pernah miliki sebelum ni.

Bukan kah cara ini lebih baik?

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Soal Jawab Kaedah Pemasaran Di FB Group
  2. Boleh ke gunakan kaedah pemasaran FB Group untuk bisnes saya?
  3. Kaedah pemasaran tanpa kos menurut aliran ilmu Dutanaga
  4. Strategi Pemasaran FB Group + Emel + Blog

Filed Under: Pemasaran Internet

Comments

  1. zamriharun says

    April 12, 2014 at 9:34 am

    Assalamualaikum tuan Sabree,

    Pada pendapat saya menggunakan pelbagai cara pemasaran dan promosi adalah langkah terbaik dalam sesuatu perniagaan.

    Tak kiralah samaada kita terlibat dalam bisnes online atau offline.

    Tujuannya ialah tak lain dan tak bukan semata-mata untuk meningkatkan jualan dan mengurangkan kerugian.

    Reply
  2. Azzahairi says

    April 13, 2014 at 1:08 pm

    Assalamualaikum Tuan Sabree

    Idea yang bernas, terima kasih perkongsian artikel yang baik.

    Itu sebabnya sangat penting untuk ada lbh drp 1 kaedah pemasaran sekurang-kurangnya ia menjadi satu backup. 🙂

    Reply
    • sabree hussin says

      April 14, 2014 at 7:23 pm

      Betul tu, kena ada back up plan selalu

      Reply
  3. ieta mat sa'ad says

    April 14, 2014 at 11:46 pm

    Wah…. ilmu baru buat saua hari ini. Terima kasih Tuan Sabree ^__^

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Strategi menetapkan kadar sewa yang kompetitif untuk bisnes homestay
  • Perbezaan antara homestay dengan guesthouse
  • Jom Kenali Profil Pelanggan Kedai Runcit Mengikut Lokasi
  • Tips menjalankan bisnes kedai runcit yang berjaya
  • Kerja Part Time sebagai penulis blog boleh dapat income RM100 – RM500 setiap bulan

Recent Comments

  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse
  • azman on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse
  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • rujukan on Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • faizal mohamad on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in