Facebook Bakal Tutup dan Akaun Ummaland Baru

by sabree hussin on August 16, 2014

in Pemasaran Internet

Malam ni rasa tergerak hati nak buka satu akaun di Ummaland.com

Beberapa hari yang lepas, saya ada terbaca satu artikel dari sumber Bernama yang antara lainnya membincangkan tentang tindakan yang mungkin akan diambil oleh pihak kerajaan bagi menutup akses ke akaun Facebook.

Ya! Facebook mungkin akan ditutup, satu masa nanti. Tak tau bila.

kerajaan_sedia_kaji_kewajaran_tutup_facebook

Jadi, apa lagi memandangkan sekarang ni Ummaland nampaknya baru nak up, jadi saya pun daftar satu akaun di Ummaland.com

Ini akaun ummaland saya: Sabree Hussin

Jemput add ya 🙂

Dari segi layout atau susun atur, ummaland tak banyak beza dengan Facebook. Jadi, walaupun ini kali pertama saya log in dan bermain-main dengan fungsi yang terdapat pada akaun ummaland ini, tak ada pun rasa kekok sangat.

akaun_ummaland_01

Homepage Ummaland pun ada iras-iras macam homepage FB kan.

Apa yang buat saya tertarik dengan Ummaland ni ialah, rupa-rupanya kita boleh buat duit dengan Ummaland. Tu yang menarik.

ummaland_affiliate_network

Pendaftaran sebagai affiliate pun mudah. Jangan risau, kalau anda tonton video tutorial yang disediakan, anda mesti boleh mendaftar tanpa ada sebarang masalah.

Produk yang kita boleh promote pun ada banyak rupanya.

buat_duit_affiliate_ummaland

Ada produk yang murah, dan ada jugak produk yang agak mahal harganya. Kalau produk yang mahal sikit tu, komisyen yang kita bakal dapat pun agak tinggi jugak sebenarnya. Kiranya berbaloilah dengan usaha kita nanti.

Mungkin satu masa nanti, akan makin bertambah banyak produk dalam tu. Siapa tahu kan.

Kalau betul satu masa nanti Facebook betul-betul nak tutup, at least ada back up akaun Ummaland lagi.

As per now, saya masih belum ada masa sangat nak belek-belek, nak godek-godek website ummaland ni. Nanti-nantilah… kalau saya ada info best pasal website ni, saya akan share kat blog ini.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 5 comments… read them below or add one }

aishah ahmad August 18, 2014 at 3:02 pm

Belum buka lagi akaun Ummaland.in Shaa ALLAH akan cuba dlm masa terdekat

Reply

onlajer August 19, 2014 at 12:09 pm

wah macam FB juga lah nih

Reply

sabree hussin August 19, 2014 at 7:38 pm

Macam sama, tapi bukan dia hhe

Reply

mai has August 19, 2014 at 12:57 pm

kena buka umma land.menyokong produk muslim…inshaaAllah…

Reply

sabree hussin August 19, 2014 at 7:39 pm

Bukak la, mana tau satu masa nanti berguna 🙂 Boleh dapat customer baru untuk Shaklee 🙂

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: