Dua Kempen CPUV Nuffnang Dah Melekat

by sabree hussin on May 14, 2014

in Blogging

Sekarang ni, dalam blog ini ada dua kempen pengiklanan dari Nuffnang yang sedang berjalan. Saya sendiri tak tau sampai bila agaknya iklan ni akan melekat dalam blog ni.

Kalau lama, Alhamdulilah.

Kalau sekejap, Alhamdulilah.

Setidak-tidaknya saya dapat. Walaupun sekejap.

Semoga Allah gantikan sumber income ini dengan sesuatu yang lebih baik lagi lepas ni.

Dua kempen yang sedang aktif dalam blog ini ialah

cara_da-atkan_kempen_cpuv_nuffnang

Inti 2014 Cycle 2 Degree dengan kempen Nestum #MoreLife

Iklan dari Nuffnang ni macam biasalah… bukannya dia akan keluar setiap masa. Ada masa-masa tertentu. Try bukak blog ni tengah-tengah malam macam tu, elok je segala jenis macam iklan akan keluar dalam blog ni.

Itulah dia cabaran atau perkara yang anda patut tahu apabila menyiarkan iklan dari Nuffnang ni.

Kita perlu sentiasa ada jumlah trafik yang tinggi kalau nak dapatkan earning yang bagus.

Kalau trafik blog rendah… hmmm alamatnya, income sehari pun tak sampai RM1.

Sebab itu jugaklah saya tak terlalu bergantung harap pada program pengiklanan macam ni. Dalam masa yang sama, perlu dicampur-campurkan dengan sumber income lain, contohnya macam dari program affiliate atau jualan produk sendiri.

Ini apa yang saya perasan, walaupun ada dua CPUV kempen dalam blog ni, namun iklan tersebut muncul secara bergilir-gilir.

Ini bermakna, kalau kempen tentang Inti sedang disiarkan dalam blog ini, maka kempen tentang Nestum akan berhenti. Bila kempen tu berhenti, maka earning pun akan berhenti.

Paling sedap kalau, semua kempen iklan berjalan serentak, maka barulah dari situ earning pun akan turut bergerak.

Tak faham ke? Eh takpe la. Lagipun saya tulis ini untuk kefahaman saya seorang je.

 

Be Sociable, Share!

{ 6 comments… read them below or add one }

zool May 14, 2014 at 10:15 pm

okaylah tu.. ligakampung.com dah takde CPUV bulan ni..

Reply

Lizz May 15, 2014 at 12:27 pm

dah lama buang nuffnang. huhuhuhu. tak tahu prestasi dia okay ke tak sekarang ni

Reply

Pondok Papan May 16, 2014 at 3:22 pm

Emm tahnaih lah bro..saya dah lama buang nuffnang..hehe

Reply

sabree hussin May 16, 2014 at 4:06 pm

Aik dah tak best ke pasang iklan Nuffnang. Nampak gayanya macam ramai sangat je yang dah mula buang iklan tu

Reply

onlajer May 16, 2014 at 5:10 pm

kawan punya satu je yang menari – nari

Reply

fatehmge June 7, 2014 at 9:39 pm

kelakar2… saye sampai sekang masih 15sen… rase nak stop je nuffnang ni

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: