Dapatkan nama domain untuk projek buat duit dengan blog

by sabree hussin on September 19, 2018

in Blogging

Sebelum ini, saya dah tulis tentang pemilihan topik untuk dijadikan sebagai konten blog yang bakal kita bangunkan. Sekarang ini, saya nak cerita tentang nama domain pula.

 

Blog yang kita nak bangunkan, perlu ada nama.

 

Saya pernah beberapa kali ikuti sesi gathering dan networking yang melibatkan blogger dan juga social media influencer. Biasanya, bila dalam fasa memperkenalkan diri tu, mesti akan ada yang tanya, “apa nama blog awak?”

Kalau nama yang kita pilih untuk blog kita tu best, tak adalah rasa segan sangat nak sebut nama blog kita. Tapi kalau nama yang dipilih macam tak berapa matang, saya rasa kalau saya sendiri, nak share dekat orang lain pun rasa segan.

 

Untuk menjalankan projek blogging ini, saya syorkan anda pilih satu nama domain yang sesuai dengan blog tersebut. Ya, kena beli domain dari syarikat penyedia perkhidmatan domain dan hosting. 

 

Saya pernah buat projek blogging menggunakan blog percuma yang tak perlu beli domain, seperti blogspot dan juga wordpress.com. Saya dapati, hasilnya kurang memberangsangkan dan agak lambat nak dapat hasilnya.

 

Jadi saya lebih syorkan anda gunakan nama domain sendiri dan bayar untuk sewa hosting. Kalau bahagian ini lagi ada yang rasa berat, susah dan tak sanggup nak keluar modal, saya kira tak perlulah nanti nak ikut apa yang saya bakal ajarkan dalam perkongsian saya yang seterusnya.

 

Boleh stop ikuti penulisan saya, dan kembali buat hal sendiri.

 

syarikat-hosting-terbaik

Atas ini adalah kos untuk dapatkan nama domain dan hosting. Harganya berbeza mengikut pakej dan keperluan anda. Jika anda perlukan space yang besar, bolehlah ambil pakej yang lebih mahal.

 

Untuk permulaan, ambil yang pakej RM60 setahun sudah memadai. Saya juga bermula dengan pakej yang paling murah. Apabila blog mula berkembang, dan pada waktu tu, makin banyak trafik yang masuk ke blog saya, barulah saya upgrade pakej hosting blog tersebut sedikit demi sedikit.

 

Ada banyak syarikat yang boleh tawarkan khidmat domain dan hosting. Sejak dari 9 tahun lepas, saya menggunakan perkhidmatan dari NetKL Network. Selama 9 tahun menjadi pelanggan mereka, saya amat berpuas hati dan tak bercadang untuk tukar syarikat domain yang lain.

 

Bagaimana memilih nama domain untuk projek blog?

Untuk pilih nama domain ni, sebenarnya tak ada peraturan tertentu yang kita perlu ikut. Pada saya, kalau anda rasa nama tu sedap, ambik sahaja. Asalkan nama tu masih belum lagi diambil oleh orang lain, dan ianya tidak ada kaitan dengan mana-mana business trademark yang sedia ada.

 

Kalau anda pilih nama domain yang ada kaitan dengan perniagaan orang lain, anda mungkin terpaksa lalui satu proses pertikaian dari pemilik nama dan jenama asal kerana anda menggunakan trademark perniagaan milik mereka.

 

Untuk pilih nama domain, ada beberapa tips yang saya boleh kongsikan.

 

(1) Guna nama anda sendiri

Ini yang saya sendiri lakukan. Saya gunakan nama saya sendiri sebagai domain. Nama Sabree Hussin saya gunakan dalam banyak tempat. Facebook, twiteer, Google+ semua saya gunakan nama yang sama.

 

Sengaja saya buat macam tu, bagi memudahkan orang buat carian info tentang diri saya. Kalau ada yang google nama saya, mereka akan terus jumpa FB dan juga blog saya. Setidak-tidaknya, walaupun mereka tak pernah jumpa saya secara personal, at least dengan baca blog saya, mereka boleh kenali siapa saya.

 

Saya banyak dapat pelanggan dari kalangan pembaca blog saya sendiri. Itu saya akan cerita dilain masa.

 

(2) Guna nama pena

Anda tak berapa selasa nak guna nama betul? Kalau macam tu, gunakanlah nama pena. Ada banyak penulis-penulis hebat, tidak menggunakan nama sebenar dalam bidang penulisan. Ini kita boleh tiru.

 

(3) Guna nama syarikat atau perniagaan

Gunakan nama syarikat atau jenama sebagai domain, adalah satu strategi pembinaan jenama yang baik. Orang ramai akan dapat kefahaman yang lebih jelas tentang perniagaan anda, dan servis yang anda tawarkan melalui pembacaan blog milik anda. Saya berpendapat, semua perniagaan patut ada blog sendiri…

 

(4) Guna keyword yang ada kaitan dengan topik

Kalau anda ada baca posting saya yang lepas bertajuk dapatkan idea topik popular menerusi kajian kata kunci, saya ada tunjukkan salah satu contoh keyword yang popular.

 

Keyword yang saya maksudkan ialah keyword kerja dari rumah.

keyword-kerja-dari-rumah

Sekiranya anda nak bangunkan sebuah blog yang berkisarkan tentang kehidupan dan pengalaman bekerja dari rumah, bolehlah pertimbangkan untuk beli nama domain kerjadarirumah.com (itupun kalau masih ada)

 

Jumlah carian untuk kata kunci ini, juga agak banyak, iaitu dalam 1,000 – 10,000 sebulan tau. Kalau beli nama domain ini, lepas tu bangunkan pula blog kita tu dengan pengisian dan entri yang berkaitan, pasti akan dapat tempias trafik yang banyak ini.

 

Kalau extension .com dah tak available, boleh beli .my, .biz, .net atau .org

 

Proses untuk dapatkan nama domain dan hosting ini pun mudah sahaja. Pilih pakej, dan lepas tu buat bayaran. Tunggu tempahan anda disahkan dan lepas ini kita dah boleh mula pasang perisian wordpress untuk memulakan aktiviti blogging kita.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

FAIZAL September 19, 2018 at 4:29 pm

nak dapat nama yang unit dan selari dengan keyword tu memang mencabarkan

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: