Mahukah sekiranya anda diberikan baucar tunai untuk anda membeli belah sama ada di Aeon, Zalora, KFC & Pizza Hut? Jika jawapan anda adalah Ya, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menyertai program kaji selidik online ini.
Sebenarnya saya pun baru je join program ini. Sebelum ni saya pernah join program seumpama ini. Pernah dapat beberapa keping voucher (baucar) yang boleh digunakan untuk pembelian produk sama ada di KFC atau Pizza Hut.
Dalam program kaji selidik yang saya pernah join sebelum ini, saya boleh pilih sama ada nak baucar KFC atau baucar Aeon. Memandangkan saya lebih suka makan (pada waktu tu) jadi saya pilih baucar KFC.
Andaikan baucar yang kita dapat tu bernilai RM30, dan pembelian yang kita buat di KFC ialah RM37, maka dengan adanya baucar ni, kita cuma perlu bayar RM7 sahaja untuk makan di KFC. Untung kan?
Bagaimana cara untuk dapatkan baucar KFC ini? Syaratnya mudah sahaja. Anda hanya perlu menyertai kaji selidik yang dijalankan di laman web ini. Laman web ini adalah laman web yang dipunyai oleh syarikat kaji selidik dalam talian terbesar di dunia, iaitu Research Now.
Laman web ini menyediakan soalan-soalan kaji selidik untuk dijawab oleh orang ramai bagi memahami apa sebenarnya yang dimahukan dan yang sentiasa difikirkan oleh individu seperti kita.
Soalan adalah pelbagai, merangkumi pelbagai topik. Ada soalan tentang pendapatan, pekerjaan, pasaraya yang biasa kita pergi untuk membeli belah, gadget yang kita suka guna, dan macam-macam lagi.
Soalan adalah mudah-mudah sahaja.
Peranan kita adalah jawab soalan yang disediakan mengikut set jawapan yang telah dibekalkan. Kemudian pihak Research Now ini akan menggunakan jawapan yang telah kita berikan itu untuk dipersembahkan dalam bentuk data dan statistik bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan baru yang lebih baik kepada orang ramai.
Apa produknya? Bergantung kepada survey yang kita jawab. Jika survey yang disediakan adalah dalam bidang insurans, mungkin data-data tersebut akan digunakan oleh syarikat insurans dan takaful bagi mewujudkan dan merangka sebuah polisi insurans yang baru.
Ataupun kalau soalan survey yang dijawab adalah berkenaan dengan kereta, mungkin data tersebut akan diberikan kepada syarikat pengeluar kereta bagi memudahkan mereka mencipta kereta yang lebih baik dengan fungsi yang lebih canggih berbanding yang ada di pasaran sekarang.
Memandangkan saya pun baru je join, jadi saya tak dapat nak cerita dengan lebih panjang tentang program kaji selidik online ni. Nantilah, bila saya dah berjaya dapat baucar dari program ini, saya akan cerita lagi perkembangan program ni dalam blog ini.
Apa pun, jika anda juga berminat nak sertai program kaji selidik atau surver online ni, bolehlah klik sini untuk daftar.
Selepas anda daftar, pastikan anda lengkapkan profil anda. Saya difahamkan bahawa soalan-soalan survey yang bakal anda terima adalah sangat berkait rapat dengan maklumat yang anda isikan di profil anda.
Selamat mencuba dan jomlah sama-sama kita dapatkan baucar-baucar ni nanti.
anuar says
Macam best jer.. boleh dapat boucer Aeon yg best tu… ๐
mrhanafi says
untung dapat baucer..dapat elak keluarkan wang tunai
Uncle Zuan says
wow. bagus betul. isi je borang survey dah boleh dapat vauchar ๐
zara says
kalau free memang best..mudah je tu..isi borang
Hawa Hassan says
Wah…best2..nak baucar KFC.Hehe.
Ubat Kuat Lelaki Gambir Emas says
Best nye..yes nnti boleh try untuk isi borang survey ๐
raihanah says
ok boleh isi survey ni
zool says
macam best je ni
Hairul HIssam says
Mmg menarik dapat voucher eon…. saya pun selalu juga beli pakaian di eon..
Oem Perfume Halal says
kalau boleh jimat apa salahnya….kita ikut kajian kejap je dah dapat voucher… belajar jimat…lama-lama pasti boleh menyimpan. Jazakallah khair
Nurul hafizah says
wah best ni kalau dapat, dapat voucher leh g shopping ๐
sabree hussin says
Boleh sangat. Tunggu apa lagi, jom la sertai program kaji selidik ni ๐
mrhanafi says
Nak pergi jawap soal selidik agak leceh sikit la
raihanah says
best kalau dpt baucer aeon atau kfc
Afif Rayyan says
wahhh.. best nie boleh dapat baucar free
Noriza Rahman says
Nak try la, untung dapat baucar kfc boleh belanja anak-anak makan
Jie Susanos says
haha..kena join ni bro sabree.. leh dpt boucer ok dh..
Ell says
Best tu kalau dapat baucar, boleh jimatkan duit
zik says
malas betul nak jawab survey tuh… kalau banyak sangat, terpaksa surrender..
Pengedar Shaklee Melaka says
wow… best
sabree hussin says
Yup memang best. Kena dapatkan sementara offer masih dibuka ๐
umiadam says
bolehla isi survey tu… leh gak makan kfc
atiehilmi dot com says
surirumah cam kakak ni suke le dapat free voucher camgini.. hee~
sabree hussin says
Saya pun suka dapat voucher jugak ๐